(From Aidan Blog, 2 November 2009)
Berikut merupakan email sebenar yang saya terima beberapa hari yang lalu, daripada seseorang yang ingin memohon kerja di syarikat kami:
Terdapat beberapa kesilapan asas yang telah dilakukan oleh pemohon tersebut. Berikut disenaraikan kesilapan-kesilapan tersebut.
Kesilapan Besar
- Tidak menghantar apa-apa teks sebagai cover letter, atau sekurang-kurangnya cover letter dalam bentuk attachment. Keseluruhan teks email tersebut hanyalah: Get your new Email address! Grab the Email name you’ve always wanted before someone else does!
- Tidak meletakkan tajuk yang sesuai pada email tersebut. Tajuk email tersebut hanyalah “resume”.
- Tidak langsung memberitahu apa jawatan yang dikehendaki, sama ada di dalam cover letter atau resume. Yang ada cuma resume yang dibuat menggunakan template.
- Tidak memanggil penerima menggunakan gelaran yang betul (i.e., Tuan / Puan).
- Tidak memberi salam / salutation.
- Tidak mengucapkan terima kasih.
- Tidak meletakkan contact number di dalam email.
Kesilapan Kecil
- Menggunakan alamat email kebudak-budakan seperti puteri_dangdut@yahoo.com atau hotprincezz060986@hotmail.com. Jika anda ingin memohon kerja melalui email, sila gunakan email yang mengandungi nama sebenar anda, seperti faridah.ali@gmail.com atau faridah_ipoh@streamyx.com. Jangan guna email peribadi yang menampakkan anda sebagai tidak serius, walaupun anda telah menggunakan email tersebut selama 10 tahun. Seboleh-bolehnya guna email provider yang dihormati (Gmail), dan elakkan email provider berreputasi rendah seperti MSN, hotmail, dsb.
- Menggunakan nama email yang kebudak-budakan. Nama email ialah nama yang diletakkan sekali dengan email, seperti “NAMA <email@isp.com>”. Ini kerana nama ini akan muncul di dalam inbox email majikan tersebut. Sebaik-baiknya gunakan nama sebenar anda. Cuba bayangkan persepsi majikan tersebut jika menerima email bertajuk “Ingin Bekerja di Syarikat Tuan” daripada “Puteri Dangdut”?
- Tidak meletakkan tajuk yang baik untuk attachment. Sebaik-baiknya, letakkan nama anda sebagai tajuk resume. Contoh: “Resume Suhaimi Ramly.doc”. Saya secara peribadi lebih menyukai dokumen dalam bentuk PDF.
- Tidak memberitahu sumber pemohon mendapat tahu mengenai kerja tersebut.
Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk memohon kerja melalui email:
- RESEARCH — sila gunakan Google untuk menyelidik mengenai syarikat tersebut. Jika syarikat itu tidak mempunyai apa-apa maklumat online, sekurang-kurangnya anda perlu tahu mengenai apa bisnes syarikat tersebut secara umum.
- SET-UP — pergi ke Gmail dan buka akaun email seperti berikut: (nama) + (nama bapa) at gmail dot com. Contoh: faridah.ali@gmail.com. Jika nama anda panjang, pilih dua nama favorite anda dan buka akaun email (nama favorite 1) + (nama favorite 2) at gmail dot com. Contoh: tengku.fazillawati@gmail.com. Kelebihan cara ini ialah ia boleh menyusahkan majikan anda membuat “informal background search” di Facebook dan Friendster.
- COMPOSE ATTACHMENT — tulis resume dan cover letter anda. Tips menulis resume dan cover letter akan dihuraikan dalam entry lain. Tukar file anda ke dalam format PDF.
- COMPOSE EMAIL — cut & paste cover letter anda ke dalam teks email. Pastikan anda:
- meletakkan tajuk email yang lengkap dan jelas, contohnya “Permohonan Kerja Sebagai Kerani Akaun (Faridah Ali)”;
- memberi salam / salutations;
- merujuk majikan dengan gelaran yang betul;
- memberitahu dari mana anda dengar mengenai kerja kosong tersebut;
- menceritakan latar belakang ringkas (3 ayat maksimum);
- memberikan no. telefon anda;
- memberitahu harapan anda agar dipertimbangkan untuk temuduga;
- mengucapkan TERIMA KASIH (chettttt, ini pon kena bagitau ka).
- FOLLOW-UP — jika anda tidak menerima apa-apa berita dalam masa satu minggu, email semula.
Akhir sekali, saya ingin bangkitkan satu soalan perbincangan: perlu tak letak gambar dalam resume? Sila beri pendapat anda di ruangan komen.

Posted by suhaimiramly
Posted by suhaimiramly
Posted by suhaimiramly 

