Olimpiad Matematik Kebangsaan (Bahagian 1)

Pada kali ini, saya ingin menulis satu artikel mengenai pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK), untuk makluman pembaca. Artikel ini akan dibahagikan kepada 3 bahagian seperti berikut:

(Disclaimer: Artikel ini mengandungi pendapat peribadi saya dan fakta yang saya peroleh secara peribadi. Artikel ini ditulis atas kapasiti peribadi dan bukannya atas kapasiti sebagai ahli PERSAMA.)

Latarbelakang dan Sejarah OMK

Pertandingan OMK ialah satu pertandingan matematik peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA). OMK merupakan pertandingan akademik paling berprestij di Malaysia, di mana pelajar-pelajar terbaik dari seluruh negara bertanding untuk menyelesaikan masalah-masalah matematik yang mencabar. Pada tahun 2007, lebih 7,500 pelajar dari seluruh negara mengambil bahagian dalam OMK. Pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam OMK akan disenarai pendek untuk mewakili negara ke pertandingan International Mathematical Olympiad (IMO).

OMK telah diadakan di Malaysia sejak tahun 1971, diasaskan oleh beberapa orang ahli matematik di Universiti Malaya. Pada awalnya, OMK cuma dibuka kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6 sahaja. Pertandingan OMK pada ketika itu berbentuk soalan objektif (multiple-choice questions).

Pada pertengahan tahun 1990an, format OMK telah diubah kepada bentuk soalan subjektif / penyelesaian masalah, iaitu soalan-soalan yang memerlukan jawapan bertulis sama ada dalam bentuk jalan kerja atau pembuktian. Pada tahun 2007, format OMK telah diubah kepada format yang digunapakai sehingga sekarang.

Penyelaras OMK 2009 ialah Prof. Madya Dr. Roslinda Nazar (UKM).

Penyertaan OMK

OMK 2009 akan diadakan pada hari Sabtu, 20 Jun 2009, pada jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Pusat pertandingan akan dibuka di setiap negeri, dan akan diumumkan di laman web rasmi PERSAMA.

Penyertaan di OMK adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah dan pra-universiti di Malaysia. Walau bagaimanapun, penyertaan mestilah dalam bentuk pasukan seramai empat orang. Lazimnya, setiap sekolah atau pusat pengajian akan menghantar pelajar-pelajar terbaik dalam subjek matematik ke pertandingan OMK.

Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Bongsu (Tingkatan 1 dan 2), Muda (Tingkatan 3 dan 4), serta Sulung (Tingkatan 5 dan 6 atau setara). Setiap sekolah boleh menghantar seberapa banyak pasukan di setiap kategori. Setiap pasukan akan dikenakan yuran penyertaan. Sekolah yang berminat perlu mendaftar secara online di laman web PERSAMA.

Rujuk laman web rasmi PERSAMA untuk membaca surat hebahan OMK 2009 dan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran OMK.

Format Pertandingan

Pertandingan Olimpiad ialah pertandingan bertulis, sepertimana lazimnya peperiksaan di sekolah. Pelajar tidak dibenarkan untuk berbincang dan menggunakan bahan rujukan sepanjang pertandingan (closed book exam).

Pelajar diberi masa 2 jam 30 minit untuk menjawab dua bahagian. Bahagian A mengandungi 6 soalan, dan Bahagian B mengandungi 3 soalan. Untuk Bahagian A, pelajar cuma perlu menulis jawapan akhir sahaja, tanpa perlu menulis penyelesaian lengkap. Untuk Bahagian B, pelajar perlu menulis penyelesaian dengan lengkap sama ada jalan kira atau langkah pembuktian, bukan hanya jawapan akhir sahaja. Soalan boleh dijawab dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Setiap soalan Bahagian A bernilai 2 markah, dan setiap soalan Bahagian B bernilai 6 markah. Markah penuh ialah 30 markah.

Pelajar dibenarkan untuk menggunakan alatan menulis dan alatan geometri (jangka lukis, protraktor, jangka sudut, pembaris) sahaja ketika pertandingan. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan segala bentuk alat bantuan mengira seperti kalkulator, telefon bimbit, sempoa, dan komputer riba.

Sampel soalan OMK dari tahun 2007 ada terdapat di laman web PERSAMA.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 196 other followers

%d bloggers like this: