Cara Memohon Kerja Melalui Email

(From Aidan Blog, 2 November 2009)

Berikut merupakan email sebenar yang saya terima beberapa hari yang lalu, daripada seseorang yang ingin memohon kerja di syarikat kami:

minta kerja

Terdapat beberapa kesilapan asas yang telah dilakukan oleh pemohon tersebut. Berikut disenaraikan kesilapan-kesilapan tersebut.

Kesilapan Besar

  1. Tidak menghantar apa-apa teks sebagai cover letter, atau sekurang-kurangnya cover letter dalam bentuk attachment. Keseluruhan teks email tersebut hanyalah: Get your new Email address! Grab the Email name you’ve always wanted before someone else does!
  2. Tidak meletakkan tajuk yang sesuai pada email tersebut. Tajuk email tersebut hanyalah “resume”.
  3. Tidak langsung memberitahu apa jawatan yang dikehendaki, sama ada di dalam cover letter atau resume. Yang ada cuma resume yang dibuat menggunakan template.
  4. Tidak memanggil penerima menggunakan gelaran yang betul (i.e., Tuan / Puan).
  5. Tidak memberi salam / salutation.
  6. Tidak mengucapkan terima kasih.
  7. Tidak meletakkan contact number di dalam email.

Kesilapan Kecil

  1. Menggunakan alamat email kebudak-budakan seperti puteri_dangdut@yahoo.com atau hotprincezz060986@hotmail.com. Jika anda ingin memohon kerja melalui email, sila gunakan email yang mengandungi nama sebenar anda, seperti faridah.ali@gmail.com atau faridah_ipoh@streamyx.com. Jangan guna email peribadi yang menampakkan anda sebagai tidak serius, walaupun anda telah menggunakan email tersebut selama 10 tahun. Seboleh-bolehnya guna email provider yang dihormati (Gmail), dan elakkan email provider berreputasi rendah seperti MSN, hotmail, dsb.
  2. Menggunakan nama email yang kebudak-budakan. Nama email ialah nama yang diletakkan sekali dengan email, seperti “NAMA <email@isp.com>”. Ini kerana nama ini akan muncul di dalam inbox email majikan tersebut. Sebaik-baiknya gunakan nama sebenar anda. Cuba bayangkan persepsi majikan tersebut jika menerima email bertajuk “Ingin Bekerja di Syarikat Tuan” daripada “Puteri Dangdut”?
  3. Tidak meletakkan tajuk yang baik untuk attachment. Sebaik-baiknya, letakkan nama anda sebagai tajuk resume. Contoh: “Resume Suhaimi Ramly.doc”. Saya secara peribadi lebih menyukai dokumen dalam bentuk PDF.
  4. Tidak memberitahu sumber pemohon mendapat tahu mengenai kerja tersebut.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk memohon kerja melalui email:

  1. RESEARCH — sila gunakan Google untuk menyelidik mengenai syarikat tersebut. Jika syarikat itu tidak mempunyai apa-apa maklumat online, sekurang-kurangnya anda perlu tahu mengenai apa bisnes syarikat tersebut secara umum.
  2. SET-UP — pergi ke Gmail dan buka akaun email seperti berikut: (nama) + (nama bapa) at gmail dot com. Contoh: faridah.ali@gmail.com. Jika nama anda panjang, pilih dua nama favorite anda dan buka akaun email (nama favorite 1) + (nama favorite 2) at gmail dot com. Contoh: tengku.fazillawati@gmail.com. Kelebihan cara ini ialah ia boleh menyusahkan majikan anda membuat “informal background search” di Facebook dan Friendster.
  3. COMPOSE ATTACHMENT — tulis resume dan cover letter anda. Tips menulis resume dan cover letter akan dihuraikan dalam entry lain. Tukar file anda ke dalam format PDF.
  4. COMPOSE EMAIL — cut & paste cover letter anda ke dalam teks email. Pastikan anda:
    1. meletakkan tajuk email yang lengkap dan jelas, contohnya “Permohonan Kerja Sebagai Kerani Akaun (Faridah Ali)”;
    2. memberi salam / salutations;
    3. merujuk majikan dengan gelaran yang betul;
    4. memberitahu dari mana anda dengar mengenai kerja kosong tersebut;
    5. menceritakan latar belakang ringkas (3 ayat maksimum);
    6. memberikan no. telefon anda;
    7. memberitahu harapan anda agar dipertimbangkan untuk temuduga;
    8. mengucapkan TERIMA KASIH (chettttt, ini pon kena bagitau ka).
  5. FOLLOW-UP — jika anda tidak menerima apa-apa berita dalam masa satu minggu, email semula.

Akhir sekali, saya ingin bangkitkan satu soalan perbincangan: perlu tak letak gambar dalam resume? Sila beri pendapat anda di ruangan komen.

About these ads

One Response to Cara Memohon Kerja Melalui Email

  1. iskandar says:

    terima kasih atas info.. patut lah semua job request sy tak dilayan.. sbb guna email yg x guna nama sebenar.. selebihnya, sy buat dengan betul.. =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 196 other followers

%d bloggers like this: