Prof. Shaharir Lagenda Matematik Malaysia

Antara saintis dan ahli akademik tersohor di Malaysia ialah Prof. Dr. Shahrir Md Zain, bekas Profesor Matematik di UKM. Prof. Shaharir, walaupun terlatih dalam bidang matematik tulen (fizik kuantum), juga giat memperjuangkan Bahasa Melayu dan Pengislaman Ilmu sepanjang kariernya.

Beliau mahir dalam bidang falsafah sains Islam, etnomatematik, bahasa, teori pengurusan dan juga bidang-bidang lain, selain bidang hakiki beliau iaitu matematik, sub-bidang fizik kuantum. Beliau terkenal agak lantang bersuara, dan merupakan seorang ahli akademik yang berkemahiran tinggi sehinga suatu waktu (kalau tak silap saya) dilantik menjadi Timbalan Naib Canselor UKM.

Baru-baru ini, beliau dikenali sebagai antara orang kuat Gerakan Mansuhkan PPSMI, jika tak silap saya sebagai timbalan pengerusi. Agak sukar dipercayai seorang ahli matematik tulen yang memperjuangkan bahasa Melayu sehingga ke peringkat atas. Beliau gagah memperjuangkan pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah hingga universiti dalam BM, dan merupakan antara tokoh yang masih mempertahankan penggunaan BM pada subjek-subjek teknikal di UKM sehingga ke hari ini.

Saya mula mengenai Prof. Shaharir ketika saya menjalani latihan Olimpiad Matematik Antarabangsa di UKM pada tahun 1999. Ketika itu, Prof. merupakan presiden Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dan juga ketua Jabatan Matematik UKM. Saya kenal beliau dari jauh sahaja, maklumlah ketika itu saya masih Tingkatan 5 dan beliau merupakan ahli akademik yang disegani.

Selepas saya graduate, antara orang pertama yang saya jumpa ialah Prof. Shaharir (ketika itu mungkin dah kurang segan agaknya, kerana saya sudah ada sekeping ijazah matematik). Saya melawat beliau di Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), UPM. Ketika itu, dikhabarkan Prof. Shaharir tidak dilanjutkan kontraknya sebagai Profesor UKM kerana isu-isu sensitif (terlalu lantang agaknya, sehingga menyusahkan pihak-pihak berkepentingan). Itu lah hakikat dunia, orang yang banyak sumbangan, disisihkan kerana pendangan politik yang tak selari dengan arus perdana.

Di UPM, saya berborak panjang dengan beliau. Beliau bertanya mengenai pengajian prasiswazah yang baru saya tamatkan di MIT, dan mengenai perkembangan dunia matematik di lingkungan elit MIT-Harvard-Princeton. Saya memberitahu beliau perkembangan-perkembangan terkini mengenai masalah-masalah matematik dan sains komputer yang baru diselesaikan (terutama mengenai algorithm AKS rekaan Prof. Agarwal, et. al. di IIT Kanpur, India — algorithm pertama yang menunjukkan bahawa PRIMES is in P). Beliau secara menyeloroh menyuruh saya menjadi orang Malaysia pertama menyelesaikan masalah matematik yang terkenal. Walau bagaimanapun, beliau mungkin sedar saya tidak terlalu gian untuk ke dunia akademik, dan memberi saya beberapa nasihat berguna mengenai kerjaya saya seterusnya dalam bidang korporat.

Lebih kurang tahun 2007, beliau kemudian “disesarkan” ke KUSTEM, sekarang dikenali sebagai UMT (Universiti Malaysia Terengganu). Sangat tidak wajar, kerana seorang saintis ulung negara terpaksa dihantar ke universiti kelas dua, dan kerjanya diremehkan sehingga mengajar kelas kalkulus dan pre-algebra untuk pelajar tahun pertama. Sepatutnya seorang bertaraf seperti beliau diberi jawatan tinggi di universiti-universiti penyelidikan terulung di Malaysia.

Diingatkan Prof. Shaharir boleh dikatakan sebagai penyelidik matematik professional Melayu yang pertama. Beliau merupakan anak Melayu pertama mendapat ijazah Ph.D. dalam bidang matematik (dalam bidang yang bukan calang-calang hebatnya: fizik kuantum). Beliau merupakan antara perintis bidang penyelidikan matematik di Malaysia, dan ahli matematik pertama dari Malaysia menerima Fulbright Scholarship. Beliau juga merupakan ahli matematik pertama yang mendapat pengiktirafan sebagai fellow Akademi Sains Malaysia. Hampir semua ahli matematik di Malaysia mendapat manfaat langsung atau tidak langsung dari usaha awal Prof. Shaharir menanam benih penyelidikan Matematik di Malaysia tahun 70an dahulu.

Saya pernah melawat beliau di UMT (di Mengabang Telipot, Terengganu, berhampiran Pantai Tok Jembal) pada tahun 2008. Saya sebenarnya tidak berniat melawat beliau pun, sebenarnya ingin berjumpa dengan Dr. Fatah yang merupakan kenalan lama saya melalui pembabitan di dalam Olimpiad Matematik Antarabangsa. Saya dan Iznan ingin berjumpa dengan Dr. Fatah untuk mendapatkan pandangan mengenai modul matematik yang telah saya susun untuk pelajar-pelajar cemerlang.

Alangkah terkejutnya saya apabila saya ketahui bahawa Prof. Shaharir juga berada di situ. Saya bercampur gembira dan sedih; gembira kerana dapat berjumpa Prof. Shaharir (saya mendapat input-input berkualiti tinggi daripada Prof. Shaharir), sedih kerana melihat layanan diberikan kepada Prof. Shaharir — terjerumus ke universiti kelas dua, tanpa peluang membuat kerja penyelidikan yang mencabar.

Saya telah jumpa ramai jenis manusia — ahli politik, ahli akademik, ahli fizik, ahli matematik, ahli bahasa, aktivis — yang mengkagumi Prof. Shaharir atas kebijaksanaan dan kesarjanaan beliau menguasai pelbagai jenis ilmu, di samping kelantangan beliau memperjuangkan isu-isu sensitif. Beliau tidak takut mengkritik tokoh-tokoh terkenal, termasuk Tun Dr. Mahathir sendiri dalam isu PPSMI, dan juga para cendekiawan ASASI (Akademi Sains Islam Malaysia) kerana terlalu menekankan idea “sains Islam” secara “tumpang sekaki” (perkataan beliau) dan Bucaillisme, bukan secara penyelidikan saintifik yang menyeluruh.

Prof. Shaharir juga aktif dalam bidang sosial walau tidak dihadkan oleh politik kepartian (setahu saya, beliau bukan ahli aktif mana-mana parti politik). Beliau merupakan antara yang aktif dalam Institut Kajian Dasar, satu think-tank politik dan isu semasa yang agak bertaring suatu ketika dahulu.

Setakat ini saya lihat Prof. Shaharir tiada gantinya di Malaysia. Sumbangan beliau yang pelbagai, kesarjanaan yang tinggi, pemahaman sains yang mendalam, kelantangan memperjuangkan rakyat jelata, ketokohan dalam universiti, usaha yang gigih dalam mengkaji tamadun ilmu Bumi Nusantara, dan sifat peribadi yang mulia dan peramah — amat susah dijumpai terkumpul dalam seorang manusia, bukan sahaja di negara kita, malahan di dunia.

Saya menggesa pihak berwajib “mendengar cakap” Prof. Shaharir dan hargai jasa beliau yang banyak itu.

Prof. Shaharir dan buku Galois Theory

Blog Prof. Shaharir (Komshaha) — http://shaharirbmz.blogspot.com/ (mengupas isu-isu secara mendalam, walau bagaimanapun sudah lama tak dikemaskini).

Sains Islam Bukan Bucaillisme — http://selak.blogspot.com/2009/06/sains-islam-bukan-hasil-bucaillisme.html (artikel yang amat panjang, diterbitkan dalam akhbar Siasah Mei 2009. Saya amat mempersetujui pendapat beliau. Bacaan wajib untuk para pendokong Sains Islam).

Wawancara dengan Prof. Shaharir — http://majalahsains.com/2009/08/ahli-akademik-mesti-artikulasikan-ilmu-dengan-massa-prof-dr-shaharir-mohamad-zain/

About these ads

22 Responses to Prof. Shaharir Lagenda Matematik Malaysia

  1. Faizal says:

    Salam Tuan..

    Mohon izin dipanjangkan tulisan ini ke facebook saya. Tulisan yang jujur dan menarik.

    Terima kasih!

  2. hafiz says:

    prof ni pakcik ko ke? look like him sound like him but not him..

    biase ahh tu kalo pasal academician kene tendang merata2. sumbangan diorg utk maningkatkan tahap pendidikan negara sgt berharga tapi disebabkan tak sehaluan pandangan politik abis kene tendang. pastu org2 atas dok sebok ckp nk meningkatkan mutu pendidikan negara. pala hotak diorg.

    hasil terbaik meletakkan org2 bangang mengepalai sektor pendidikan ialah kemunculan kempen2 yg best spt kebersihan tandas. pehh terbaik siot…

  3. suhaimiramly says:

    bukan sedara pun hehehe…just someone i admire

  4. suhaimiramly says:

    Di bawah tu (automatically generated post) keluar link ke entry “Mathematics, Mathematics Education and Mathematicians” tulisan Datuk Seri Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi:

    http://khalednordin.wordpress.com/2009/06/24/mathematics-mathematics-education-and-mathematicians/

  5. [...] Prof. Shaharir — pakar matematik dan fizik kuantum (memperjuangkan isu PPSMI) [...]

  6. [...] Prof. Shaharir — pakar matematik dan fizik kuantum (memperjuangkan isu PPSMI) [...]

  7. aisha says:

    Sentiasa mengikuti penulisan Prof Shahrir. He is THE BEST! penulisan sgt baik .. masih belum ada tandingannya..pengamatan saudara bagus. Apabla pendidikan dipolitikkan …

  8. aisha says:

    mohon izin masuk dalam fb saya.

  9. Zulaikha says:

    Salam Saudara Suhaimi.. Mohon share di FB saya.. Beliau merupakan pensyarah saya ketika di UMT dahulu. Dan beliau banyak memberikan semangat kepada saya untuk meneruskan pengajian. I admire him too.

  10. suhaimiramly says:

    dipersilakan, terima kasih kerana membaca

  11. ahmad says:

    prof sharir adalah senior yang dibanggakan di sekolah kami..sek men kamil..dia juga adalah lecerer saya kat umt…selain itu beliau juga berasal di kampung saring kelantan…

  12. wani says:

    salam. boleh sy thu adakah prof shaharir masih menjadi pensyarah di UMT? bagaimana cara utk saya hubungi dia?

  13. saljugebu says:

    assalam..mana nk dpt biodata beliau?mohon pertolongan.

  14. ariff says:

    saya bru lepas spm…. fizik kuantum tu ape.??

  15. ariff says:

    tolonglah reply/

  16. akad-upm says:

    prof shaharir kini bertugas di pusat dialog peradaban, um.

  17. orangbiasa says:

    prof ni keturunan dia bukan calang2 gak, ayah dia seorang imam yg menjadi rujukan kg, sering mengajar kuliah agama di surau kg..kkdang pernah juga jumpa prof time sembahyang terawikh dulu2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 188 other followers

%d bloggers like this: