“Psychic” Surgery / Pembedahan “Ghaib”

Psychic surgery = tipu

Pada bulan lepas, saya keluar makan malam bersama seorang sahabat, yang memperkenalkan saya kepada dua orang krew rancangan Misteri Nusantara di TV3 (pembantu penerbit dan cameraman, kalau tak silap saya). Kami berborak mengenai pelbagai topik. Agak seronok berborak dengan mereka berdua dan mendengar cerita-cerita mereka yang menarik dan adakala menyeramkan, walaupun saya menganggap Misteri Nusantara sebagai rancangan yang membodohkan minda penonton.

Topik perbualan kami kemudian berubah kepada “pembedahan ghaib” ataupun “psychic surgery”. Ada seorang “doktor” kampung yang kononnya boleh membedah seseorang tanpa menggunakan ubat bius, dan boleh membedah badan seseorang menggunakan pisau dan tangan sahaja, ketika pesakit itu masih sedar. Kononnya “doktor” ini boleh mengubat pelbagai penyakit seperti batu karang, ulcer, kanser dan bermacam lagi yang biasanya memerlukan invasive procedure (surgery) dan anastetik.

Benda ini bukan lah baru, masa Datuk saya sakit tenat tahun 1995 dulu pun dah ada orang yang mencadangkan pergi berjumpa “doktor” ghaib yang boleh mengubati sakit buah pinggang dan batu karang tanpa pembedahan yang panjang dan menyakitkan. Kosnya sudah tentu beribu-ribu RM (sebagai pengeras), walaupun tak semahal kos rawatan hospital. Dan sudah tentu yang menyuruh pergi berjumpa tu, menceritakan bermacam-macam keburukan hospital — doktor kafir, nurse kafir, ubat tak halal, mahal, pembedahan yang menyakitkan, etc. Jadi pergilah jumpa pembedah ajaib yang memotong badan manusia guna pisau dan mencabut organ menggunakan tangan. Mereka lebih Islamik.

Mujurlah keluarga saya tidaklah bodoh dan tidak terpedaya dengan dakyah-dakyah bodoh oleh pengamal perubatan ghaib ni. Menurut kawan saya ketika makan malam itu, ada kenalannya yang telah menghantar ibunya yang mengalami ulcer perut kepada pembedah ghaib ini. Selepas kononnya dibedah secara ghaib (menggunakan pisau dan tangan), pesakit itu pergi ke hospital untuk pemeriksaan. Kesannya? Ulcer masih ada. Kesan “pembedahan” pulak masih terasa sakit. Duit beribu sudah lesap. Jadi makin teruk pesakit itu. Kesimpulan: Pembedahan ghaib adalah mengarut, dan siapa pergi hantar keluarga mereka mendapatkan pembedahan ini adalah bangang.

Dulu, psychic surgery ini heboh diperkatakan di Filipina pada tahun 70an dan 80an.

Kalau anda pergi melawat “pakar bedah” ajaib ni, mesti mereka tak bagi bawa masuk kamera. Kenapa? Kononnya kalau ada kamera nanti ritual tak menjadi, atau tahap kerohanian tak sampai, atau jin tak mau muncul, atau macam-macam lagi alasan. Alasan sebenar ialah, kerana mereka ni PEMBOHONG dan PENIPU BESAR, umpama “ustaz” cakra alam. Kalau bawa kamera, sah kantoi macam “ustaz” cakra alam kena kantoi dengan TV Korea. Memanglah kalau guna mata kasar, pembedahan nampak real, tapi kalau guna kamera video beresolusi tinggi beserta alat pengesan, sudah pasti “pakar bedah” pembohong besar ni akan terdedah batang telur mereka. Jadi, para pembaca sekalian, siapa berani untuk mendedahkan penipuan ini?

Berikut beberapa video dan laman web yang mendedahkan penipuan psychic surgery.

James Randi menunjukkan cara psychic surgery dibuat (James Randi ialah orang yang mengkantoi cakra alam):

Psychic surgery unmasked:

Psychic Surgery on Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Psychic_surgery

Psychic Surgery on Skeptic’s Dictionary: http://www.skepdic.com/psurgery.html

Ada banyak lagi video di Youtube dan laman web informasi yang boleh diperoleh dengan menaip “psychic surgery” di dalam search engine.

About these ads

10 Responses to “Psychic” Surgery / Pembedahan “Ghaib”

  1. hafiz says:

    agak2 boleh tak nk suruh die tlg khatankan budak2 pakai pembedahan ghoib die tuh?

  2. resampadi says:

    Kesian dgn org2 ni. Mungkin pandai tapi tak cerdik. Pandai, pandai sendiri jawabnya ‘ter-bodoh’kan diri!

    Pesakit2 mcm ni kalau dtg my clinic, other then the medication dosage, i would definitely go for a good and highly potent ‘verbal dose’ as well.

    Geram betul. Alih2 yg terpaksa ‘selesaikan’ masalah over masalah ini would be the doctors who is ‘entitled’ for all the blames hence after….

    Tidak adil dan zalim diri sendiri….*sigh*

  3. suhaimiramly says:

    tu lah…marah sikit pesakit2 ni…lain kali suruh jumpa dr terus

  4. Peace says:

    Kebanyakan penyakit diikhtiarkan dengan doktor(rawatan fizikal),selebihnya lagi ikhtiar cara lain(rawatan ghaib).

    Mungkin para bijak pandai sarjana2 sekarang ni dah tak percaya perkara2 ghaib. Ramai yang menghina ustaz2 jampi air tawar, lepas tu dengan muka tak malunya dia pulak yang mintak air tawar dari ustaz.

    Santau menyantau masih berleluasa di kalangan orang Melayu. Kalau jumpa doktor cakap kena santau sure doktor reject pastu kata tak ada apa2. Minta maaf cakap, doktor biasa tak dapat selesaikan masalah ini sepertimana bomoh biasa tak boleh setel kes denggi.

    Apa pun yang menyembuhkan Allah Maha Kuasa. Kita carilah ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit yang mendatang. Tak dinafikan ramai yang mengambil kesempatan (para penipu) tetapi yang betul2 masih ada walaupun kebanyakannya sudah tiada peyambung ilmu mereka.

  5. resampadi says:

    Dear Peace,

    Being a Muslim doctor, I have been reminded constantly my by fellow seniors that at what ever good, there is one that is always the greatest, and He is God; And the fact that at what ever that occurs to us, it is also from God – at what ever cost or reasons.

    I believe that in approaching health generally as an issue, acknowledging the sunnah and many other prayer that has been thought by the prophet to us is part of faith and thus essential as daily practice.

    What bugs me is the ATTITUDE on how people approach health and illness as a whole. In Malaysia generally, Health and Medicine is a major taboo and many are not bothered to educate themselves about health. The health knowledge seeking attitude is near zero in many instances. Most would prefer to be ignorant. A lot of those who are involve in medicine either consciously or subconsciously commits khurafat or syirik – in both approach of medicine: modern and traditional. Even more pitiful, many think health and medicine is like magic; miraculously ‘kapuff’ instantly your disease is gone. That is not how health and medicine works.

    Were we not thought to return special knowledge fields to its rightful owner, to those who studies them? Were we not thought that the physical body is momentary and that what is most important is the soul and it’s faith? Were we not thought to acknowledge medical advances without leaving our faith behind?

    Give an advance cancer patient exhausting all of his choices for cancer regimes due to resistance, he should have even earlier on started to practice all of the prayers that are mustajab for his condition and does all of the sunnah which he can do and are suitable for his condition, even from the start. He should also be reading about his condition and understand it as in depth as possible, seek advices from people who are directly involve in helping him to heal; His doctors who understand the pathophysiology of his disease; His religious teacher who can counseled him and help his faith stay strong through the ordeal; His psychologist or psychiatrist who can help him understand and deal with his mental health status; His family and friends who can provide the tender loving care and support that he needs; etc and list goes endless. Not, listening from any Minah or Ah Chong or Ramu or Ahmad who has no idea themselves what is actually happening and takes their world almost prophetically! That is ridiculous and soundly unwise at all!

    PLEASE READ. DO NOT BE STUPID!

  6. suhaimiramly says:

    Agree with Shazni (resampadi)

  7. […] numerologi sama lah tahapnya dengan orang yang menggunakan gelang magnet dan ionized water dan pembedahan ajaib. Numerologi tiada asas dalam sains, tiada asas dalam matematik, tiada asas dalam agama. Yang ada […]

  8. Pendekar Sufi says:

    Saya pelik anda semua mengaku muslim tetapi mengingkari dan menidakkan kaedah perubatan Islam yg syumul. Kita dikerumuni oleh ulama suk sepertimana hadis akhir zaman dan mereka tidak berupaya menzahirkan kemukjizatan al quran sepertimana ulama pewaris nabi.

    Adakah ulama yg dilahirkan di Universiti lebih pandai dari segi ilmu berbanding Imam Mazhab, kalau begitu lahirkan satu mazhab baru agar fatwa anda dpt diterimapakai.Imam Hanafi, Hambali, Shafie dan Maliki mengharamkan sebarang pembedahan. Ulama Suk ini yang menjadikan umat akhir zaman seperti buih dilaut , boleh berbangga dari segi kuantiti tapi kualiti habuk.

    Anda baca dan teliti laman web Yayasan Nur Syifa di Jakarta dan Perubatan Islam Nur Syifa di malaysia, kemampuan mereka merawati setiap jenis penyakit kronik tanpa perlukan sebarang pembedahan dan tidak menggunakan ubatan dadah yg hanya menahan sakit. Setiap penyakit ada ubatnya dan bukan makan ubat sepanjang hayat. Kandungan ubatan kimia mengandungi unsur babi dan dadah ini ternyata haram hukumnya.

    Sifat keakuan para doktor adalah satu kejahatan yg besar terhadap Tuhan. Anda syirik yg boleh membawa kepada kekuuran. Belajar lah usuluddin secara mendalam agar anda faham makna syirik.

  9. suhaimiramly says:

    Ada juga orang mentaliti mcm ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 196 other followers

%d bloggers like this: