Teori Konspirasi

1. Saya merupakan orang yang pantang mendengar mengenai teori konspirasi, dan tidak mempercayai apa jua teori konspirasi melainkan saya melihat sendiri bukti-bukti yang kukuh dan saintifik. Teori konspirasi yang berdasarkan dengar-dengar (hearsay) dan email-email forward saya langsung tak ambil endah, walau sebanyak mana ayat Al-Quran di manipulasikan untuk menyokong satu-satu teori karut itu.

2. Antara teori konspirasi terbesar ialah 1) 9/11 dirancang oleh kerajaan Amerika atau kerajaan Israel, 2) Pendaratan Neil Armstrong di bulan adalah satu penipuan (hoax) yang dirakamkan di sebuah studio, dan 3) dunia ini ditadbir secara senyap oleh satu pertubuhan sulit yang dikepalai Yahudi yang dipanggil Illuminati / Freemasonry / Bilderberg Group / Trilateral Commission / etc. Ada macam-macam lagi teori konspirasi yang karut, contohnya tentera Amerika meletupkan bom nuklear di bawah laut menyebabkan tsunami.

3. Pendek kata, dalam apa jua insiden geopolitik yang besar, ada sahaja teori konspirasi yang dicanangkan oleh geng-geng konspirasi ini.

4. Di Malaysia juga, geng konspirasi ini agak rancak. Kalau anda banyak melawat forum-forum yang dilawati oleh ramai orang-orang tidak terpelajar (selalunya forum bertema politik atau agama, yang banyak dilawati oleh orang-orang taksub), banyak konspirasi yang dibincangkan.

5. Terdapat dua ciri teori konspirasi.

6. Ciri pertama ialah, kepercayaan yang wujudnya suatu kumpulan yang didalangi satu institusi yang dianggap kuat (biasanya Yahudi atau Amerika) yang tugas mereka sepanjang hari ialah memikir bagaimana untuk menghancurkan umat-umat yang dianggap lemah (contoh: umat Islam). Dalam konteks politik Malaysia, teori konspirasi ini sering membabitkan kumpulan-kumpulan sulit daripada kelompok minoriti yang hendak menghancurkan golongan majoriti dengan bermacam-macam perancangan.

7. Contohnya: Yahudi letak florida dalam air untuk memandulkan orang Islam. Yahudi reka filem Hollywood dan Disney untuk menghancurkan akidah Islam. Yahudi mengasaskan MTV untuk melemahkan semangat jihad pemuda Islam. Yahudi mencipta _________ dan _________ untuk menghancurkan umat Islam. Tempat kosong boleh diisi dengan apa jua benda. Begitulah pemikiran geng-geng teori konspirasi ini.

8. Yahudi merupakan sasaran utama geng-geng teori konspirasi ini.

9. Tujuan teori konspirasi dibuat sedemikian ialah untuk mencipta “siege mentality”, iaitu pemikiran bahawa “kita” sedang ditindas dan diserang bertalu-talu oleh “mereka”. Kadangkala “kita” lebih kuat daripada “mereka” tapi oleh kerana “siege mentality” ini, “kita” merasakan bahawa “mereka” ini bersikap jahat dan harus diperangi. Di kalangan golongan-golongan perkauman di Malaysia, “siege mentality” ini masih tebal (terhadap kaum lain).

10. Ciri kedua ialah, teori konspirasi ini mestilah dibuat agar ia berbunyi mengarut (ridiculous). Lebih mengarut, lebih baik.

11. Contoh, katalah saya nak reka satu teori konspirasi: Doktor Yahudi di hospital-hospital Israel memberi layanan yang lambat kepada bayi-bayi Arab, menyebabkan mereka mengalami penyakit (contoh sahaja). Konspirasi ini bosan, dan kurang ummphh, dan kurang sedap didengar dan diforward ke email-email.

12. Teori konspirasi yang lebih best ialah: orang Yahudi bunuh bayi Arab dan minum darah mereka. Yeaaa…ini lebih sedap untuk disebarkan dan diforward dalam email, kerana bunyinya lebih ridiculous. Lebih besar sesuatu penipuan itu, lebih mudah untuk dipercayai (meminjam kata Joseph Goebbels, pakar propaganda Nazi).

13. Teori konspirasi yang berjaya mestilah mengarut, bertentangan dengan rasional dan logik, dan susah untuk dibuktikan. Anda boleh cipta macam-macam cerita karut untuk menghuraikan asal usul konspirasi tersebut. Contoh, ada paderi Vatican masuk Islam, jadi dia yang membocorkan rahsia-rahsia Vatican, atau ada bekas agen Mossad masuk Islam, dan dia beritahu bahawa orang Yahudi telah mencipta _________ dan ________ untuk menghancurkan umat Islam. Lagi mengarut cerita itu, lagi mudah ia diserap oleh pendengar-pendengar yang berotak dangkal.

14. Jika ada orang yang rasional bertanya pasal bukti-bukti teori konspirasi tersebut, anda boleh kata “apa bukti ko nak? berita dalam media? ko tak tau ke media ni dikontrol yahudi?”. Atau anda boleh jawab, “benda ni rahsia, cuma diketahui oleh kumpulan kami yang elit, sebab kami ni berfikiran terbuka, tak macam korang yang semuanya kena brainwash dengan yahudi”. Atau anda boleh gunakan ad hominem attack (serangan peribadi): “inilah ko ni, berpendidikan barat — apa amerika cakap semua ko percaya. dia cakap al-qaeda yang serang WTC pun ko pecaya. ko tak tahu ke itu semua dirancang oleh CIA dan Mossad? Kalau tak percaya tanya ustaz XXX dan ustazah YYY, dia yang bagitau aku masa usrah bulan lepas”. Kekeke…guna teknik ini gerenti orang takut nak persoalkan teori konspirasi anda.

15. Siapa percaya teori konspirasi bulat-bulat tanpa bukti yang kukuh dan saintifik, adalah: bodoh, bangang, dungu, dangkal, pendek akal, senang ditipu, senang dikencing, berakal pendek, berfikiran jumud, dan mempunyai tahap intelek setanding pelajar Akademi Fantasia, bukan pelajar universiti. Malangnya, teori konspirasi ini juga dipercayai oleh orang-orang terpelajar. Apa yang mereka buat di universiti ni sebenarnya? Belajar ke, main forward email sepanjang hari?

16. Mana-mana email yang bermula dengan “fwd:” eloklah anda terus delete. Tiada faedah membaca dan memforward email-email karut, walaupun email itu diakhiri dengan janji-janji seperti “jika anda fwd email ini kepada 10 orang, anda telah menjalankan tanggungjawab amar ma’ruf nahi munkar anda sebagai seorang Islam”…kekeke bangsat sungguh siapa yang manipulasi agama untuk teori konspirasi karut itu.

17. Banyakkan membaca buku-buku ilmiah, dan berita-berita sahih dan kurangkan membaca bahan-bahan merapu seperti forum politik, forum agama (yang tak sahih sumbernya), email2 forward, newsletter picisan yang entah siapa pengarangnya, blog-blog yang tidak meningkatkan intelek, dan apa-apa jua pembacaan yang membodohkan minda pembaca (e.g. Mastika).

18. Dan janganlah anda mempercayai teori konspirasi. Terimalah hakikat bahawa yahudi tidaklah sekuat mana, kelemahan umat Islam adalah kerana umat Islam berpecah-belah dan tidak bersatu (baca sejarah Six Day War 1967). Terimalah hakikat bahawa 9/11 adalah rancangan Al-Qaeda dan bukannya konspirasi Yahudi. Terimalah hakikat bahawa “A’kum” direka oleh orang-orang Islam yang berniat baik ingin memberi salam di dalam chatroom dan SMS tapi malas untuk menaip salam penuh, bukannya direka oleh yahudi sebagai jarum halus untuk melemahkan akidah umat islam kerana kononnya “Akum” bermaksud binatang hina dalam bahasa Hebrew (kekekee…benda karut macam ni pun ada orang percaya ka?)

19. Kesimpulannya, jangan jadi bodoh. Jadilah orang yang berpelajaran dan tidak mudah ditipu atau dikenceng.

Contoh kebodohan:

http://www.ukhwah.com/print.php?sid=708

“BAGI PARA ULAMA’ MEREKA BERPENDAPAT BAHAWA INILAH
–==YA’JUJ DAN MA’JUJ==–
masyallah…dunia dah nak kiamat”

Kekekekeke…buduh betul. ini artikel asal: http://weeklyworldnews.com/mutants/3389/mole-people-being-exploited/ (Weekly World News ialah tabloid yang mengeluarkan cerita-cerita karut dan rekaan untuk hiburan semata-mata. adehh…senang betul geng-geng ni kena tipu)

About these ads

16 Responses to Teori Konspirasi

  1. Boy says:

    Kalau macam tu, cuba explain mana dia bangkai kapal terbang jumbo yg rempuh pentagon…..

  2. suhaimiramly says:

    ini bukan kerja saya, ada ribuan laman web yang mempunyai maklumat tersebut yang boleh dicari dengan Google, termasuk juga laporan 9/11 commission.

    orang yang percaya teori konspirasi yang mempunyai “burden of proof”, untuk buktikan teori mereka betul.

    • aku lah says:

      kalau tak percaya tak yah la bodohkan orang lain…anda cerdik sangat ke…
      anda pown sama…nak menegakkan pendapat anda…( tak salah)…tapi kalau ada perkataan bodoh bahlul dungu…keluar dari penulisan anda, yg lahir dari hati anda di tujukan pada follower teori konspirasi…cerdik sangat kah anda…ikhlas kah niat anda untuk menyedarkan orang ramai…

  3. yus rezal says:

    Pergh! sesat tu kalo percaya artikel Mole People.habisla lepas ni kita tunggu pula penemuan binatang buleh bercakap dlm masa terdekat oleh NASA.

  4. suhaimiramly says:

    http://en.wikipedia.org/wiki/Weekly_World_News

    Cuba baca apa itu weekly world news. sapa pernah duduk US dan pernah shopping kat mana2 supermarket paham la, WWN tabloid paling sampah di dunia

    • suhaimiramly says:

      Selamat datang saudara,

      Artikel bagus yang membedah teori konspirasi secara ilmiah. Secara jujurnya saya ada juga percaya beberapa teori konspirasi yang kemudiannya dibuktikan benar (bukan lagi teori). Tapi saya pukul rata SEMUA jenis teori konspirasi 1) sebagai alat retorik, dan 2) untuk menjarakkan diri saya dengan geng-geng teori konspirasi ini yang percaya secara default semua teori konspirasi yang dicanangkan, walau karut bagaimana sekali pun.

      Teruskan menulis saudara.

  5. tombak says:

    salam bal,

    bal dah penah tengok tak video ‘The Arrivals’?
    kalu bal dah penah tengok, boleh tak kasi komen sikit tentang video tu.

    terima kasih….

  6. suhaimiramly says:

    salam,

    terima kasih atas cadangan. saya tengok 2 episod
    video itu untuk rujukan.

    http://www.arrivals.technocrazed.com/episode-1-intro

    pandangan saya:
    - penuh dengan teori konspirasi yang bukan2 (UFO, mind control, secret society)
    - walaupun objektifnya menunjukkan tanda2 kiamat, tapi ayat-ayat Al-Quran dan hadis diselang-seli dengan teori konspirasi yang karut marut yang mencemar kesucian
    - produksi yang bermutu rendah dan tidak mempunyai dokumentasi yang sahih melainkan “bukti2″ berbentuk tangkap muat sahaja (contoh: George Carlin???? dia seorang comedian, apa kaitan George Carlin dengan hari kiamat sampai ditonjolkan dalam satu episod)
    - tidak dikenali siapa atau apa kelayakan orang yang mengarah, menerbit dan menghasilkan “dokumentari” ini. mereka hanya menghimpunkan pelbagai jenis teori konspirasi yang menyokong kepercayaan mereka tanpa mengira kesahihan

    kesimpulannya: jangan buang masa tonton video ini dan video2 seperti ini. cari video yang lebih ilmiah untuk tambahkan ilmu

  7. orangkampung says:

    Betul tu, cakap tuan memang betul. Apa nak buat, kami orang kampung yang bodoh, bangang, tolol, tidak berpelajaran seperti yang tuan kata. Mudah percaya kepada cerita dongeng, tahyul, rekaan dan fiksyen. Saya kagumi tuan sebab tuan seorang yang hebat, berpelajaran tinggi, bijak, pandai, cerdik, yang dapat membezakan antara dongeng dengan realiti. Tuan beruntung sebab dilahirkan pandai. Allah memberi kelebihan kepada tuan untuk memperlekeh dan memperlecehkan orang lain sebab tuan memang seorang yang hebat.

  8. u suck... perasan gila... says:

    tak mau percaya komnspirasi itu ikut suka u laa… cuma forum2 konspirasi nie tak semua suruh manusia nie folow bebbulat… ada gak yg ajak berfikir luar kotak dari kebiasaan…

    banyakkan membaca bro… lu macam dah prasan lu hebat bagus sangat… lu peleceh kondem org lain… :D

    tak semua u tau… ada yg kita tak tau… itu namanya forum… berbincang… mana2 yg ada sdikit kebenaran kita buat panduan elakkan kejatuhan…

    mana2 yg mengarut… just baca dan tapis laa… x semua konspirasi tue benar… tapi tak smua tue salah beb…

    hebat matematik bukan bermaksud semua tahu…

    ada org hebat matematik pun… takde peleceh kondem org lain bai… biasakan merendah diri… takut nanti jatuh terjelupuk…

    salam…

  9. adiospunk says:

    i like this entry :)

  10. Amn Nsr says:

    Salam….

    Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, “Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan bunuhlah ia!”, kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)”.

    Hadis ini memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum Muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi. Jadi walaupun orang-­orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan rnenyesatkan umat Islam, namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam kepungan umat Islam. Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaum Yahudi yang ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh makhluk-makhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan memberi penolongan kepada mereka.

    Jadi mengapa akhirnya kita perangi orang Yahudi?bkn kaum lain.adakah suka2??mesti ada sebab nya.adakah admin dan rakan2 masih terfikir yg org Yahudi masih berdiam diri sampai sekarang…anda x perlukan Ph.D utk menjawab persoalan ini…kaji hadis2 yg memberitahu bagaimana org Yahudi dan perjuangan mereka meruntuhkan akidah umat Islam dan Islam itu sendiri.pandang sesuatu dengan 2 belah mata.bkn hanya 1.bukan semua benda di dunia ini blh dibuat konklusi dgn logik akal.dan dgn bangga dan yakinnya anda membuat kenyataan bahawa org yg mempercayai teori konspirasi ini bodoh, tak terpelajar,taksub dan sebagainya walaupun org itu pelajar universiti..hakikatnya point number 19 adalah untuk anda…saya juga berasa agak pelik kenapa anda mcm pro-Yahudi

    salam

  11. Mulut Saya says:

    Ahhh…. teori konspirasi… ahaks ahaks…

    alam tidak pernah bermuka2, dan aku percaya hanya manusia yang selalu bermuka2, ahaks…

    aku adalah orang yg percaya kepada satu rahsia kejahatan yg sedang berlaku didunia….
    dan aku juga orang yg percaya ada satu hidden hand versi aku yg akan menghancurkan kejahatan itu tersendiri ehh..

    aku juga ada teori konspirasi aku sendiri…
    yg bila aku bongkarkan pasti akan mengejutkan pihak2 penyiasat konspirasi ini… aku boleh kira dengan jari siapakah yg benar2 penyiasat teori konspirasi…
    dan aku juga pasti apa yg aku akan bongkarkan pasti akan mengejutkan intelek2 seperti kalian ye bal hehe…

    wait n see.. jangan wait2 terus mati ehh hehe…

  12. pingu says:

    Ha ha … good article … kedai Iphone berbetuk cube pun boleh jadi issue untuk teori konspirasi nie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 194 other followers

%d bloggers like this: