Cerita-cerita karut yang dipercayai untuk menyedapkan hati

Saya ingin membincangkan mengenai kecenderungan orang-orang kita untuk percaya “cerita-cerita” yang karut kerana ia menyokong worldview atau kepercayaan kita. Orang yang tenggelam dalam kekarutan ini selalu mengabaikan fakta dan bukti, dan menganggap fakta-fakta sebagai “konspirasi” dan “manipulasi media” semata-mata.

Antara cerita-cerita karut yang sering dihebahkan dan dipercayai oleh khalayak ramai:

1. Neil Armstrong mendengar azan di Bulan dan masuk Islam setelah kembali ke bumi. Cerita ini selalu dihebahkan dalam kumpulan-kumpulan usrah atau newsletter persatuan pelajar islam atau email-email forward. Kononnya Armstrong telah mendapat petunjuk ketika di Bulan, dan secara tidak langsung menunjukkan bahawa Islam agama yang benar.

Walaupun Islam agama yang benar (pada kepercayaan orang Islam), tak perlulah cerita-cerita karut sebegini menjadi hujah. Neil Armstrong tidak mendengar azan, tidak pernah masuk Islam, tidak pernah diculik israel, dan tidak pernah diseksa kerana menganut Islam. Ini semua cerita karut rekaan orang-orang Islam yang terlebih “semangat” (overzealous). Islam tertegak dengan hujah dan ilmu, bukan dengan anekdot-anekdot rekaan yang tak masuk akal. Cuma orang yang wishful thinking sahaja yang masih percaya cerita ini.

2. Genghis Khan adalah Islam. GK ialah seorang pahlawan yang terulung dalam sejarah. Tak ada dalam sejarah seorang panglima perang dan pemimpin yang berjaya menakluk tanah jajahan yang luas seperti GK. Jadi ramai orang yang mengaku bahawa GK adalah salah seorang dari kaum mereka. Ada yang kata GK adalah orang Mongol, ada yang kata dia keturunan Cina, ada juga yang percaya dia berdarah Turki. Tapi apa yang nyata, GK bukanlah seorang Muslim. Kalau ada yang berkata sedemikian, ia cuma cakap kosong sahaja. Tak ada satu pun ahli sejarah, walau yang revisionist sekalipun, yang merumuskan bahawa GK ialah seorang Islam.

Pernah satu dialog sebegini berlaku antara saya dan seorang rakan (“R”) yang aktif dalam jemaah islami:

R: Eh bal ko tau tak, Genghis Khan tu sebenarnya Islam?

Bal: Nope, he was not. Check wikipedia.

R: Eh, tu kalau ikut SEJARAH BARAT. Kalau ikut sejarah Islam, Genghis Khan ni adalah seorang panglima Islam dan tujuan dia menjajah seluruh dunia ni ialah untuk mendakwahkan Islam. Perang-perang tu semua adalah jihad.

Bal: Cool story, bro. Mana ko dengar cerita ni?

R: Ada abang senior aku cerita dalam usrah malam semalam…

Bal: Abang senior kau lagi tau pasal sejarah Mongol Empire daripada 700 tahun punya kajian sarjana dalam bidang ni. Bagus, gila hebat. Dan tahniah kerana kau telah diperbodohkan. Kalau boleh aku nak beri nasihat sikit: sila belajar berfikir secara kritikal, nanti senang hidup kemudian hari.

3. Napoleon Bonaparte adalah Islam. Ini lagi karut nak mampus, tapi masih ada orang percaya. Seriously, Napoleon????

Mungkin ada yang kata: Eh bal, ko tak boleh kata cerita ni salah 100%. Siapa tahu, mungkin di akhir hidup dia ada mengucap syahadah dan masuk Islam?

Jawapan saya: kalau nak main mungkin-mungkin, apsal tak kata Abraham Lincoln, Joseph Stalin, Admiral Nelson, Benito Mussolini, etc MUNGKIN ada masuk Islam sebelum mereka mati? Saya cakap berdasarkan fakta yang direkod, bukan main mungkin-mungkin. Mungkin esok bumbung rumah saya jatuh. Mungkin esok saya kena loteri. Main mungkin-mungkin ni kerja sia-sia.

OK cukup cerita pasal Islam, mari cerita pasal fantasi orang-orang Melayu pulak.

4. Bruce Lee mati dibunuh oleh seorang pakar silat Nusantara. KAH KAH KAH KAH…korang jangan gelak. Aku tau antara pembaca semua, 90% percaya cerita karut ni. Ini adalah cerita yang direka-reka oleh beberapa gerakan silat untuk menunjukkan bahawa “tuan guru” atau seni silat merekalah yang paling hebat di alam. Buktinya silat mereka telah berjaya digunakan untuk bunuh BRUCE LEE. Tengok hebat tak silat aku…heearghhhhh…kekekeke adui bangangnya.

Bruce Lee telah mati kerana “acute cerebral edema due to a reaction to compounds present in the prescription pain killing drug Equagesic” (sumber: Wikipedia). Ya, Bruce Lee mati sebab kesan daripada ubat yang dimakan. Bukan mati kerana kena buah silat, bukan mati kerana dia kena “delayed death touch” (whatever that means — ni aku dengar dalam filem Bloodsport), dan bukan mati kerana dia dipukul oleh pakar silat yang terbaik di dunia.

Kematian Bruce Lee ni menjadi bahan cerita karut di seluruh dunia. Di Indonesia, cerita karut versi mereka berbunyi seperti berikut. Ada seorang pesilat yang telah dicabar oleh Bruce Lee. Kemudian pesilat itu (nama yang selalu dihebahkan: Zulkarnain…kekekkee) berjaya mengalahkan Bruce Lee dan memberi pukulan maut.

Di China, versi mereka ialah Bruce Lee mencabar dan seterusnya ditewaskan oleh seorang pengamal martial arts tradisional menggunakan satu pukulan yang membunuhnya secara perlahan. Kononnya pukulan tu tak terasa pada waktu ia diberikan tapi selepas beberapa hari boleh menyebabkan maut (wah, boleh tangguh mati pulak). Macam cerita Kill Bill, mati selepas 5 langkah kalau kena “Five Point Palm Exploding Heart Technique”.

Di Malaysia pun ada versi cerita Bruce Lee ni. Kononnya Bruce Lee cabar seorang guru silat (hehe sibuk betul Bruce Lee mencabar pakar martial art seluruh dunia. Bila masa dia nak shoot filem kalau sibuk duk mencabar orang??). Mengikut versi Malaysia, Bruce Lee telah berjumpa guru silat itu di airport, kemudian melawan guru silat itu. Kekeke cuba teka siapa menang? Sudah tentu guru silat itu menang kerana dia kan guru seni SILAT yang unggul dan terbaik di dunia kerana boleh kalahkan BRUCE LEE. Kekeke…

Mari kita reka-reka cerita:

Entah entah di Thailand pun ada versi cerita karut yang sama: Bruce Lee cabar pakar tomoi, yang kemudian mengalahkannya sehingga mati. Di Afrika, ceritanya Bruce Lee mencabar pahlawan Zulu berlawan menggunakan lembing dan perisai dan kemudian Bruce Lee dipukul hingga mati. Di Jepun, cerita nya begini pula: Bruce Lee mencabar seorang pakar sumo untuk berlawan, dan kemudian pakar sumo itu telah menghempap Bruce Lee sehingga leper. YA, sumo adalah martial arts terbaik dunia kerana telah membunuh BRUCE LEE.

Bruce Lee ialah seorang bintang filem. Kehebatan fizikal dan kepakarannya dalam martial arts nya tak boleh dipertikaikan. Tapi oleh sebab dia seorang yang sangat-sangat popular, namanya sering dimanipulasi oleh pengamal seni mempertahankan diri di seluruh dunia, untuk menonjolkan bahawa seni mereka lah yang paling bagus. Satu-satunya cabaran yang diterima oleh Bruce Lee (yang ada dalam rekod) ialah perlawanan dengan Wong Jack Man di California. Cerita-cerita lain, lawan Zulkarnain ke, lawan Datuk Meor ke, lawan Balrog ke, semua tu cerita rekaan semata-mata.

Menurut video Youtube ini, ada banyak lagi versi mitos-mitos kematian Bruce Lee, daripada Korea, Brazil, India, Filipina, dan lain-lain tempat: http://www.youtube.com/watch?v=PLVs_aWoOAA

Bruce Lee vs. Chuck Norris:

About these ads

35 Responses to Cerita-cerita karut yang dipercayai untuk menyedapkan hati

  1. resampadi says:

    Oh, I second this thoroughly! Kindly relay to proper facts and if unsure, kindly recheck….

  2. afiq says:

    How about the one where a school of dolphins is reportedly ‘escorting’ the Flotilla Ship to Gaza?

  3. afiq says:

    Tak tahu la tapi sama ada betul ke tak tapi macam dah lepas beberapa hari lepas kejadian massacre tu, ditokok tambah pulak ada dolphin ‘escort’ bot.

  4. yumyum says:

    tapi kan bal, wiki tu bukan sapa2 boleh edit ke? ” soalan lame argument

    baL!terjumpa your blog thru ajan! i miss your writing back in MIT days! ingat lagi tak?

    -cikyamx

  5. Aswed. says:

    theres a lot actually. Wong Fei Hung dan Hakim Pao pun beragama Islam, tak tau mana sumber depa dapat. tp memang bersepah entri copy paste nih.

    Hang Tuah berbangsa Cina, hipotesis sejarah yg ditulis lagak fakta. malangnya diambil oleh tokoh2 politik utk menyedapkan hati kaum cina dan atas alasan perpaduan.

    Asal usul melayu dari Ibu keturah, isteri ketiga nabi ibrahim. Kajian yg nmpk akademik, tp sebenarnya bertentangan dengan banyak buku2 sejarah Islam. sebab sumbernya dari buku2 jews dan ditulis oleh mormonist. mormon adalah satu jenis golongan sesat kristian. Tak tau kenapa melayu yg beragama Islam teruja dengan khabar2 begini tak peduli mana datang sumber. Kalau hidup di zaman para salaf, mereka ni dah pn di label “kazzab”. Penipu.

    Btw. pasal neil armstrong masuk Islam, hmm..
    There is one documentary psl moon landing is a hoax dengan bukti2 kajian yg agak convincing. Well, if you believe some conpiracy theories. haha.
    But, say that convincing documentary is true. Moon landing is hoax, then mana nak letak muka2 “ustaz” yg suka bawak cerita pasal neil armstrong dengar azan kt bulan? haha.

  6. ainohikari says:

    Salam

    Saya setuju dengan kenyataan bro Bal. Orang kita ni selalu terlebih semangat. Nak tunjuk Islam itu hebat, agama yang benar dan sebagainya tetapi salah cara.

    Gengkhis Khan, memang seorang penakluk yang hebat, tapi takpernah dalam sejarah tercatat dia pernah peluk Islam. Bahkan, panglima tentera Monggol yang dikatakan berjaya menakluki Kota Baghdad, ibu pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah suatu ketika dulu itu pun bukan Gengkhis Khan tapi cucu dia,iaitu Hulagu Khan. Dan selagi lagi, Hulagu Khan juga tak peluk Islam.

  7. jeek says:

    nice reading… however, i won’t really use wikipedia as a source of reliable information… wikipedia is a source where one should use with some skepticism :)

  8. shah says:

    genghis khan bukan islam cuma kacukan arab cina,menghasilkan bangsa monggol ataupun manchuria.datuk moyang mereka berasal dari keturunan arab yang belum islam yakni jahiliyah.di sebabkan kacukan ini mereka menjadi bangsa yang bijak dan gigih untuk menakluk cina.maaf ini sekadar dari pengamatan saya saja.

  9. afham massal says:

    sial kepada mereka yang cuba mempelekehkan islam

    • anti-bodo says:

      saya sokong…
      sial juga kepada orang yang membodoh2kan ajaran agama islam yang suci dengan cerita2 karut.

  10. atykah says:

    this is very entertaining to read.. and funny too.. so admin boleh tak u put your wordpress yg boleh dkongsikan dlm Facebook and Twitter? :)

  11. safieyusri says:

    bapanggau…
    bruce lee memang mati kene debik ngan
    guru silat la sengal

    • alif hamidon says:

      Kamu ini lah contoh orang yang saudara Suhaimiramly maksudkan dalam entri ini. Mana bukti kenyataan kamu? Cuma dengar khabar yang tak tentu kesahihannya. Cuba baca betul betul entri ini, orang dari jalur beladiri lain juga kata Bruce Lee dibunuh oleh guru mereka. Sedangkan punca kematian Bruce Lee itu sudah didokumenkan dengan lengkap.

      • adam winchester says:

        tol tu… bruce lee mati sebab kesan ubat la… bodo jer org yg pcyer citer bruce lee mati lawan ngan guru silat tu…

  12. riezt says:

    awak percaya tak bencana alam seperti tsunami itu adalah ujian dari Allah

  13. riezt says:

    Jawapan saya: kalau nak main mungkin-mungkin, apsal tak kata Abraham Lincoln, Joseph Stalin, Admiral Nelson, Benito Mussolini, etc MUNGKIN ada masuk Islam sebelum mereka mati? Saya cakap berdasarkan fakta yang direkod, bukan main mungkin-mungkin. Mungkin esok bumbung rumah saya jatuh. Mungkin esok saya kena loteri. Main mungkin-mungkin ni kerja sia-sia.

    Jawapan riezt : mungkin esok malaikat ambil nyawa kita

  14. lastri says:

    betul tuh saya sokong awak……….orang ni kn semua pandai reka cerita………..mana mungkin brucee lee kalah sama orang melayu!!!!!!!!!!!!! Bruce dengan US PUN us KALAH……..LOGIC LAH APAKAH US DENGAN MELAYU ,,,melayu lebih hebat ……..konon reka cerita kalo brucee lee masih hidup habis korang di terjang pake jari jempolnya …………….makanya jangan menggada2…….PAHAM.

  15. kursani. says:

    yang betulnya…penulis blog ni je yg hebat.

  16. slaves of Allah says:

    xyah byk cakaplah masing2 mau tegakkan hujah mereka.. knp kamu xucapkan sja wallahualam bis sawab kn itu lebih baik

  17. jack says:

    HAHAHA HEBAT BETUL PENULIS…
    2 X 5 = BANGANG…

    KO PUN XTHU CERITA ASAL..
    PASTU NAK KOMEN CERITA ORANG…
    BAEK KO DIAM JEW..LAGI BAIK..
    PATUTNYA KO PUN KAJI LA BRO..KLU KO TAHU SANGAT SEJARAH..
    JANGAN RETI NAK CONDEM KAJIAN ORANG JE..

  18. al kelangi says:

    cuba tanya brus lee sendiri apa katanya, dan cuba tanya dato’ miau apa katanya?????

  19. sassy says:

    Salam.

    Apa yang boleh kita belajar daripada entri ni, kita kena berfikiran kritikal. Senang cerita, semua maklumat mesti ada sumber yang sahih. Kalau betul bruce lee mati sebab seorang pesilat, tunjuklah bukti. This is a common methodology in everything, not a conspiracy. Bagi sesiapa yang butthurt, postlah link sekurang-kurangnya. Kita nak SEMUA manusia hargai Islam, bukannya muslimĀ² sahaja. Macam mana yg bukan islam nak percaya sesuatu yang bersumberkan mulutĀ²an sahaja?

    Wallahualam.

    • Insan biasa says:

      Si penulis..jika tuan hamba tahu bruce lee mati akibat apa..nk tahu lebih mendalam lg..sy nk berjumpa tuan hamba bersemuka..(Insan biasa)///:.

  20. T0mok says:

    Sebelum kita nak k0ndem,.kita kaji dulu,kita belajar dulu,bru kita leh tahu fakta dgn auta. .kalau diikut sejarah barat,suma nak k0ndem org melayu,ada ka l0gik hangtuah berperang pakai kain pelekat,padahal zaman nabi dulu pun dah ada baju besi. .

  21. laky says:

    org agama mne yg tulis blog nim,,kalau neil amstrong msk islam skalipom,,perlu ke die heboh22 kn,,dlm berite utk pngthuan org ramai,,

  22. martabatkan bahasa melayu says:

    Menyampah aku baca bahasa melayu dicampur adukkan dengan bahasa inggeris o_O

  23. apa jer says:

    Penulis ni lebih percaya kajian barat..agak2 betul ke amstrong tu sampai ke bulan……??sultan dzulkarnain ade dua versi,yg mana dia percaya…

  24. jawa says:

    yg tulis dlm blog ni pun bkn tau ap..die pun trpngaruh ngn dakyah org barat..mcm die ad je kt tmpt kjdian tau semua hal..ssungguhnya Allah maha mengetahui segala sesuatu..Wallah hu a’lam

  25. ashraf says:

    aku paling pantang orang jenis cakap pandai nih…macam belajar tinggi sgt…yang tu x betol lah yang ni x betol lah…betol kan diri lagi bagus dari dok memperkecil-kecil dan perlekeh-lekehkah bangsa sendiri…benda yang kau tulis tu lg bodo sebab buat bangsa-bangsa lain bertepuk tangan di belakang sebab di lekehkan oleh bangsa sendiri….diam-diam sudah la BODO!!!!!

  26. aji says:

    aq skong psal bruce lee to 100%..

  27. bruce lee says:

    bruce lee mati sebab tergelincir ngan kulit pisang….

  28. fahmi Jaa says:

    Assalamualaikum wbt…

    Bruce Lee mati xdak kaitan pn dgn guru silat, kna kipas senandung la,kna batin la,,, ngarut semua, klu ada, mana bukti..takat crita mulut ke mulut dr perguruan silat msaing2, xyah p hujah ngn org la…bt malu org melayu ja..

    Neil Armstrong sebenarnya tak naik ke bulan pun, hampa dok merapu pa…org barat dok bohong pn caya,,, cuba p search video2 di youtube,bukti2 penipuan Neil Armstrong ke bulan nu tgk……

    Nmpak cerdik,tp akal dok kt lutuit…jdlah open mind skit mcm admin,,
    Dah xreti,dok komen buat pala tau boleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 188 other followers

%d bloggers like this: