Kisah malam pertama

…dan seribu malam yang seterusnya: 1001 malam.

Salah satu folk masterpiece yang paling terkenal dan dikagumi di seluruh dunia ialah Hikayat 1001 Malam (One Thousand and One Nights / Arabian Nights). Hikayat ini mengisahkan seorang perempuan bernama Shahrazad yang berkahwin dengan Raja Shahryar, seorang raja yang kuat tetapi zalim.

Raja Shahryar pernah berkahwin beberapa kali, dan setiap perempuan yang dikahwininya telah dibunuh selepas malam pertama perkahwinan itu. Mujurlah Shahrazad seorang yang bijaksana: pada malam pertama perkahwinan itu, Shahrazad telah menceritakan suatu kisah yang amat menarik hati raja. Setelah cerita itu tamat, Shahrazad telah berjanji untuk menceritakan kisah yang lebih menarik pada hari keesokannya. Jadi dia telah selamat daripada dibunuh oleh raja kerana raja ingin mendengar cerita seterusnya itu. Pada malam kedua, Shahrazad telah menggunakan trick yang sama untuk mengelakkan untuk dibunuh pada keesokan harinya. Trick ini telah diulang oleh beliau selama 1001 malam, maka terhasillah al-kisah Hikayat 1001 Malam. *tamat cerita dongeng*

One Thousand and One Nights (in English): http://www.al-hakawati.net/english/Stories_Tales/lailaindex.asp

Ada di antara kisah-kisah di dalam hikayat ini yang terkenal di seluruh dunia termasuk di dunia Barat, contohnya cerita Aladdin, Ali Baba dan Sinbad the Sailor.

Kisah-kisah di dalam Hikayat 1001 Malam ini telah dikumpul dari pelbagai sumber. Ada cerita daripada hikayat Parsi lama, hikayat Arab sebelum Islam, kisah tokoh sejarah Islam, kisah-kisah sufi, dan sumber-sumber lain dari kawasan Fertile Crescent dan Asia Selatan. Oleh itu, ada cerita di dalam hikayat ini yang merupakan cerita dongeng (contohnya: Aladdin dan lampu ajaibnya) dan ada cerita yang dianggap sebagai kisah benar.

Penulis/editor asal hikayat ini tidak diketahui. Terdapat banyak versi hikayat ini yang telah diterbitkan. Ada ahli sejarah berpendapat pengumpul asal hikayat ini ialah orang Parsi, dan ada juga yang berpendapat beliau adalah orang Arab. Sesetengah versi hikayat ini mengandungi lebih 1001 cerita (mungkin setebal encyclopedia agaknya), tapi kebanyakannya mengandungi kurang daripada 1001 cerita.

Kalau anda berasa bosan, anda boleh membaca satu kisah setiap malam sebelum tidur (boleh buat selama 3 tahun sebelum kehabisan cerita, selepas itu boleh ulang semula dari awal). Kepada lelaki yang sudah berkahwin, boleh meminta isteri anda membacakan satu kisah setiap malam sebelum tidur, dan bayangkan pada ketika itu anda adalah King Shahryar yang gagah dan isteri anda adalah Shahrazad. Cuma jangan bunuh isteri anda keesokan harinya kalau dia tak baca pada malam itu.

It's good to be king

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 174 other followers

%d bloggers like this: