Ramai usahawan baru atau pekerja makan gaji yang baru berjinak-jinak dengan bisnes part-time, menghubungi saya untuk bertanya mengenai bagaimana menyimpan akaun perniagaan. Mereka ini terdiri daripada peniaga kecil yang berniaga produk-produk seperti cupcake, pakaian bayi, tudung, aksesori wanita, secara kecil-kecilan sama ada online atau offline.
Pertama sekali, tahniah diucapkan kerana anda semua berani menceburkan diri ke alam perniagaan. Bukan senang nak buat perniagaan walaupun kecil. Saya menyokong niat suci anda dan mendoakan perniagaan anda berjaya.
Saya ingin menceritakan di sini bahawa penyimpanan rekod dan akaun perniagaan adalah suatu yang mudah. Tak perlu lah anda risau melampau takut diaudit oleh LHDN atau pening kepala kerana tak pandai buat akaun. Menyimpan akaun ini boleh dilakukan walaupun perniagaan anda masih kecil, hatta jika anda menjual barang di eBay sekalipun.
Mereka (peniaga kecil) merungut kepada saya bahawa mereka pernah bertanya soalan ini kepada kawan-kawan mereka yang belajar jurusan accountancy. Para akauntan ini memberikan jawapan yang rumit mengenai sistem akaun seakan-akan peniaga ingin membuka perniagaan jutaan ringgit. Perlu ada general ledger, double entry bookkeeping system, this and that statement, etc. sehinggakan kakak yang ingin menjual tudung di ofis pun jadi takut mengenai akaun.
Saya ingin menghuraikan cara mudah menyimpan akaun dan rekod perniagaan anda. Dengan menyimpan rekod yang lengkap, anda dapat melihat perkembangan perniagaan anda dan membuat rancangan untuk mengembangkan perniagaan ke tahap seterusnya.
(DISCLAIMER: segala yang ditulis dalam entri ini adalah cadangan peribadi penulis semata-mata. Penulis tidak bertanggungjawab atas segala yang berlaku natijah daripada anda mengikuti cadangan penulis).
Berikut adalah langkah-langkah menyimpan rekod perniagaan dengan mudah, tanpa memeningkan kepala mempelajari sistem perakaunan yang susah-susah:
1. Akaun bank berasingan
Walaupun anda berniaga kecil-kecilan tanpa mendaftarkan syarikat, anda sepatutnya mengasingkan duit peribadi anda daripada duit perniagaan. Jika anda sudah mendaftarkan perniagaan (samada bentuk pemilik tunggal, perkongsian atau Sdn Bhd), maka lebih wajiblah anda membuka akaun bank untuk perniagaan dan mengasingkan wang peribadi anda daripadanya.
Jika anda tidak mendaftarkan perniagaan, buka akaun bank kedua atas nama anda untuk menyimpan tunai yang terhasil dari perniagaan anda.
Simpan semua rekod transaksi bank tersebut. Penyata bulanan bank anda adalah dokumen terpenting dalam perniagaan anda. Dengan penyata inilah anda dapat melihat tahap “kesihatan” perniagaan anda. Untuk yang nak memohon kemudahan kewangan daripada bank atau agensi kerajaan, penyata bank adalah dokumen utama yang disemak oleh pegawai pinjaman.
Adalah sangat penting anda mengasingkan duit perniagaan dengan duit peribadi. Setiap transaksi antara kedua-dua akaun tersebut mestilah dicatat. Jangan campur aduk wang peribadi dengan perniagaan. Ini adalah langkah pertama yang anda perlu ambil untuk menyimpan rekod perniagaan yang bersih.
2. Kos inventori (Belian)
Perkara kedua yang perlu anda buat setelah membuka akaun bank ialah membeli barangan yang akan dijual atau inventori. Barangan ini boleh jadi dalam bentuk bahan mentah (tepung, gula, icing, etc jika anda membuat cupcake) atau bahan siap (contoh: beg tangan, kasut).
Rekod kesemua kos tersebut dengan lengkap: tarikh, item, kuantiti, harga, nama penjual. Itu sahaja. Pastikan anda menyimpan resit bagi semua transaksi yang anda buat.
Catat semua belian anda di dalam satu jadual (hardcopy atau Excel). Column yang perlu ada ialah tarikh, item, kuantiti, harga, dan penjual.
Saya membuat andaian kesemua jualan anda adalah dalam bentuk tunai, bukannya kredit. Perniagaan kecil biasanya menggunakan tunai sahaja.
3. Jualan
Sekali lagi, saya membuat andaian kesemua jualan anda adalah dalam bentuk tunai (jika tidak, mungkin entri ini tak sesuai untuk anda). Tunai adalah “lifeblood” bagi perniagaan kecil, jadi pastikan setiap jualan anda dilangsaikan dengan tunai tanpa ada tempoh hutang.
Untuk setiap jualan, anda perlu mencatit maklumat berikut: tarikh, item, kuantiti, harga, diskaun (jika ada), nama pembeli. Pastikan setiap transaksi direkod dengan menyimpan resit atau slip pembayaran.
Catat semua jualan anda di dalam satu jadual (hardcopy atau worksheet Excel). Sekarang kita sudah ada dua jadual, Belian dan Jualan.
4. Kos-kos lain (Expenses)
Expenses ialah segala kos yang ditanggung dalam perniagaan selain daripada kos membeli bahan mentah dan menghasilkan produk siap untuk dijual. Ini termasuklah pengangkutan, postage, printing, bil elektrik/air/telefon, sewa pejabat, gaji pekerja, marketing, packaging, dan sebagainya.
Sekali lagi, saya menganggap setiap kos-kos tersebut dilangsaikan dalam bentuk tunai (sesuai untuk perniagaan kecil). Catat setiap expenses tersebut dan rekod dalam satu jadual hardcopy atau Excel worksheet. Ini adalah jadual ketiga anda, selepas Belian dan Jualan.
5. Ambilan dan Modal
Ambilan dan Modal adalah pertukaran wang/produk antara akaun peribadi dan akaun perniagaan. Contohnya, jika anda ingin mengambil satu pasang pakaian bayi dalam inventori anda untuk digunakan oleh anak anda sendiri, ini dikira sebagai ambilan. Begitu juga jika anda ingin mengambil wang daripada akaun perniagaan untuk digunakan secara peribadi. Ini juga wajib direkod.
Modal adalah sebaliknya: menggunakan wang peribadi untuk kegunaan perniagaan, atau menggunakan perkakas peribadi untuk kegunaan perniagaan. Ini juga perlu dicatat.
Setiap duit yang bertukar tangan antara akaun peribadi dengan akaun perniagaan anda mesti dicatat, sama ada sebagai ambilan (perniagaan –> peribadi) atau sebagai modal (peribadi –> perniagaan).
_______________________________________
Sekarang kita sudah ada 5 Jadual: Belian, Jualan, Expenses, Ambilan dan Modal. Ini sudah cukup untuk kegunaan peniaga-peniaga kecil yang membuat all-cash transaction, iaitu tiada belian atau jualan kredit, atau pinjaman.
Pastikan duit yang diterima daripada jualan dimasukkan ke dalam bank dengan kerap supaya baki bank anda melambangkan wang yang dimiliki oleh perniagaan anda dengan tepat. Sebaik-baiknya minta pembeli bank-in terus bayaran ke dalam akaun anda.
Saya pernah berborak dengan seorang taukeh kedai Mamak di KL yang memberitahu saya bahawa beliau mempunyai seorang staff yang kerjanya pergi ke bank setiap 30 minit untuk deposit semua wang tunai yang diterima di cash register machine.
Kurangkan simpan duit dalam bentuk petty cash (di luar bank) melainkan untuk beberapa expenses yang tertentu sahaja. Menyimpan petty cash yang banyak boleh meningkatkan nafsu anda untuk mengambil duit itu untuk berbelanja untuk kegunaan peribadi. Dengan ini, tunai bisnes anda akan berkurang.
Guna cek untuk membayar bil, gaji pekerja dan supplier untuk meningkatkan aktiviti akaun bank anda. Kos sekeping cek ialah lebih kurang RM0.50.
Kadangkala anda diminta untuk memberi akaun kewangan yang lengkap untuk disemak. Akaun kewangan lengkap terdiri daripada tiga dokumen: income statement, cashflow statement, dan balance sheet. Anda akan diminta menyiapkan ketiga-tiga dokumen ini kalau anda ingin membuat pinjaman, atau ingin memohon geran.
Anda boleh membina ketiga-tiga dokumen tersebut dengan 5 Jadual yang saya huraikan tadi — Belian, Jualan, Expenses, Ambilan dan Modal. Tak perlu pening-pening kepala, cuma tunjukkan 5 jadual tersebut kepada rakan anda yang pernah belajar accountancy, nescaya rakan anda itu boleh menghasilkan IS/CF/BS untuk perniagaan anda.
Anda seharusnya membiasakan diri anda menyimpan rekod perniagaan yang lengkap walaupun perniagaan anda masih kecil (e.g. menjadi pengedar produk atau menjual barangan di pejabat secara part-time). Dengan menyimpan rekod perniagaan, anda dapat mengkaji untung rugi perniagaan anda, disamping membolehkan anda mengembangkan perniagaan anda di masa hadapan.
Menyimpan rekod bagi perniagaan kecil adalah mudah, tak perlu degree accountancy atau pergi kursus-kursus yang mahal. Anda cuma perlu simpan 5 Jadual sahaja — Belian, Jualan, Expenses, Ambilan dan Modal. Semua transaksi yang penting dalam perniagaan kecil terkandung dalam kelima-lima jadual tersebut.
Jika perniagaan anda dah besar nanti, baru anda perlu fikir mengenai sistem perakaunan yang canggih-canggih. Untuk peniaga kecil, fokus untuk kembangkan perniagaan dan banyakkan cash sales anda. Gunakan sistem menyimpan rekod yang mudah dahulu.
Semoga berjaya!





ahh…ini panduan yang cukup baik dan sangat praktikal.
terima kasih!
terima kasih,panduan yg bernas
bal….mmg nformative habis:)good job!
haritu time kita borak ttg cashflow tu, bila balik umah..ingat2 lupa. ni bila u dah make it in writings, ez nak refer. mekaceh2:)
pandai
Memang pandai… if cash basis, paling penting bank statement utk tgk business transaction. Jadi,org yg blaja account, like me.. (boring subject)boleh prepare financial statement i.e. Income statement, balance sheet & cashflow statement dengan merujuk bank statement sahaja… assume all cash direct masuk bank
Thanks.Minta dihalalkan saya gunakan ilmu ini.Semoga tuan diberkatiNya.
Silakan, terima kasih.
kalau nak advance sket (sketje…)boleh la try tips ni pulak: http://www.startbreakingfree.com/232/how-to-understand-and-create-a-personal-financial-statement-each-month-in-5-minutes/
tapi mmg apa yg Bal tulis kat atas adalah yang paling mudah rasanya.
Imu yang sangat praktikal. Dengan rekod-rekod yang telah disimpan dengan lengkap dan baik, saya boleh menyediakan akaun seperti 1/S (Profit & Loss akaun), B/S and cash flow. Budget pun boleh. Sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya melalui email norainiharoun@yahoo.com. TQ
Boleh ke saya buka akaun kedua dalam bank yang sama? saya ada biz kecil2 yang tidak berdaftar.cuma saya tak mahu bercampur dengan duit yang lain supaya senang monitor….boleh ke saudara?
Saya tak berapa pasti — saya prefer buat di dua bank berbeza.
kate
boleh buat 2 atau lebih akaun di bank yang sama. Katakan anda ada akaun di CIMB untuk bisnes anda yang bernama “Kate Boutique Enterprise”, anda masih boleh buka akaun kedua atas nama entiti yg sama iaitu “Kate Boutique Enterprise”. Itu adalah akaun kedua.
Saya pernah buat. Syarikat besar2 pun pernah buat. Ada yg sampai berbelas akaun pun ada.
Tapi hati-hati la, jangan sampai keliru. Better daftar perniagaan di SSM dan buat akaun bagi setiap entiti tersebut. Bank pun tak suspicious kalau tetiba ada big transactions.
haha..baru sedar yg aku login ke wordpress guna username wife aku. Yg mun82 kat atas is me actually. I’m Alif la. hehehe….
great job for posting this..moga pahala tuan ditambah2 dengan ilmu yg disalurkan. amin.
Terima kasih atas posting tuan. Mohon share dengan rakan-rakan usahawan kecil.
boleh ke sya mengunakan cek utk pembelian sedangkn sya berniaga kecilan sahaja.apa keuntungan menggunakan cek dgn tidak menggunakan cek. saya tiada pekerja, x sewa kedai, x bayar apa2 bil. cuma saya nk fikirkan utk buat roling perniagaan.
kelebihan dari segi mudah untuk transfer duit syarikat / enterprise. Kalau nak bayar vendor di negeri lain, mudah hantar cek. juga mudah dari segi merekodkan keluarnya duit sykt.
tq very much
info ni sgt membantu..
thanks again
You are welcome.
Akum… saya baru nak joint.banyak pekara nak dikongsikan dan nak tahu…
thanks..info yg berguna..leh buat panduan utk saya yg baru nk mula bisnes kecik-kecik ni
mintak encik shuhaimi buat worksheet excel akaun tu blh?dlm bentuk aplikasi ke..so kami2 ni key in je jumlah duit keluar masuk tu..yg mudah2 je..ok ke?hehe
Terima kasih atas idea yang baik itu En Abu. Saya akan cuba cari masa untuk laksanakan pada masa hadapan.
salam…..saya ni tengah pening nk cari format nk buat akaun..saya berniaga runcit dgn modal sendiri jer..hari2 roling guna duit..maknanya..modal dan untung saya masuk kan sekali…sbb nk roling beli brg…kedai saya sewa…dan saya byk juga benda lain nk kena bayar termasuk rumah,keta,upah mengasuh,personal loan yg dah ter tunggak,kad kredit yg dh ter tunggak serta mcm2 lagi…..skrg kira kuar masuk duit dh jadi caca merba..untung dan rugi pun saya tak leh tau…..kalau ada cara nk setle masalah saya..sila email
tima kasih
salam… terima kasih selama ini saya pening macam mana nak menguruskan akaun untuk perniagaan saya… ini sedikit sebanyak membantu saya ..terima kasih.. saya ingin bertanya bagaimana menguruskan inventori perniagaan saya seperti setiap barang yg masuk dan keluar… serta baki barang yang ada pada setiap masa… buat masa ini saya buat secara manual.. tetapi agak sukar dan mengelirukan.. dan hampir setiap kali saya kena mengira balik semua dimana ia memakan masa dan tenaga… saya tak pandai menggunakan UBS atau software yang sewaktu denganya .. harap saudara dapat membantu.
Salam Pn Aida,
Terima kasih atas soalan tersebut. Tapi sebenarnya saya pun bukan arif sangat mengenai inventory management. Saya syorkan Pn tanya kepada mereka yang lebih tau, contohnya orang2 yang buka kedai runcit atau kedai2 yang produknya banyak jenis (e.g. farmasi atau kedai pakaian), bagaimana teknik terbaik menguruskan stok.
Salam
Saya nak tanya Income Statement adakah penyata bank sahaja atau termasuk Invois & Profit & Loss Account.Saya bercadang untuk buat loan bagi bisnes saya,dokumen saya semuanya saya control dengan baik dan saya ada buat P&L setiap bulan.BS setiap tahun saya buat.Adakah itu akan memudahkan pinjaman saya.
sekadar memberitahu,
income statement akan berikan maklumat ttg untung pada tahun berakhir (untung jangka pendek slps cukai)
invois – dokumen sekiranya beli atau jual barang secara hutang
salam en. shuhaimi…terima kasih..info yg sgt3 membantu sy..:)
tq somuch.. sgt2 mmbantu
minta halal yer…lili nk gunakan tips berguna ni..tq sgt2
Kepada usahawan IKS yang tercari-cari sebuah sistem untuk menguruskan akaun dengan mudah dah murah,sila layari http://www.akaunmudah.com
salam.,
kepada semua yang ingin menguruskan perakauanan dan perniagaan sila ke http://www.manage4biz.com . Portal web ini membolehkan kita menguruskan secara online semua transaksi perniagaan tanpa pengetahuan dalam perakaunan. Mudah digunakan ada bahasa malaysia dan english, kalau nak tahu lebih lanjut boleh email ke jefri@manage4biz.com
slm,suhaimi. tq ilmu yg dicurahkan.izinkan saya mencubanya dlm business saya.
tqvm…ilmu yg sngt2 membantu
Cuba sistem yang saya Formularkan ini utk Bisnes anda
http://www.databiz.weebly.com
Senang | Murah | Praktikal….Isi Tempat kosong Jer !
nak mohon copy untuk panduan saya.. saya ada buat bisnes kebaya nyonya, tapi belum start buat proper account…. so sekarang kena start sbb tak tau mcmana cashflow bisnes nie..thanks!
salam en.suhaimi..sy adlh lpsan ipta dn mnymbung syarikat pmbinaan ayh yg sblum ini sedianya malap..sy bru brgerak dlm satu tahun.hal disini byk bntuk prniagaan adlh mlalui claim siap kerja..sy agk pening utk mngetahui mn pergi duit sy apabila akaun akhir tahun tutup.
sedikit cadangan, perlu refer accounting for construction company. registered company better refer auditor yg audit akaun.
salam en suhaimi..saya penjual kerepek/keropok..asalnya hanya di pasar tani sekarang dh masuk shopping kompleks..dh ada 4 caw semuanya (temporary)..sy dh daftar syarikat enterprise..sy dh buat acc kt bank utk perniagaan..dh ada bank statement..sy cuma bank in hasil jualan dan sign cek utk byr..sy tak buat acc langsung..tak simpan resit..tak kira stok..tak buat rekod..sy mmg tak buat apa lah..duit bercampur2..pertama skali apa yg perlu sy buat?perlukah sy buat acc (belian,jualan,expenses,ambilan & modal)skali gus utk 4 caw atau buat asing2..bantulah sy..tq!
tips yg bagus…. trima kasih.
SEDIKIT PANDUAN UTK SMALL BUSINESS
kalau utk small business tapi ada cawangan, better asingkan akaun untuk setiap cawangan, nanti senang nak tengok untung yg dapat untuk setiap cawangan. kalau nak tengok keseluruhan, totalkan saja untung kat semua cawangan.
belian, jualan, belanja, ambilan dan modal adalh lebih baik jika direkodkan. utk lebih mudah, asingkan dalam buku rekod yg berbeza. nak buat dalam microsoft excel pun xpe.
Formula mudah nak kira untung :
Jualan – belian – belanja = untung jualan (jangka pendek)
Modal – ambilan – (jualan – belian – belanja) = untung perniagaan (jangka panjang)
e-mail : liyanafadila@gmailcom
cara mudah urus akaun bisness anda
http://databiz.weebly.com/
cara mudah urus akaun..layari
http://databiz.weebly.com/
Liyana Fadila, thanks a lot for your responses.
En. Suhaimi, tq for the info. Liyana tq for responses. Minta halal ye.
saya pengeluar rempeyek.kalau berminat nak niaga peyek call saya.harga rm 10 jew untk 50 keping.korang bole jual ikut harga yg sesuai.memang boleh buat duit punya.saya letak no phone,berminat call jew.017-6790064.
di jamin dapat sambutan.
SAYA X TAHU MACAM MANA NAK BUAT STOK BARANG KELUAR MASUK.. BOLEH BAGI JALAN UNTUK MEMUDAHKAN KEJA SAYA.
saya beli buku kira-kira yang bertajuk tuna (macam buku ledger)i. Dalam tu ada jadual yg mudah utk kita tulis stok keluar masuk dalam bulan yg sama. Untuk stok keluar anda boleh tulis di ruangan kredit, manakala yg masuk letak dalam ruangan debit. Nanti total stok keluar masuk boleh dikira dalam jadual yg sama dan teratur.
Cuba lah sy buat macam tu je.
Setakat ni sy boleh nampak aliran perniagaan saya.
Tq.
cara mudah urus akaun
http://databiz.weebly.com/
terima kasih infa di atas, semoga Allah membalas jasa tuan, amin.
thanks a lot byk info yg saya dapat kat sini, minta halalkan ilmu ni ye.
thanks..panduan sgt berguna
Thanks a lot. Sangat membantu saya menjaga akaun bisnes online saya. Semoga murah rezeki anda
salam.,
kepada semua yang ingin menguruskan perakauanan dan perniagaan sila ke http://www.manage4biz.com . Portal web ini membolehkan kita menguruskan secara online semua transaksi perniagaan tanpa pengetahuan dalam perakaunan. Mudah digunakan ada bahasa malaysia dan english, kalau nak tahu lebih lanjut boleh email ke jefri@manage4biz.com
Terima kasih semua. Harap bermanfaat.
salam…..saya ni tengah pening nk cari format nk buat akaun..saya berniaga runcit dgn modal sendiri jer..hari2 roling guna duit..maknanya..modal dan untung saya masuk kan sekali…sbb nk roling beli brg…kedai saya sewa…dan saya byk juga benda lain nk kena bayar termasuk rumah,keta,upah mengasuh,personal loan yg dah ter tunggak,kad kredit yg dh ter tunggak serta mcm2 lagi…..skrg kira kuar masuk duit dh jadi caca merba..untung dan rugi pun saya tak leh tau…..kalau ada cara nk setle masalah saya..sila email
tima kasih
Hilangkan pening anda …dgn cara mudah urus akaun..cuba try
http://databiz.weebly.com/
mcmana tu yer..nak buka kdai runcit dkat prumahan tmpt sya tinggal ni,..mcmana nak mula tue…
Reblogged this on firmimijiji and commented:
good info!
Terima kasih kerana berkongsi ilmu dan pengetahuan.
salam….sy ada biz trading sendiri…masalahnya dh 2 thn akaun syarikat tak penah update dgn lengkap, maksud sy untung & rugi.apa yg ada cuma rekod jualan sahaja.utk pengetahuan semua perbelanjaan menggunakan satu sumber sahaja yg mana telah mencampur adukkan biz dgn harian (keluarga).semua jualan adalah dalam sistem L.O
Harap dapat berikan sedikit nasihat ataupun cara yg mudah utk sy melancarkan perjalanan inventori kewangan sy.
terima kasih
http://databiz.weebly.com/
as salam….boleh tak en. tolong buatkan satu contoh akaun untuk lebih jelas…thanks…
cara mudah urus akaun..cuba try
http://databiz.weebly.com/
jazakallah khairan kathira en Suhaimi..smg Allah nilai panduan yg encik sediakan ini sebagai amal jariah yg berterusan, Amin yarabbal alamin.
salam..btul 2…supaya lebih jelas sbb sya ni kurang arif ttng akaun nie…
sya baca tips buka kdai runcit u its ok..sya ni ada niat nak buka kedai runcit,tpi tak tau mcmmana nak mula
hi ade,dulu sy pn xtau mcmn nk mule prniagaan tp bile dh mule rs srnk sgt. mule2 buat list nk jual brg ape utk kedai runcit sbg pmulaan,pstu carik supplier &survey hrga paling murah sbb biasenye dlm 1tmpt supplier tu bkn smua brgnye murah.nk lg senang carik supplier kt website.pape ley taye sy kt macamsaye@yahoo.com
thank you for the info..klu modal tu nk buat mcm belian jualan jugak ke?
Salam, En. Suhaimi. Saya dan suami baru saja memulakan sykt jururunding bidang pengilangan dan product development. Bagaimana untuk saya memulakan book keeping sykt? Knowledge accting saya sgt basic (secondary school level). Apa acct yg saya perlu create diperingkat awal perniagaan? Ty.
salam.,
kepada semua yang ingin menguruskan perakauanan dan perniagaan sila ke http://www.manage4biz.com . Portal web ini membolehkan kita menguruskan secara online semua transaksi perniagaan tanpa pengetahuan dalam perakaunan. Mudah digunakan ada bahasa malaysia dan english, kalau nak tahu lebih lanjut boleh email ke jefri@manage4biz.com
thank you. very informative.
Terima kasih atas perkongsian ilmu yg sangat2 berguna.
Asmkm, saya ikuti posting saudara…..ilmu yang sangat berguna.semoga saudara murah rezeki dunia akhirat……………amin
mmg informative sangat.sesuai utk yg berniaga side income.baru bleh nampak perjalanan perniagaan.tq dgn informasi ni.tak susah mana pun nak follow.yg penting kene buat.
hi ade,dulu sy pn xtau mcmn nk mule prniagaan tp bile dh mule rs srnk sgt. mule2 buat list nk jual brg ape utk pmulaan,pstu carik supplier &survey hrga paling murah sbb biasenye dlm 1tmpt supplier tu bkn smua brgnye murah.nk lg senang carik supplier kt website.pape ley taye sy kt macamsaye@yahoo.com
Assalamualaikum, saya ingin bertanyakan pendapat tuan suhaimi, kalau saya nak menggunakan accounting system untuk perniagaan saya, software apakah yang paling sesuai?sistem yg compact dan user friendly.maklumat tambahan:bisnes yang dijalankan adalah bengkel kereta.
Assalamualaikum Cik Haini. Saya masih baru juga dalam perniagaan dan menggaji seorang kerani akaun adalah diluar kemampuan. Pada awal perniagaan saya menggunakan software Wave accounting secara online sahaja. Boleh diexcess secara mudah melalui email sahaja. Sekarang saya menggunakan Express Accounts dari NCH software. Boleh cuba kedua2nya dan lihat yg mana lebih mudah. Tapi Express Accounts perlu dibayar lesen lps tamat tempoh percubaan. Semoga infi ini dapat membantu Cik….
salam.,
kepada semua yang ingin menguruskan perakauanan dan perniagaan sila ke http://www.manage4biz.com . Portal web ini membolehkan kita menguruskan secara online semua transaksi perniagaan tanpa pengetahuan dalam perakaunan. Mudah digunakan ada bahasa malaysia dan english, kalau nak tahu lebih lanjut boleh email ke jefri@manage4biz.com
Salam,
Kepada semua ushawan IKS,boleh cuba software ni,agak mudah. Layari >>> http://www.akaunmudah.com
pakar dlm bidangnya~~ =)
Thank you..info yang sangat membantu terutama untuk peniaga kecil2lan seperti saya…
Saya tercari-cari cara merekod bisnes suami saya yang agak tunggang-langgang kerana tidak sempat menyimpan rekod dari mula berniaga. Sudah beberapa kali kami gagal. Kini kami menyewa kiosk di salah satu kompleks dan kejadian sama berulang dan terpaksa tutup sementara. Saya buat keputusan untuk cari cara paling mudah dan tidak terlalu pening nak belajar akaun semula. Dan terima kasih pada penulis kerana maklumat ini. Sangat-sangat berterima kasih. Harap 2013 menjadi tahun kami serius berniaga dengan rekod kewangan yang lebih baik.
salam.,
kepada semua yang ingin menguruskan perakauanan dan perniagaan sila ke http://www.manage4biz.com . Portal web ini membolehkan kita menguruskan secara online semua transaksi perniagaan tanpa pengetahuan dalam perakaunan. Mudah digunakan adad bahasa malaysia dan english, kalau nak tahu lebih lanjut boleh email ke jefri@manage4biz.com
Salam,
Untuk pengetahuan semua kami membangunkan aplikasi web perakaunan dan perniagaan di http://www.manage4biz.com yang mudah dan senang digunakan. Tidak perlu install hanya daftar dan login secara online… Harap maklum…
Terima kasih
terima kasih en suhaimi, dpt juga ilmu yg mmg dicari-cari selama saya berniaga kecil-kecilan ni, mmg akaun bank tunggang langgang campur aduk, tu yg nampak mcm tak untung, tp byk benda dah dpt beli, walau xkaya tapi senang sikit, tima kasih ilmu en, mudah2an diberkati Allah dan murah rezki en.
As salam …saya sheda.sya bru nak buka kedai runcit tp sebelum tu sya ade bisnes buat santan n kelapa kat rumah.so skrgni sya nk pelbagaikan brg2 kering untuk di jual sambil cri market untuk santan saya kat org ramai..dri segi format cmner yg sya boleh guna untuk kos2 kuar masuk brg2 saya tu..tq
Assalam, suatu perkongsian idea yang bernas..
Mungkin boleh dijelmakan dalam bentuk excel, tentunya lebih mudah semua follower memanfatkan ilmu ini, sbb bagi yang masih baru sukar nak terjemahkan teks kepada excel, terima kasih.
assalamualaikum trma ksh krn b’kongsi ilmu..
thanks…ilmu ini amat2 berguna u sy yang baru nak memulakan bisnes kecil2an… perniagaan tudung n baju musimah, jika ada sesiapa yang berminat boleh call sy. 014-8203015 (ieda)
panduan terbaik untuk bisnes yang akan saya mulakan. Boleh bagi tips bagaimana nak tetapkan harga bagi perniagaan tudung?
info ini sgt bernilai bagi saya..thx a lot