Imam Mahdi akan turun pada tahun 2006 dan Sai Baba ialah Dajjal (peringatan untuk mereka yang suka sebar cerita palsu)

Segelintir orang Islam suka sebar cerita bohong. Pada masa saya aktif dengan gerakan Islam di kampus UiTM dahulu (tahun 2000-2001), saya pernah mengikuti aktiviti di mana beberapa orang pelajar menyuruh pelajar-pelajar jangan terlalu sibuk dengan belajar kerana Imam Mahdi akan keluar pada tahun 2005. Ada versi yang mengatakan tahun 2006. Macam-macam dalil yang mereka keluarkan.

Seorang rakan yang saya hormati, seorang Hafiz Al-Quran, graduan pengajian Islam di madrasah Seri Petaling, KL dan pernah mengajar di madrasah Kubang Bujuk di Kuala Terengganu, pula menghantar email forward yang panjang lebar kepada saya pada tahun 2005 supaya bersedia untuk menghadapi kedatangan Imam Mahdi pada tahun 2006. Berikut email tersebut, yang saya salinkan sepenuhnya tanpa edit (cuma email beliau sahaja saya redact):

________________________

From: xxxxxx
To: msuhaimi
Date: Mon, 15 Aug 2005 02:30:29 -0000
Subject: [Dakwah] PERINGATAN UNTUK KAUM MUSLIMIN
PERINGATAN UNTUK KAUM MUSLIMIN

IMAM MAHADI AKAN MUNCUL.
DAJJAL TERLALU HAMPIR
NABI ISA AKAN TURUN

Assalamualaikum wbt

Saudaraku kaum muslimin.

Beberapa bulan lepas saya telah menulis artikel peringatan bertajuk
TAHUN GEMPAR 2005. Berbagai maklum balas yang saya terima dari
pembaca. Yang paling banyak ialah ungkapan ” Betul ke? “.Sinis dan
tidak percaya. Khusus untuk mereka, suka saya membawa jawapan Saidina
Ali r.a ketika menjawab tempelak seorang Yahudi. Yahudi itu
berkata ” Wahai Ali, adakah kamu pasti akan masuk syurga dengan
sembahyang (dll amalan Islam)?” Jawab Saidina Ali r.a mahfumnya “
Andai kata syurga dan neraka itu tiada maka saya dan kamu tidak rugi
apa-apa..tetapi kalau benar wujud syurga dan neraka…insyaAllah saya
berjaya dan kamu akan celaka”

Demikianlah peristiwa-peristiwa yang saya garapkan dalam artikel yang
lepas dengan merujuk kepada beberapa kitab dan pandangan mereka yang
jujur dan warak. Konsep jawapan saya juga sama. Jawapan saya ” Jika
semua itu tidak berlaku..Alhamdulillah tetapi andai kata satu demi
satu peristiwa-peristiwa tersebut terjadi, adakah kita mampu
menghadapi tanpa persediaan?”

Dalam artikel tersebut saya telah menulis beberapa perkara perlu
diberi perhatian. Antaranya tentang kematian Raja Saudi. Innalillahi
wainna ilaihiraaji’un. Pada hari Isnin, 31 Julai 2005 pada pukul 10
pagi Raja Fadh telah kembali ke Rahmatullah.

Dalam hadis koleksi saya mengenai Imam Mahadi a.s., tercatit bahawa
apabila wafatnya Raja Arab akan berlaku perang saudara dan kekacauan
akibat perebutan kuasa sesama mereka. Oleh yang demikian saya meminta
saudara dan saudari sama-sama mengikuti dengan teliti perkembngan
politik Arab Saudi . Sama-sama kita perhatikan dalam masa terdekat
ini adakah terdapat bibit-bibit persengketaan yang dikatakan akan
berlaku itu. Jika benar berlaku ternyata era Imam Mahadi akan bermula
sebagaimana yang dijangka.
Muhammad Hasanain Haikal menulis dalam bukunya Al-Maqalat Al-Yabaniah
bahawa adanya mereka-mereka yang menunggu untuk menggantikan Raja
Fadh. Dari kalangan saudara kandung Raja Fadh( As-Sudairiyyin), iaitu
Amir Sultan ( Panglima perang dan Menteri Pertahanan) dan Amir
Salman. Manakala pengganti Raja Fadh, Amir Abdullah Ibnu Badawiyyah
adalah hanya saudara tiri Raja Fadh.Raja Amir Abdullah juga merupakan
panglima Pasukan Pengawal Nasional. ( Gambar 1 )
Gambar 1
Tulisan ini digarap pada bulan Ogos 2005. Bulan Ramadhan tahun ini
akan bermula pada awal bulan Oktober 2005 iaitu 4 atau 5 Oktober
2005. Gerhana bulan dijangka akan berlaku di awal Ramadhan. Dan pada
pertengahan Ramadhan akan berlaku pula gerhana matahari. Pada malam
Jumaat pertengahan Ramadhan akan kedengaranlah suara dahsyat yang
menakutkan. Jadi, ada dua peristiwa. Satu siang iaitu gerhana
matahari dan satu malam iaitu suara yang manusia tidak pernah
mendengar sebelum ini.

Pada bulan Syawal berikutnya bersamaan awal November 2005, akan mula
berlaku Ma’ma’ah ( huru hara) yang berupa kecamuk peperangan antara
negara-negara. Pada bulan Zulkaedah bersamaan bulan Disember 2005
akan terjadi perselisihan antarabangsa. Pada tahun 2006, musim haji
akan dilakukan 2 kali. Bulan Zulhijjah pertama bersamaan dengan bulan
Januari 2006. Akan terjadi peristiwa pembunuhan sehingga darah
mengalir di Jumratul Aqabah pada hari Idhul Adha di Mina. Haji pada
kali ini tidak lagi berlaku dalam suasana aman. Selepas peristiwa ini
era Imam Mahadi akan bermula pada awal Muharram 1427 hijrah bersamaan
Februari 2006.

Percayalah era Imam Mahadi dan Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum
Yahudi amat yakin pemimpin Agung mereka iaitu Al-Moshaikh ( Dajjal)
akan muncul mengetuai mereka. Kaum Kristian pula amat yakin bahawa Al-
Masih ( Nabi Isa a.s) akan muncul memimpin mereka. Manakala kita,
kaum muslimin yakin bahawa Al-Mahadi, Al-Moshaikh( Dajal) dan Al-
Masih a.s akan muncul. Menarik bukan?

Sesungguhnya Yahudi sedang kecut perut yang teramat-amat. Mereka
membina tembok-tembok di Israel. Menanam pokok Ghardaqah dengan
banyaknya. Malah telah menempah pedang Titanium dengan banyaknya.
Hari mereka akan disembelih di bumi Israel makin hampir. Mereka
menempatkan tentera proksi di bumi Afghanistan dan Iraq untuk
menghadang tentera dari Timur. Tetapi ramai umat Islam sedang lalai
dan hampir tidak ambil peduli pada era yang ditentukan olehNya tetapi
telah dikhabarkan oleh RasulNya 1426 tahun lampau.

Ketahuilah era Islam menakluki dunia semakin hampir. Benarlah sabda
Rasulullah saw bahawa akan sampai satu masa tidak akan ada satu pintu
yang tidak akan dimasuki Islam. Panjang umur kita semua akan
menyaksikan seorang pemimpin Agung bergelar Imam Mahadi akan
memerintah dunia sambil memegang panji-panji Islam.
Tadahkan tangan dan berdoalah untuk pemimpin Agung kita Khalifah Al-
Mahdi dan para pejuangnya. Di segenap ceruk dunia kini, sedang
bersiap-siap 40 wali kutub, 313 orang Al-Badri dan 360 orang An-Najd.
Mereka akan diikuti oleh 100,000 pejuang kaum muslimin yang akan
berjuang seperti singa di waktu siang dan berdiri malam beribadat
kepada Allah. Mereka-mereka yang terpilih itu kini berada di mana-
mana. Setiap mereka akan mendapat alamat dari Allah. Apabila seruan
tiba ( sedikit masa lagi) mereka akan menyahut seruan datang
berbai’at/ berjanji setia dengan Imam Mahadi dan bersedia
mencagarkan nyawa untuk agama. Mereka akan berduyun-duyun tampil
mempertaruhkan jiwa raga untuk berjuang di sisi Imam Mahadi
menegakkan kalimah Allah di muka bumi.

Tetapi sebelum bendera Islam berkibar diseluruh pelosok alam,
beberapa peristiwa yang besar akan berlaku terlebih dahulu dan
merubah senario kehidupan di luar kebiasaan dan jangkaan. Tiada lagi
teknologi maklumat, Teknologi bio dan teknologi nano. Bursa saham di
seluruh dunia akan merudum dan berakhir.

Saya pernah diberitahu oleh seorang ulamak yang warak bahawa Imam
Mahadi akan berdoa kepada Allah agar minyak dilenyapkan dari muka
bumi. Katanya waktu itu manusia akan berkenderaan hidup bukan
berkenderaan mati. Bayangkan dunia tanpa minyak. Peperangan di era
Mahadi hanya akan berlaku di waktu siang dan bersenjatakan panah,
pedang dan tombak.

Mustahil? Allah Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu. Mengapakah
Kaum Yahudi menempah pedang-pedang titanium? Adakah mereka lebih
mengetahui dari kita? Memang mereka lebih mengetahui, peka, yakin dan
sedang bersedia bersungguh-sungguh untuk menghadapi saat-saat genting
pemusnahan bani Yahudi secara total dari muka bumi. Yahudi memang
suka melawan takdir.

Mengenai Imam Mahadi. Tanpa prejudis saya menulis. Janganlah saudara
terkejut bahawa pemimpin Agung yang bakal memerintah dunia itu akan
datang dari dunia sebelah sini. Beliau akan muncul dari kalangan Bani
Jawi. Bukan Bani Arab dan bukan Bani Israel.

Bani Jawi? Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya-
tanya mengenai bani jawi. Pernah dengar ungkapan ” masuk jawi” dan
tulisan jawi?. Apa maksud Jawi tersebut. Bani Jawi asal usulnya dari
keturunan Nabi Ibrahim a.s. Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti
Hajar dan Ismail a.s yang masih kecil, Nabi Ibrahim sampai ke
Kampuchea dan berkahwin di sana. Keturunan baginda berkembang biak di
Nusantara dan bergelar Bani Jawi. Tidak hairanlah militeri Israel
telah lama bertapak di Singapura sebagai penasihat. Apa yang mereka
cari? Kaum Yahudi telah mengetahui siapa Rasulullah dan di mana
baginda dilahirkan. Demikian juga, Yahudi telah mengetahui siapa dia
Imam Mahadi, di mana dia dilahirkan. Mereka sedang kelam kabut
mencari Imam Mahadi kerana mereka tahu inilah orang yang akan menjadi
khalifah dan memimpin kaum muslimin menyembelih mereka nanti. Tetapi
mampukah Yahudi mengalahkan perancangan Allah swt?

Sesungguhnya dari Bani Arab ada pemimpin agung, Rasulullah saw yang
tercinta, dari Bani Israel muncul Musa a.s dan di akhir zaman muncul
Mahadi a.s. Al-Muntazar dari kalangan Bani Jawi. Imam Mahadi a.s.
adalah orang Jawi. Ada darah Rasulullah saw sebelah saidina Hassan
r.a.dalam dirinya. Imam Mahadi telah wujud dan akan memimpin dunia
ini dengan akhlak Allah yang mulia. Adil dan saksama. Di mana beliau
berada? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Imam Mahadi bukan manusia luar biasa. Beliau adalah manusia biasa
tetapi beliau adalah insan pilihan Allah. Sampai masanya beliau akan
ditarbiyah oleh Allah hanya dalam satu malam sahaja. Bacalah kisah
Jalut dan Talut yang tercatit dalam Al~Quran. Pemimpin bani Israel
itu hanyalah seorang gembala kambing. Tiba-tiba sahaja dia dilantik
menjadi pemimpin.Ini cerita dalam Al~Quran. Manakala Rasulullah saw
pula hanyalah seorang anak yatim. Di saat dipilih sebagai Rasulullah,
baginda pernah diperlekehkan oleh kaumnya. Ada yang tidak percaya.
Ada yang menolak bulat-bulat. Imam Mahadi juga akan mengalami nasib
yang sama. Ianya sunnatullah.

Imam Mahadi bukan seorang insan bersinar-sinar bercahaya turun dari
langit. Bukan juga seorang yang mempunyai kekuatan ghaib dan sakti.
Beliau memiliki nusrah Allah swt. Peperangan demi peperangan akan
dilalui olehnya untuk mengembalikan sinar agama di bumi ini.
Kemenangan demi kemenangan akan dicapai oleh Imam Mahadi bersama
tenteranya dengan izin Allah.

Imam Mahadi tidak mencari harta dan kedudukan. Malah beliau akan
membahagi-bahagikan harta sewenang-wenangnya. Yang beliau mahukan
agar setiap manusia di muka bumi ini kembali memuji Allah dan
mengagungkan hanya Allah. Beliau menyambung kerja Nubuwwah. Menyeru
manusia kepada Allah. Beliau adalah Amirul mukminin dan Khalifah yang
kita tunggu-tunggu.

Imam Mahadi akan dibantu oleh pejuang-pejuang yang cintakan hanya
Allah dan Rasul saw. Mereka sanggup mati kerana agama yang suci
seperti para sahabat. Niat mereka juga seperti Imam Mahadi. Pengikut
Mahadi a.s bukanlah pecinta dunia. Mereka tidak mencari pangkat dan
harta, Mereka membantu Imam Mahadi menyebarkan kalimah Allah di
segenap pelosok bumi dengan diri dan harta mereka.

Lawatilah laman web zionis – ” Temple institute”. Di sana kita akan
lihat betapa gigihnya kaum Yahudi mahu membina biara suci untuk
menyambut kedatangan Al-Mosaikh mereka yang dinanti-nati sekian lama
sebagaimana yang tercatat dalam kitab mereka.

Saya menyeru kepada diri saya dan kaum muslimin agar membuat
persiapan. Jangan berlengah lagi. Masanya bukan dekat. Tetapi teramat
dekat. Kita tidak perlu membina Mesjid khas seperti kaum Yahudi.
Imarahkanlah mesjid ditempat masing-masing. Ajak-mengajaklah denga
penuh hikmah dan kasih sayang sesama kita. Hidupkan rumah-rumah Allah
dengan amalan-amalan. Tingkatkan amalan persendirian dan ajaklah kaum
keluarga meningkatkan amalan sebelum ujian-ujian besar melanda
gelombang demi gelombang.

Akhir sekali saya mengingatkan diri saya dan kaum muslimin agar
jangan bertangguh-tangguh lagi mengamalkan tunjukajar Rasulullah saw
sejak 1426 tahun yang lampau. Rasulullah saw mengajar doa tersebut
kepada umatnya untuk mengelak dari fitnah Dajjal. Rasulullah saw
mengajar doa tersebut kepada para sahabat begitu teliti seperti
mengajar ayat Al~Quran pada 1426 tahun yang lampau. Masa yang masih
jauh dari era Dajal. Tetapi para sahabat telah mengamalkannya.
Sedangkan kita berada di ambang era fitnah Dajjal, Masihkah kita
ambil sifat tidak endah? Mungkin ada yang tahu tetapi mengambil sikap
sambil lewa dan menangguh-nangguh. Sedihnya sebahagian besar umat ini
langsung tidak tahu doa ini. Apalagi mengamalkannya.

Fitnah Dajal adalah besar dan serius. Ini bukan masalah hidup atau
mati. Tetapi mereka yang terpengaruh dengan sihir Dajal akan jadi
kafir, Na’uzubillah. Sabda Rasulullah saw mahfumnya, sejak zaman
Nabi Adam, tidak ada Nabi yang tidak mengingatkan umat mereka tentang
fitnah Dajal. Sedarlah dan sedarkanlah seluruh kaum muslimin tentang
peristiwa paling dahsyat yang bakal berlaku sedikit masa nanti. Salin
dan sebarkan doa yang saya lampirkan ini.

 

Saya memohon ampun kepada Allah dan meminta maaf kepada kaum muslimin
jika ada salah dan silap dalam penulisan ringkas ini. Saya hanya
memberi peringatan.

Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin
kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada.
Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang
Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya.

Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir
Dajjal.

Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang
bakal mendatang.
Abu Basyir Ad-Daiki Al~Jawi
HARI-HARI YANG PERLU DIPERHATIKAN

BULAN & TAHUN BULAN & TAHUN PERISTIWA

Ogos2005 Rejab 1426 Kematian Raja Fadh
Oktober 2005 Ramadhan 1426
1. Gerhana di awal bulan
2. Bunyi yang menggerunkan ditengah bulan (malam)*
3. Gerhana di ditengah bulan(siang)
4. Ada tanda dilangit seperti tiang bersinar.

November 2005 Syawal 1426 Peperangan dan huru hara

Disember 2005 Zulkaedah 1426 Konflik antara Negara Islam/suku
kaum

Januari 2006 Zulhijjah 1426 Pertumpahan darah di Mina pada
musim Haji

Februari 2006 Muharam 1427 ( Hari Asyura) Imam Mahadi di bai’at

* Jika ini terjadi simpanlah makanan untuk setahun.

________________________

Sekarang dah 2011, nak masuk 2012. Mana pergi Imam Mahdi, ustaz? Mana dia pertumpahan darah di Mina tahun 2006? Mana bai’at Imam mahdi pada Hari Asyura? Ustaz dah tipu saya.

Yang lebih teruk, Ustaz telah tipu menggunakan agama. Ustaz telah berdusta terhadap agama kita sendiri, kerana mengikut ajaran Islam, tiada siapa yang tahu tarikh-tarikh tanda besar kiamat melainkan Allah s.w.t. Kenapa ustaz menipu, dan kenapa ustaz menyebarkan kisah2 palsu ini? Budak tadika pun tahu menipu berdosa.

Adakah untuk memberi keinsafan? Tak cukupkah Al-Quran yang penuh dengan kisah2 Nabi terdahulu dan cerita2 kiamat untuk memberi keinsafan? Perlukah merekacipta kisah2 palsu mengenai Nabi Ibrahim pergi Kampuchea dan Imam Mahdi muncul dari Nusantara untuk memberi keinsafan?

Apa yang saya nak tanya ustaz ialah:

Berapa anak muda dan orang dewasa yang percaya cakap ustaz bahawa tahun 2006 imam mahdi dan dajjal akan turun, lantas mereka berhenti kerja dan berhenti dari pengajian kerana kononnya nak sertai tentera Imam Mahdi?

Apakah dalil yang ustaz bawa untuk menyokong kisah palsu tersebut? Ustaz belajar dari kitab mana?

Apakah hukum menyebarkan berita palsu yang tak dikaji kesahihannya?

Apakah hukum menyebarkan pada manusia tarikh Imam Mahdi akan turun sedangkan Rasulullah pun tak tahu tarikh tersebut?

Ustaz dah taubat ke belum?

Kalau belum cepat sikit ya.

Begitu lah juga dengan kisah Sai Baba yang dianggap Dajjal. Siap keluar buku lagi bertajuk “Dajjal Sudah Muncul dari Khurasan”, mengenai Sai Baba ini.

Buku ini dijual di toko2 buku agama, diterjemah dari bahasa Indonesia ke Bahasa Malaysia, dan menjadi bestseller (“buku panas”, tertera di cover buku ini).

Dalam buku itu banyak gambar2 Sai Baba, yang tak banyak ialah ayat Al-Quran dan Hadith Sahih. Yang lebih authentic bagi penulis buku ini ialah Sai Baba bukannya kata-kata Allah s.w.t. Yang lebih dipercayai ialah magic2 Sai Baba, bukan mukjizat Al-Quran. Nauzubillahi min zaalik.

Sekarang Sai Baba dah mati. Adakah Dajjal sudah mati? Kalau Dajjal dah mati, adakah akan keluar Dajjal kedua? Kalau Sai Baba itu dajjal, mana pergi tentera dajjal yang katanya beratus ribu orang tu? Sai Baba ada tentera ke? Kalau Sai Baba itu Dajjal, kenapa Sai Baba nampak dua2 mata elok je? Bukankah Dajjal buta sebelah?

BBC, satu syarikat penyiaran milik kerajaan UK yang bukan Islam itu pun lebih arif mengenai Sai Baba — mereka dedahkan bahawa Sai Baba ialah seorang con man, bukannya seorang ahli agama yang suci. Rajin2 lah cari video di Youtube pendedahan mengenai penipuan dan hoax yang dibuat oleh Sai Baba.

Orang Kafir pun tahu Sai Baba penipu, orang Islam yang kononnya ulamak, tulis buku mempercayai Sai Baba ada kuasa ajaib. Astaghfirullah. Kalau ini bukan namanya menyesatkan umat, apa lagi?

Semua ni penipu. Penipu yang berselindung di sebalik agama. Laknatlah kamu semua.

Tapi mereka ni senang sahaja nak tutup kesalahan mereka. Mereka akan kata “saya khabarkan kisah2 ini supaya iman kamu meningkat. tak kira lah betul atau tidak, bukankah elok kita menyediakan diri untuk hari kiamat? Bukankah Al-Quran menyuruh kita berfikir mengenai hari kiamat?”

Ini lah kata-kata yang sering diujarkan mereka untuk menutup penipuan yang mereka buat pada umat. Dengan selindung agama, mereka menjustifikasi kan penipuan besar mereka. Menipu jadi halal sebab dibungkus dengan agama.

Saya bukan kata semua orang penipu, bukan semua ustaz menipu. Yang buat ini beberapa kerat sahaja. Saya tak nafikan bahawa ramai umat Islam dan ulamak Islam yang berfikiran waras, tidak sebodoh ini. Semua itu saya mengaku. Jangan lah kata saya menyapu semua orang islam dengan tuduhan ini. Saya kata kepada sebahagian sahaja, bukan semua.

Mereka yang suka menipu ini tak habis2 menipu. Antara penipuan lain:

1. Dalam Pepsi ada darah pesakit HIV, jadi jangan minum Pepsi dan minuman2 lain untuk beberapa hari.

Ini diberitahu oleh seorang rakan saya beberapa minggu lepas. Apabila disemak menggunakan Google, rupa2nya penipuan ini dah bertahun2 dibuat. Kadang2 kena pada Coke. Kadang2 brand lain pun turut masuk. Ntah apa yang mereka ni dapat aku pun tak tahu lah.

Bila benda ni di”share” dalam Facebook Wall oleh budak hingusan, maka berduyun2 lah si mangkuk menulis di bawahnya:

Terima kasih akhi. minta kebenaran untuk share.

Wahhh…takutnye ana nak minum Pepsi lepas ni. Jazakallah akhi. mohon kebenaran untuk share

Ana kena share maklumat ni dengan para muslimin dan muslimat. ana mintak kebenaran untuk share ya. JZKK :)

Nak kata bodoh, nanti marah pulak. Tapi takpe, marah le kat aku. Korang seme memang bodoh.

2. Dalam makanan XXX dan minuman YYY, ada enzim babi. Kadangkala ada lemak babi, sel babi, daging babi, tulang babi, bulu babi, usus babi, tekak babi, hidung babi, lidah babi, tetek babi, pendek kata semua anggota babi.

Ini selalu dibuat untuk mensabotaj perniagaan. Yang terkini benda ini kena kepada syarikat Ramly Burger. Siap ada surat palsu dikeluarkan kononnya disahkan oleh Jabatan Agama Islam bahawa daging Ramly Burger mengandungi Babi.

Saya doakan semoga siapa yang memulakan fitnah ini, akan merasai cemeti di dalam kubur barang sedas dua.

Ada antara mereka yang cakap “alah, kalau tak betul pun, bukankah ini cara untuk menjadikan orang islam lebih berjaga2?” ini kata-kata mereka yang bodoh ini. Ramly Burger rugi berpuluh2 ribu, dizalimi oleh mereka yang suka mensabotaj. Mereka boleh lagi defend perkara tersebut dengan topeng agama? Sungguh sial. Celaka mereka ini, dan para pendokong mereka.

Walau perkara ini dibuat kepada syarikat bukan Islam sekali pun, kita tak boleh redha. Siapa yang menyebarkan perkara ini, tanpa menyemak atau mengkaji kesahihannya, turut sama-sama bersalah atas dosa mensabotaj dan menyebarkan berita palsu yang memudaratkan manusia lain (walau kepada bukan Islam sekalipun).

Dalam islam tak diajar adab perniagaan yang menyuruh kita mencari babi dalam produk keluaran pesaing2 kita. Kalau nak jual ubat gigi halal atau jual ayam goreng halal, jangan fitnah orang lain letak babi dalam produk mereka.

3. Dunia akan kiamat 2012.

Barangsiapa percaya dunia akan kiamat pada 2012, mereka ini lebih percaya kepada Mayan prophesy daripada percaya kepada kitab Allah. Kitab Allah mengatakan bahawa tiada siapa yang tahu masa kiamat melainkan Allah sahaja, walaupun Rasulullah pun tak tahu. Siapa percaya konspirasi Mayan ini cuba check balik iman dalam diri anda. Apa dalil yang digunakan untuk percaya benda ni? Tiada apa-apa berunsur Islam melainkan fiksyen2 Barat sahaja.

Dan macam2 lagi penipuan dibuat atas nama agama. Kalau nak tulis satu persatu memang tak habis.

Biasanya penipuan dibuat oleh orang2 yang ada latarbelakang agama, tapi hatinya jahat. Alasan mulutnya ialah untuk kebaikan orang Islam. Ingat, menipu jadi halal kalau dibalut dengan agama.

Kemudian disebarkan melalui usrah2 dan ceramah2.

Kemudian sampai kepada masyarakat umum.

Yang kemudian menyebarkannya melalui FB wall, SMS, email fwd, blog, twitter, dan cara2 yang lain.

Orang lain menggunakan teknologi untuk memperbaik kehidupan dan untuk memajukan manusia, kita menggunakan teknologi untuk hebahkan bahawa imam mahdi keluar tahun 2006, dunia kiamat tahun 2012 dan Sai Baba adalah dajjal. Dan produk itu dan ini ada babi.

Patutlah tak maju-maju.

About these ads

22 Responses to Imam Mahdi akan turun pada tahun 2006 dan Sai Baba ialah Dajjal (peringatan untuk mereka yang suka sebar cerita palsu)

  1. feruz8 says:

    tahniah Bal,
    biar kasi panas bontot mereka yang masih percaya benda2 ni.
    membaca tak guna akal.

  2. samposmen says:

    nasib baik aku terlupa fotostat 30 keping, pastu kasi sebar artikel pasal isu coke aritu. kalau tak tentu dah kena laknat. haha

    cayalah bal.

  3. SunG says:

    Bravo Bal … jangan bagi chance kat orang-orang yang memfitnah atas nama “kebaikan umat Islam”.

    Yang tak boleh tahan tu, siap quote kisah Saidina Ali r.a dan Yahudi untuk defend perbuatan mereka. Tapi Saidina Ali r.a tak sebar cerita fitnah atau fakta salah.

  4. NohSeimenoh says:

    saya kagum dengan kemantapan abg suhaimi ber-the-butt. cayaaa!!

    hehehe
    saya suka jugak dan amat berminat sekali dengan email2 trail yg reply2 pastu boleh jadi kaya-raya…hehehehehehe

  5. aje says:

    ces apsal aku x dpt emel tu masa kat uitm hehe. (sambil gogok pepsi dgn burger ramly dpan markaz)

  6. Hamka says:

    alamak, buku? kena call hafizbar ni.., :)

  7. mohd sukri says:

    Salam Suhaimi,

    persaingan bidang makanan mmg sgt sengit smpi diaorg sanggup cantas sesama sendiri gunakan isu halal ni… kesian gak kat geng2 jakim bahagian halal nk cover sume benda once berita2 palsu ni kuar kat fb sebab org kita ni suka sgt share benda2 yang x konfem lagi kesahihannya…
    senang citer bile satu berita tersebar, pada masa org ke 1 juta tahu pasal berita tu barulah org yang first sebarkan tu tau citer tu palsu so macam mane die nk bagitau yg berita tu palsu kt org yang 1 juta tadi tu..
    mmg susahlah kalo mcm ni…
    doa2 la org2 kita belajar guna google untuk search sesuatu cerita tu smpi ke akar umbi baru publish

    • suhaimiramly says:

      Salam saudara Sukri,

      Doa yang bagus. Diajar oleh agama supaya periksa kesahihan sesuatu sebelum disebarkan. malangnya masyarakat kita anggap menyebar maklumat ini suatu perbuatan yang baik, tak kira benar atau salah, atas alasan menjadikan umat islam lebih berhati2. yang ni saya tak setuju

  8. Alif says:

    DSAI bebas.It happened in 2012. Hopefully takde la pulak yang tulis buku “DSAI ITU IMAM MAHDI”.

    huuuuuuuu….haru biru umat…

  9. ridzal says:

    test…

  10. ridzal says:

    maaf kata la kepada org yg xfaham mengenai kata ustaz td.. kenape perlu mghina? awk yg bodoh atau ustaz itu yg bodoh?? cube fikir kembali.. die mengatakan kalu berlaku keadaan begitu maka akan rugi kite..tp kalu xberlaku kite perlu bersedia..xfaham ke maksud kena bersedia..? bukan ustaz tu kata confirm imam mahdi kuar tahun 2006.. die pun xconfirm tp kena bersedia..bodoh la ko ni..tp nk mghina ustaz2… ko byk sngt ilmu ke smpai nk mghina ustaz2? BODOH!!!!

  11. muhammed abdullah says:

    berpegang teguhla pada al-quran dan sunnah nescaya kita semua tidak akan sesat buat selamanya,,

  12. Tawakal Usaha says:

    Salam, apa Ustaz tu ckp sama dgn guru saya ajar.. Bg siapa yg tidak faham atau tidak d anugerahkan ilmu ladunni mmg payah nak ckp..kita bersedia sahaja lebih baik tahu dr tak tahu…wallahuallam

  13. [...] Kereta Mayat, sebab ini pon aku copy dari belog beliau.  Tapi catatan ini ditulis oleh saudara Suhaimi Ramly (untuk bacaan penuh)… Walau ramai dah baca, dah tahu aku copy paste kan jugak untuk [...]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 181 other followers

%d bloggers like this: