Neil Armstrong telah pergi ke Bulan

Selepas kematian Neil Armstrong beberapa hari lalu, ada dua teori konspirasi yang hangat diperbincangkan.

Yang pertama: NA telah mendengar azan di bulan dan kemudian telah masuk Islam. Cerita ini telah terbukti satu rekaan semata-mata, dan cerita ini telah disebarkan oleh mereka yang berniat baik tapi suka menyebarkan kisah palsu (ini sifat tabi’i mat2 dan minah2 konspirasi).

Yang kedua — yang ini lebih membengangkan saya — ialah teori bahawa manusia tidak pernah landing di bulan, dan video pendaratan oleh astronaut2 Apollo adalah rakaman yang dibuat di studio. “Teori” ni AMAT MEMANASKAN hati dan telinga saya, lebih-lebih lagi jika orang yang bercakap mengenainya adalah orang yang langsung tiada latarbelakang sains atau teknologi, dan hanya mengulangi apa yang ditonton di Youtube, atau dibaca di laman-laman web sampah atau buku-buku sampah (yakni sumber rujukan soheh mat2 dan minah2 konspirasi).

Sila jangan jadi bodoh.

Baca link-link berikut, dan baca dari awal hingga akhir:

Tahukah anda ada banyak satelit2 dari seluruh dunia, yang dihantar oleh pelbagai negara (Jepun, China, India, etc.), dari dahulu hingga sekarang, yang telah mengambil gambar permukaan bulan dan gambar yang diambil adalah SAMA dengan gambar permukaan bulan yang diambil oleh astronaut2 Apollo?

Dan tahukah anda bahawa satelit-satelit tersebut juga telah berjaya mengambil gambar kesan tapak kaki astronaut2 Apollo, kesan pendaratan lunar module, dan juga bendera Amerika Syarikat yang dipacakkan oleh astronaut2 Apollo di permukaan Bulan?

Jangan jadi BODOH.

Sheesh…korang ni, kalau nak jual Sains Jin dan Teknologi Akar Kayu sekalipun, toksah la menafikan kehebatan Sains dan Teknologi yang sebenar.

Cuba la hormat sikit pencapaian saintis-saintis dan jurutera-jurutera NASA. Seramai 400,000 orang dari projek Apollo telah bersusah-payah selama 10 tahun untuk menghantar wakil dari spesis kita ke Bulan. Apa salahnya kita hormati mereka dan jangan mendengki.

Kalau anda tidak berpengetahuan dalam bidang ini, cuba lah jangan banyak cerita dan berkonspirasi. Cerita lah benda-benda yang anda pakar seperti bagaimana menangkap jin dalam botol dan apakah jenis akar kayu yang mujarab untuk mengubati AIDS.

[ UPDATE: Sila baca entry saudara Hamka (Kereta Mayat) di http://keretamayat.blogspot.com/2012/02/ujian-personality.html ]

About these ads

23 Responses to Neil Armstrong telah pergi ke Bulan

  1. Hhh says:

    Bro, kalau awk pandai sains, sy nk tanya mcm mana Kat bulan boleh ada tapak Kali sedangkan angkasa lepas takda graviti, kedua, jmp bendera amerika berkibar megah kat kononnya bulan sedangkan angkasa lepas takde udara. Dan Russia kita tahu Antara negara Yg awal dlm mempelopori sains angkasa lepas, tidak pernah pergi ke bulan? Dlm senarai negara Yg anda debut pernah ke bulan Ada Tak Nama Russia? Takde kan? Zaman Neil Armstrong pegi bulan Russia gelak kan je sbb Russia kata Kat amerika ‘what a big joke’ Tak payah citer byk, bulan dgn marikh, bulan lg jauh, kalau Neil Armstrong dah smp bulan, knp amerika smp Hari Ni masih Buntu mencari cara nk ke marikh. Sampai meletup letup rocket challenger tu. sedangkan marikh hanya sebelah je dgn planet kita?

    • suhaimiramly says:

      “Tak payah citer byk, bulan dgn marikh, bulan lg jauh, kalau Neil Armstrong dah smp bulan, knp amerika smp Hari Ni masih Buntu mencari cara nk ke marikh. Sampai meletup letup rocket challenger tu.”

      Komen ini tahap terlalu jahil sehingga saya tak tahu nak balas apa2. Takpa saya cuba juga.

      “sedangkan marikh hanya sebelah je dgn planet kita?”

      HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

      Jarak bumi ke bulan = 400,000 km
      Jarak bumi ke Marikh = 50,000,000 km ke 400,000,000 km

      Jarak ke Marikh ialah 1000 kali ganda jarak ke bulan. Memanglah susah nak hantar manusia. Tapi land rover dah landing di Mars lebih 20 tahun lalu. Mars Curiosity pun dah sampai bulan lepas. Apa yang “buntu” nya.

      Challenger bukan dihantar ke Marikh, ia adalah orbiter. Apollo 1 yang tak ke bulan pun meletup sampai semua astronaut mati. Kemalangan adalah disebabkan masalah teknikal, bukan pasal “buntu”.

      Dua link yang saya bagi di atas menjawab SEMUA soalan yang lain (pasal tapak kasut, bendera, USSR, etc.). Tolong baca yer. Kalau tak faham English, sila belajar dari Astro TVIQ.

      • SJ says:

        Hahahaha… Aku dh agak ada org bodoh akan tanya soalan jarak marikh ni sebelah jer, bulan tu jauh gila.

        Kat fb aku ada soalan yang sama. Huhuhuhu…

      • farisNasri says:

        kepandaian yang Allah kurniakan kepada kita bukanlah lesen untuk kita men’jahil’kan org lain…saya pasti universiti acuan sekular barat tempat anda belajar pun ada mengajar tentang nilai2 yang baik…

    • adi says:

      Ok, bulan ada graviti, angksa xde graviti. Pasal tapak kaki tu, boleh try sendiri, amek bedak talkum, letak tebal-tebal, pijak pastu tengok ada bentuk tapak kaki macam kat bulan tu. Kenapa bedak, sebab permukaan bulan bukan pasir, tapi debu.

      Pasal bendera, bendera x berkibar tapi ada dawai kasi pegang bendera tu. Google tu jangan baca konspirasi saja, mundur hidup.

      Pasal kenapa Rusia x pegi, sebab masa tu diorang tengah berlumba. Ni masa perang dingin, masing2 bengkek nak tunjuk teknolgi sape plg gempak. Bila Amerika menang, 1 dunia dah tau, manusia boleh pegi ke bulan, tu je y penting jadi xda makna Russia nak hantar lagi.

      Aku Islam, jadi nak ckp sket, bila cakap pasal ilmu, jangan la sebab orang tu bukan Islam, kau nak tolak. Bayangkan kalau orang Islam y pergi,, mesti kau percaya bulat2, 24 jam xbenti bertakbir betul x.

      Ilmu tu bukan hak mana2 agama, kau rajin, kau la y dapat. Tau kenapa Amerika kuasa dunia, sebab dia tau nak gunakan ilmu,, xkisah la ciplak ke apa, dari dulu lagi ilmu memang dipinjam dari tamadun ke tamadun, Islam dulu penah gempak sebab ilmu, sekarng ni, org Islam(melayu) ada sejarah je, tolak ilmu luar, percaya benda karut. Bila orang bukan Islam dapat pegi bulan, ko bengkek.

    • kuaci says:

      kalau marikh dekat sangat, kenapa malam2 nampak bulan je? tak nampak marikh. ala2 gajah di depan mata tak nampak, kuman seberang laut nampak.

  2. ntah says:

    source wikipedia? u gotta kiddin me nigg..

  3. sarizal says:

    wowowow0 bulan x de graviti…langsung tak jadi baca ayat seterusnya.

    • Hamka says:

      UJIAN PERSONALITY HAMKA KERETAMAYAT.

      Soalan aku:

      “Tahukan kamu, bahawa manusia telah sampai ke bulan?”

      Sila pilih satu sahaja jawapan di bawah.

      Jawapan A:

      Mana ada manusia sampai ke bulan Hamka? Mengarut semua tu, Ustaz aku cakap,Nabi sahaja yang boleh pergi ke langit waktu israk mikraj, bulan tu duduk di langit pertama, Nabi sampai di langit pertama, mintak izin malaikat dulu baru boleh naik langit ke dua, orang kapir ni tak kan boleh naik ke langit tanpa izin malaikat, ketahuilah Hamka, takde orang boleh pergi ke langit melainkan Nabi. Ustaz aku yang cakap ni, ustaz aku tu tak pernah pergi sokolah sains, Cuma mahir bab fekah dan tasauf serta belajar di sekolah pondok. Apa dia cakap semua aku percaya, ustaz mana cakap bohong.

      Jawapan B

      Ini teori konspirasi Hamka, orang kapir tu tipu pergi bulan sebab nak berlagak dengan Rusia dalam Space race, lagipun duit kerajaan dah banyak belanja, malulah mereka nak mengaku projek gagal, alih alih mereka upah, Stanley Kubrick dengan skrip di tulis oleh Disney buat filem palsu kononnya mereka ke bulan, satu lagi sebab nak cover malu kalah perang dengan Viatnam lalu alih perhatian dunia dengan tunjuk konon betapa hebatnya mereka telah pergi ke bulan. Cuba kau fikir logic Hamka, kalau manusia pernah sampai ke bulan, kenapa Negara lain tak pergi? Sebab teknologi tak mampu ke sana, lagipun sana takde atmosphere, hujan tahi bintang selalu berlaku, dan permukaan bulan juga panas, patut mereka cair bila mendarat, ini semua adalah konspirasi Amerika sebab kerajaan mereka dah banyak belanja duit untuk kroni, dalam email forward yang aku baca, seramai 9 orang pekerja Nasa telah di bunuh dalam komplot terancang, sekarang ni Neil Armstrong sekarang tutup mulut sebab takut kena bunuh, ni semua konspirasi. Saya tahu sebab saya ada ilmu “pencahayaan” yang penuh bijaksana dan mempunyai mata hati untuk melihat yang tersirat, saya juga mampu gunakan hadis dan ayat-ayat Al quran yang tak jelas kaitannya untuk mebuktikan teori konspirasi ini.

      Jawapan C:

      Lol, ada ke orang ke sana?, tak tahu pun?, siapa yang pergi?, orang mana? Bila pergi? Dah balik ke?

      Jawapan D:

      Memang benar manusia telah sampai ke bulan, nama beliau adalah Neil Armstrong, waktu beliau turun pijak kaki ke bulan, beliau telah dengar satu alunan lagu yang pelik, lalu bila balik ke bumi, barulah beliau tahu bahawa itu adalah bunyi azan untuk orang islam, beliau terus masuk islam, dan mendakwa telah melihat terusan di bulan yang mana setelah di kaji dalam islam, rupanya bulan telah terbelah di zaman nabi,sayangnya, sebelum Neil Armstrong sempat mendedahkan berita ini, pihak Amerika telah menculik beliau, dan dikenakan hukuman bunuh, gambar terusan di bulan juga telah di delete kerana takut semua orang akan masuk ugama islam, kemudian pihak America dan ilmunity bersama fremasson telah membuat pembedahan plastic pada sorang yahudi untuk menyamar sebagai Neil Armstrong, islam adalah benar berdasarkan sejarah ini, dan Neil Armstrong sekarang adalah palsu. Ustaz aku yang cakap ni, ustaz mana cakap tipu.

      Jawapan E.

      Berdasarkan ilmu logic dan ilmu sains aku, dan berdasarkan hujah dari pihak Nasa, dengan bukti bukti yang mereka tunjukan, aku percaya manusia telah pergi ke bulan, malahan jika mereka dakwa telah pergi lebih jauh dari itu bersama bukti dan fakta yang logic, aku boleh terima, dan aku yakin manusia telah pergi ke bulan sebab negara lain yang tak de kena mengena dengan Amerika dan Nasa iaitu Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) telah teropong guna teropong canggih pada tahun 2008, dan dapat lihat dengan jelas tapak mendarat dan bendera Amarica, lagipun sudah banyak dokumentari berilmiah telah mematahkan teori kosnpirasi, dan tahukan kamu berapa orang sudah pergi ke bulan? 12 orang beb, bersama 6 kali pendaratan, , dan tahukah kamu siapakan lelaki terakhir jejak kaki ke bulan? Tu lah tak tahu! Harrison Schmitt.

      Jawapan F:

      Ada orang duduk di bulan?, bagaimana mereka solat? Mungkin kita perlu hantar satu Jemaah ke angkasa untuk berdakwah dengan penduduk bulan. Woha!

      Tammat jawapan.

      Ok, setelah pilih satu jawapan di atas, sila tengok markah anda di sini: http://keretamayat.blogspot.com/2012/02/ujian-personality.html

  4. samah says:

    Camana nak selesaikan masalah ni? Ke sebab memang normal akan wujudnya golongan camni dalam population? Can’t we do better?

    • suhaimiramly says:

      Aku rasa tak ada pun society yang totally free dari scientific ignorance. Negara maju pun ramai yang buta sains (especially di US, yang penduduknya sangat conspiratorial dan suka mempercayai benda karut).

      I guess we cannot do anything, except to educate and keep educating.

      Mungkin subjek sains perlu terapkan bab scientific thinking. Tapi aku rasa ini pun tak akan ada hasil. I just…don’t know.

  5. resampadi says:

    I wonder if we ever do a KAP study on scientific thinking kat Msia ni- would it be worth it, apa yield dia, and how long lasting is the effect…hmm….

  6. embry says:

    Orang sampai ke bulan???
    betul kew, x betul kot…

    ada hadis yang mengatakan bahawa muka nabi muhamad s.a.w jika dipandang secantik bulan purnama.
    tapi gambar bulan yang dapat dilihat hari ini penuh dengan lubang-lubang, kawah-kawah. jadi muka nabi muhamad s.a.w berkawah lah, macam penuh jerawat jew….hhhmmmmm……
    sains biasanya tidak betul dan diputar belitkan.
    belajar sains sekadar dapat 1A cukup lah (aku aliran sains), jangan terlalu percaya.
    rujuk saja AL-QURAN jika terlalu muskil.

  7. Google says:

    oi bodoh kau pi tengok mythbuster DALAM DISCOVERY CHANNEL,SEDANGKAN DOKUMENTARI TU PON KATA TAK ADE SIAPA PERNAH KE BULAN NI PULA KAU YANG CARI MAKLUMAT DARI WIKIPEDIA,BAHALOL , pi buka youtube tengok mythbuster

  8. olympias says:

    Maaf saya sya ingin sedikit pencerahan. Dari rakaman yg diambil kenapa pasir/tanah/debu yang dipijak NA terpercik pantas dari gerakan badan NA… lebih2 lagi ketika dia melompat. Percikan pasir nampak seperti normal dibumi tetapi gerakan neil armstromg (NA) perlahan. Sedangkan graviti bulan adalah 1/6 graviti bumi. Jadi jika pecutan tarikan graviti bumi ada 9.8m s-2 tarikan graviti bulan 1.6m s-2… jadi semua gerakan dan tarikan adalah jauh lebih rendah berbanding di bumi iaitu 1/6 kelajuan dibumi. Mana kala jelas kelihatan NA melompat2 dan berlari dipermukaan bulan. Sepatutnya ketinggian lompatan di capai adalah paling kurang 3x ganda ketinggian dibumi tetapi jelas kelihatan ketinggian adalah ketinggian lompatan dibumi. Moon rover yg digunakan bergerak pantas tampa masalah pengendalian walau permukaan bulan tidak sekata. Jika tarikan gravity 1/6 dari tarikan bumi jadi daya geseran juga berkurang. Jadi geran pantas boleh menyebabkan moon rover terbabas atau terbalik dan terguling2 kerana kurang daya tarikan graviti dan daya geseran. Daya tarikan graviti bulan yang kurang menyebabkan peningkatan daya tujah. Oleh itu mustahil moon rover itu boleh bergerak secara pantas sebegitu. Dan kemuskilan saya paling besar. Kenapa sekarang ini selepas activity apollo taun 70an… tiada lagi usaha dari nasa untuk mendarat di bulan dan tiada rekod kejayaan selepas itu sedangkan teknologi angkasawan kini adalah lebih maju berlipat kali ganda. Bukti yang ditunjuk adalah sangat memushkilkan bnyk pihak… kerana America mmg terkenal dngn sikap berkonspirasi. Pada tahun 1970an jgk konspirasi amerika telah didedah oleh seorang rakyat perancis iaitu pebuatan wang palsu untuk menaja perang di vietnam… (refference Sheik Imran Housein)… kemudian mereka berkonspirasi mengikat wang penjualan petrolium dunia kepada petroleum dolar. Kemudian diteruskan dengan perang2 saudara di middle east. Kemudian 11/9… dan bermacam2 lagi… kalau ada sesiapa boleh explainkan sedikit point2 sye ini… minta dapat jawab secara berhemah… terima kasih

  9. My partner and I stumbled over here different web page and thought I might as well check things out.
    I like what I see so now i’m following you. Look forward to checking out your
    web page for a second time.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 180 other followers

%d bloggers like this: