Olimpiad Matematik Kebangsaan (Bahagian 2)

Pengalaman Peribadi

Saya pertama kali mendengar mengenai Olimpiad Matematik pada tahun 1998, ketika saya menuntut di Tingkatan 4. Ketika itu, saya baru masuk ke MRSM Jasin, Melaka. Pada ujian Matematik Tambahan yang pertama, saya telah mendapat markah yang terbaik di maktab. Cikgu matematik pada ketika itu, Pn. Roslina, telah menjemput saya untuk mewakili maktab ke pertandingan OMK.

Apa ke benda nya Olimpiad Matematik nih, fikirku ketika itu. Saya cuba menyelongkar perpustakaan sekolah tapi tiada berjumpa apa-apa bahan mengenai Olimpiad Matematik. Ketika itu, agak sukar untuk menggunakan Internet di dalam maktab. Ketika waktu cuti saya pulang ke KL dan saya pun menggunakan Internet di cybercafe untuk mendapatkan maklumat mengenai Olimpiad Matematik. Yang saya jumpa pun cuma sedikit bahan sahaja, itu pun langsung saya tak faham (saya cuma pelajar taraf biasa sahaja).

Saya masih ingat pada April 1998, saya menyertai OMK buat pertama kalinya bertempat di UiTM Lendu, Melaka. Format OMK ketika itu, ada lima soalan subjektif, yang memerlukan penyelesaian penuh sama ada jalan kira atau pembuktian. Soalan 1, 2, dan 3 adalah soalan wajib, manakala salah satu daripada Soalan 4 dan 5 wajib dijawab. Masa diberi ialah 2 jam 30 minit.

Pada masa itu, saya merasakan Soalan 1, 2, 3 agak mudah dan berjaya saya selesaikan dalam masa 30 minit. Masalahnya ialah Soalan 4 dan 5. Soalan 4 ialah soalan geometri yang tidak pernah saya lihat dalam silibus sekolah. Manakala Soalan 5 ialah soalan fungsi / jujukan yang saya tak tahu langsung cara membuatnya. Saya mempunyai baki masa dua jam lagi, dan saya membuat keputusan untuk menjawab Soalan 4.

Selama dua jam saya cuba menjawab Soalan 4. Mujurlah, lima minit sebelum pertandingan berakhir, saya berjaya menemui penyelesaiannya. Idea yang saya gunakan ialah membuktikan satu formula trigonometri, iaitu:

Jika ABC ialah sebuah segitiga, maka tan A + tan B + tan C = tan A tan B tan C.

(Sebenarnya formula ini sudah lama ditemui, tetapi pada ketika itu saya hanya di Tingkatan 4 dan tidak tahu menahu formula ini, dan terpaksa “menjumpai sendiri” formula ini).

Selepas menghantar kertas jawapan, saya merasa sedikit gembira kerana berjaya menjawab soalan yang sukar.

Dipendekkan cerita, saya telah mendapat tempat kedua kategori Muda di OMK 1998 dengan markah penuh. Saya berpeluang bertemu dengan saudara Ong Shien Jin, yang ketika itu belajar di St. Francis Institution, Melaka yang telah mendapat tempat pertama. Shien Jin telah menjawab kesemua lima soalan dengan lengkap.

Pada majlis penyampaian hadiah OMK 1998, saya telah bertemu dengan Prof. Abu Osman Md. Tap dari UKM dan Prof. Madya Mat Rofa Ismail dari UPM. Mereka memperkenalkan diri mereka sebagai pengurus pasukan International Mathematical Olympiad (IMO).

International Mathematical Olympiad

IMO ialah kejohanan matematik peringkat dunia. IMO pertama kali diadakan di Bucharest, Romania pada tahun 1959. Setiap negara yang dijemput mengambil bahagian ke IMO akan menghantar 6 orang peserta (yang berumur bawah 20 tahun, dan belum memasuki universiti) ke salah satu bandar utama dunia yang terpilih sebagai tuan rumah. Pada tahun 2008, IMO telah diadakan di Madrid, Sepanyol, dan sebanyak 97 negara telah mengambil bahagian. IMO 2009 akan diadakan di Bremen, Jerman pada bulan Julai ini.

Rujuk laman web rasmi IMO untuk maklumat lanjut.

Malaysia telah mengambil bahagian di dalam pertandingan IMO sejak 1995. Pencapaian negara pada awal pertandingan ini kurang memberansangkan. Walau bagaimanapun, mutakhir ini pasukan negara telah menunjukkan pencapaian yang baik.

Para peserta dari Malaysia telah dipilih berdasarkan keputusan dalam pertandingan OMK. Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di OMK akan disenaraipendek untuk menghadiri siri kem latihan IMO untuk tahun berikutnya. Contohnya, peserta IMO 2009 adalah dipilih berdasarkan keputusan OMK 2008. Setelah disenaraipendek, pelajar-pelajar tersebut akan disaring di empat pusingan kem latihan sebelum terpilih mewakili negara ke IMO.

IMO ialah pertandingan bertulis secara individu. Pertandingan ini diadakan selama dua hari. Pada hari pertama, pelajar akan diberikan 3 soalan untuk dijawab dalam masa 4 jam 30 minit. Begitu juga dengan hari kedua. Setiap soalan bernilai 7 markah.

Pelajar yang mendapat keputusan yang baik akan dianugerahkan Pingat Emas, Pingat Perak dan Pingat Gangsa. Pelajar yang dapat menjawab satu soalan dengan lengkap, tetapi tidak layak untuk memenangi pingat, akan dianugerahkan Sanjungan Kehormat (Honorable Mention). Anugerah diberikan kepada individu, bukan kepada pasukan.

Peserta Malaysia pernah memenangi satu Pingat Perak dan lima Pingat Gangsa. Saudara Loke Zhi Kin dari SMK Seafield, Petaling Jaya, pernah memenangi satu Pingat Perak (2008) dan dua Pingat Gangsa (2006, 2007).

Soalan IMO adalah sangat sukar. Untuk menjawab soalan IMO, peserta perlu mempunyai latarbelakang matematik yang mantap, pengetahuan matematik yang mendalam, dan kemahiran berfikir yang luar biasa. Tidak hairanlah ramai bekas peserta IMO telah berjaya menjadi ahli matematik dan ahli sains tersohor di dunia.

Muat turun soalan IMO 1959-2008

Pengalaman Peribadi (sambungan)

Setelah memenangi tempat kedua dalam OMK 1998, saya telah dijemput untuk menghadiri beberapa siri kem latihan IMO yang diadakan di UPM dan RECSAM, Pulau Pinang. Kem latihan ini dikendalikan oleh Prof. Abu Osman dan PM Dr. Mat Rofa. Seramai 10 orang pelajar telah dijemput, dan latihan intensif serta ujian penilaian diadakan untuk memilih 6 orang wakil ke IMO.

Alhamdulillah, saya telah terpilih ke pasukan IMO, dan saya pertama kali bertanding di IMO 1999 yang diadakan di Bucharest, Romania. Ketika ini saya di Tingkatan 5. Rakan sepasukan saya ketika itu ialah Foong Yake Ho, Kok Yen Hau, Liew Chern Hao, Ong Shien Jin, dan Saifuddin Zanial. Oleh kerana ini merupakan tahun pertama saya bertanding, saya gagal mendapat apa-apa anugerah.

Pada tahun seterusnya, belanjawan pasukan IMO telah dipotong (barangkali kerana keputusan yang tidak baik sebelum ini), dan cuma tiga orang sahaja yang dihantar ke IMO 2000. Prof. Abu Osman telah menjemput tiga orang muka lama daripada pasukan IMO 1999, iaitu Kok Yen Hau, Ong Shien Jin, dan saya sendiri. Ketika itu saya sedang menuntut di International Education Centre (INTEC), Shah Alam. Alhamdulillah, berkat usaha dan latihan, Ong Shien Jin dan saya masing-masing telah berjaya memenangi Pingat Gangsa, yang merupakan Pingat IMO pertama untuk Malaysia. Kejayaan membawa pulang dua butir Pingat Gangsa ini merupakan kemenangan moral yang amat bermakna bagi pasukan IMO. Pada tahun yang sama, Shien Jin telah melanjutkan pelajaran beliau di Massachusetts Institute of Technology (MIT). Beliau telah mendapat ijazah bidang Matematik dari MIT pada tahun 2003, dan mendapat Ph.D. dari Universiti Harvard pada tahun 2007.

Pada tahun 2001, sekali lagi saya telah dipanggil mewakili negara ke IMO. Malaysia menghantar enam orang wakil yang terdiri daripada saya sendiri, Boon Yi Di, Kok Ern, Soon Yu Sheng, Yew Chang Yang, dan Muhammad Ikhwan Azlan. Pada tahun ini, prestasi saya merosot sedikit; saya cuma mampu mendapat anugerah Sanjungan Kehormat. Dua orang wakil iaitu Soon Yu Sheng dan Kok Ern juga telah mendapat Sanjungan Kehormat.

Ini merupakan tahun terakhir saya menyertai IMO, kerana saya memasuki universiti pada tahun 2001 dan tidak layak lagi sebagai peserta. Setelah saya menamatkan pengajian ijazah dalam bidang matematik, saya telah dilantik menjadi jurulatih pasukan IMO negara. Semenjak tahun 2007, saya telah mengiringi pasukan negara ke pertandingan IMO setiap tahun.

6 Responses to Olimpiad Matematik Kebangsaan (Bahagian 2)

  1. […] Bahagian 2: Pengalaman Peribadi dan IMO […]

  2. iman says:

    Assalamualaikum.
    .
    first things first, I would like to congratulate u on ur success in IMO.

    And if I am not mistaken u are a graduate of MIT.
    So my question is, were u offered to prolong ur studies at MIT or did u apply for it the conventional way?(Some of my friends said u were offered there)
    If it is true u were offered there then, congratulation again on achieving such a feat. N did the involvement in IMO help on getting the offer?

    If it is not such a burden, I realy hope u would reply this comment ASAP, because the thing is, I’m a mrsm jasin student myself and like what u have mentioned before about the internet problems in the college, it is still a problem.
    Tq
    Assalamualaikum

    • suhaimiramly says:

      Thanks. I applied to MIT like everyone who got in (nobody got into MIT without applying). Although my IMO achievement definitely helped, it is not really significant. Many other applicants got better results than me in IMO.

  3. AMIRUL says:

    can you solve my question???
    1.Consider a parallelogram ABCD.Let M be the midpoint of BC.The lines AM and BD intersect at S.the area of triangle MSB is one unit.Find the area of ABCD

  4. surianilassani@yahoo.com says:

    pengalaman indah buat cikgu, di harap ilmunya berkekalan selamanya.In sha Allah..

  5. iqmal alif says:

    saya ingin jadi macam kamu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: