Taik Lembu: Bahagian 1

(From Aidan Directors Blog, 14 May 2009)

(Nota: Ini adalah artikel Bahasa Melayu pertama oleh saya di blog ini. Tujuan saya menulis dalam BM bukan kerana saya ingin bertukar angin, tetapi kerana artikel kali ini mengandungi banyak dialog BM. Bagi mengelakkan penggunaan bahasa bercampur aduk antara BM dan English yang akan menyebabkan artikel saya menjadi caca marba, maka saya pun menulis dalam BM sepenuhnya.)

Apa itu taik lembu?

Ada dua maksud taik lembu.

Definisi pertama ialah hasil perkumuhan lembu. Apabila lembu memakan rumput, makanan tersebut akan dihadamkan oleh perut lembu. Lembu mempunyai empat bahagian perut yang dipanggil rumen, reticulum, omasum, dan abomasum. Sebahagian daripada makanan tersebut akan disimpan di dalam badan lembu, dan bakinya dilucut keluar daripada badan lembu melalui saluran khas. Yang disimpan di dalam badan lembu itu akan menjadi burger, serunding, kebab, sup, dan sebagainya. Yang keluar dipanggil taik lembu.

Taik lembu mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Walau bagaimanapun, baunya hanya busuk pada awal-awal sahaja. Setelah beberapa jam, taik lembu akan berubah menjadi pejal dan berketul, dan baunya tidak terlalu busuk. Walaupun ia pejal, tetapi ia tidak keras. Justeru siapa yang berjalan di kawasan luar bandar dan tidak berhati-hati, mungkin terpijak taik lembu. Ini kerana rupa taik lembu kering adalah seperti ketulan tanah.

Taik lembu mempunyai pelbagai kegunaan. Ada orang kata taik lembu boleh digunakan sebagai baja. Saya lahir dan membesar di bandar, jadi saya tak pernah lihat taik lembu digunakan dalam bidang pertanian. Mungkin betul agaknya. Ada orang kata taik lembu boleh dijadikan bahan bakar. Yang ini saya pernah baca di National Geographic, jadi BETULLAH KUT.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah taik lembu yang akan kita bincangkan.

Definisi kedua taik lembu ialah bullshit. Bullshit ini semua orang tahu dan tidak perlu dihuraikan dengan panjang lebar.

Saya ingin berbicara mengenai bullshit. Tapi saya akan mulakan di Bahagian 2.

Sementara menunggu saya menulis Bahagian 2, sila tonton klip video berikut. Klip ini petikan dari rancangan Penn & Teller: Bullshit!. P&T:B! ialah satu rancangan yang mendedahkan mengenai pelbagai jenis bullshit yang berleluasa di kalangan umum. Dalam episod ini, Penn dan Teller mendedahkan mengenai air botol (bottled water):

THE TRUTH ABOUT BOTTLED WATER

Jika anda suka klip tersebut, anda boleh dapati banyak lagi dengan menaip penn teller bullshit di ruang carian Youtube.

(Bersambung…)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: