On Wealth

Last week there was an interesting discussion taking place in a mailing list that I am a member of. The mailing list is made up of a group of young entrepreneurs based in KL. The discussion started when one of the members received an offer to write a weekly column in a major daily newspaper. He’s supposed to write about business and entrepreneurship. So he wrote an email to the group asking for ideas. The following is a condensed version of that discussion.

(The discussion is in Bahasa Melayu. I use pseudonyms because I haven’t received permission from the authors to reproduce their emails here).

Jebat:

Salam kengkawan,

aku dpt tulis satu kolum kat paper utusan tentang usahawan .. keh keh keh..

bleh tak bagi idea.. apa yg perlu aku tulis.. dan mana nak dpt panduan tajuk..

thanks

Kasturi:

Wah wah wah.. sakan.. dah ade column sendiri ni.. tahniah!

Kalau bisness ni macam2 angle boleh tulis.. dari marketing, finance, operations.. sampailah ke mindset, psychology, consumer behaviour..

Tapi jgn general sgt.. Aku suka yg specific sket.. contohnya: scenario usahwan melayu, berniaga dgn halal, how to get bantuan kewangan di malaysia, cadangan buku2 bisnes yg bagus, etc

Lekiu:

Tapi aku, kalau nak tulis artikel … aku nak tulis tentang satu mentaliti yang tak sihat kat Mesia ni …
Mentaliti ni berbunyi lebih kurang “Tak guna belajar tinggi2 sebab tak membantu dalam bisnes, tak membantu untuk jadi kaya pon”

Ungkapan2 ni banyak digunakan oleh org MLM dsbnya … ada banyak bahaya benda ni

1) Menghilangkan hormat masyarakat terhadap orang berilmu dan guru
2) Memandang rendah terhadap ilmu sedangkan Yahudi jadi hebat sebab ilmu juga ..
3) Membuatkan orang yang tak berilmu jadi makin malas belajar dan selesa dengan kekurangan ilmu
4) Membunuh semangat orang yang rajin cari ilmu ..
5) Akhirnya menggalakkan kebodohan dalam masyarakat … kekekeke

Tapi topik ni perlu diolah dengan baik supaya kaitannya dgn dunia bisnes nampak jelas sikit …
After all .. ilmu dan pengalaman tu real competitive edge …

Jebat:

Aku rasa better explain kenapa perlu orang melayu mengejar kekayaan .. he he he.

dan mentaliti orang melayu yang perlu diubah adalah kerana mereka anggap

duit = dosa

lebih banyak duit, lebih banyak dosa.. tapi diorang nak jadi kaya.. bila ada clash of believe dalam believe system, mmg objektive tak akan tercapai.

Jadi.. yang penting sekali.. ubah believes yang ditanamkan dalam otak.

mudah kita nak sebut “celaka orang kaya tu” tapi susah nak sebut “celaka orang miskin”

tapi realitinya.. jenayah mostly berlaku dikalangan orang miskin.. jangan kata jenayah.. sumbang mahram paling banyak dikalangan orang miskin..

Bukan la aku nak hina orang miskin, aku pun orang miskin gak.. tapi lebih baik jadi orang kaya yang beriman berbanding orang miskin yang beriman.. (bagi orang biasa mcm kita)

Nabi tak simpan harta untuk dia.. tapi dia menggunakan barang2 yg mahai.. pedang dia, jubah dia, kuda dia.. semua hebat2..

Mungkin yg pernah ke Turki tahu bentuk pedang Nabi yang hebat tu.. maksudnya.. kalau Nabi ada di zaman ni.. Nabi tak naik kancil.. dia akan naik BMW 7 Series ke.. (kuda yang hebat)

ini satu contoh la.. kalau salah tlg betulkan..

terima kasih

Alauddin:

> 1) duit = dosa

lebih banyak duit, lebih banyak dosa.

bab ni kau boleh refer to buku “The Secrets of The Millionaire Mind” by T. Harve Eker. Tapi hati2 la. Dia org takde iman, kita org ada iman. Maksud hidup kita berbeza.

> 2) Nabi tak simpan harta untuk dia.. tapi dia menggunakan barang2 yg mahai.. pedang dia, jubah dia, kuda dia.. semua hebat2..

Mungkin yg pernah ke Turki tahu bentuk pedang Nabi yang hebat tu.. maksudnya.. kalau Nabi ada di zaman ni.. Nabi tak naik kancil.. dia akan naik BMW 7 Series ke.. (kuda yang hebat)

Yg ni kurang tepat explaination kau. Nabi S.A.W seorang yg zuhud. Zuhud = Simplicity. Org yg simple, dia hanya beli/pakai mengikut tahap keperluan sahaja. Meaning, Nabi S.A.W adalah seorang yg objective oriented dan tau untuk tunaikan hak orang lain.

Misalnya, baju Nabi S.A.W tak banyak. Yg warna merah dipakai waktu terima tetamu. Baju yg mahal pernah dibeli, tapi bukan selalu. Jarang sangat la. Pedang of course la kene berkualiti sebab peperangan is very rough. Tapi bukan utk menunjuk-nunjuk yg Nabi S.A.W. seorang yg kaya.

Simplicity and objective oriented is related to lifestyle. Semua keperluan yg kita guna akan di hisab, walaupun sudah dilapisi dengan objective. Apatah lagi kalau berlebih-lebihan.

Yg penting, keperluan kau berbeza dengan keperluan aku. Kalau kau rasa perlu pada BMW and boleh justify pada Allah kat akhirat nanti kenapa kau perlu BMW, then go ahead. Aku cuma perlu bersangka baik yg kau pakai BMW bukan pasal cinta dunia. You have your own solid reason. Warren Buffet dan TS Syed Mokhtar tak perlu pada Mercedez or BMW.

Pepahal pun, dengan tahap iman kita orang awam ni, cara hidup (lifestyle) sederhana adalah yg terbaik. Again, it’s about lifestyle. Lifestyle kita dibentuk dgn iman, ilmu dan amal. Bukan berkaitan dgn jumlah wang yg kita ada dalam bank or bawah bantal. Org kaya yg iman lemah or takde iman tak ragut handbag pompuan, tapi diorang songlap duit government (contoh je). Itu jenayah diorang.

Aku bukanla pandai. Banyak lagi dalil2 yg aku boleh share tapi kene jumpa la. Not through email. Wallahua’lam.

Jebat:

Salam,

good discussion..

thanks A, bagus explaination ko.

OK.. sebenarnya perbahasan orang kaya jahat atau orang miskin jahat ini tak akan habis. Tapi cukup jika kita fhm, kita kaya dengan iman lebih baik daripada miskin.. Kemiskinan membawa kekufuran.

Dengan kekayaan, kita boleh bayar lebih banyak zakat, boleh sedekah lebih banyak, boleh mempunyai lebih kuasa untuk melaksanakan Islam, mempunyai lebih kuasa berbanding orang kafir.

Bangsa yang miskin, biasanya bangsa yang tertindas walaupun majoriti. Sama macam kita di sini ? orang Islam di Indonesia.

Zuhud bukanlah bererti kita kena hidup miskin, daif, baju compang camping.. dan kita istilahkan ini sebagai simplicity. Zuhud tu bermaksud meninggalkan sesuatu untuk keuntungan akhirat yang lebih baik. Kalau dengan hidup mewah, kita dapat buat lebih banyak untuk saham akhirat, apa salahnya ??

Sebenarnya negativiti tentang kaya = jahat (not islamic) ini dah terterap lama dalam otak2 kita.. sejak kecik lagi. dari filem2.. tengok orang kaya citer tamil atau hindustan.. mesti jahat.. hehe..

bila anak orang kaya rosak.. kita akan ckp “padan la.. anak orang kaya.. mak pak busy cari duit, anak rosak”

kalau anak orang miskin rosak “nak buat camana.. mak ayah dia miskin, cari duit siang malam untuk tampung pemakanan.. anak2 terabai la sikit.. itu pun kira ok.. dalam 5 orang tu.. 2 orang je jadi penagih.. lagi 3 orang tu lulus SPM pangkat 3 tu.. hebat”

mentaliti mcm nie kena ubah dlm masyarakat kita.

Kita kena ajar cara orang untuk cari kekayaan.. tetapi kekayaan ini tidak sampai ke hati. Dalam hati hanya iman dan taqwa.. duit dan harta dalam tangan. Bila2 pun Tuhan boleh tarik balik harta kekayaan itu jika Tuhan nak.

terima kasih

Alauddin:

Eh, yg J terang tu mmg selari dgn apa yg aku (aku baru nak start, bukan ustaz) terang la. Mmg betul la semua tu except … hehe…kemiskinan membawa kekufuran tu (bukan tak betul tapi explaination tak cukup yg boleh menimbulkan salah faham bagi org yg tak tau).

Mmg ada hadis ttg perkara tu. Cuma, ada banyak lagi hadis2 lain yg bertentangan (secara lazfiah) tetapi bukan secara maksud keseluruhan. Para ulama’ dah membincangkan ttg hadis2 ni. Contohnya hadis yg menceritakan satu ketika Nabi S.A.W berdoa pada Allah mengadu ttg kemiskinannya. Allah hantar malaikat bawak satu dulang berisi penuh dgn kunci2 pintu khazanah Allah kat dunia ni. Tapi Nabi S.A.W tolak. Nabi S.A.W lebih suka bila takde makanan, baginda akan berpuasa. Bila ada makanan, baginda lebih syukur pada Allah. (Banyak lagi weii, nanti pjg giler email ni). Tapi itu iman Nabi S.A.W la. Kita? lemah giler la. Tu yg kalau miskin sgt boleh bawa kepada kufur tu. Tapi tidak bagi Nabi S.A.W, para sahabat R.A. dan org2 yg terpilih di dunia ni.

Sebab tu walaupun Nabi tak larang Abdul Rahman bin Auf menjadi seorang peniaga yg pandai (dia mmg pandai kemahiran berniaga) dan kaya raya, Nabi S.A.W pesan yg baginda risau ttg keadaan dia kat akhirat nanti sebab Abdul Rahman Auf akan lama dihisab di padang masyar sebelum dapat masuk syurga. Because of that, Abdul Rahman became a more objective oriented person supaya bila kene hisab nanti dia ada solid answers to justify. Ini belum cerita ttg berapa yg dia infaq pada jalan Allah dan amalan2 dia sepanjang hidup.

And yes, lifestyle dia tak la macam anak raja walaupun dia kaya raya. Allah suruh kita berniaga, mempelajari kemahiran utk majukan bisnes and He decide who will be rich and who will be poor. That is why we have to be objective oriented supaya mudah-mudahan lepas hisab kat akhirat nanti, no matter kita kaya or miskin.

Contrary to Abdul Rahman Auf, Abu Zar Ghifari r.a mmg sangat la zuhud. Definisi zuhud/simplicity bagi Abu Zar sgt extreme berbanding dgn kita punye definisi ttg zuhud. Sederhana bagi Abu Zar, dah macam miskin papa kedana bagi kita. Tapi iman dia tahap lain. Sebab tu Nabi. S.A.W tak larang. Malah akhirat esok, Abu Zar dan golongan2 miskin yg bertaqwa akan masuk syurga lebih awal drp org2 kaya sbb hisab mereka sedikit. Ini mmg jelas dlm hadis.

Dalam kitab Fadhilat Tijarah karangan Sheikh Zakaria rah. pula, ada satu bab “Akibat Buruk Yang Menimpa Umat Islam Jika Tidak Melibatkan Diri Dalam Perniagaan”. Ada satu hadis yg dikeluarkan oleh Al-Imam Ad-Dailami drp Ibnu Abbas r.huma di mana Nabi S.A.W telah bersabda: “Aku berwasiat kepada kamu supaya berlaku baik terhadap ahli perniagaan kerana mereka adalah orang tengah di antara ufuk timur dan barat (jom buat business globally nak?) dan pemegang amanah Allah di atas muka bumi”. – Tarateeb-al-Idaariya

Lagi satu athar sahabat: Umar Al-Khattab telah berkata; “Hendaklah kamu berniaga supaya bangsa bukan Arab tidak akan melontarkan kamu ke dalam fitnah yg berkaitan dengan hal ehwal dunia kamu”. Satu masa Umar Al-khattab telah melawati sebuah pasar. Di sana beliau melihat bahawa kebanyakkan org yg melibatkan diri dalam perniagaan adalah org luar dan org kebanyakkan. Keadaan ini telah menyedihkan beliau. Kemudian, beliau berkata dgn kata2 di atas.

Tapi ada org cakap kat Umar r.a…org Islam dah kaya sebab dapat conquer banyak negara, so buat apa nak berniaga? Umar r.a jawab, “Jika kamu ingin melakukannya dan meninggalkan perniagaan sebagai satu tanggungjawab, kamu akan dapati bahawa kaum lelaki kamu akan memerlukan kaum lelaki mereka dan kaum perempuan kamu akan memerlukan kaum perempuan mereka”.

Kita jadi dependent on others kalau tak berniaga, macam kita dok depend kat Cina2 kat m’sia ni.

So J, aku rasa better kau highlight ttg pentingnya faham akan tujuan berniaga instead of tekankan sgt ttg pentingnya jadi kaya berbanding miskin. Takut nanti disebabkan statement kau kat akhbar nanti, ramai yg bisnes gila2 tapi solat and zakat cam hampeh.

Wallahua’lam.

Lekiu:

Oit mane nak dapat kitab ni ?
> Fadhilat Tijarah karangan Sheikh Zakaria rah. pula, ada satu bab “Akibat Buruk Yang Menimpa Umat Islam Jika Tidak Melibatkan Diri Dalam Perniagaan”.

Btw .. ade org bagitau aku .. Syed AlBukhary ada simpan keta mewah berderet .. tapi dia selalu guna keta Perdana untuk kerja (tujuan untuk bina rapport dengan government, kalau pakai keta mewah nanti tenggelam pulak Najib dalam majlis kekeke )

Aku setuju kalau tulis tentang perbincangan mengenai tujuan berniaga. Aku rase kitab kat atas tu boleh dapat banyak supporting fact yang diperlukan.

Aku rase untuk dapat pembaca yang ramai perlukan isi yang unik … bagi aku artikel yang menggabungkan Islam dan perniagaan memang unik . Sebab biasa aku tgk .. bila orang kaitkan bisnes dan Islam … cuma 2-3 ayat je yang keluar

“Kemiskinan menghampiri kekufuran”
“9/10 pintu rezeki ialah bisnes”
“Nabi pon berniaga mengembala kambing”

Mungkin kita kurang Ustaz2 yang buat research dalam bidang fadhilat bisnes. Kalau halal-haram tu mmg dah banyak.

Bagi aku motivasi ini sangat tak cukup hehehe .. aku tak jumpa lagi buku2 perniagaan yang memotivasikan pembaca dengan hadis/kisah nabi dsbnya. Biasa motivasi yang ditonjolkan dalam buku2 bisnes ialah yang bersifat keuntungan diri seperti “takyah ada bos, masa flexible, tak perlu jadi kuli orang, buat duit banyak, pasif income”. Why? Sebab kebanyakan penulis takde background pendidikan agama.
Dan bagi aku ini semua motivasi secondary.

Motivasi yang primary (core) .. mestilah berteraskan agama dan nilai yang baik.
Contohnyer .. orang2 kaya sepatutnya berperanan sebagai re-distributor of wealth macam AlBukhary. Harta yang banyak digunakan untuk pembangunan orang Islam. Jika dibelanjakan untuk bantu orang kafir, mungkin org kafir pon tertarik untuk masuk Islam (dakwah pula). Salah satu sebab Warren Buffet berderma pon sebab dia percaya fungsi org kaya ialah untuk menjadi re-distributor of wealth for the good of others.

Kalau difikirkan … kalau nak hidup senang .. memang tak perlu harta yang banyak … tapi orang yang besar jiwa untuk membangunkan umat Islam .. sememangnya memerlukan duit yang banyak untuk tujuan itu. Yayasan AlBukhary tu tak silap aku kos RM300 juta.

Kadang2 aku fikir … orang2 kaya ni jadi kaya sebab kerja kuat/pandai atau pun Allah pilih dia jadi kaya sebab objektif hidup dia sememangnya memerlukan duit yang banyak untuk dicapai. (buat Yayasan kebajikan contohnyer).

Uish panjang lagi kalao nak cerita ni …. nanti bebiler shisha kita bincang lagi laaa kakakakakaka …

Salam,

good discussion..
thanks Alif, bagus explaination ko.
OK.. sebenarnya perbahasan orang kaya jahat atau orang miskin jahat ini tak akan habis. Tapi cukup jika kita fhm, kita kaya dengan iman lebih baik daripada miskin.. Kemiskinan membawa kekufuran.
Dengan kekayaan, kita boleh bayar lebih banyak zakat, boleh sedekah lebih banyak, boleh mempunyai lebih kuasa untuk melaksanakan Islam, mempunyai lebih kuasa berbanding orang kafir.
Bangsa yang miskin, biasanya bangsa yang tertindas walaupun majoriti. Sama macam kita di sini ? orang Islam di Indonesia.
Zuhud bukanlah bererti kita kena hidup miskin, daif, baju compang camping.. dan kita istilahkan ini sebagai simplicity. Zuhud tu bermaksud meninggalkan sesuatu untuk keuntungan akhirat yang lebih baik. Kalau dengan hidup mewah, kita dapat buat lebih banyak untuk saham akhirat, apa salahnya ??
Sebenarnya negativiti tentang kaya = jahat (not islamic) ini dah terterap lama dalam otak2 kita.. sejak kecik lagi. dari filem2.. tengok orang kaya citer tamil atau hindustan.. mesti jahat.. hehe..
bila anak orang kaya rosak.. kita akan ckp “padan la.. anak orang kaya.. mak pak busy cari duit, anak rosak”
kalau anak orang miskin rosak “nak buat camana.. mak ayah dia miskin, cari duit siang malam untuk tampung pemakanan.. anak2 terabai la sikit.. itu pun kira ok.. dalam 5 orang tu.. 2 orang je jadi penagih.. lagi 3 orang tu lulus SPM pangkat 3 tu.. hebat”
mentaliti mcm nie kena ubah dlm masyarakat kita.
Kita kena ajar cara orang untuk cari kekayaan.. tetapi kekayaan ini tidak sampai ke hati. Dalam hati hanya iman dan taqwa.. duit dan harta dalam tangan. Bila2 pun Tuhan boleh tarik balik harta kekayaan itu jika Tuhan nak.
terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: