Kenapa Saya Takde FACEBOOKS

(From Aidan Blog, 30 October 2009)

typewriter

  1. 100% daripada orang yang membaca entri ini mempunyai FACEBOOKS. Anda semua adalah pencacai FACEBOOKS.
  2. Saya takde FACEBOOKS.
  3. Ramai orang tanya saya, “Bal kenapa tak guna FACEBOOKS” dan tidak kurang yang mencakap “Bal ni ketinggalan zamanla” atau “Bal ni tak ikut perkembangan teknologi la”. Itu adalah tidak betul. Saya graduate dari Institute of Technology sedangkan mereka graduate dari University sahaja.
  4. FACEBOOKS tidak mendatangkan apa-apa faedah buat saya. Bukan sahaja FACEBOOKS malahan saya tidak pernah mempunyai “frenster”, myspace, dan etc. Saya cuma guna Internat untuk e-mal dan surfing semata-mata, dan juga untuk mengemaskini laman web peribadi saya.
  5. Cuba beritahu saya apa ruginya saya tak ada FACEBOOKS.
  6. Main flash game? Tak berminat.
  7. Buat online quiz? Tak berminat.
  8. Cari awek FACEBOOKS? Tak berminat.
  9. Keep in touch dengan kawan lama? Saya lebih suka guna cara lama: e-mal, telefon dan surat-menyurat. Ya, saya masih lagi menulis surat kertas. Semalam saya telah terima dua pucuk surat dari kawan saya di Melaka (orang yang sama tulis dua surat), dan saya baru membalasnya sebentar tadi. Lidah saya masih terasa setem.
  10. Pagi tadi juga saya menerima satu poskad dari bekas pelajar saya yang baru memulakan pelajaran di luar negara. Beliau tahu saya lebih menghargai penulisan yang pendek di atas poskad tersebut berbanding penulisan yang panjang di dalam e-mal.
  11. Walaupun saya takde FACEBOOKS saya lebih banyak keep in touch dengan kawan-kawan lama berbanding anda pencacai FACEBOOKS sekalian.
  12. Apa lagi?
  13. “Bal, ko kan buat bisnes. FACEBOOKS ni boleh guna sebagai marketing tool”.  Baiklah. Sila jawab soalan ini untuk saya: bilakah kali terakhir anda membelanjakan wang ringgit anda untuk membeli produk atau membayar perkhidmatan yang pertama kali anda menjumpainya di FACEBOOKS?
  14. Saya tau jawapannya, iaitu “tak pernah sekali pun”.
  15. Lagi?
  16. “Kat FACEBOOS boleh plan macam-macam events”. Untuk organize events tidak perlu FACEBOOKS, boleh dibuat melalui e-mal dan telefon sahaja.
  17. “Kat FACEBOOKS boleh post video, gambar, link, notes, chat, etc”. Semua itu tak perlu FACEBOOKS. Saya boleh post semua itu di laman web wordpress, dan chatting boleh dibuat di meebo.
  18. Siapa lagi boleh beri sebab kenapa saya rugi bila tak ada FACEBOOKS? Tiada siapa. Ini kerana FACEBOOKS adalah membuang masa jua.
  19. Selain membuang masa, ianya (FACEBOOKS) tidak mempunyai faedah yang nyata samada dari aspek sosial, ekonomi mahupun kehidupan seharian.
  20. Oleh itu, jangan lah ajak saya buat FAECBOOKS. Saya lebih rela melakukan self-castration daripada buat FACEBOOKS. Sekian, Wassalam.

4 Responses to Kenapa Saya Takde FACEBOOKS

  1. Aida Adawiyah says:

    betul tu! saya sokong!! Sebab saya pun tak de facebook, tak penting.

  2. wanita says:

    kelebihn fb:

    keep in touch wit frenz
    – zmn skrg zman malas kalu atr surt bukan nk blas pun ;lebih2 kwan gn fb,jimt masa,hatta surt twrn ipta skrg pun guna tenet xgn surt2 da.lgpun kadg2 mber tuko no atau kita tuko no n xdpt kesn member dgn fb la dpt crik kwn2..lgpun kadg2 msg xdpt lyn xde krdt pe sume …so gn wireless n htr msg kt fb gn chat.

    -kadg2 ble mintk pndpt mber sume kalu bdk ipta mybe hal pljrn pun masuk fb

    -byk kelebihan dgn fb sal 2 rmai yg berfb

    keburukan :

    jd lalai n n merupakan laman ciptaan I5r4el

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: