Hakikat Bekerja Sendiri

Perkara yang selalu orang cakap kepada saya bila mereka dapat tahu saya bekerja sendiri ialah: “Wah bestnya kerja sendiri”.

Apakah hakikat bekerja sendiri? Adakah ia sesuatu yang rumit? Adakah ia lebih menguntungkan dari bekerja pejabat? Adakah seronok bekerja dengan waktu sendiri yang fleksibel?

Perkara pertama yang ingin saya tegaskan ialah bekerja sendiri ialah sesuatu yang amat, amat susah. Ianya bukan mudah seperti apa yang anda lihat. Untuk mendapatkan RM1 dari bekerja sendiri, ia memerlukan 10 kali ganda usaha untuk mendapatkan RM1 daripada kerja tetap.

Orang selalu beritahu saya betapa untungnya saya tak perlu tidur awal setiap malam, tak perlu bangun awal setiap pagi, tak perlu stress berurusan dengan bos dan rakan pekerja, tak perlu pakai tie, tak perlu minta cuti kalau nak ke mana-mana, tak ada jadual tetap setiap hari. Ramai orang mempunyai persepsi kerja sendiri ini ialah seperti extended vacation, boleh buat apa sahaja bila-bila masa sahaja. Memang betul, fleksibiliti bekerja sendiri merupakan anugerah yang paling bernilai bagi usahawan-usahawan, tetapi ramai orang tidak tahu seksa dan sengsara mereka. Kalau tak kerja, duit tak akan masuk. Kalau tak pergi jumpa orang, deal tak boleh close. Kalau tak turun naik pejabat, takkan boleh dapat contract. Kalau tak rajin menggilap buntut pelanggan, tak akan dapat payment.

Kami bekerja lebih keras dari orang yang kerja tetap, tapi kerja-kerja kami tak nampak — kadang kala nak dapatkan duit / kontrak kena naik turun ofis yang sama 20 kali, sampai kerani pun dah naik muak. Ingat, kerja sendiri ni bukan relaks sahaja, anda perlu kerja jauh lebih keras dari orang lain, membuat benda-benda yang tak tentu berhasil atau tidak. Masa yang fleksibel adalah anugerah, tapi pada masa yang sama, masa yang fleksibel ini adalah suatu yang merbahaya. Jika kita tak pandai menguruskan masa, atau banyak membuang masa dengan perkara tak berfaedah (perkara yang tidak membawa kepada income), bisnes anda akan merosot, dan duit anda akan habis.

Kerja sendiri ini bukan untuk semua orang. Anda perlu mempunyai ciri-ciri berikut: kental, bijak dan berhati kering.

Kental bermaksud tidak cepat menyerah kalah, dan tidak cepat berputus asa. Ramai orang bisnes separuh masak rasa bersemangat bila mula-mula bisnes, tapi sampai kali pertama kena uji (biasanya bila kompeni melalui tahun rugi, atau tahun “kemarau” — tak ada projek masuk), terus dia rasa panik macam lembu nak kena sembelih. Orang-orang ini cuma layak kerja pejabat sahaja. Untuk masuk bisnes anda perlu mempunyai hati kental, rasa tak ada apa-apa walaupun bisnes anda rugi, dan projek tak ada, dan duit hampir habis. Bagi orang bisnes, peluang ada di mana-mana, anda cuma perlu bersemangat kental — apa jua masalah pun, terus bangun dan kerja. Siapa cepat panik, cepat putus asa, cepat rasa hopeless, cepat menangis, cepat menggelabah, cepat cuak, tidak sesuai buat bisnes. Anda perlu hati yang kental dan muka yang tebal untuk membuat bisnes.

Bijak bermaksud cepat cari peluang, dan pandai berusaha sehingga deal boleh close. Ada banyak skill yang diperlukan untuk buat bisnes, tapi skill-skill tersebut tak berguna jika anda tidak bijak merangkul peluang. Kadang-kadang ada peluang datang sekelip mata, ada yang datang bergolek, ada yang perlu usaha keras, ada yang nampak mustahil. Orang yang bijak akan menilai peluang yang ada dan terus mencuba untuk menukar peluang kepada wang ringgit. Bijak tidak semestinya mempunyai IQ yang tinggi, atau berkelayakan akademik yang hebat. Bijak merupakan kebolehan yang diperolehi daripada pengalaman di dunia sebenar (real world).

Berhati kering (cold-hearted) bermaksud jika anda berurusan dengan duit, anda bersikap dingin (cold) dan rasional, tidak dipengaruhi perasaan dan emosi. Anda mestilah “drive a sharp bargain” tanpa rasa kasihan atau menimbang perasaan orang pada anda. Siapa kuat rasa kesian atau terlalu conscious mengenai persepsi orang lain pada diri anda bukanlah orang bisnes yang baik. Anda lebih sesuai bekerja di badan-badan kebajikan / NGO. Untuk maju dalam bisnes, anda mesti bersikap ruthless, dan mempunyai naluri membunuh yang tajam. Biar anda banyak senyum di hadapan khalayak, tapi bila berurusan dalam perniagaan anda bersikap seperti burung helang yang ingin menyerang mangsa.

About these ads

5 Responses to Hakikat Bekerja Sendiri

  1. kurang setuju dengan pendapat bahawa kerja sendiri tu amat susah..

    aku rasa kerja sendiri tu la senang.. buat apa pun kita bebas dan boleh buat apa saja. Kebebasan tu priceless.

    Orang kerja makan gaji tu, aku nampak diorang pun, aku terseksa. he he he..

  2. suhaimiramly says:

    kekeke…actually aku setuju gak. mungkin maksud aku ialah awal2 nak start tu, kena susah sket especially waktu nak bootstrap masa takde duit / kena tebalkan telinga esp kalau family etc tak faham

    kebebasan = priceless, how true

    hidup sebagai self employed person ni ambil masa lama nak get used to. aku sendiri ambil masa 1 tahun untuk betul2 comfortable. depends atas orang tu kut. ada yg memang hidup untuk self employment.

    yg lain2 tu aku exaggerate je…saja kasi gaya hidup kita nampak susah kekekekee…nanti orang lain kagum sket

  3. [...] Posted by FazdleeIsa in friends. Leave a Comment Dipetik dari blog Bal. [...]

  4. FazdleeIsa says:

    Hati saya nih tak kering lagik. Masih lembap2. Kena berguru dengan lebih tekun dengan bal dan iznanā€¦hehehe

  5. eezone says:

    haha sama la kita…nak jadikan hati tu kering masih lagi tak berjaya…especially part nak mintak payment…kena banyak berguru lagi ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 174 other followers

%d bloggers like this: