Shahabudeen Jalil — Usahawan Muda

Memborong Terus dari China (Utusan Malaysia, 26 November 2009)

Mendalami Ilmu Memborong (Utusan Malaysia, 26 November 2009)

Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman (Jalil) merupakan rakan karib saya semenjak kami sama-sama menuntut di Pusat Pengajian Persediaan (PPP, sekarang dikenali sebagai INTEC) di UiTM Kampus Seksyen 17, sepuluh tahun yang lalu. Di PPP kami mengikuti kursus pengajian persediaan untuk ke luar negara. Beliau ketika itu merupakan pelajar kursus A-Level German, dan saya pelajar American Degree Foundation Program. Kami sering berjumpa kerana kami tinggal di Kolej Cemara, dan kami juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti surau. Walau bagaimanapun, selepas tamat di PPP, Jalil tidak melanjutkan pelajaran ke Jerman, sebaliknya beliau mempunyai takdir (destiny) yang lebih besar: untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Ketika di universiti saya tidak menghubungi beliau langsung. Mungkin ada sekali dua saya pernah chatting dengan beliau. Ketika itu beliau berniaga secara kecil-kecilan, dan pernah sekali meminta saya menolong beliau untuk menjual barangan di eBay. Saya tidak mempunyai akaun eBay dan tidak pandai menggunakan eBay jadi saya tidak dapat membantu pada ketika itu.

Kali seterusnya saya dengar mengenai beliau ialah selepas saya graduate tahun 2005. Selepas saya pulang ke Malaysia dan masih menganggur, saya sering bersama-sama Akmal, Luqman dan Khairul melepak dan berbincang mengenai bisnes (ini adalah antara petanda awal kami ditakdirkan membuat bisnes bersama). Walaupun pada ketika itu kami tidak membuat apa-apa perniagaan kerana ketiadaan pengalaman dan modal, banyak idea yang telah kami lontarkan. Selepas masing-masing mendapat kerja, kami pun tidak lagi melepak dan berbincang bisnes, sehinggalah Alif merekrut kami untuk join Aidan pada 2007. Akmal dan Khairul sekarang bersama-sama saya di dalam Aidan Group, dan Luqman pernah bersama kami dari tahun 2007 hingga 2008. Sekarang Luqman menjadi fund manager salah sebuah syarikat venture capital di KL.

Dalam salah satu perbincangan bisnes kami, Khairul menceritakan mengenai Jalil yang sudah bergelumang dalam bisnes di Malaysia ketika kawan-kawan batch kami sedang sibuk menuntut di universiti. Oleh kerana ketika itu saya tiada pengalaman dalam bisnes (dan tidak mempunyai apa-apa network di Malaysia), saya pun memberanikan diri menghubungi semula Jalil yang sudah 4 tahun saya tak contact. Kami pertama kali berjumpa semula di Restoran Pelita pada tahun 2005.

Sejak dari hari itu lah, kami sering melepak dan membincangkan mengenai bisnes, ekonomi, isu semasa dan bermacam lagi. Port kami ialah Restoran Castle (Mat’am Al-Qal’at) di Jalan Damai. Dulu kami selalu melepak di Restoran Al-Rawsha tapi shisha di Castle lebih layan. Sepanjang 5 tahun lalu, hampir setiap minggu kami akan berjumpa dan berborak sehinggalah tengah malam dan awal pagi. Dia banyak memperkenalkan saya kepada kawan-kawan beliau, yang kini menjadi sahabat-sahabat rapat saya dan banyak membantu saya secara peribadi dan secara professional.

Jalil mempunyai pengalaman yang luas dalam bisnes walaupun pada usia muda. Ini kerana beliau telah banyak bergelumang dalam pelbagai jenis bisnes dan pekerjaan, daripada menjual kereta, kedai runcit, jual pakaian sukan, jual pinggan mangkuk, sehinggalah kepada business consultancy untuk urusan borong di China. Dia pernah ke China untuk tujuan perniagaan lebih 30 kali. Jarang dijumpai seorang berusia 27 tahun mempunyai pengalaman sebegitu. Dia juga amat well-connected dengan beberapa orang tokoh politik, media dan perniagaan. Ini semua atas usaha beliau sendiri, bukannya melalui connection ibu bapa atau saudara mara. Saya banyak belajar dari beliau, terutama dalam bidang bisnes.

Kami mempunyai minat yang sama iaitu mengembara. Pada bulan Oktober yang lalu, kami telah mengembara di negara Iran selama 3 minggu, melalui perjalanan sejauh 4500 km. Kami juga bercadang untuk mengembara ke Russia dan China pada tahun hadapan, dan juga menunaikan haji jika diizinkan Allah.

Setakat ini, kami sedang dalam perbincangan untuk membuka satu syarikat perkhidmatan perundingan perniagaan (business advisory) untuk SME. Dengan pengalaman beliau dalam perniagaan borong dan logistik, kami bercadang untuk mewujudkan satu syarikat perdagangan antarabangsa dengan pasaran sasaran di Timur Tengah dan Eropah. Semalam kami telah membincangkan mengenai detail-detail perniagaan tersebut. Insya Allah kami akan mula kick-off pada tahun 2010. Rakan niaga kami ialah Luqman.

Saya mendoakan agar beliau terus dikurniakan kejayaan dan kekayaan melimpah ruah. Inilah seorang anak muda berjaya yang sepatutnya dijadikan contoh kepada golongan muda di negara ini.

Orang muda kena kerja keras, hidup susah, hati kering, dan poket tebal. Jangan risau pasal carik kerja. Masuklah ke alam usahawan. Jangan nak cepat kaya, tapi belajarlah skil yang boleh mendatangkan kekayaan berganda pada jangka masa panjang (bukannya cepat “kaya” menggunakan cara bangang seperti MLM, pelaburan internet, forex, dsb.) Learn a real skill. Kalau tak tahu nak buat apa, daripada ko masuk kursus-kursus sampah MLM, direct marketing, skim piramid, forex, dsb., daftarlah masuk ke KURSUS BORONG CHINA BERSAMA SHAHABUDEEN JALIL.

One Response to Shahabudeen Jalil — Usahawan Muda

  1. […] Kasut Berjari — Mohamad Firdous Firdous ialah seorang usahawan remaja berumur 19 tahun. Walaupun pada umur yang muda, dia telah berpengalaman beberapa kali ke luar negara untuk tujuan bisnes, termasuklah mengetuai kontinjen-kontinjen borong dari Malaysia. Dia merupakan rakan kongsi Anzac Consultancy yang menganjurkan Kursus Borong China bersama Shahabudeen Jalil dan trip-trip memborong di China dan Vietnam. Firdaus merupakan adik kepada Shahabudeen Jalil. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: