Kursus Borong China

31 December 2009

Iklan untuk Kursus Borong China bersama Shahabudeen Jalil

PENGENALAN

Pernahkah anda terfikir untuk memborong sendiri di China? Kini kami akan tunjukkan caranya. Cara yang lebih menyakinkan anda untuk memulakan perniagaan dengan memborong sendiri di China. Ketahui sendiri taktik dan licik berurusan di China.

  • Kenapa seluruh dunia bertumpu ke China untuk membeli produk ? Kenapa bukan kita sendiri?
  • Kenapa perniagaan borong di Malaysia dimonopoli? Bagaimana kita boleh bekerja untuk memecahkan monopoli ini dan juga berjaya?
  • Pernahkah anda terfikir, bagaimana peniaga lain boleh menjual barangan yang sama seperti yang anda jual tetapi dengan harga yang lebih murah dan masih dapat membuat keuntungan yang tinggi? Sudah tentu terdapat pembekal lain yang lebih murah di tempat lain?
  • Bagaimana untuk anda mendapatkan harga paling rendah dan dengan pilihan yang banyak?
  • Bagaimana pula menguruskan penghantaran balik barang melalui laut dengan cara yang murah, mudah dan selamat?

Dalam Kursus ini saya akan terangkan dari satu titik ke satu titik secara mendalam. Tips-Tips menarik yang dikongsikan dalam kursus. Anda pasti mendapat gambaran yang menarik dan memahami selok-belok berurusan bisnes di China.

Peserta akan diberikan beberapa bonus untuk memudahkan pencarian pembekal yang tulen. Peserta juga diberikan diskaun untuk mengikuti rombongan perniagaan ke China.

KURSUS

Antara Topik akan fokuskan dalam Kursus ini adalah :

  • BAB 1 : Pengenalan Negara China
  • BAB 2 : Urusan Paspot dan Visa
  • BAB 3 : Tiket Penerbangan
  • BAB 4 : Pada Hari Bertolak dan Tiba di China
  • BAB 5 : Penginapan (Harga Patut, Selamat dan sesuai)
  • BAB 6 : Restoran, Makanan dan Minuman (Fokus kepada Orang Islam)
  • BAB 7 : Pengangkutan Tempatan (Masalah, Tips dan cara mengatasi ditipu)
  • BAB 8 : Persediaan Tambahan (Buka Akaun di China, Kenapa tak boleh bawa cash banyak)
  • BAB 9 : Kenal Pasti Duit Palsu – Antara masalah Utama yang perlu diketahui, bagaimana boleh diatasi.
  • BAB 10 : Membeli-belah dan Memborong (Plaza Memborong yang patut dikunjungi)
  • BAB 11 : Contoh Produk-produk – Produk Terkini yang berpontensi di Pasaran Malaysia
  • BAB 12 : Pengangkutan Barang ke Malaysia (Urusan Logistik selepas memborong)
  • BAB 13 : Penghantaran Duit dari Malaysia ke Pembekal
  • BAB 14 : Pameran Perniagaan
  • BAB 15 : Memperolehi idea untuk Mencari Pembekal dan produk terkini Melalui Website B2B
  • BAB 16 : Tempat-tempat Bersejarah Islam

SERTAI SEMINAR @ TRIP

Sila hubungi 017-2517515 @ kursusborongchina@gmail.com

SYARAT DAN CARA BAYARAN

YURAN KURSUS : RM325.00 (Deposit RM100.00)

1. Bayaran boleh dibuat sama ada Tunai, Cheque atau ATM Transfer ke:

MAYBANK – 5645 4812 1741 ANZAC CONSULTANCY

2. SMS 017-2517515 atau email kursusborongchina@gmail.com, nama penuh serta waktu anda memasukkan wang RM100.

3 . Pada hari pendaftaran, bayar balance RM 225 dan bawa slip deposit wang sebagai bukti anda telah memasukkan duit deposit.

Nota : (Jika anda transfer duit ini secara online, masukkan email kursusborongchina@gmail.com dalam ruangan email penerima wang)

JADUAL KURSUS TERKINI

TARIKH TEMPAT PENYERTAAN REMARK
2 Januari 2010 Quality Hotel, KL Tempat Terhad PENDAFTARAN DIBUKA
SEKARANG

LAWATAN KE CHINA

Sila lawati http://www.kursusborongchina.com/lawatan_2009.php

_____________________________________________________________________

(Insya Allah saya akan berada di Kursus Borong China pada hari Sabtu 2 Januari ini. Harap pembaca sekalian juga dapat sama-sama mengikuti kursus ini. Jumpa di sana! — SR.)


Pelaburan Emas di Malaysia — M. Alif Nordin

30 December 2009

Ramai orang minat melabur tetapi kekurangan dana. Yang ada dana, mungkin kurang pengetahuan. Nak labur duit kemana ya? Amanah saham PNB? Mutual fund? Atau beli saham direct dari Bursa? Atau labur dalam fixed deposit? Atau beli rumah? Beli tanah? Buka perniagaan kecil? Labur dalam perniagaan kecil? Beli batu permata? Labur dalam pasaran matawang (forex)? ETF? Opsyen dan pasaran hadapan? Beli bon? Apa itu bon? Gula-gula bon bon ke?

Salah satu pilihan pelaburan yang menarik ialah melabur dalam emas. Saya tak mahu cerita lanjut sebab saya tak tahu secara mendalam mengenai pelaburan emas, tapi ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian:

  • Jangan melabur dalam emas kerana anda diserang gold bug — “Nanti bila ekonomi dunia jatuh dan perang besar berlaku, segala duit kertas akan hilang nilai, yang berguna ialah EMAS, kerana EMAS ni mempunyai ‘intrinsic value’. Jadi simpanlah EMAS untuk menghadapi apocalyse dan hari kiamat”. Ini adalah ayat-ayat yang biasa digunakan oleh mamat-mamat dan minah-minah gold bug dan salesman emas untuk menakut-nakutkan anda melabur dalam emas. Pernah tak terpikir, kalau dunia dah apocalypse, emas tu ada nilai ke? Yang ada nilai ialah air, makanan, ubat, minyak (fuel), senjata dan peralatan komunikasi. Emas pun tak ada nilai masa tu.
  • Jangan melabur emas melalui website-website, salesman-salesman, skim-skim pelaburan dan syarikat-syarikat yang sampah atau tidak diketahui latar belakangnya. Gunakan institusi, bank atau syarikat yang bereputasi tinggi dan dikawalselia oleh regulator-regulator yang tegas seperti Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti.
  • Belajar dahulu mengenai emas. Jangan ikut cakap orang sahaja. Tahu perbezaan nilai jongkong emas, syiling emas, dan perhiasan emas (jewelry). Tahu bezakan gred-gred emas dan tahap keaslian. Tahu harga sebenar emas di pasaran dunia dan pasaran runcit tempatan. Tahu mengenai kitaran harga emas. Tahu jenis-jenis pelaburan emas — emas fizikal, dana amanah, atau selainnya. Pendek kata, know what you are getting yourself into.

Boss saya di Aidan Group, saudara Alif, telah menulis beberapa entry mengenai pelaburan emas. Saya kenal Alif sudah 10 tahun, dia merupakan seorang yang anti-sampah dan juga sangat diligent dalam menilai sistem-sistem pelaburan. Alif juga amat ketat dalam isu syarak, dan tidak pandang langsung skim pelaburan yang tidak menepati hukum syarak sepenuhnya. Jadi entry-entry yang beliau tulis amat bermutu walaupun ditulis dengan bahasa mudah. Saya sarankan anda membaca entry-entry Alif mengenai emas, semoga mendapat manfaat.

Entri-entri Di Masa Hadapan:

  • Emas: Jongkong Emas, Dinar Emas ATAU Barang Kemas
  • Emas: Perbandingan Produk
  • Emas: Bagaimana Untuk ‘Diversify‘ Pelaburan Anda Dengan Betul
  • Emas: Teknik-teknik Membuat Untung Melalui Emas Fizikal
  • Emas: Cara Nak Dapat Duit Untuk Beli Emas Fizikal
  • Emas: Hukum hakam Di Dalam Islam Berkaitan Emas
  • Emas: Skim Pelaburan Emas Sampah

Alif suka gigit


Minor Tweaks

30 December 2009

(Update: I added an RSS Feed as well, thanks Ikhwan for the suggestion.)

I have placed one new widget on the right: email subscription. I don’t know if anyone would use it (I’ve personally never subscribed to a blog or an RSS feed) but it’s worth a try if you prefer to receive my entries in your email. Blogspot blogs have Google Connect which I’d like to put on here, but is not available for WordPress unfortunately. I update this blog daily so you don’t have to come here often if you subscribe this blog through your email.

I change my mind: no. Please come here often and keep driving up traffic to my site 😛

Speaking about traffic, I got about 400 hits yesterday for the “Al-Kisah di Iran” entry. It’s a bit embarassing to know that many people have actually read my silly story. Thanks Shahabudeen Jalil and Ibnu Hasyim for linking to the entry.

This is how an AK-47 looks like:

(credit: Wikipedia)


27

29 December 2009

Gifts, cards, e-cards etc. welcome.

Suggestion for gifts:

1. things useful for work — pen, diary, calendar, etc.

2. books — any kind

3. gift cards

4. electronics (only if you love me a lot — I prefer cheap gifts)

5. standard tourist souvenirs — mug, fridge magnet, paperweight

6. practical everyday stuff — picture frame, table clock, pair of bunny slippers

7. chocolates

I prefer cheap gifts, preferably less than RM 30. Except for gift cards, the more expensive the better hehehe…


Al-kisah di Iran

28 December 2009

Ini merupakan pengalaman yang saya lalui ketika dalam perjalanan di Iran pada bulan Oktober dahulu. Saya telah bertolak ke Iran dengan tiga orang sahabat baik saya iaitu Ibnu Hasyim, Ustaz Amin dan Shahabudeen Jalil. Jika anda melawat blog mereka, anda akan dapati mereka bertiga ini bukanlah calang-calang orang. Saya seorang sahaja yang agak hampeh dalam kumpulan itu, tetapi bersyukurlah mereka sudi mengambil saya bersama-sama mereka mengembara. Banyak saya belajar daripada mereka.

Kami tiba di bandar Tehran, dan disambut oleh Saudara Ali (mulai sekarang dipanggil Ali Jan) iaitu rakan Ustaz Amin yang berasal dari Tehran. Ustaz Amin pernah ke Iran beberapa bulan terdahulu, dan beliau yang memperkenalkan kami dengan Ali Jan. Ali Jan ialah seorang pemandu teksi SUV. Dia merupakan bekas pegawai kerajaan dan pernah berkhidmat dalam unit artileri tentera Iran ketika perang Iran-Iraq tahun 90an dahulu. Walaupun umurnya sudah 50an seperti Ibnu Hasyim, tapi dia masih sihat dan kuat. Dia kadangkala menjadi jurulatih pasukan bolasepak tempatan. Sepanjang di Iran, Ali Jan menjadi driver, guide dan translator kami.

Di Iran, hampir separuh lelaki bernama Ali. Ini disebabkan pengaruh Syiah yang amat kuat. Kalau perempuan, nama paling popular ialah Zahra, iaitu gelaran kepada isteri Saidina Ali, Fatimah Al-Zahra yang juga merupakan puteri Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam perjalanan tersebut, kami telah melalui bandar-bandar berikut: Tehran –> Qom –> Isfahan –> Shiraz –> Yazd –> Kerman –> Mashhad –> Bandar Turkaman –> Talaghan –> Tehran. Jarak kesemua perjalanan kami hampir 4500 km.

Saya malas cerita panjang mengenai perjalanan tersebut. Kalau nak tahu lebih lanjut dan nak tengok gambar, rujuk blog Ustaz Amin atau Ibnu Hasyim.

Tapi ada satu cerita yang ingin saya kongsi bersama. Cerita ini agak bodoh. Ia berlaku dalam perjalanan kami dari Isfahan ke Shiraz.

Isfahan dan Shiraz merupakan dua bandar yang menjadi tumpuan pelancong di Iran. Isfahan terkenal sebagai pusat pentadbiran tamadun Parsi lama, dan Shiraz sebagai tempat asal ramai sasterawan Parsi seperti Hafiz dan Saadi, yang turut juga dikebumikan di sana. Walaubagaimana pun, di antara Isfahan dan Shiraz terdapat tarikan pelancong yang terbesar di Iran iaitu PERSEPOLIS.

Peninggalan Tamadun Parsi di Persepolis

Kami bertolak dari Isfahan pada petangnya, dengan niat untuk bermalam di Shiraz dan melawat Persepolis keesokan harinya. Tetapi Ali Jan memberitahu kami bahawa Persepolis dan Shiraz agak jauh, kira-kira 80km, jadi kami mungkin terpaksa bermalam di antara Isfahan dan Shiraz.

Di antara Isfahan dan Shiraz tiada bandar besar, yang ada cuma pekan-pekan kecil di sekitar kawasan tarikan pelancong seperti Persepolis dan Pasargadae (kedua-duanya UNESCO World Heritage Site). Jadi kami pun agak risau kerana mungkin susah ingin dapatkan tempat tidur. Mungkin terpaksa tidur dalam kereta.

Apabila kami sampai dekat dengan Persepolis, waktu sudah malam, kami agak lapar dan mengantuk, jadi kami pun cuba mencari pekan berhampiran dengan harapan menjumpai kedai makan dan hotel. Malangnya, di kawasan itu, cuma ada kampung sahaja. Jangankan hotel, kedai biasa pun susah nak cari. Yang ada cuma rumah-rumah kampung, dan ladang-ladang. Kami terus melalui jalan-jalan kecil dengan harapan jumpa sesuatu. Di sini, orang pun susah nak jumpa.

Setelah penat berpusing-pusing di jalan kecil mencari tempat tidur, kami terserempak dengan sekumpulan pemuda yang sedang melepak. “Huh, ada pun orang,” bisik ku di dalam hati. Ingatkan ghost town tadi. Ali Jan selaku driver, ingin menghampiri mereka, tapi memandangkan kami tak kenal siapa mereka, Ali Jan pun parking SUVnya jauh daripada mereka, dan berjalan ke arah kumpulan orang muda tersebut meninggalkan kami di dalam SUV.

Di kampung sebegini, macam-macam boleh jadi. Apatah lagi jika mereka tahu kami ni orang Sunni, mana lah tahu ini kampung Syiah totok jenis pukul badan sampai berdarah masa hari Asyura. Mungkin mereka jenis Syiah totok yang menghalalkan darah orang Sunni kerana membunuh Saidina Husin. Mungkin etc. etc. , bermacam pemikiran bermain di benak kepala. Ali Jan pula lama berborak dengan pemuda-pemuda tersebut, jadi kami semakin risau. Semakin cuak kami melihat semakin lama semakin ramai pemuda mengerumuni Ali Jan. Diingatkan, ini adalah kampung yang sangat “ulu”, mungkin mereka jarang sangat dapat jumpa orang bandar, apatah lagi pelancong luar.

Selepas lebih kurang 15 minit, Ali Jan pun berjalan semula ke kereta. Kami menarik nafas lega. Tapi tak lama, kerana tiba-tiba gerombolan pemuda itu pun datang merapati kami. Mereka datang melihat kami dengan rasa pelik. Mereka mengetuk2 cermin SUV dan melambai2 tangan kepada kami dan mengelilingi SUV kami, umpama kami haiwan zoo. Takpe lah, mungkin mereka jakun agaknya.

MAJUSI @ ZARDOSHT DI SHOLESTAN

Kemudian kami memberanikan diri untuk keluar dan bersalaman dengan mereka. Ali Jan pun menceritakan bahawa kampung ini ialah kampung orang Zartosht, iaitu penganut agama empayar Parsi lama, yang percaya kepada tuhan Ahura Mazda dan nabi Zarathusthra (Zoroaster). Kalau dalam Islam dipanggil Majusi, atau golongan penyembah api (sebenarnya itu tidak tepat, mereka sembah tuhan tetapi api itu sebagai simbol kesucian agama, sepertilah salib dalam agama Kristian dan holy ark dalam agama Yahudi).

Pelik dan seronok jumpa orang Majusi, kerana sebelum ni tak pernah jumpa. Mereka pun menunjuk-nunjuk handphone mereka pada saya, ingatkan nak eksyen model terbaru Nokia masuk ke kampung mereka, rupa2nya mereka nak tunjukkan imej Zoroaster di handphone mereka. Mereka pun menjakun dengan kami, terutama dengan saya yang sudah pasti tak kelihatan macam orang Iran langsung. Setiap orang daripada kami dikerumun oleh 4-5 orang Majusi ini, dan mereka tanya bermacam-macam soalan dalam bahasa Parsi. Ali Jan yang menjadi translator kami. Ibnu Hasyim siap “diculik” oleh mereka dibawa naik motor keliling kampung. Kampung itu bernama Sholestan.

Setelah penat berborak dan bergambar lebih kurang setengah jam, dan kami merasa selesa dengan mereka, kami diberitahu bahawa mereka ingin menjemput kami tidur di kampung mereka. Mereka telah menyediakan sebuah rumah untuk kami bermalam. Kami sebagai tetamu yang mengantuk dan lapar, apa lagi, terima saja tawaran mereka. Dengan syarat, kami akan cari makanan sendiri (tidak boleh makan daging mereka), jika mereka mahu hidang pun, mungkin hidangkan teh atau roti sahaja. Kami juga sebagai tetamu yang demanding, minta disediakan shisha (di Iran dipanggil Kalyan) untuk disedut sepanjang malam. Alah, dah sembah api, takkan shisha pon takleh buat kot…hehehe…

Rumah yang kami diami itu, ialah sebuah rumah yang tiada penghuni tetapi dalamnya lengkap. Walaupun rumah kampung, kami agak selesa, kerana ada bantal, tilam, TV, toilet, dan segalanya. Tuan rumah itu bernama Mahdi.

Mahdi merupakan seorang yang menakutkan. Umurnya awal 20-an, tapi rupanya seperti seorang alien atau jelmaan hantu. Mungkin ada penyakit kulit atau sewaktu dengannya. Tapi mula-mula kami lihat dia memang pelik, tak seperti orang Parsi biasa. Kami melawak antara kami, kalau Mahdi ni nak berlakon cerita seram, dia tak perlu pakai make up. Dengan mata biru, kulit hitam, tinggi lampai, dan jari yang panjang serta bengkok, dia ni boleh menggerunkan sesiapa yang terserempak dengannya di tengah jalan pada lewat malam. Oleh kerana dia tak faham, kami pun menggelarkan Mahdi di belakang beliau sebagai “Dajal”. Kekeke…kesian tuan rumah diperdajalkan oleh kami.

Mahdi @ Dajal sebenarnya seorang yang baik. Dia pergi mendapatkan shisha untuk kami, mengangkut bantal dan tilam, membuat teh, mengajak kawan2 nya datang berjumpa kami, dan memastikan kami selesa di rumahnya. Ali Jan pun pergi membeli makan malam kerana kami dah terlalu lapar. Di rumah, Jalil mengambil video dan interview orang2 Majusi tersebut, menggunakan skill bahasa Parsi yang dipelajarinya tak sampai 3 hari. Orang-orang kampung gembira melepak bersama kami.

Orang-orang kampung ini hampir kesemuanya bekerja sebagai petani dan pemandu trak. Jadi mereka ni agak miskin dan kurang pendedahan dengan dunia luar. Mungkin oleh sebab itu mereka seronok bila kami datang.

Walaubagaimana pun (ini penting untuk cerita yang akan saya sampaikan), saya nampak di ruang tamu ada tersimpan satu senapang AK47. Saya kenal senapang tersebut kerana saya seorang peminat senjatapi. Mula-mula saya ingat ini senapang mainan, tapi sebenarnya ini senapang betul. Saya rasa sedikit tak selesa. Siapa mereka ni? Taliban Iran ke? Atau geng-geng Basij? Takkan Basij kut, Basij kan askar revolusi, mereka ni bukan Islam pun. Saya rasa kurang sedap di hati saya kerana saya sekarang di dalam rumah orang-orang militia yang memiliki assault rifle. Adakah mereka ni buat baik kepada kami malam ni, lepas tu esok mereka akan culik kami dan hantar kepada militia Syiah? Seribu satu persoalan bermain di kepala saya, walaupun orang-orang di situ ramah melayan kami.

Dipendekkan cerita, malam itu kami pun makan malam, tengok TV, minum teh, hisap shisha, berborak (Ibnu Hasyim berborak dengan orang kampung sampai pagi, entah apa dia borakkan), dan tidur. Kami berlima — saya, Ibnu Hasyim, Ustaz Amin, Shahabudeen Jalil dan Ali Jan — tidur di dalam bilik, dan Dajal tidur di ruang tamu bersama orang-orang kampung lain. Waktu malam di Iran sangat sejuk, jadi pintu dan tingkap perlu ditutup rapat.

BARU CERITA SEBENAR, SETELAH MUQADDIMAH YANG PANJANG

Pagi esok, selepas bangun saya pun menunaikan solat Subuh. Tuan rumah dan orang-orang kampung yang lain masih tidur. Saya pun keluar rumah untuk stretching dan ambil angin. Saya pergi ke ruang tamu, masuk dan lihat tuan rumah (Dajal) masih tidur. Jadi saya keluar semula. Saya terlupa menutup pintu. Tiba-tiba saya terdengar Dajal mengamuk di dalam rumah. Sudah, apa aku dah buat ni? Rupa-rupanya saya terlupa tutup pintu dan udara sejuk masuk ke dalam rumah mengganggu tidur mereka.

Saya ingin meminta maaf dengan mereka tapi oleh kerana terkejut dengan amukan Dajal itu, saya pun masuk ke bilik, sedikit ketakutan.

Tiba-tiba…

Dajal, dengan be bengisnya, datang masuk ke bilik kami, membawa senapang AK47 itu. Fuckkk…

Ibnu Hasyim pada mulanya ingat Dajal bergurau, mencuba untuk menyentuh Ak47 tersebut, tapi Dajal dengan bengisnya menolak tangan Ibnu Hasyim. Mamposss…betullah diorang ni nak culik kami. Siut betul. Perut saya sudah mengecut, sehingga rasa mahu terkincit. Ingatkan orang baik rupanya memang gengster. Patutlah dalam rumah ada AK47. Saya memberanikan diri, meminta izin untuk ke toilet (sebenarnya memang cuak sampai nak terburai isi perut). Dajal melihat saya dengan ekor mata, dan memberi isyarat permisi. Saya terpikir untuk lari keluar rumah tersebut, tetapi memandangkan keadaan usus besar yang tidak mengizinkan, saya terus ke toilet. Di dalam toilet itu saya bertaubat dan berdoa bagai nak rak (doa dalam hati, dalam toilet tak boleh sebut nama Allah). Apa lah nasib ku, pusara tak bertanda di Sholestan, gugur syahid di tangan Majusi laknat diketuai Dajal laknatullah. Dalam kepalaku, terbayang kejadian bukan-bukan: mungkin Dajal sedang gelak setan sambil mengexecute rakan-rakan ku. Mungkin Dajal sedang tunggu aku keluar dari toilet untuk memberi hukuman maut pada ku. Tidak…

KEH KEH KEH DAH MALAS NAK SUSPENS

Lepas aku keluar toilet, dengar orang dalam bilik tergelak kung kang kung kang, rupa2nya Dajal ni buat lawak je. Cilakak, nak buat lawak pakai AK47, buat kecut pelir aku je. Dah la aku ni jenis cepat cuak, butoh punya Dajal, ptuihhh…kekekeke aku pun dengan selamba mencarut depan Dajal tersebut dalam bahasa melayu supaya dia tak paham. Aku pun turut cuba testing AK47 tersebut. Kalau dapat tembak ni best juga, tapi mungkin agak kurang bijak kerana bedilan AK47 boleh menakut2kan penduduk kampung yang lain.

Dipendekkan cerita, selepas menakutkan kami dengan AK47, Dajal pun memasak untuk kami breakfast, egg omelet yang enak, bersama-sama teh, roti, keju, dan madu asli. Kami pun mengoffer beliau duit sebanyak RM 100 untuk makanan dan tempat tinggal yang disediakan. Beliau menolak malu tawaran kami itu, tapi setelah dipaksa beliau pun menerima wang yang tak seberapa itu. Chih…buat-buat malu konon, ko tu yang patut kasi aku RM 100 sebab aku almost dapat heart attack. Hahahaha…

Selepas breakfast, kami pun berkemas, bersalaman dan berpelukan dengan orang-orang kampung (terutama si Dajal yang banyak menolong dan mengikram kami di kampung Sholestan yang indah). Pagi itu baru kami tersedar kami dikelilingi gunung ganang, dan kampung ini agak subur kerana ia kawasan lembah. Semalam terlalu gelap untuk melihat gunung-ganang tersebut.

Selepas mengucapkan selamat tinggal pada orang kampung, kami pun meneruskan perjalanan ke Persepolis sebelum ke bandar Shiraz dan bermalam di sana.

Begitulah kisah pengembaraanku. Kekeke jangan mare ye, pasal cerita sedikit bodoh.

Moral of the story: need to grow bigger balls.


Need a Diary/Planner

28 December 2009

Dulu masa saya kerja korporat, tiap-tiap kali akhir tahun dapat bermacam-macam corporate gift, selalunya diary atau planner (apa bezanya? saya pun tak tahu).

Kalau ada antara kawan2 saya yang ada extra diary/planner yang anda tak guna, boleh tak bagi satu kat saya? You can mail it to my office address:

ArdentEdu, No. 2757-1, Jalan Changkat Permata, Taman Permata 53300 KL (attn: Suhaimi).

Thanks!

In return, creepy pic:


Math Homework Problems

27 December 2009

These are the two problems I assigned to the Senior students in the Malaysia IMO 2010 training camp. They are given two weeks to find the solutions.

1. Let a_1, a_2, \dotsc, a_k be distinct positive integers not exceeding n such that a_i does not divide \prod_{j \neq i} a_j for all i. Denote by \pi(n) the number of primes not exceeding n. Prove that k \leq \pi(n).

2. Let f be a polynomial with rational coefficients such that f(n) \in \mathbb{Z} for all n \in \mathbb{Z}. Prove that for any pair of distinct integers m and n, the number

\displaystyle \text{lcm}[1,2,\dotsc,\text{deg}(f)] \cdot \frac{f(m)-f(n)}{m-n}

is an integer.

(\mathbb{Z} denotes the set of all integers, \text{lcm} denotes the least common multiple, \text{deg}(f) denotes the degree of polynomial f.)

Source: T. Andreescu & G. Dospinescu, Problems from the Book, pp. 69 & 228, with minor rewording.


%d bloggers like this: