Lembu

(from Aidan Blog, 10 December 2009)

Mula-mula saya kerja gomen…
Orang kata, “hah ni lah orang melayu, tak kompetitif langsung, semua nak harapkan kerajaan jaga. cuba lah tengok org2 kerja swasta, independent sikit”

Pastu saya kerja kompeni…
Orang kata, “ape la ko ni, takde ambition ke? cuba lah aim high sikit, kerja kompeni besar2 mcm XXX ke, YYY ke, baru la global sikit. Ini setakat ofis besar reban ayam, mana nak maju dalam hidup bebb”

Pastu saya join MNC…
Orang kata, “tu lah ko ni pencacai mat saleh. bos mat saleh, kat ofis cakap mat saleh, perangai pon dah terikut2 mat saleh. ko tak tau ke kompeni ni dtg negara kita nak menjajah secara ekonomi? orang mcm ko lah yang menyebabkan aset negara kita dijual kepada org luar”

Pastu saya pun join GLC…
Orang kata, “ala setakat kompeni jaguh kampung je, kat malaysia boleh la ko eksyen. Kalau orang mcm ko ni pegi luar negara, senang-senang je mat saleh lipat ko…pirahh syok sendiri, korporat konon”

Pastu saya beranikan diri, mintak kerja kat London…
Orang kata, “hah tengok, ini lah anak melayu tak sedar diri. London konon, ko tu biasiswa pon gomen bayar, nak kerja dekat negara penjajah pulak. Suka lah tu kerja negara kafir, sumbang kat ekonomi diorang, ntah2 duit cukai ko guna buat bunuh orang2 iraq”

Ok lah, pindah Dubai, negara majoriti Islam…
Orang kata, “ko ni memang tak patriotik, negara malaysia ni perlu kan bakat macam ko, tapi ko ni cuma pikir pasal duit je. apa lah salah nya ko guna kan bakat ni untuk nation building, bukan kah negara Malaysia ni tanah tumpah darah yang dah banyak berjasa pada ko”

Balik ke malaysia, bukak kompeni…
Orang kata, “ko ni kerja 24 jam tak habis habis…sikit2 meeting la, outstation la, project la, apa nak jadi dgn hidup ko? Buat bisnes ni tak stabil beb…kadang-kadang duit masuk, kadang2 kemarau. Abis camana dengan family ko? Ada ko pikir pasal masa depan? Carik kerja yg stabil bro”

Last-last kerja gomen balik, dengar cakap orang punya pasal.

2 Responses to Lembu

  1. hahahaha…

    nie macam kisah orang bawak anak dia, kaldai dan barangan jualan.

    hehehehe.. buat apa pun, orang akan kata.

    Jadi buat apa yang kita rasakan terbaik dan halal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: