Al-kisah di Iran

Ini merupakan pengalaman yang saya lalui ketika dalam perjalanan di Iran pada bulan Oktober dahulu. Saya telah bertolak ke Iran dengan tiga orang sahabat baik saya iaitu Ibnu Hasyim, Ustaz Amin dan Shahabudeen Jalil. Jika anda melawat blog mereka, anda akan dapati mereka bertiga ini bukanlah calang-calang orang. Saya seorang sahaja yang agak hampeh dalam kumpulan itu, tetapi bersyukurlah mereka sudi mengambil saya bersama-sama mereka mengembara. Banyak saya belajar daripada mereka.

Kami tiba di bandar Tehran, dan disambut oleh Saudara Ali (mulai sekarang dipanggil Ali Jan) iaitu rakan Ustaz Amin yang berasal dari Tehran. Ustaz Amin pernah ke Iran beberapa bulan terdahulu, dan beliau yang memperkenalkan kami dengan Ali Jan. Ali Jan ialah seorang pemandu teksi SUV. Dia merupakan bekas pegawai kerajaan dan pernah berkhidmat dalam unit artileri tentera Iran ketika perang Iran-Iraq tahun 90an dahulu. Walaupun umurnya sudah 50an seperti Ibnu Hasyim, tapi dia masih sihat dan kuat. Dia kadangkala menjadi jurulatih pasukan bolasepak tempatan. Sepanjang di Iran, Ali Jan menjadi driver, guide dan translator kami.

Di Iran, hampir separuh lelaki bernama Ali. Ini disebabkan pengaruh Syiah yang amat kuat. Kalau perempuan, nama paling popular ialah Zahra, iaitu gelaran kepada isteri Saidina Ali, Fatimah Al-Zahra yang juga merupakan puteri Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam perjalanan tersebut, kami telah melalui bandar-bandar berikut: Tehran –> Qom –> Isfahan –> Shiraz –> Yazd –> Kerman –> Mashhad –> Bandar Turkaman –> Talaghan –> Tehran. Jarak kesemua perjalanan kami hampir 4500 km.

Saya malas cerita panjang mengenai perjalanan tersebut. Kalau nak tahu lebih lanjut dan nak tengok gambar, rujuk blog Ustaz Amin atau Ibnu Hasyim.

Tapi ada satu cerita yang ingin saya kongsi bersama. Cerita ini agak bodoh. Ia berlaku dalam perjalanan kami dari Isfahan ke Shiraz.

Isfahan dan Shiraz merupakan dua bandar yang menjadi tumpuan pelancong di Iran. Isfahan terkenal sebagai pusat pentadbiran tamadun Parsi lama, dan Shiraz sebagai tempat asal ramai sasterawan Parsi seperti Hafiz dan Saadi, yang turut juga dikebumikan di sana. Walaubagaimana pun, di antara Isfahan dan Shiraz terdapat tarikan pelancong yang terbesar di Iran iaitu PERSEPOLIS.

Peninggalan Tamadun Parsi di Persepolis

Kami bertolak dari Isfahan pada petangnya, dengan niat untuk bermalam di Shiraz dan melawat Persepolis keesokan harinya. Tetapi Ali Jan memberitahu kami bahawa Persepolis dan Shiraz agak jauh, kira-kira 80km, jadi kami mungkin terpaksa bermalam di antara Isfahan dan Shiraz.

Di antara Isfahan dan Shiraz tiada bandar besar, yang ada cuma pekan-pekan kecil di sekitar kawasan tarikan pelancong seperti Persepolis dan Pasargadae (kedua-duanya UNESCO World Heritage Site). Jadi kami pun agak risau kerana mungkin susah ingin dapatkan tempat tidur. Mungkin terpaksa tidur dalam kereta.

Apabila kami sampai dekat dengan Persepolis, waktu sudah malam, kami agak lapar dan mengantuk, jadi kami pun cuba mencari pekan berhampiran dengan harapan menjumpai kedai makan dan hotel. Malangnya, di kawasan itu, cuma ada kampung sahaja. Jangankan hotel, kedai biasa pun susah nak cari. Yang ada cuma rumah-rumah kampung, dan ladang-ladang. Kami terus melalui jalan-jalan kecil dengan harapan jumpa sesuatu. Di sini, orang pun susah nak jumpa.

Setelah penat berpusing-pusing di jalan kecil mencari tempat tidur, kami terserempak dengan sekumpulan pemuda yang sedang melepak. “Huh, ada pun orang,” bisik ku di dalam hati. Ingatkan ghost town tadi. Ali Jan selaku driver, ingin menghampiri mereka, tapi memandangkan kami tak kenal siapa mereka, Ali Jan pun parking SUVnya jauh daripada mereka, dan berjalan ke arah kumpulan orang muda tersebut meninggalkan kami di dalam SUV.

Di kampung sebegini, macam-macam boleh jadi. Apatah lagi jika mereka tahu kami ni orang Sunni, mana lah tahu ini kampung Syiah totok jenis pukul badan sampai berdarah masa hari Asyura. Mungkin mereka jenis Syiah totok yang menghalalkan darah orang Sunni kerana membunuh Saidina Husin. Mungkin etc. etc. , bermacam pemikiran bermain di benak kepala. Ali Jan pula lama berborak dengan pemuda-pemuda tersebut, jadi kami semakin risau. Semakin cuak kami melihat semakin lama semakin ramai pemuda mengerumuni Ali Jan. Diingatkan, ini adalah kampung yang sangat “ulu”, mungkin mereka jarang sangat dapat jumpa orang bandar, apatah lagi pelancong luar.

Selepas lebih kurang 15 minit, Ali Jan pun berjalan semula ke kereta. Kami menarik nafas lega. Tapi tak lama, kerana tiba-tiba gerombolan pemuda itu pun datang merapati kami. Mereka datang melihat kami dengan rasa pelik. Mereka mengetuk2 cermin SUV dan melambai2 tangan kepada kami dan mengelilingi SUV kami, umpama kami haiwan zoo. Takpe lah, mungkin mereka jakun agaknya.

MAJUSI @ ZARDOSHT DI SHOLESTAN

Kemudian kami memberanikan diri untuk keluar dan bersalaman dengan mereka. Ali Jan pun menceritakan bahawa kampung ini ialah kampung orang Zartosht, iaitu penganut agama empayar Parsi lama, yang percaya kepada tuhan Ahura Mazda dan nabi Zarathusthra (Zoroaster). Kalau dalam Islam dipanggil Majusi, atau golongan penyembah api (sebenarnya itu tidak tepat, mereka sembah tuhan tetapi api itu sebagai simbol kesucian agama, sepertilah salib dalam agama Kristian dan holy ark dalam agama Yahudi).

Pelik dan seronok jumpa orang Majusi, kerana sebelum ni tak pernah jumpa. Mereka pun menunjuk-nunjuk handphone mereka pada saya, ingatkan nak eksyen model terbaru Nokia masuk ke kampung mereka, rupa2nya mereka nak tunjukkan imej Zoroaster di handphone mereka. Mereka pun menjakun dengan kami, terutama dengan saya yang sudah pasti tak kelihatan macam orang Iran langsung. Setiap orang daripada kami dikerumun oleh 4-5 orang Majusi ini, dan mereka tanya bermacam-macam soalan dalam bahasa Parsi. Ali Jan yang menjadi translator kami. Ibnu Hasyim siap “diculik” oleh mereka dibawa naik motor keliling kampung. Kampung itu bernama Sholestan.

Setelah penat berborak dan bergambar lebih kurang setengah jam, dan kami merasa selesa dengan mereka, kami diberitahu bahawa mereka ingin menjemput kami tidur di kampung mereka. Mereka telah menyediakan sebuah rumah untuk kami bermalam. Kami sebagai tetamu yang mengantuk dan lapar, apa lagi, terima saja tawaran mereka. Dengan syarat, kami akan cari makanan sendiri (tidak boleh makan daging mereka), jika mereka mahu hidang pun, mungkin hidangkan teh atau roti sahaja. Kami juga sebagai tetamu yang demanding, minta disediakan shisha (di Iran dipanggil Kalyan) untuk disedut sepanjang malam. Alah, dah sembah api, takkan shisha pon takleh buat kot…hehehe…

Rumah yang kami diami itu, ialah sebuah rumah yang tiada penghuni tetapi dalamnya lengkap. Walaupun rumah kampung, kami agak selesa, kerana ada bantal, tilam, TV, toilet, dan segalanya. Tuan rumah itu bernama Mahdi.

Mahdi merupakan seorang yang menakutkan. Umurnya awal 20-an, tapi rupanya seperti seorang alien atau jelmaan hantu. Mungkin ada penyakit kulit atau sewaktu dengannya. Tapi mula-mula kami lihat dia memang pelik, tak seperti orang Parsi biasa. Kami melawak antara kami, kalau Mahdi ni nak berlakon cerita seram, dia tak perlu pakai make up. Dengan mata biru, kulit hitam, tinggi lampai, dan jari yang panjang serta bengkok, dia ni boleh menggerunkan sesiapa yang terserempak dengannya di tengah jalan pada lewat malam. Oleh kerana dia tak faham, kami pun menggelarkan Mahdi di belakang beliau sebagai “Dajal”. Kekeke…kesian tuan rumah diperdajalkan oleh kami.

Mahdi @ Dajal sebenarnya seorang yang baik. Dia pergi mendapatkan shisha untuk kami, mengangkut bantal dan tilam, membuat teh, mengajak kawan2 nya datang berjumpa kami, dan memastikan kami selesa di rumahnya. Ali Jan pun pergi membeli makan malam kerana kami dah terlalu lapar. Di rumah, Jalil mengambil video dan interview orang2 Majusi tersebut, menggunakan skill bahasa Parsi yang dipelajarinya tak sampai 3 hari. Orang-orang kampung gembira melepak bersama kami.

Orang-orang kampung ini hampir kesemuanya bekerja sebagai petani dan pemandu trak. Jadi mereka ni agak miskin dan kurang pendedahan dengan dunia luar. Mungkin oleh sebab itu mereka seronok bila kami datang.

Walaubagaimana pun (ini penting untuk cerita yang akan saya sampaikan), saya nampak di ruang tamu ada tersimpan satu senapang AK47. Saya kenal senapang tersebut kerana saya seorang peminat senjatapi. Mula-mula saya ingat ini senapang mainan, tapi sebenarnya ini senapang betul. Saya rasa sedikit tak selesa. Siapa mereka ni? Taliban Iran ke? Atau geng-geng Basij? Takkan Basij kut, Basij kan askar revolusi, mereka ni bukan Islam pun. Saya rasa kurang sedap di hati saya kerana saya sekarang di dalam rumah orang-orang militia yang memiliki assault rifle. Adakah mereka ni buat baik kepada kami malam ni, lepas tu esok mereka akan culik kami dan hantar kepada militia Syiah? Seribu satu persoalan bermain di kepala saya, walaupun orang-orang di situ ramah melayan kami.

Dipendekkan cerita, malam itu kami pun makan malam, tengok TV, minum teh, hisap shisha, berborak (Ibnu Hasyim berborak dengan orang kampung sampai pagi, entah apa dia borakkan), dan tidur. Kami berlima — saya, Ibnu Hasyim, Ustaz Amin, Shahabudeen Jalil dan Ali Jan — tidur di dalam bilik, dan Dajal tidur di ruang tamu bersama orang-orang kampung lain. Waktu malam di Iran sangat sejuk, jadi pintu dan tingkap perlu ditutup rapat.

BARU CERITA SEBENAR, SETELAH MUQADDIMAH YANG PANJANG

Pagi esok, selepas bangun saya pun menunaikan solat Subuh. Tuan rumah dan orang-orang kampung yang lain masih tidur. Saya pun keluar rumah untuk stretching dan ambil angin. Saya pergi ke ruang tamu, masuk dan lihat tuan rumah (Dajal) masih tidur. Jadi saya keluar semula. Saya terlupa menutup pintu. Tiba-tiba saya terdengar Dajal mengamuk di dalam rumah. Sudah, apa aku dah buat ni? Rupa-rupanya saya terlupa tutup pintu dan udara sejuk masuk ke dalam rumah mengganggu tidur mereka.

Saya ingin meminta maaf dengan mereka tapi oleh kerana terkejut dengan amukan Dajal itu, saya pun masuk ke bilik, sedikit ketakutan.

Tiba-tiba…

Dajal, dengan be bengisnya, datang masuk ke bilik kami, membawa senapang AK47 itu. Fuckkk…

Ibnu Hasyim pada mulanya ingat Dajal bergurau, mencuba untuk menyentuh Ak47 tersebut, tapi Dajal dengan bengisnya menolak tangan Ibnu Hasyim. Mamposss…betullah diorang ni nak culik kami. Siut betul. Perut saya sudah mengecut, sehingga rasa mahu terkincit. Ingatkan orang baik rupanya memang gengster. Patutlah dalam rumah ada AK47. Saya memberanikan diri, meminta izin untuk ke toilet (sebenarnya memang cuak sampai nak terburai isi perut). Dajal melihat saya dengan ekor mata, dan memberi isyarat permisi. Saya terpikir untuk lari keluar rumah tersebut, tetapi memandangkan keadaan usus besar yang tidak mengizinkan, saya terus ke toilet. Di dalam toilet itu saya bertaubat dan berdoa bagai nak rak (doa dalam hati, dalam toilet tak boleh sebut nama Allah). Apa lah nasib ku, pusara tak bertanda di Sholestan, gugur syahid di tangan Majusi laknat diketuai Dajal laknatullah. Dalam kepalaku, terbayang kejadian bukan-bukan: mungkin Dajal sedang gelak setan sambil mengexecute rakan-rakan ku. Mungkin Dajal sedang tunggu aku keluar dari toilet untuk memberi hukuman maut pada ku. Tidak…

KEH KEH KEH DAH MALAS NAK SUSPENS

Lepas aku keluar toilet, dengar orang dalam bilik tergelak kung kang kung kang, rupa2nya Dajal ni buat lawak je. Cilakak, nak buat lawak pakai AK47, buat kecut pelir aku je. Dah la aku ni jenis cepat cuak, butoh punya Dajal, ptuihhh…kekekeke aku pun dengan selamba mencarut depan Dajal tersebut dalam bahasa melayu supaya dia tak paham. Aku pun turut cuba testing AK47 tersebut. Kalau dapat tembak ni best juga, tapi mungkin agak kurang bijak kerana bedilan AK47 boleh menakut2kan penduduk kampung yang lain.

Dipendekkan cerita, selepas menakutkan kami dengan AK47, Dajal pun memasak untuk kami breakfast, egg omelet yang enak, bersama-sama teh, roti, keju, dan madu asli. Kami pun mengoffer beliau duit sebanyak RM 100 untuk makanan dan tempat tinggal yang disediakan. Beliau menolak malu tawaran kami itu, tapi setelah dipaksa beliau pun menerima wang yang tak seberapa itu. Chih…buat-buat malu konon, ko tu yang patut kasi aku RM 100 sebab aku almost dapat heart attack. Hahahaha…

Selepas breakfast, kami pun berkemas, bersalaman dan berpelukan dengan orang-orang kampung (terutama si Dajal yang banyak menolong dan mengikram kami di kampung Sholestan yang indah). Pagi itu baru kami tersedar kami dikelilingi gunung ganang, dan kampung ini agak subur kerana ia kawasan lembah. Semalam terlalu gelap untuk melihat gunung-ganang tersebut.

Selepas mengucapkan selamat tinggal pada orang kampung, kami pun meneruskan perjalanan ke Persepolis sebelum ke bandar Shiraz dan bermalam di sana.

Begitulah kisah pengembaraanku. Kekeke jangan mare ye, pasal cerita sedikit bodoh.

Moral of the story: need to grow bigger balls.

10 Responses to Al-kisah di Iran

  1. maizul.com says:

    Hehe melucukan… kot ye pun nak buat lawak jangan la bawak senapang ye tak.

  2. ibnuhasyim says:

    Alhamdulillah, menarik cerita tuan. Saya pun tak boleh tulis begitu. Ada saspen, ada lucu dan ada maklumat. Dan.. baru saya tahu, rupanya saya ‘diculik’ malam itu.
    Diculik mengelilingi kampung pendalaman Iran, ditengah malam gelap gelita seorang diri bersama pemandu motosikal itu sahaja!

    Kalau boleh tulis lagi, dari perspektif anda.

  3. Yumita says:

    salam,its fascinating mood inside me when read your story la bro..

    never read a blog till end,but this 1..thumb up!

  4. samah says:

    hahaha awesome… aku rasa aku dah mengucap kut… hahaha.. hahahahahahahahaha..

  5. […] about traffic, I got like 400 hits yesterday to the “Al-Kisah di Iran” entry. It’s a bit embarassing to know that many people have actually read my silly travel […]

  6. suhaimiramly says:

    Terima kasih semua yang komen.

    kepada saudara Ibnu Hasyim yang dihormati, terima kasih atas lawatan ke blog saya dan link ke sini.

    Siapa nak tengok gambar Dajal (Dajal dalam cerita ni, bukan Dajal akhir zaman, heheh) boleh ke laman web ibnu hasyim.

    samah, kekekekee…people said your life flashes in front of you before you die…tapi aku duk tunggu2, takde pon, so mungkin ajal belum sampai kut.

  7. ikhwan says:

    hahaha…kelakar giler cerita kau nih bal. nasib baik kau dah ada experience pegi tempat teruk2 kat indopak dulu. Takde part 2 or 3 lagi ke?

  8. suhaimiramly says:

    hehehehe…ada tapi malas nak tulis

    incredible IndoPAK

  9. habiba nazeera says:

    very interesting & funny.

  10. shairi sariman says:

    Salam semua..emm penuh debaran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: