Pelaburan Emas di Malaysia — M. Alif Nordin

Ramai orang minat melabur tetapi kekurangan dana. Yang ada dana, mungkin kurang pengetahuan. Nak labur duit kemana ya? Amanah saham PNB? Mutual fund? Atau beli saham direct dari Bursa? Atau labur dalam fixed deposit? Atau beli rumah? Beli tanah? Buka perniagaan kecil? Labur dalam perniagaan kecil? Beli batu permata? Labur dalam pasaran matawang (forex)? ETF? Opsyen dan pasaran hadapan? Beli bon? Apa itu bon? Gula-gula bon bon ke?

Salah satu pilihan pelaburan yang menarik ialah melabur dalam emas. Saya tak mahu cerita lanjut sebab saya tak tahu secara mendalam mengenai pelaburan emas, tapi ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian:

  • Jangan melabur dalam emas kerana anda diserang gold bug — “Nanti bila ekonomi dunia jatuh dan perang besar berlaku, segala duit kertas akan hilang nilai, yang berguna ialah EMAS, kerana EMAS ni mempunyai ‘intrinsic value’. Jadi simpanlah EMAS untuk menghadapi apocalyse dan hari kiamat”. Ini adalah ayat-ayat yang biasa digunakan oleh mamat-mamat dan minah-minah gold bug dan salesman emas untuk menakut-nakutkan anda melabur dalam emas. Pernah tak terpikir, kalau dunia dah apocalypse, emas tu ada nilai ke? Yang ada nilai ialah air, makanan, ubat, minyak (fuel), senjata dan peralatan komunikasi. Emas pun tak ada nilai masa tu.
  • Jangan melabur emas melalui website-website, salesman-salesman, skim-skim pelaburan dan syarikat-syarikat yang sampah atau tidak diketahui latar belakangnya. Gunakan institusi, bank atau syarikat yang bereputasi tinggi dan dikawalselia oleh regulator-regulator yang tegas seperti Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti.
  • Belajar dahulu mengenai emas. Jangan ikut cakap orang sahaja. Tahu perbezaan nilai jongkong emas, syiling emas, dan perhiasan emas (jewelry). Tahu bezakan gred-gred emas dan tahap keaslian. Tahu harga sebenar emas di pasaran dunia dan pasaran runcit tempatan. Tahu mengenai kitaran harga emas. Tahu jenis-jenis pelaburan emas — emas fizikal, dana amanah, atau selainnya. Pendek kata, know what you are getting yourself into.

Boss saya di Aidan Group, saudara Alif, telah menulis beberapa entry mengenai pelaburan emas. Saya kenal Alif sudah 10 tahun, dia merupakan seorang yang anti-sampah dan juga sangat diligent dalam menilai sistem-sistem pelaburan. Alif juga amat ketat dalam isu syarak, dan tidak pandang langsung skim pelaburan yang tidak menepati hukum syarak sepenuhnya. Jadi entry-entry yang beliau tulis amat bermutu walaupun ditulis dengan bahasa mudah. Saya sarankan anda membaca entry-entry Alif mengenai emas, semoga mendapat manfaat.

Entri-entri Di Masa Hadapan:

  • Emas: Jongkong Emas, Dinar Emas ATAU Barang Kemas
  • Emas: Perbandingan Produk
  • Emas: Bagaimana Untuk ā€˜Diversifyā€˜ Pelaburan Anda Dengan Betul
  • Emas: Teknik-teknik Membuat Untung Melalui Emas Fizikal
  • Emas: Cara Nak Dapat Duit Untuk Beli Emas Fizikal
  • Emas: Hukum hakam Di Dalam Islam Berkaitan Emas
  • Emas: Skim Pelaburan Emas Sampah

Alif suka gigit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: