Kempen

Di Malaysia, ada banyak kempen. Dulu dan sekarang, di setiap kementerian di setiap masa ada mempunyai beberapa kempen yang berjalan. Daripada kempen-kempen yang besar seperti kempen mari membaca, kempen anti rokok, kempen anti dadah, kempen keselamatan jalan raya sehinggalah kempen-kempen remeh seperti kempen makan daging arnab (suatu masa dahulu), kempen kongsi kereta (suatu masa dahulu), kempen menggunakan beg kertas (sekarang), dan banyak lagi kempen. Ada satu persamaan pada kesemua kempen tersebut.

Kesemua kempen tersebut gagal.

Mamat-mamat dan minah-minah pencacai kerajaan di kalangan anda mungkin rasa terkilan saya cakap begitu, sebab kementerian andalah yang sibuk buat kempen itu ini. Anda tak boleh lihat realiti masyarakat yang meluat dan memomok-momokkan kempen-kempen kerajaan kerana anda semua hidup dalam keselesaan bubble pejabat kerajaan anda di Putrajaya dan Damansara.

Sila terima realiti. Semua kempen kerajaan gagal.

Mungkin menteri-menteri atau pegawai-pegawai anda boleh mengeluarkan pelbagai-bagai statistik atau nombor yang menunjukkan ada peningkatan disebabkan kempen-kempen tersebut. Jumlah pembaca meningkat 8.7%. Jumlah kemalangan turun 1.9%. Jumlah perokok menurun 3%. Dan macam-macam lagi. Tapi itu tidak bermakna kempen tidak gagal. Sudahkah masyarakat kita menjadi masyarakat membaca, terutama bahan ilmiah dan bukan-fiksyen? Adakah jalan raya kita selamat sehingga waktu perayaan kita bebas kemalangan? Sudahkah orang yang hisap rokok betul-betul insaf dengan iklan-iklan yang berharga jutaan RM?

Jawapannya sudah tentu tidak.

Di sekolah menengah, kempen-kempen ini menjadi bahan jenaka pelajar (i.e. jawapan percuma) terutama dalam kelas BM Tingkatan Lima. Kalau soalan karangan tanya cara-cara meningkatkan kebersihan, jawapannya ialah KEMPEN KESEDARAN MENGENAI KEBERSIHAN. Kalau soalan lisan SPM pasal keselamatan jalan raya, ada boleh bullshit pemeriksa dengan cakap salah satu langkah yang perlu diambil ialah KEMPEN KESEDARAN MENGENAI JALAN RAYA. Kalau soalan pasal jenayah, jawab salah satu pointnya ialah KEMPEN KESEDARAN MENGENAI JENAYAH. Kalau sebut pasal sikap hormat kepada orang tua, dalam jawapan nanti tulis la KEMPEN KESEDARAN MENGENAI MENGHORMATI ORANG TUA. Kalau  soalan keluar mengenai ding-dong-bell, maka antara jawapan yang betul sudah pasti KEMPEN KESEDARAN MENGENAI DING-DONG-BELL.

Mentaliti kertas ujian BM tingkatan lima inilah yang wujud pada kebanyakan pegawai kementerian sehinggalah ke menteri sekalipun. Semua masalah di dunia, pasti selesai dengan KEMPEN. Segala isu, mula dan akhirnya ialah KEMPEN. Kita kurang berjaya kerana kurangnya KEMPEN, jadi mari tambahkan KEMPEN. Meh bagi budget juta-juta kat aku.

Kenapa kempen-kempen tersebut gagal? Ada beberapa sebab:

1) Adalah hampir mustahil menukar habit manusia.

Tidak ada apa yang boleh menukar habit (kebiasaan) seseorang, kecuali (i) dengan menukar habit, seseorang itu boleh mendapat kepuasan atau balasan jangka pendek (short-term reward) atau (ii) seseorang itu terpaksa menukar habitnya kerana kesakitan dan ketiadaan duit. Contoh paling mudah ialah rokok. Bagi la berapa ratus fatwa pun, tunjuk la iklan anti-rokok yang ngeri pun, mai lah pujuk si isteri dan girlfriend sekalipun, berhenti rokok takkan sekali-kali.

Mungkin ada segelintir kecil yang berubah disebabkan faktor-faktor luaran tersebut, tapi secara keseluruhannya, tidak ada perokok yang akan berhenti merokok melainkan dengan cara di atas iaitu (i) anda beri duit untuk dia berhenti merokok, atau (ii) dia kena penyakit yang kronik kerana merokok dan terpaksa berhenti sendiri, atau tiada duit lagi untuk beli rokok.

Setakat cakap “cuba lah fikir masa depan dan anak-anak” takkan berjaya, kerana kita sebagai manusia adalah spesis yang tidak rasional — kepuasan jangka pendek lebih kuat kesannya daripada manfaat jangka panjang.

2) Kempen lesu dan tidak menangkap imaginasi rakyat (betul ke terjemahan ni? aku nak kata “capture the imagination”)

Walaupun iklan-iklan kempen di TV dan media cetak semakin hari semakin canggih, siap ada maskot 3D (contoh: kempen pengguna bijak), siap guna agensi-agensi pengiklanan yang terkemuka seperti Saatchi & Saatchi dan Leo Burnett, siap buat iklan yang tidak skema, bukan macam iklan-iklan Filem Negara Malaysia yang harimau tu, siap buat iklan yang kononnya mesra remaja dan golongan muda, KEMPEN-KEMPEN MASIH LAGI BERSIKAP SYOK SENDIRI.

Samalah macam PDRM nak buka FACEBOOK kerana kononnya nak menjadi mesra rakyat (wakakakaka inilah dia SYOK SENDIRI tahap koma yang tak boleh dikejutkan lagi).

Kempen ini semua gagal kerana mereka tak faham apa kehendak, aspirasi dan imaginasi rakyat. Yang mereka buat cumalah “preaching to the choir” — i.e., berkempen kepada orang yang memang dari awal dah sedia mendengar. Kempen sepatutnya berfungsi sebagai outreach, mencapai orang yang susah nak dengar. Macamana nak bagi orang dengar, apatah lagi ikut, jika SYOK SENDIRI tak habis-habis?

3) Kempen ini semua tidak ada akauntabiliti

Apa KPI atau statistik yang menunjukkan kempen berkesan atau tidak? Maklumkan kepada rakyat. Bagi tempoh masa untuk kempen, kalau tak mencapai target juga dalam tempoh itu, kansel kempen dan gantikan dengan program lain. Ini tidak, dari 15 tahun lepas sampai ke hari ni tak habis-habis kempen yang sama. Apa hasil entahlah.

Duit jutaan habis untuk buat pelancaran (mesti ada penari, mesti ada cek besar, mesti ada duta kempen — selalunya artis yang dibayar mahal, mesti ada persembahan, mesti ada backdrop yang besar dan grand, mesti bawak budak sekolah lima bas, mesti bawak seme pegawai kerajaan sampai ofis kosong tak ada orang dan menyusahkan rakyat nak berurusan), brosur, pamphlet, iklan TV, iklan suratkhabar, iklan billboard, iklan radio, dan lain-lain perbelanjaan.

Apa hasilnya? Ada tak orang yang mengira impact per dollar spent? Atau pun nak justifikasi duit juta-juta tu, anda kata “ini semua tak boleh dinilai dengan wang ringgit, yang penting rakyat mendapat manfaat kempen”. Manfaat kempen apa ke jadah, lagi aku rasa nak tutup TV bila keluar iklan kempen.

4) Kempen tidak dirancang dengan baik

Saya akui ada beberapa kempen yang memang berkesan. Contohnya kempen mari makan buah-buahan tempatan. Tapi tak banyak, sedikit sahaja.

Kenapa kempen ini berkesan? Ini bukanlah disebabkan kempen itu sendiri, tapi kerana perkembangan di luar kempen. Kempen buah-buahan tempatan berjaya kerana di Malaysia memang banyak buah-buahan tempatan yang sedap. Contohnya, ciku, cempedak dan rambutan JAUH LEBIH SEDAP daripada epal (buah import). Lagipun, jika ada dua buah yang sama (satu tempatan dan satu import), saya pilih yang tempatan kerana buah yang import mungkin dah lama berada dalam storage atau dalam kapal kargo menyebabkan rasanya kurang manis.

Ini disebabkan kempen tersebut didokong oleh dasar pertanian negara yang bijak, disamping kelebihan semulajadi negara kita. Jika tiada perkara ini, nescaya kempen buah-buahan tempatan pun akan gagal. Apatah lagi kempen-kempen suam-suam kuku yang melambak sekarang ni. Langsung tak ada sebab untuk berjaya.

Oleh itu, kesimpulannya, marilah kita kurangkan kempen dan fikir cara lebih bijak untuk menangani masalah-masalah di negara kita.

*clap clap clap*

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Kempen Anti-Kempen Peringkat Kebangsaan 2010.

10 Responses to Kempen

  1. hafiz says:

    KEMPEN KESEDARAN MENGENAI DING-DONG-BELL…kahkahkah…hahaha..kahkahkah…

    lagi 1 aku nak tambah pasal kuar lagu kt TV. kalau ade ape saje kempen ke ape ke mesti nk kene ade lagu kt tv. lagu jalur gemilang la. lagu mari mengundi la. lagu 1malaysia la. lagu senyum selalu la. lagu budi bahasa la. lagu cuti2 malaysia la. ape ke lancau lagu pon sume ade. naik meluat aku tgk. lagi2 lagu terbitan filem negara harimau terkangkang tu. sound dah la xsedap. sampai pasal public toilet pon nk kene ade lagu. kalau masih ingat lagu tandas bersih yg ade budak2 pegang placard tandas bersih pastu terhuyung hayang kiri kanan. macam bangang. public toilet tetap kotor mcm lahanat..

  2. suhaimiramly says:

    itu kempen paling bodoh — kempen kebersihan tandas. macamlah orang akan tukar habit bila ada kempen. nak tandas bersih senang je, suruh tukang cuci tu cuci dengan lebih kerap…pastu letak bau2an dan kipas untuk hilangkan bau yang tidak menyenangkan

    tak perlu kempen. yang perlu ialah kerja

  3. hafiz says:

    hahaha. ape kempen terbaru sekarang ni?

  4. suhaimiramly says:

    yang sedang hot ialah kempen kurangkan gula. tapi tak baru pun, dah lama dah jalan…

  5. hafiz says:

    oo betul la tu. ala kuar kempen kurang gule sbb harga gula naik. kempen konon. tgk la after 3months, sume kempen kurangkan gula senyap blk. dat time sure sebok kempen suruh peniaga turun harga. bangang. konon2 nk tunjuk kt rakyat yg diorg tu perihatin. perihatin ckp mulut je. tgk record dulu2. kalau bloody G naik kan harga komoditi(gula ke tepung ke beras ke minyak masak ke etc2), sure ade kempen suruh peniaga turun harga.

    tak silap aku bloody G ade nk bentangkan akta baru kt parlimen nnt. akta yg pasal tak bg peniaga naikkan harga lepas ade GST nnt. ape ke bodoh punye idea. mengarut tak habis2..

  6. Shady says:

    Masalahnya, dalam kerajaan ada orang betul-betul nak buat kerja. Ada pula orang yang betul-betul tak nak buat kerja. Tidak kurang juga ada yang betul-betul nak buat untung, so macamana? Kalau bagi syarikat swasta, semua ada satu common goal – profit oriented.

  7. […] KAH KAH KAH KAH… kan aku dah kata […]

  8. pandai says:

    mcm bodo do kau.kalau x de kempen hanco la.positive sket.

  9. zaid says:

    kempen ni semue membazir..contohnye kempen tandas..ingat brape budget yg diorg abiskan utk wt kempen ni?beribu-ribu..baik pkai duit tu repair semue tandas yg rosak.pastu upah cleaner kasik cuci tandas tu elok2..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: