Few Updates

1. Kerja di ofis agak banyak dan melambak-lambak kebelakangan ini. Tanpa disedari perniagaan kami ni dah berkembang sehingga workload saya dah macam orang yang kerja ofis. But of course, without all the stress and pressure because I only report to myself.

Ada banyak perkara-perkara berkaitan operasi, kewangan dan proposal-proposal projek baru yang perlu dibuat. Kami secara dasarnya tak berminat masuk tender-tender kerajaan, kerana kami lebih suka bersaing di pasaran terbuka. Tapi kami berusaha untuk mendapatkan geran-geran dan bantuan kewangan bagi melicinkan proses perniagaan, terutama untuk projek-projek besar kami.

Kami juga bercadang untuk melancarkan product line baru pada tahun ini.

2. Saya akan ke Ha Long Bay, Vietnam pada 25 hingga 28 Februari ini bersama-sama kawan baik saya, Luqman.

3. Tahun 2010 ni amat sibuk bagi kami seofis. Dari sekarang hingga ke akhir bulan Julai, cuma ada 4 sahaja weekend yang saya free. Yang lain semua kena kerja atau travel. Good, I love working hard.

4. Iznan akan ke Yiwu, China pada akhir bulan ini untuk tujuan bisnes.

5. Kerja-kerja matematik: buat soalan Olimpiad Matematik Kebangsaan 2010, prepare bahan untuk latihan International Mathematical Olympiad (22-25 January), tulis buku.

6. Salah satu side projects yang saya usahakan bersama-sama Jalil dan Akmal sudah siap: http://lot.my/

Sila lawati dan tengok tour dahulu. Nanti dalam masa terdekat kami akan launch. Bila dah siap nanti, anda boleh buka kedai dengan domain —–.lot.my. Contoh: kedaikasut.lot.my. “Lot” adalah singkatan bagi shop lot atau lot kedai. Untuk permulaan kami akan beri akaun percuma kepada para pengguna.

Jika ada komen sila utarakan terus pada saya.

3 Responses to Few Updates

  1. dian says:

    souvenir keychain pun takpe…

  2. yus rezal says:

    hijjaz biowipes

    Check out my company new product at hijjazbiowipes.lot.my

    Malaysian e-commerce free domain.

  3. suhaimiramly says:

    kekekeke tahniah atas bisnes

    sekali tengok macam blowpipes (sumpit) kekeke…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: