Kerja-kerja Bosan Usahawan

Dalam bidang usahawan atau entrepreneurship, hidup adalah menarik. Ada banyak naik turun, sama ada dari segi emosi ataupun dari segi bank balance. Thrill tak terhingga apabila cashflow hampir ke wilayah negatif. Seronok bila dapat payment. Letih untuk menunggu proposal dibaca dan diproses (oleh bank dan agensi pembiayaan). Gembira bila orang telefon kita dan berminat dengan produk dan servis kita. Kecil hati apabila orang-orang memandang rendah bisnes kita. Bangga bila perkhidmatan kita mendapat pujian. Sedih apabila melalui zaman kemarau. Euphoric apabila tawaran tender diterima. Macam-macam emosi, seperti roller-coaster ride, menjadi rutin usahawan sehari-hari. Itulah lumrah orang berniaga.

Walau bagaimanapun, benda paling membosankan dalam sepanjang aku jadi usahawan ialah kena pergi attend kursus buat proposal. Dah banyak kursus yang pergi, semua ajar benda sama. Bagaimana isi borang permohonan. Bagaimana membuat company profile. Dan bagaimana membuat CASHFLOW.

Satu benda je yang best pergi kursus usahawan iaitu dapat jumpa usahawan-usahawan lain.

Hari Isnin, Selasa dan Rabu pada minggu ini, saya terpaksa menghadiri kursus-kursus tersebut mewakili ArdentEdu, dan terpaksa duduk dengar modul-modul yang sama iaitu: bagaimana membuat CASHFLOW, dan bagaimana mengisi BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN. Hadui, naik bosan aku dengar ceramah pembiayaan buat kali ke-X. Takpelah, janji duit masuk (duit free pulak tuh, geran tak payah bayar). Thanks Fazdlee dan Iznan yang berusaha keras untuk mendapatkan geran tersebut. Insya Allah cashflow kita akan kembali positif semula kekeke…

Sebenarnya, kursus-kursus ni penting untuk usahawan, terutama yang tak banyak pengalaman dalam bidang akaun atau analisa penyata kewangan. Saya cakap yang kat atas tu ialah sebab saya agak bosan sebab dah tahu benda2 itu. Tapi saya percaya kursus-kursus ini amat bermanfaat kepada usahawan, dan saya galakkan usahawan-usahawan menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan untuk mempelajari asas keusahawanan yang betul, tak kira lah anjuran MARA, SME Corp., CGC, bank dan sebagainya.

4 Responses to Kerja-kerja Bosan Usahawan

  1. SJ says:

    anjuran anzac consultancy ? he he he.

  2. suhaimiramly says:

    kekekekeke kursus anzac consultancy makan best

  3. zul says:

    Salam,macamana nak ctc saudara?saya berminat dengan dana/gran dari kerajaan terutama SME corp

    Terima kasih

    Zul
    017.67 22 500

  4. suhaimiramly says:

    email saya,
    msuhaimi
    at
    gmail dot com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: