Matematik dan Hidup Saya (Bahagian 1)

Euclid (fl. 300 BC), the Father of Geometry

1. PENGENALAN

Artikel bersiri ini adalah sesuatu yang saya ingin tulis sejak lama dahulu. Ramai kenalan saya, sama ada kenalan peribadi, pelajar saya, profesor, guru, dan saudara-mara yang sering menyarankan saya agar membuat satu penulisan (dalam Bahasa Melayu) yang menyeluruh mengenai matematik dalam kehidupan saya.

Ini kerana mereka berharap saya dapat berkongsi rahsia untuk menjadi cemerlang dalam matematik. Menurut mereka juga, ini dapat membantu ramai ibubapa dan guru di Malaysia untuk berusaha meningkatkan pencapaian matematik di kalangan pelajar Malaysia.

Ramai orang mencadangkan pelbagai tajuk untuk ditulis: ada yang suruh saya menulis bagaimana untuk score dalam peperiksaan, ada yang suruh saya tulis bagaimana nak mendidik anak kecil untuk hebat matematik, ada yang suruh tulis bagaimana menghasilkan pelajar genius matematik yang layak ke universiti terkemuka dunia (rasanya saya layak bercakap topik ini di Malaysia – pelajar-pelajar saya telah ramai diiktiraf di pertandingan-pertandingan matematik antarabangsa dan telah memasuki universiti-universiti terulung dunia seperti MIT dan Stanford), ada yang suruh saya tulis mengenai pelbagai produk dan program pseudo-matematik atau “matematik sampah” yang banyak dihebahkan kepada ibubapa Melayu yang kurang pandai lantas mereka mempercayainya, dan bermacam-macam topik lagi yang mereka minta saya tulis dan kongsikan.

Baiklah, saya akan cuba memenuhi permintaan kalian – saya akan merekodkan pengalaman hidup saya dan hubungkaitnya dengan matematik.

2. PENAFIAN / DISCLAIMER

Apa jua saranan atau cadangan yang akan saya nukilkan adalah perkara-perkara yang saya sendiri pernah mengalami atau melihat keberkesanannya. Saya tidak dapat membuktikan keberkesanan cadangan-cadangan tersebut secara saintifik; jika anda berminat boleh merujuk kepada pakar pedagogi atau pakar bidang pendidikan. Oleh itu, saya tidak akan bertanggungjawab atas segala akibat (consequences) jika anda mengamalkan cadangan-cadangan saya.

Saya juga bukan merupakan seorang guru atau kakitangan kerajaan mahupun pensyarah universiti. Oleh yang demikian jika saya menulis mengenai sistem pendidikan di Malaysia, mungkin ada kesalahan fakta yang tidak disengajakan. Saya pohon maaf terdahulu jika berlaku sedemikian, dan harap anda dapat membetulkan kesilapan tersebut.

3. MENGENAI ARTIKEL

Apa yang bakal saya tulis ini adalah pengalaman peribadi saya yang didokong oleh rekod-rekod simpanan saya serta penyelidikan peribadi. Dalam menulis artikel ini, saya cuba untuk bersifat seobjektif yang mungkin dalam mengetengahkan fakta dan pengalaman dari perspektif saya. Sesuatu yang peribadi seperti ini tentunya tidak akan lari daripada bias dan “preconception”. Mungkin ada yang saya tulis bersifat kontroversi. Saya harap pembaca akan menerima penulisan ini dengan hati terbuka. Komen amat dialu-alukan.

Artikel ini akan disiarkan dalam bentuk bersiri dan akan dikemaskini setiap tiga hari sekali (bergantung kepada kesibukan). Saya akan mencuba untuk menulis satu-satu topik dengan mendalam, bukan sahaja dari aspek penceritaan tapi juga dari aspek sejarah dan konteks. Ini bertujuan untuk membetulkan banyak salah faham mengenai matematik yang wujud dalam masyarakat.

Saya berniat untuk membukukan penulisan ini pada suatu hari jika mendapat respons yang baik.

4. OBJEKTIF

Kenapa saya menulis artikel ini? Ada pelbagai jawapan kepada soalan tersebut, antaranya:

  • Menonjolkan salahfaham masyarakat mengenai matematik (ramai orang fikir matematik ini mengira nombor sahaja).
  • Mendedahkan pembaca kepada dunia matematik yang sebenar.
  • Mendedahkan pembaca kepada suasana pengajian matematik di universiti, yang mungkin suatu pengalaman yang janggal pada kebanyakan pembaca.
  • Memberi dorongan kepada pembaca sama ada guru, ibubapa atau pelajar untuk membudayakan kecemerlangan matematik.
  • Memberi beberapa tips-tips yang boleh diikuti untuk cemerlang dalam subjek matematik.
  • Berkongsi pengalaman saya belajar matematik daripada ibu bapa dan guru tadika sehinggalah ke pakar-pakar matematik dunia.
  • Berkongsi pengalaman saya bertanding dalam pertandingan matematik peringkat dunia, serta pengalaman saya sebagai juri dan jurulatih pertandingan.

Bersambung…

AKAN DATANG: Apa itu matematik? Pengalaman awal saya dengan matematik.

10 Responses to Matematik dan Hidup Saya (Bahagian 1)

  1. Miza says:

    Hmmm… looking forward nak baca🙂

  2. suhaimiramly says:

    alamak lupa nak update. nanti lah minggu depan

  3. Miza says:

    “Apa itu matematik? Pengalaman awal saya dengan matematik”…??? I love maths too. Since in my primary school. One of the reasons i ambik accountancy course sbb i suke dealing with numbers. Jadi, bile nak update ni?

  4. suhaimiramly says:

    hihihihi i pun tak tau bila nak update. takde masa lah nak menulis, cuma boleh update yg copy paste je

  5. haans says:

    i,m handsome….
    so beat it….
    ?????????

  6. syifa' says:

    IT IS IMPORTENT TO ME.THANK YOU

  7. siti says:

    math importent & interesting.wait next….

  8. 1234567 says:

    wah,bestnya matematik ni~cuba sedaya upaya pasti pandai. . .(^-^).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: