IQ

MARI PUKUL ORANG BODOH DAHULU

Hari ni saya nak tulis pasal IQ.

Di negara Malaysia yang anti-intelek ni, ramai orang mempunyai tanggapan entah apa-apa pasal IQ, selalunya diujarkan oleh orang-orang bodoh:

“Ko ni IQ tinggi, tapi tak tahu buat benda praktikal”

“Ko ni IQ tinggi, tapi yang lagi penting ialah EQ atau SQ” <— keh keh keh…ini selalunya diujarkan oleh mat dan minah motivasi

“Ko ni IQ tinggi, tapi dalam dunia sebenar / alam pekerjaan, IQ tak berguna sangat”

“Ko ni IQ tinggi, tapi tak pandai X” (gantikan X = politik, bercakap, memasak, memimpin, agama, atau apa sahaja yang anda sukai)

Begitu lah anti-intelek nya masyarakat kita sehinggakan orang yang bijak sedikit pun ingin direndah-rendahkan supaya sama taraf dengan masyarakat bawahan. Masyarakat kita umpama sekumpulan ketam di dalam baldi, kalau satu ketam nak memanjat keluar, yang lain akan tarik ketam itu ke bawah semula.

Masyarakat kita fikir, kalau orang yang bijak, ooh mesti dia tak pandai bergaul dengan orang dan mesti bersifat nerd. Kalau perempuan bijak, oooh mesti dia tak pandai buat kerja rumah dan mesti dia seorang isteri yang tidak respek kat suami. Kalau saintis bijak, ooh mesti dia ni sibuk dalam makmal je dan tak praktikal dalam dunia sebenar. Kalau ada orang yang rajin membaca, ooh orang ni mesti “book smart” dan tidak “street smart”. Kalau orang belajar tinggi, eleh belajar tinggi-tinggi sampai dapat gelaran doktor pun, nanti malaikat tanya soalan dalam kubur boleh jawab ke? (ini dialog sebenar yang saya pernah dengar diucapkan oleh seorang yang sudah tentu tahap pemikirannya setahap katak pisang).

Ini adalah penyakit yang saya panggil sindrom MASYARAKAT BANGANG. Maaf kerana bersifat elitis di sini, tapi masyarakat Malaysia kita penuh dengan orang bodoh. Sebab itulah skim cepat kaya, pakar motivasi rahsia tarikh lahir, ubat adi putra, cakra alam, rancangan MISTERI NUSANTARA, dan majalah MASTIKA amat laris di Malaysia. Kerana mereka memfokuskan kepada orang bodoh. Orang bijak tak ramai, sebab itulah majalah Far East Economic Review tidak laku di Malaysia berbanding majalah Mangga. Paling hebat pun baca Reader’s Digest sahaja (ok lah tu, simple books for people with average intelligence).

Ini adalah penyakit masyarakat kita, sama ada kita suka atau tidak. Saya tidak mahu berselindung di sebalik kata-kata sopan. Orang BODOH beleluasa di negara kita. Tapi ini tidak bermakna negara kita sahaja mempunyai masalah ini. Semua negara ada masalah ini, walaupun negara maju. Setiap negara ada macam-macam jenis pseudoscience dan “faith healer” dan pakar “metafizik” dan fenomena supernatural. Kalau anda berminat mengikuti perkembangan orang-orang bodoh sedunia dan kepercayaan karut mereka, sila ikuti blog James Randi:

http://www.randi.org/site/index.php/swift-blog/swift-archives.html

Saya mengikuti blog ini sejak tahun 1999 lagi, ini antara blog terawal yang saya masih ikuti hingga sekarang. Dulu James Randi yang tulis sendiri, tapi sekarang ada sekumpulan panel yang menulis entri-entri blog itu.

James Randi ialah seorang bekas ahli silap mata professional, yang banyak menyelidik fenomena-fenomena karut yang berbentuk “paranormal” atau “supernatural”. Dia telah membocorkan rahsia Peter Popoff, yang kononnya boleh menyembuhkan orang menggunakan ilham dan doa sahaja, tak perlu ubat (ini dipanggil “faith healer”). Peter Popoff dahulu sangat popular kerana selalu membuat sesi penyembuhan di dewan-dewan besar dihadiri oleh ribuan manusia. Tapi selepas itu dia dibaraikan oleh James Randi:

Popoff’s earlier claims were debunked in 1983 when noted skeptic James Randi and his assistant, Steve Shaw, researched Popoff by attending shows across the country for months. They discovered that radio transmissions were being sent by Peter’s wife, Elizabeth Popoff, where she was reading information which she and her aides (Reeford Sherrill) had gathered from earlier conversations with members of the audience. Popoff would simply listen to these promptings with his in-ear receiver and repeat what he heard to the crowd. After tapes of these transmissions were played on The Tonight Show Starring Johnny Carson, Popoff’s popularity and viewing audiences declined sharply, and his ministry declared bankruptcy later that year.[1] In September 1987, sixteen months after the Carson airing, Popoff declared bankruptcy with more than 790 creditors having claims against him.[4]

As Randi explained in The Faith Healers, he originally took his research to the United States Attorney’s office, but never heard back from them.[1] This led Randi’s friend Johnny Carson to invite Randi on the show to explain how Popoff operated. Popoff at first denied that he used the tactics Randi claimed, even asserting “NBC hired an actress to impersonate Mrs. Popoff on a ‘doctored’ videotape.”[1] However, as the media pressed with more questions, “on day three Reverend Popoff admitted the existence of the radio device, claiming, that ‘almost everybody’ knew about the ‘communicator.’ And, he added, ‘My wife occasionally gives me the name of a person who needs special prayers’.”[1] However, Randi appeared on CNN previous to this claiming Popoff used a transmitter, but Popoff said this was false and he got the information from God.[1]

Popoff’s shows also featured audience members who were brought on stage in wheelchairs and then rose dramatically to walk without support. Two in particular were celebrities Kyle Ellsworth and Petrina Dy. These were some of Popoff’s most incredible “healings”, but what believing audience members and television viewers did not know was that wheelchairs were used by Popoff to seat people who were already able to walk.[5]

(Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Peter_Popoff#Randi_controversy)

Kah kah kah…alangkah bahagianya jika “doktor-doktor” karut di Malaysia ni pun bankrap seperti Peter Popoff.

James Randi juga terkenal kerana yayasannya, James Randi Educational Foundation menawarkan hadiah US$1 juta untuk mana-mana pengamal ilmu supernatural yang boleh membuktikan “kuasa” mereka di dalam eksperimen makmal yang terkawal (double blind experiment). Setakat ini, beribu orang telah mencuba. Yang berjaya: 0 (kosong).

OK cukup pasal paranormal / pseudoscience. Ini topik panjang, nanti entri-entri depan saya akan cerita lebih lanjut. Kembali kepada isu IQ tadi.

IQ tinggi, walaupun tak ada kaitan secara langsung dengan kejayaan atau kekayaan, merupakan satu aset kepada masyarakat. Orang IQ tinggilah yang mencipta ubat dan vaksin. Orang IQ tinggilah yang merekacipta dan membina semua mesin, mikrocip, jentera, kenderaan, senjata moden, alat perubatan dan bahan-bahan kimia yang berguna untuk manusia. Orang IQ tinggilah yang mentadbir ekonomi dan kewangan negara. Walaupun ada orang IQ tinggi yang kurang berjaya dalam hidup (mungkin kerana “terlalu pandai” agaknya), kita tidak patut menganggap orang berIQ tinggi atau orang yang mempunyai high intelligence dengan bermacam-macam prasangka buruk. Ingatlah jika bukan kerana golongan mereka, mungkin sekarang anak-anak anda masih menderita penyakit smallpox.

Kesimpulannya, jangan jadi orang bodoh. Ramai orang tak sedar diri mereka bodoh (contoh: jika anda percaya kepada zodiac atau rahsia tarikh lahir atau numerology, anda ialah bodoh murakkab). Jika anda bodoh pun, hormatilah orang pandai dan janganlah bersifat anti-intelek.

Kekeke…setelah penat kupukul orang bodoh,

SEKARANG MARI PUKUL ORANG PANDAI PULA

Orang pandai ni penyakitnya lain pulak. Mereka terlalu fokus kepada bidang kepakaran sempit mereka sehinggakan mereka hilang fungsi dan peranan praktikal dalam masyarakat. Contoh, kalau pakar ekonomi, sibuk berseminar dan berdebat pasal Keynesian lah, Milton Friedman lah, Chicago School lah, Libertarian lah, Fiscal Policy lah sampai tak fikir langsung pasal isu ekonomi yang dirisaukan oleh masyarakat seperti harga barang keperluan yang tinggi, kuasa membeli yang rendah, dan keperitan peniaga kecil dan sederhana. Yang mereka kejar ialah prestij dan pangkat akademik dan penerbitan di jurnal antarabangsa, sehinggakan mereka langsung tidak memikirkan aplikasi atau sumbangan ilmu mereka kepada masyarakat secara langsung (selain daripada mengajar di universiti).

Orang pandai ni suka menganggap diri mereka elit, sehingga mereka anggap orang lain ini golongan picisan atau “the unwashed masses”. Amboi-amboi, mentang-mentanglah ko baca The Prophet tulisan Khalil Gibran, ko ingat ko pandai sangat? Mentang-mentang ko baca buku-buku falsafah yang tebalnya 800 mukasurat, ko ingat orang lain ni tak berguna? Mentang-mentang ko lepak Jalan Telawi sambil berdebat mengenai classical liberalism vs. anarcho-syndicalism, ko ingat ko layak memimpin kami yang tak sekolah tinggi ni? Ini adalah kecelaruan (delusion) yang banyak melanda golongan intelek, terutama intelek muda yang lebih sesuai saya panggil pseudo-intelek. Mereka lebih suka membuat mental masturbation daripada berfikir mengenai masalah dunia sebenar. To these people, I say: take your elitism, and stick it up your…

Golongan elit intelek ni menjengkelkan saya. Di Malaysia golongan ini ramai bersarang di Jalan Telawi. Dulu saya selalu lepak dengan mereka, tapi selepas kali ke-X saya dengar mereka bergebang pasal Foucault lah, Deleuze lah, Postmodern lah, Beat Generation lah, terus aku jadi meluat. Dah la fakta-fakta yang dikemukakan salah (diorang tak tahu ke aku boleh check kat Google?) lepas tu merapu bukan-bukan sampai berjam-jam. Last-last sekelumit faedah pun aku tak dapat, yang aku dapat ialah duit habis beli kopi Starbucks (orang elit kena lepak tempat elit…buwekkkk). Pikir-pikir balik, lagi baik aku lepak kat masjid atau kat majlis-majlis keramaian atau ceramah-ceramah umum, ada jugak manfaat bergaul dengan masyarakat. Kalau aku nak betul-betul intelek, aku carik buku kat perpustakaan, bukan mendengar korang meraban tak tentu hala kat Starbucks Jalan Telawi. Buat loya tekak aku je.

Tapi apa yang saya cakapkan di atas ialah anecdote peribadi dan bukannya generalization kepada semua golongan bijak pandai. Ada ramai orang bijak pandai yang saya hormati kerana keilmuwannya yang tinggi dan pada masa yang sama banyak berfikir mengenai isu-isu praktikal yang mempengaruhi masyarakat secara langsung. Antaranya:

Prof. Diraja Ungku Aziz — pakar ekonomi (mengkaji mengenai punca kemiskinan orang Melayu, dan mengasaskan Tabung Haji)

Prof. Shaharir — pakar matematik dan fizik kuantum (memperjuangkan isu PPSMI)

Prof. Jomo K. Sundram — pakar ekonomi (mengkaji mengenai kemiskinan Dunia Ketiga)

dan ramai lagi. Walaupun kesarjanaan mereka diiktiraf dunia, mereka tidak bersifat elitis malah rapat dengan masyarakat, bukannya setakat melepak di menara gading mereka sambil menghisap cigar dan membaca buku-buku tebal dan mengusap-usap uban di rambut mereka, sambil memandang jelik masyarakat marhaen yang tidak sepandai mereka.

17 Responses to IQ

  1. hafiz says:

    aku rase org bodoh yg plg ramai kt malaysia nih. sbb tu harian metro sgt larisss terjual. tgk headline metro pon dh tau paper bangang. skang ni paper kosmo pon dh nampak mengahala ke arah kebangangan. walaupon IQ aku ni tak setinggi ko, tp aku nk kategorikan jugak pembaca metro ni adalah golongan bangang. hehehe

  2. yus rezal says:

    Bal,aku pegi buat test nak dapat pembiayaan,pastu diorang cakap aku IQ tinggi,idea nak dapat duit tu ada (aku sudah keluar modal almost 80k apsal plak aku takde idea carik duit kan?) tapi aku fail bab bisnes.pening.diaorang pun tergolong dalam kebodohan ini ke?any suggestion?

  3. DewaKebaikan says:

    katak pisang… binatang peliharaan Jibam.

  4. suhaimiramly says:

    Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti

  5. […] IQ February 4, 2010 fazdlee isa Leave a comment Go to comments Taken from Bal’s blog. […]

  6. DewaKebaikan says:

    walaupun Jibam seorang yg bodoh-bodoh alang… dia tidak pernah menipu sesiapa.

    sungguh kejamlah… orang bodoh yang berlagak pandai… berterusan menipu orang bodoh yang lain.

    O:-)

  7. suhaimiramly says:

    jibam tu apa sebenarnya. mentally retarded ke, bodoh je

  8. fdaus says:

    kau kena baca novel jibam sekali sekala bal..
    tak tahu la sekarang ada publish lagi ke tidak.

  9. suhaimiramly says:

    Dewa Kebaikan tu jual novel Jibam. nanti aku pinjam atau beli.

  10. neo says:

    James Randi.

    Dia yg kantoikan Perubatan Cakra Alam (baca Putar Alam) dalam rancangan tv Korea. Boleh search vid dia kat utube.

    Mmg terbaik.
    Oh, utk intelek melayu..ramai dari mereka kadang2 bukan pandai mana pun. Tapi kerana ramai yang menjilat dan cakap berdegung-degang, so berlagak la pandai. Hebatkan golongan tin kosong ni?

    I dont know the key to success. But the key to failure is to please everyone.

  11. suhaimiramly says:

    dulu masa aku tgh bersemangat sebagai skeptic (zaman2 college student), aku selalu email pengamal2 paranormal kat msia untuk berdebat (e.g. cakra alam, terapi warna, pengkaji UFO etc). punya lah sakit hati aku baca respon2 diorang. at one point, aku rasa nak je email james randi — mintak suruh dia tulis pasal benda2 karut ni kat blog dia.

    kawan baik aku masa tu kata jangan, nanti jatuh reputasi orang msia. aku respon balik, pedulik hape malaysia pon, kalau buat benda bangang tu, bangang jugak. kawan aku pujuk aku, dia kata tak elok, mendedahkan keburukan rakyat negara kita. dipendekkan cerita, aku pon tak jadi nak email ke JREF.

    tengok2 beberapa tahun lepas tu, james randi sendiri kantoi cakra alam. masa aku tgk video tu thn lepas, tergelak aku sorang2 mengingatkan insiden dengan kawan baik aku tu. sepandai2 tupai melompat. cover lah reputasi macammana pun, kalau dah sampah tu, satu dunia akan tau.

  12. myaidan says:

    novel Jibam mmg best. aku pernah baca time skolah rendah dulu. haha…

  13. clarissal says:

    Deleuze dan Foucault, kalau dibaca dengan teliti, penuh dengan ilmu yang boleh dibawa ke dunia sebenar, kalau ada yang sanggup melangkaui kesaratan falsafah mereka, dan sanggup bertungkus lumus memahami projek yang mereka cuba lakukan. Salam

  14. suhaimiramly says:

    Salam Clarissal,

    bagus jika anda berfikiran demikian. saya tak ada apa-apa tentangan untuk orang mengkaji falsafah dan mengamalkan apa yang mereka dapat. tapi kalau nak berwacana tentang falsafah dan filasuf, pastikan tahu apa maksud sebenar filasuf-filasuf tersebut, jangan pakai hentam kromo saja. nanti jadi permainan “telefon rosak”.

    zaman ini semua idea kena ‘rigorous’ dan berhujah. yang saya anti ialah mereka yang baru baca buku falsafah for dummies atau baru tengok video Youtube debat Foucault vs Chomsky, tapi gebangnya macam dah jadi sarjana falsafah graduan Yale atau Sorbonne. fakta asas pun salah.

    saya juga pernah kaji falsafah dengan mendalam (tapi bidang falsafah analitik, kerana ada kaitan dengan logik dan matematik bidang saya) dengan guru saya Vann McGee. Prof. McGee ialah orang yang memberi counterexample kepada modus ponens pada tahun 1982 dan mencetus debat yang panjang mengenai definisi “kebenaran” itu sendiri. (cuba fikir apa impaknya kepada manusia jika modus ponens itu salah?)

    sepanjang satu tahun saya cuba fikir untuk merungkai paradoks tersebut, tanpa apa-apa kejayaan (mungkin saya tak cukup panjang akal untuk bidang ini). lantas saya tinggalkan bidang falsafah. cuma rakan rapat saya Burhanudin Baki yang sanggup bertahan, dan akhirnya mendapat degree falsafah dari MIT.

    apa yang cuba saya sampaikan ialah untuk mengkaji, mengolah, menyelidik, berdebat dalam falsafah, bukannya mudah. kena mempunyai asas yang kukuh secara intelek, dan sebaiknya berguru dengan filasuf yang betul, dan dengan pembacaan yang mendalam. bukan setakat bercakap-cakap di kedai kopi sambil “name-dropping”. itu bukan falsafah, itu FALSAMPAH.

    teruskan usaha murni anda. saya bangga kalau di Malaysia falsafah berkembang pesat.

  15. clarissal says:

    Salam saudara,
    Pendekatan saya kepada falsafah adalah bersifat dialektika, dan saya melihat falsafah sebagai satu organisme yg hidup dan holistik, dan perlu dikaji dari segala sudut tumbuhannya. Disebabkan ‘setup’ institusi, terdapat pembahagian antara pelbagai cabang falsafah, walaupun perbezaannya adalah lebih kepada jenis sistem epistemologi dan ontologi yang ditekankan (dan dalam sesetengah cabang teori, kedua-dua sistem ini juga telah mula dipersoalkan). Saya percaya ada pelbagai yang boleh dipelajari daripada falsafah analitik mahupun kontinental (dan sememangnya saya tidak selesa dengan pembahagian yang bermula di dunia barat yang telah menjadi ikutan hampir satu dunia!)tetapi untuk betul2 memahaminya, sejarah metodologi, ilmu dan pembawa falsafah tu kena difahami.

    Sesetengah mereka yang digelar ahli falsafah tidak bermula hidup atau menanggap diri mereka sebagai ahli falsafah. Tapi karya mereka telah meletakkan mereka di tahap itu e.g. Foucault yang lebih merupakan seorang sejarawan dalam pendekatan beliau tetapi jenis yang kritis. Tapi ‘keanehan’ dalam sesuatu disiplin boleh diperdebatkan kemudian. Dan memang saya setuju yang untuk benar2 dapat bergelut dengan teori dan falsafah ke peringkat yang lebih tinggi sehingga boleh diterjemahkan ke dunia sebenar memang memerlukan ketabahan dan disiplin yang sukar dikecapi.

    Memang lebih mudah jadi doktor atau peguam dari seorang ahli falsafah. Dan ahli akademik yang telah menjadi lebih dari seorang akademik tetapi juga merupakan seorang cendekia adalah mereka yang telah melintasi kesempitan disiplin mereka dan mengubah cara orang melihat dunia, walaupun tidak semua orang yang akan memahami benar2 sumbangan mereka, ataupun meneliti karya mereka dengan tajam.

    Dan saya setuju dengan pendapat saudara ttg bagaimana kita perlu mendalami falsafah atau mana2 pun teori ilmu yang wujud sebelum dapat mengkritik. Tapi gejala ‘name dropping’ dan ketidaksanggupan utk melihat balik mesej sesuatu teks dengan teliti berlaku juga pada tahap tinggi, juga di kalangan professor2 yang telah merasakan diri mereka sebagai terlalu memahami isu yang dibawa. Ini dapat juga saya lihat sebagai seorang penghuni “menara gading.” Tapi kesanggupan utk melihat semula pada teks ini yang melahirkan ide2 dan perspektif baru, walaupun itu kali ke-n teks itu dikaji, terutamanya teks yang sarat dengan mesej yang tidak mudah ditentukan sekali dua atau tiga baca, walaupun dlm pembacaan yang teliti.

    Adorno (bersama Horkheimer) pernah memberi amaran tentang bagaimana ‘kecetekan’ akan berlaku dlm proses pengkomoditian artifak budaya (ilmu termasuk), bila kita mahu ‘cara express’ utk sampai ke satu tahap (tapi hujah beliau juga lebih kompleks dari itu). Tapi itu memang masyarakat yang kita huni sekrg.

  16. suhaimiramly says:

    hehe ok dah…pening kepala

    nanti nak makan panadol actifast

  17. suhaimiramly says:

    yus rezal,

    sori lambat reply. ini pendapat aku yer:

    masyarakat memang menganggap orang yang pandai / high intelligence sebagai tak sesuai buat bisnes. ini disebabkan cliche2 dan salah faham yang ditaburkan oleh masyarakat:
    – orang pandai ni lurus
    – orang pandai ni terlalu jujur
    – orang pandai ni tak cukup ruthless
    – orang pandai ni terlalu banyak analisa sampai tak tahu buat benda2 praktikal
    – orang pandai tak pandai menipu
    – etc.

    tapi hakikatnya, semua yang mereka kata tu adalah rekaan semata-mata, untuk menyedapkan hati mereka yang tak pandai.

    orang pandai dan tak pandai, sama je dalam bisnes. sapa rajin belajar selok belok bisnes, sapa berani tanggung risiko, sapa rajin berusaha, dia lah yang berjaya. sama ada pandai atau tidak.

    kadang kala, orang yang high intelligence ni ada advantage dalam bisnes kerana mereka boleh impress orang, dan juga dapat memahami selok belok bisnes dengan lebih teliti (ini datang dari sikap rajin membaca dan menyelidik). tapi tak dinafikan ramai orang2 pandai yang lingkup dalam bisnes juga kerana terlalu banyak fikir benda abstrak yang bukan2 sehingga terlupa hukum2 bisnes di alam nyata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: