Celik Sains

Apa itu celik sains? Celik sains ialah memahami konsep sains asas yang berlaku di sekeliling kita.

Seseorang tidak perlu mendapat pendidikan sains yang tinggi untuk celik sains, yang penting ialah mengetahui asas-asas sains, dan merujuk kepada autoriti yang betul (ahli sains, penerbitan sains yang berkredibiliti) bila menghadapi apa-apa isu berkenaan sains.

Untuk celik sains, tak perlu ambil ijazah bidang sains mahupun aliran sains di sekolah menengah. Yang perlu cuma minda yang terbuka dan sifat ingin tahu. Sesiapa sahaja, tidak kira pelajar SPM aliran sastera mahupun pelajar Mass Comm, boleh menjadi celik sains. Celik sains tidak perlu pengetahuan dalam organic chemistry, quantum physics mahupun microbiology, kalau tahu juga bagus lah.

Celik sains lain daripada minat sains. Ada orang minat sains kerana didedahkan pada usia muda dengan robot, cerita sains fiksyen, superhero, Star Trek, McGyver, CSI dan sebagainya. Minat dalam sains cenderung membuat seseorang itu celik sains. Tetapi ramai juga peminat sains yang tidak celik sains, mungkin kerana terlalu percaya dengan “sains” rekaan yang digunapakai di dalam cerita2 sains fiksyen.

Tahap celik sains wajib dicapai oleh orang-orang yang ingin jadi pemimpin. Jika tidak jadilah seperti presiden Afrika Selatan yang membelanjakan duit berjuta-juta untuk menghasilkan vaksin HIV menggunakan herba-herba semulajadi. Usaha ini ditertawakan oleh saintis dan doktor seluruh dunia. Jika pemimpin tidak celik sains, jadilah seperti George W Bush yang mengharamkan penyelidikan stem cell di US. Cuba bayangkan negara US yang maju itu pun, kerana pemimpinnya buta sains, boleh membuat polisi yang mundur sebegitu sekali. Jika pemimpin tidak celik sains, jadi lah macam Nikita Khrushev yang ingin menanam jagung di USSR, sedangkan jenis tanah di situ tidak sesuai. Hasilnya projek tanaman itu gagal, dan ramai rakyat USSR hampir mati kebuluran. Bayangkan ini boleh berlaku di negara yang pertama menghantar manusia ke angkasa. Pendek kata, pemimpin kena celik sains. Kalau tidak celik sains pun, kena ada penasihat sains yang mesti didengari dalam isu-isu berkaitan sains.

Di Malaysia, Alhamdulillah pada hemat saya, celik sains itu wujud pada masyarakat terpelajar. Ini mungkin disebabkan ramai pelajar universiti di Malaysia belajar kejuruteraan, jadi wujud sekumpulan besar masyarakat yang memahami konsep-konsep asas sains. Saya tak pernah lihat lagi polisi kerajaan yang nyata-nyata anti-sains (cuma dahulu menteri kesihatan pernah mencadangkan agar diperkenalkan “perubatan alternatif” seperti homeopati dan terapi herba di hospital, mujurlah mendapat tentangan para doktor. Syabas doktor Malaysia). Masyarakat Malaysia juga nampaknya agak minat dengan sains. Ramai golongan intelek mengejek usaha menghantar Sheikh Muszaphar ke angkasa: “eleh, saintis konon, buat teh tarik boleh la”, “eleh nak dapat title cosmonaut pon tak layak, ini space tourist je”. Tapi saya memandang isu itu dari aspek positif. Ramai di kalangan rakyat, terutama kanak-kanak dan orang muda, menjadi minat dengan sains angkasa. Kehadiran di pusat-pusat pameran sains, karnival sains, dan ceramah sains, menjadi meningkat. Ibu bapa kian berminat menyuruh anak-anak mereka belajar sains. Bagi saya itu perkembangan baik. Takkan lah kita nak harap saintis Malaysia terus buat Apollo. Nasi kandar lauk ikan apollo boleh la buat. Baby steps, people.

Walau bagaimanapun, di kalangan masyarakat marhaen, masih ramai yang tidak celik sains. Ini adalah lumrah alam. Rakyat yang tidak terpelajar, tidak berminat langsung untuk memahami sains. Tidak ada salahnya kalau tidak faham sains. Tetapi mereka mesti bertanya kepada ahli sains atau sekurang-kurangnya orang yang celik sains, jika mereka ada apa-apa isu berkaitan sains dalam kehidupan seharian. Orang biasa cenderung bertanya isu-isu sains kepada orang yang bukan ahlinya (e.g. orang agama, bomoh atau pengamal pseudoscience).

Saya kadangkala kecewa kerana masyarakat kita masih percaya kepada pseudoscience atau kepercayaan karut yang anti dengan sains. Saya pernah berborak dengan ramai orang yang percaya bahawa pendaratan di bulan adalah direka-reka oleh NASA dan kerajaan US dan sebenarnya tidak pernah berlaku. Ada seorang pegawai tinggi kerajaan kenalan saya yang percaya bahawa tsunami adalah disebabkan oleh senjata sulit yang dibuat oleh Israel dan Amerika untuk memusnahkan negara Islam. Ada yang mengakui percaya bahawa Segitiga Bermuda ialah tempat duduk syaitan / Dajjal / Yakjuj dan Makjuj dan bermacam-macam lagi karut. Ada yang percaya Israel meletakkan florida dalam air untuk memandulkan orang Islam (padahal florida berguna untuk mencegah gigi reput). Sejak bila ada agen Mossad bekerja dalam SYABAS?

Ada yang percaya Yahudi telah mencipta “sains moden” dengan tujuan melemahkan akidah umat Islam jadi kita kena kembali kepada sains zaman Ibnu Sina dan Al-Razi seribu tahun dulu dengan membuat sains memakai serban besar dan duduk bersila atas lantai. Tak perlu makmal. Tak perlu jurnal sains. Tak perlu susah-susah macam orang putih kaji sains, kita ikut cara Ibnu Sina. Tulis buku dengan tangan dalam bahasa Arab. Tak payah belajar English. Tak perlu pergi universiti ternama di Amerika atau UK atau Jepun, belajar di UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) sudah cukup kerana kita nak jadi macam Ibnu Sina bukan saintis yahudi.

Itu belum lagi ambilkira kepercayaan karut terhadap cakra alam, aura badan manusia, terapi warna, RO water, terapi kristal, pil cerdas minda, lampu garam bukit, jam pusing ke kanan, gelang magnet dan sebagainya. Semua produk ini bercanggah dengan fakta sains, dan bertujuan menipu orang-orang bodoh dengan menjual produk mengarut dengan harga yang mahal. Pernah tak terfikir, kenapa “penemuan-penemuan sains” ini mempunyai bermacam-macam kelebihan yang melampau: “pakai gelang tangan magnet ni, nanti boleh melancarkan pergerakan darah, menyihatkan jantung, menajamkan otak, menaikkan seri muka, mengelakkan penyakit kronik, dan menyihatkan mental dan fizikal”. Sedangkan saintis dan doktor di negara-negara maju pun mengambil masa puluhan tahun untuk mencari ubat yang boleh mengurangkan risiko sakit jantung, apa tah lagi untuk membuat semua benda yang dikatakan oleh penjual gelang tangan magnet itu. Lagi satu, penah tak terfikir, kenapa benda-benda karut ni mesti jual mahal? Kalau gelang, sampai RM 600. Kalau pil, sampai RM 10 sebiji. Kalau terapi bukan-bukan, sampai RM 2500 satu sesi. Ini tidak syak lagi bertujuan untuk menipu orang-orang bodoh dan gullible.

Walaupun tahap celik sains 100% dalam masyarakat adalah mustahil untuk diperolehi, kita mesti sama-sama berusaha mendidik masyarakat kita, walaupun hanya ahli keluarga kita sendiri. Dulu ada juga ahli keluarga saya yang ingin membeli alat-alat dan ubat-ubat pseudoscience itu, tapi setelah saya huraikan dengan baik, mereka pun faham. Kita yang celik sains mesti memastikan agar kebodohan sains tidak menular di dalam masyarakat. Walaupun mereka mungkin menentang, contohnya

“Ini ubat formula Dr. XXXX, pakar homepati dan perubatan holistik diakui oleh International Holistic Medicine Association, apa ko tau?”;

“Sains ni cuma tahu luaran je, bab-bab dalaman ni kita kena dengar petua orang-orang tua, jadi makanlah herba ramuan nenek moyang ni, boleh rawat kanser”;

“Aku dah guna produk ni 10 tahun, berkesan tau?”;

“Ini lah dia orang Melayu, dengki tak pasal-pasal. orang nak jual Lampu Garam Bukit pun nak halang”;

kita mesti bersabar, dan teruskan perjuangan meningkatkan celik sains di dalam masyarakat. Our enemy is not ignorant people; our enemy is ignorance itself.

26 Responses to Celik Sains

  1. Faizal says:

    Assalamualaikum wbt tuan,

    Saya begitu kagum dan teruja dengan gaya penulisan tuan tentang sains dan pemikiran. Itulah juga yang cuba saya buat melalui MajalahSains.Com walaupun masih jauh dari apa yang dibayangkan.

    Mohon izin tuan untuk saya letak link blog ini di ruang facebook saya.

    Terima kasih

  2. suhaimiramly says:

    Dipersilakan Sdr. Faizal. terima kasih kembali kerana banyak pandu web traffic ke sini🙂

  3. Rausyanfikir says:

    Salaam,

    Ada masalah lain yang lebih besar iaitu saintisme. Malah, ilmu sains yang diterima umum pun belum tentu dapat tahan jikalau difalsifikasikan cara Islam iaitu cara kalam jadid.

  4. suhaimiramly says:

    Salam Sdr. Rausyanfikir,
    terima kasih atas komen. boleh huraikan dengan lebih lanjut. saya suka perbincangan akademik yang menggugah minda.

  5. suhaimiramly says:

    hehehee bangga pulak ramai orang pandai2 masuk sini

  6. hafiz says:

    kalam jadid tu mende hape? (soalan dari org2 yg kureng pandai sikit)..

  7. yus rezal says:

    Saya menyokong pendapat En Bal 100%. Kenyataan-kenyataan dari pengeluar herba dan perubatan alternatif dalam melawan penyakit kanser memang patut ditolak. Dalam bidang yang saya ceburi (Pharmacy, Cytotoxic Drug Reconstitution),ianya bukan mudah untuk menghasilkan ubat kanser. Kajian selama 6 ke 10 tahun diperlukan untuk menghasilkan satu jenis ubat kanser. Malah, jika ubat yg telah dihasilkan hendak digunakan kepada indikasi yang berlainan,contoh nya : ubat kanser untuk barah payudara digunakan untuk barah paru-paru,kajian lanjut selama lebih kurang 5 tahun perlu dilakukan.
    Persoalannya, bagaimana pengamal herba dan perubatan alternatif tahu akan penyembuh kanser sedangkan kita lansung tidak dapat mengenalpasti dengan tepat punca kanser itu sendiri. Saya sukakan sains dan saya anti testimoni tanpa bukti.

  8. suhaimiramly says:

    Yus, thanks for the helpful response.

    nak tanya, syarikat2 pharma kat malaysia ni ada tak buat research untuk reka ubat-ubat baru? siapa yang luluskan ubat2 ni, macam FDA di US? yang aku duk pikir selama ni, ubat-ubat kat dunia ni semua penyelidikannya dibuat di negara maju, negara2 third world ni either jadi pekilang ubat ataupun buat ubat yang generic. tapi maybe im wrong. please enlighten me on this issue

    kilang2 besar macam GlaxoSmithKline kat keramat tu, ada pharmaceutical research ke? ke itu kilang obat semata2?

  9. yus rezal says:

    Bal,pengalaman aku,semua yang ko cakap tu betul. Kebanyakan ubat-ubatan (utk penyakit kritikal cth : kanser,kardiovaskular,anti-biotik,anti-viral dll)dihasilkan di negara maju. Syarikat pengeluar ubat antarabangsa hanya membuka cawangan di Malaysia utk wholesaler produk mereka (cth: GSK). Mana-mana syarikat pharma di Malaysia (Cth: Duopharma,Pharmaniaga) hanya menghasilkan ubat generik (pekilang ubat,raw material diimport). Rasanya masih belum ada syarikat dari negara kita yang menghasilkan ubat. Ia memerlukan kepakaran yang sangat tinggi,modal yang amat besar,penglibatan kerajaan juga mungkin perlu.Research yang ada dalam negara kita hanyalah Global Trial yang di lakukan oleh pengeluar ubat-ubatan antarabangsa.(fully imported even the trial module itself)

  10. suhaimiramly says:

    ok yus thanks for the info. learn something new every day🙂

    Duopharma tu owned by UEM Group kan kalau tak silap

  11. fatah says:

    Saintis saintis kita juga telah banyak menemukan penawar-penawar penyakit seperti kanser dari tumbuhan-tumbuhan herba di Malaysia seperti pokok kapal terbang, putik bunga mangga dan sewaktu dengannya. Banyak langkah-langkah perlu dijalankan untuk mengambil ekstrak dari tumbuh-tumbuhan tersebut, dan akhirnya mengenalpasti indole/chemical organic melalui proses seperti HPLC, dan sebagainya. Seterusnya dijadikan dalam bentuk produk dengan perantaraan emulsion, krim atau sebagainya. Kesemua ini bagi saya adalah rawatan terhadap fizikal. Bagi saya Sains adalah melibatkan hipotesis, langkah-langkah, pemerhatian, pembuktian dan “publishing”. Dan proses-proses ini akan berjalan mengikut peredaran zaman melibatkan kos-kos yang sangat besar. Sampai bila ? Sampai bila-bila… Kita boleh lihat berjuta-juta artikel/jurnal Sains di Internet.

    Seperti yang kita belajar, diri kita ini terbahagi kepada dua iaitu, fizikal/jasmani dan rohani. Dan soal ilmu rohani adalah ilmu di luar bidang kita. Dan juga masih terdapat bermacam-macam lagi ilmu yang tidak dapat dicapai oleh ketujuh-tujuh pancaindera sedar kita, seperti ilmu ghaib. Contohnya ilmu-ilmu yang kita ketahui di alam jin. Mereka perlu ada ilmu untuk menjelmakan diri kepada bentuk yang dapat dilihat oleh pencaindera kita (Ini yang masyarakat melayu menggelarkan ‘Hantu’). Mereka juga dengan ilmu dapat mengalihkan singgahsana puteri Balqis sesebelum Nabi Sulaiman bangun dari tempat duduknya. Mereka juga dengan ilmu dapat mempengaruhi kesedaran kita (yang dikatakan rasuk/exorcism). Tetapi jangan lupa juga manusia (dipercayai ahli tasawwuf dengan zikir) dengan ilmunya dapat mengalihkan singgahsana puteri Balqis dengan sekelip mata. Bagi saya, jika kita mahu mempelajari ilmu di alam jin, pergi sahaja ke alam jin. Heheh. Kita boleh katakan semua ini jauh menjangkau perihal sains dan juga pemikiran waras kita. Bagaimana pula dengan budak kecil dapat mengetahui secara mendalam perihal agama Islam dan dapat memberi ceramah walaupun parent mereka Kristian. Dan juga budak kecil di Tibet dapat mengetahui secara mendalam perihal agama Budha. (Saya tidak tumpukan kepada kelebihan agama di sini, oleh kerana ilmu itu boleh didapati sesiapa sahaja). Semua ini adalah di luar jangkauan pemikiran kita.

    Bagi mereka yang bijak dan Islam, mereka akan cuba mengimbangi ilmu Sains (dicapai oleh ketujuh-tujuh pancaindera sedar kita) dan ilmu-ilmu yang diajar di dalam Al-Quran.

  12. suhaimiramly says:

    Saudara Fatah, terima kasih atas respons yang baik.

    Berkenaan perubatan kanser, rujuk dua post dari saudara Yus Rezal di atas. Proses menghasilkan ubat kanser sangat kompleks dan mengambil masa berpuluh tahun, bahkan hanya negara maju yang berkemampuan mencipta ubat-ubatan farmaseutikal mengikut acuan sains dengan tahap rigor yang tertinggi.

    Berkenaan isu ghaib, rohani, etc., saya tiada komen kerana tak relevan dengan entri ini. mungkin dalam entri lain saya akan sentuh.

  13. fatah says:

    Maaf jika maklumat saya kurang benar. Saya hanya budak IT. Boleh Google “Mahmood Ameen Abdulla”, “Anti-Ulcer”, “Salmah Ismail”, “IOMC 2008″, IOMC 2009”. Dan tidak silap saya, penemuan Dr Mahmood pernah keluar dalam salah sebuah akhbar di Malaysia, tetapi saya tidak ingat pasal apa. Jika “Ulcer” adalah bukan “Cancer”, maka saya salah.

  14. fdaus says:

    Formula Dr RozMey HMtero kata berkesan..

    kahkahkah

  15. fdaus says:

    Lagi satu..

    “There’s a sucker born every minute”
    PT Barnum

    Bumi berputar..dan sejarah berulang.

  16. nmn says:

    bukan gelang atau pil tu yg mahal.

    tapi ‘harapan’ yang ‘dijual’ bersama-sama dengan gelang dan pil itu.

    harapan untuk sembuh dari penyakit, harapan untuk kelihatan muda dan cantik dan kurus, harapan untuk mendapat IQ yang tinggi, harapan untuk…mcm2 lagi la.

    di mana ada ‘harapan’ seseorang, di situlah akan ada org yang akan mengambil kesempatan untuk ‘menjual’ harapan tersebut.

    sama ada harapan itu jadi kenyataan atau tidak? wallahu’alam.

    yang pastinya ‘penjual harapan’ sudah dapat duitnya, dan ‘pembeli harapan’ akan terus menanti sehingga harapannya tercapai. sementara itu, muncul pula ‘penjual harapan’ yang lain…

    (heh ni tade kaitan langsung dengan celik sains. ni lebih kpd psikologi je kut)

  17. suhaimiramly says:

    betul tu cik nmn.

    pembeli harapan ialah suckers.
    penjual harapan ialah scumbags.

    nak pulih kan penyakit masyarakat, perlu educate

  18. yus rezal says:

    Komen saya hanya berkait dengan entry.Bal, saya lupa jawab soalan mengenai FDA. Di Malaysia, BPFK (Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan)yang mengawalselia hal-hal berkaitan pendaftaran ubat-ubatan (macam FDA di USA).Rules dari WHO,FDA dan European Medicines Agency juga digunapakai selari dgn undang-undang negara sedia ada.(setiap negara ada FDA masing-masing,kalau negara CHINA,segala jenis herba dari negara dia pun boleh masuk,Jepun juga ada FDA sendiri,tapi tidak semestinya boleh masuk Malaysia)

    Ulcer bukan Cancer.Sila lihat definition dari Answers.com (info boleh digunapakai)

    Sains itu matematik,satu soalan boleh jawab dgn banyak jalan kerja.asalkan boleh dibuktikan.Ilmu perubatan pun sains,ada banyak cara untuk mengatasi satu masalah.asalkan ada clinical trial (proof).

    Alam Jin.no komen.Surah al-Jinn (dlm Manzil)saya tahu.

  19. suhaimiramly says:

    Tentangan saya terhadap ‘alternative medicine’ ialah tiada clinical trial untuk menyokong keberkesanan ubat mereka.

    banyak pengamal ‘alternative medicine’ menggunakan testimonial orang awam sebagai bukti. contoh, makcik sepupu saya pakai ubat ni dah 5 tahun terbukti berkesan.

    clinical trial mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:
    – sample size yang besar
    – experiment dijalankan di makmal yang diiktiraf
    – oleh sekumpulan pakar dan staf yang berkelayakan
    – dan diselia oleh badan penyeliaan (FDA, etc)
    – double blind experiment vs placebo
    – statistical significance yang tinggi (ubat ni berkesan pada % yang tertentu, versus placebo)
    – eksperimen boleh diulang di makmal lain dan mendapat keputusan yang lebih kurang sama (clinical result is replicable). sekurang2nya satu eksperimen mesti independent (bebas), bukan ditaja oleh syarikat pengeluar ubat
    – eksperimen juga menentukan kesan-kesan sampingan yang ada (yang ni perlu kepakaran bidang medic pula)
    – eksperimen diulang beberapa kali untuk memastikan hipotesis disokong dengan statistical significance yang tinggi. sebab itu nak keluar sejenis ubat ambil masa berpuluh tahun.
    akhir sekali, ubat itu mesti disahkan oleh FDA (atau badan penyelia negara masing-masing) dan diluluskan untuk penjualan.

    kalaulah ada pengamal herba, pengamal homeopati, pengamal akupuntur, pengamal holistic medicine, etc. yang berjaya melepas kesemua langkah2 di atas, saya adalah orang yang pertama akan menyokong produk anda.

    sehinggalah waktu itu sampai, saya tak mau sentuh alternative medicine. cukuplah ubat hospital.

  20. […] be scientifically literate (celik sains). He mentions two things I wrote about in my previous entry Celik Sains: 1) to be scientifically literate does not necessarily mean to be a scientist (it is possible to be […]

  21. Nur says:

    En Bal!
    Saya baru je baca blog en bal,tapi saya suka especially bab pseudoscience.

    Lama2 saya jadi rajin nak buka wiki dan web2 lain sebab nak tahu betul atau tidak sesuatu benda tu.

    Sebabnye,saya tak nak jadi bodoh dan diperbodohkan.malu la kalau student medic jadi mangsa penipuan pseudoscience..ehehe.

    Post banyak2 lagi mengenai perkara ini.

  22. mama says:

    Salam Bai.. mama nak kepastian fungsi whey protein dlm penggunaan produk herbalife….sbb dah cuba ambik tapi rasanya…makin selera mkn…rasanya sakit2 pinggang belakang….adax cara lain nak turunkan berat badan dan darah tinggi malah ada kristal di hempedu…harap mohon nasihat dan bimbingan….

    • suhaimiramly says:

      Terima kasih puan kerana bertanya, tapi maaf kerana saya tak expert bidang ini jadi perlu rujuk kepada yg lebih pakar.

      Untuk turunkan berat badan, saya rasa cara paling efektif ialah melalui diet yang betul (low sugar + low carb) dan senaman yang kerap. Kalau sanggup berbelanja saya syorkan guna perkhidmatan personal trainer di gym, utk dapat result yang bagus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: