Ionized Water is a Quackery / Ionized Water itu Mengarut

Dulu ada seorang rakan perempuan saya yang menjadi agen ingin promote saya untuk membeli filter untuk ionized water. Kononnya ionized water ni ada macam-macam khasiat seperti mengurangkan toksin (detox), menyegarkan badan, meningkatkan kandungan mineral dalam tubuh, dan bermacam-macam lagi “khasiat” yang di”pelajari” daripada upline-upline mereka (bukan daripada fakta sains).

Yang peliknya, kawan saya yang menjadi agen jualan itu bukanlah seorang yang tidak terpelajar, malah berpelajaran tinggi sehingga ke universiti luar negara dalam bidang kejuruteraan. Mau jugak jual barangan karut. Ini adalah kerana tiadanya sifat skeptic (mahu menyoal) dan mahu menyelidik. Jika dia mengambil masa 1 minit untuk Google “ionized water” sudah tentu dia tahu bahawa benda itu semua mengarut dan menipu sahaja.

Demi mengelakkan rakan pembaca sekalian daripada ditipu oleh penjual-penjual ionized water filter atau produk merepek yang lain (seperti alkaline water filter), saya sarankan anda membaca link-link berikut:

AquaScams: http://www.chem1.com/CQ/index.html

“Ionized” and Alkaline Water — Snake Oil on Tap: http://www.chem1.com/CQ/ionbunk.html

Index of Water-related Frauds and Quackery: http://www.quackwatch.org/01QuackeryRelatedTopics/waterindex.html

Antara penjual-penjual ionized water di Malaysia:

AO Microwater: http://www.aomicrowater.com/ (tengok website pun dah tahu scam — macam rupa website skim cepat kaya)

Alkalife Water: http://www.alkalifewater.com.my/

dan banyak lagi. Kebanyakannya bergerak sebagai MLM dan meletakkan harga yang mahal untuk alat yang kononnya menjadikan air lebih berkhasiat sedangkan tak ada bukti sah pun mengikut sains.

Semoga anda semua tidak dikencing oleh penjual-penjual water filter ini.

The "miracle" is I can rip hundreds of ringgit off you suckers...HAHAHA!!!

2 Responses to Ionized Water is a Quackery / Ionized Water itu Mengarut

  1. […] atau belajar numerologi sama lah tahapnya dengan orang yang menggunakan gelang magnet dan ionized water dan pembedahan ajaib. Numerologi tiada asas dalam sains, tiada asas dalam matematik, tiada asas […]

  2. blur says:

    bro.. ader website scam lain tak yang boleh sokong your statement. dah surf betul2 ker pasal ionized water ni sampai u kata benda ni mengarut. da brape lama u buat study pasal ionized water ni?. bkn aper u sound too arrogant when making a statement. cara u menulis dan berfikir mcm x setaraf dengan ur qualification grad from MIT.

    “Ini adalah kerana tiadanya sifat skeptic (mahu menyoal) dan mahu menyelidik. Jika dia mengambil masa 1 minit untuk Google “ionized water” sudah tentu dia tahu bahawa benda itu semua mengarut dan menipu sahaja”

    1 minit blom cukup tuk menilai sesuatu tu sama ada benar atau salah. now i know how u made ur statement. short thinker!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: