Terapi Magnet Kelentong

Ramai orang di Malaysia memakai gelang magnet atau cincin magnet. Ini mungkin disebabkan anda melihat iklan gelang magnet lakunan AC Mizal. Jika anda memakai gelang atau cincin magnet tersebut, ketahuilah bahawa anda telah kena kelentong dan anda telah diperbodohkan.

Untuk mendidik diri anda, sila baca laman wikipedia berikut:

http://en.wikipedia.org/wiki/Magnet_therapy

Magnet therapy is considered pseudoscientific due to both physical and biological implausibility, as well as a lack of any established effect on health or healing.[1][2][3] Although hemoglobin, the blood protein that carries oxygen, is weakly diamagnetic and is repulsed by magnetic fields, the magnets used in magnetic therapy are many orders of magnitude too weak to have any measurable effect on blood flow.

Effects of magnet therapy on pain relief a beyond non-specific placebo response have not been adequately demonstrated. A 2003 Cochrane Review of carpal tunnel syndrome treatments found no improvement in symptoms over placebo or control.[18] A 2008 systematic review of magnet therapy for all indications found no evidence of an effect for pain relief, with the possible exception of osteoarthritis.[10] Both reviews report that small sample sizes, inadequate randomization, and difficulty with allocation concealment, all of which tend to bias studies positively, limit the strength of any conclusions. A 2009 randomised double-blind placebo-controlled crossover study concluded that magnetic bracelets are ineffective in the management of pain and osteoarthritis.

A 2002 U.S. National Science Foundation report on public attitudes and understanding of science noted that magnet therapy is “not at all scientific.”[21] A number of vendors make unsupported claims about magnet therapy by using pseudoscientific and new-age language. Such claims are unsupported by the results of scientific and clinical studies.

Marketing of any therapy as effective treatment for any condition is heavily restricted by law in many jurisdictions unless all such claims are scientifically validated. In the United States, for example, U.S. Food and Drug Administration regulations prohibit marketing any magnet therapy product using medical claims, as such claims are unfounded.

Siapa pakai ini telah kena kelentong dan diperbodohi

Kalau anda tidak faham ayat-ayat tersebut kerana menggunakan istilah Inggeris dan saintifik yang susah, mari saya tolong beri ringkasan:

Terapi magnet tidak mempunyai apa-apa “khasiat” perubatan, sama ada melancarkan aliran darah, menajamkan minda, mengurangkan kesakitan, mengurangkan stres mahupun menambahkan seri muka. Anda tidak menjadi makin sihat, makin pandai atau makin lawa apabila memakai gelang magnet. Bahkan, tak ada bezanya jika anda memakai gelang magnet berharga RM 1200 dengan memakai gelang mainan plastik yang diberi percuma di dalam kotak Tora atau Ding Dang.

Hai, ingat saya lagi?

Jika anda membayar sejumlah wang untuk membeli cincin magnet atau gelang magnet, anda telah kena tipu, kena kencing, kena kelentong, dan kena diperbodohkan. Ini bukanlah kata saya, atau kata siapa-siapa yang dengki. Kajian sains (double blind experiment) telah dijalankan beberapa kali oleh makmal-makmal sains yang diiktiraf, yang menunjukkan bahawa cincin magnet, gelang magnet atau terapi magnet tidak memberi apa-apa manfaat sama ada dari segi kesihatan mahupun dari segi kepandaian atau kecantikan. Yang mengaku semua itu ialah penjual-penjual magnet MLM yang ingin menipu anda (mungkin jurujual itu ikhlas, dan dia tak tahu, tapi upline yang paling atas sekali memang pasti ingin menipu).

Oleh itu, sayangilah diri anda dan keluarga anda dan elakkan dari ditipu dan diperbodohkan oleh penjual-penjual magnet yang mahal. Lagi bagus beli magnet hiasan letak dekat peti sejuk, sekurang-kurangnya boleh guna untuk lekat kertas di depan peti sejuk.

Ada banyak lagi laman web yang mendedahkan penipuan gelang/cincin/terapi magnet, termasuklah:

The Skeptic’s Dictionary: http://www.skepdic.com/magnetic.html (laman web rujukan yang lengkap untuk perkara-perkara pseudoscience)

Magnet Therapy — A Skeptical View: http://www.quackwatch.org/04ConsumerEducation/QA/magnet.html (mengandungi banyak rujukan-rujukan saintifik dan data-data eksperimen, jika geng-geng magnet ni ingin mengajak anda berdebat)

Kesimpulannya, janganlah kita diperbodohi oleh orang lain yang menjual barang-barang ajaib yang kononnya boleh memberi manfaat kesihatan kepada kita. Mereka cuma menjual “harapan kosong” sahaja. Sedang anda dikelentong memakai gelang magnet ke hulu ke hilir, towkey gelang magnet ni ketawa berguling-guling menggelakkan anda yang telah tertipu sehingga sanggup membayar beribu-ribu ringgit. Don’t be a sucker.

About these ads

19 Responses to Terapi Magnet Kelentong

  1. samah says:

    yeahhh keep it coming bal…

  2. hafiz says:

    tetapi ade jugak yg cerdik pandai pakai bende nih. yg pakai gelang/rantai “kristal hidup” pon ramai. ribuan ringgit sanggup dikeluarkan hanya utk benda2 mengarut. kalau org2 bodoh yg bace kosmos/metro tu xpela. mmg mereka tu bodoh, tapi ni yg cerdik pandai nih pon sama naik pakai magnet2 nih. menteri pon ade yg pakai bende2 magnet ni. tgkla betapa ramainye orang2 bodoh dalam masyarakat kite nih…

  3. suhaimiramly says:

    thanks samah.

    hafiz, entri kristal akan menyusul.
    diorang ni nak kata bodoh pun tak juga, kalau tidak takkan boleh jadi menteri (at least dia bijak politik atau bijak mengipas). tapi mereka tidak celik sains.

  4. yus rezal says:

    pakai nak tunjuk bergaya boleh la kot.member aku cakap macam tangkal kencing malam.hah hah hah

  5. suhaimiramly says:

    takde hal kalau nak pakai sbg perhiasan. lagipun ada gelang yg buat dari emas kan

  6. [...] Siapa percaya numerologi atau belajar numerologi sama lah tahapnya dengan orang yang menggunakan gelang magnet dan ionized water dan pembedahan ajaib. Numerologi tiada asas dalam sains, tiada asas dalam [...]

  7. salam,

    mungkin anda perlu mengenalinya dengan lebih dekat

  8. cml says:

    Awak pernah cube ke? Sebuah badan “National Center for Complementary and Alternative Medicine (NCCAM)” mengklafikasikan terapi magnet ini sebagai satu pendekatan perubatan menggunakan tenaga. NCCAM adalah salah satu dari 27 institut dan pusat yang merangkumi “National Institutes of Health” di Amerika Syarikat. NCCAM menyatakan “Magnet statik telah digunakan berkurun lamanya dalam usaha meredakan kesakitan. Pelbagai laporan telah dikemukan bahawa ramai individu mengalami pengalaman yang ketara dalam kaedah perawatan pada tubuh badan manusia. comment plz.

  9. Salamm,
    abis tu kalau Gelang /Loket kelentong, magneticaura tu lagi bapak kelentong jugak KE?!!!. aku dah beli n promote banyak ni.

    Fakta research grup aku.

    -diberitahu barang UK. tu sebenarnya dia bawak masuk ke Malaysia & repack. dia sdri takde teknologi magnet ni.
    -dan pernah 2thn sudah 2 3 orang member aku student UK selidik, yang kat UK alamat uk kat botol minyak magnetik tu. rupanya Rumah kakak or adik dia yang tinggal UK.(speaking berabuk di sdri ckp hantar ke Malayisa -Kelantan)member aku menyamar konon student nak buat reseach utk tesis.(sekarang No UK kat botol tu dah padam perasan kantoi kot, tapi aku ade botol ori yang lama member uk aku bagi)

    -yang best kat kotak ckp ramuan minyak tu campuran magnetic water dan minyak sunflower. dulu ckp minyak zaitun.member aku kat UK tu dah hantar lab test minyak tu, mmgg penipu sebenarnya minyak mineral biasa mcm jhonson & jhonson or belilah kat maydin jenama Price abuse sunflower mineral oil RM5 ringgit je 500ml. dia jual RM29.90 15ml. GILEE APEE (500ml bahagi 15ml = 33.3 botol x 29.90= RM995.67 untung)packing kotak & botol berape je kalau beli bulk jatuh dlm RM2 lebih kurang,kotak cap ayamm pun. Kencing suruh laa minum kalau berani minyak tu kalau plant base. by fact Mineral base clasifikasi minyak pelincir meneral bermotor. (minyak hitam)

    -1stly aku pon tak caya hehe pasal aku pon pakai, bila aku beli sendiri test & bandingkan minyak Price Abuse RM5 tu baru aku tau. dia mungkin campur minyak magnet kat minyak tu & repack.Tenaga magnet tu aku percaya la kat Korea lagi advance. aku dah beli termos magnet, bubuh air je air tu ade tenaga dan buleh angkat orang. kalau nak kaya, aku pon boleh buat repaik air yang free tuang kat termos magnet rebrend dan jual.tapi aku tak sampai hati pasal aku melayu dan tak nak tipu bangsa aku tentang hal sebenar.

    Kalau bende cam ni sepatutnye Jual le RM 10 ke pakej ke RM30 dapt 3 btl boleh la diterima pakai kalau nak tipu pon. Camni aku pon berminat nak meniaga. web afilate dia tu ala mlm ade lesen AJL ke, amik deposit RM100 utk 2 botol ade daftar kementerian kewangan ke?nakm maintain laman web setahun lestt RM500 je nak maintain domain sampai nak Cas RM40. barang cam ni patut jual trading je, main volume so LHDN or ehwal pengguna tak kacau. ini kalau ade orang report mau kedalam ni..kaw kaw kena sita. baik Auralife dia guna 100% tenaga dalaman dan ayat suci. hidup Auralife!!! minyak wangi lak, tu pun tak sure ade AJL ke tak..hahah sekadar berkongsin fakta lu pikirlahh sdri labuuu..

  10. zailee says:

    DING DANG!!!!

  11. [...] Terapi Magnet itu Kelentong [...]

  12. sharo says:

    ko gi berbekam lagi baik…. buang darah kotor yang bertoksik dan sel sel darah merah yang dah rosak…

  13. abang ngah says:

    Asssalamualaikum wbt. Terpulanglah kepada sesiapa yang mahu percaya atau tidak. Saya sudah menggunakan Magnetic Aura di Tanah Suci Makkah dan Madinah pada bulan Mac 2013 semasa mengerjakan Umrah. Alhamdullilah Magentic Aura sedikit banyak telah banyak membantu kepada diri saya dan jemaah yang lain dengan izin Allah.Pesanan saya, bawalah sekotak Magentic Aura, insyaallah ia akan membantu bila keadaan perlu.

  14. jali says:

    Biarlah apa orang nak kata.baru ni saya kena buasir,berak keluar darah dan sembelit.Alhamduliiah,baru sehari pakai ,sapu kat perut ,merata badan,esuknya sembelit hilang,buasir juga hilang.satu lagi saya balik kampong ,cuti kecemasan 3 hari,kerana emak sakit.saya terus sapu minyak magnetic aura kat badan emak dan beri madu dalam traw .esuknya dia sihat dengan izin Allah.

  15. jali says:

    siapa nak beli minyak magnetic aura saya beri harga diskaun .sms saya 016-3675237

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 174 other followers

%d bloggers like this: