Ardent Edukit in the News

Hari ni ArdentEdu dan Ardent Edukit (bersama perekacipta Fazdlee dan Iznan) masuk newspaper Metro Ahad. Good job guys! Also thanks for mentioning my name in the end😛

ArdentEdu media blitz nampaknya agak kencang sekarang ni. Ini adalah hasil usaha daripada Fazdlee dan Iznan yang rajin berjumpa dengan media dan membuat hubungan baik dengan wartawan, penulis, editor, penerbit, mahupun intern syarikat media. Tak rugi buat baik dengan orang-orang mass media ni. Tak payah keluar ribu-ribu beli iklan, free je dapat 2 page advertisement for our product. Itu belum cerita lagi keluar Berita Harian, Kosmo, TV3, Utusan, etc. Keep it up!

_____________________________________________________________

http://www.hmetro.com.my/articles/Dekatibidangforensik/Article/

Dekati bidang forensik

Oleh ISMA ISMAIL
isma@hmetro.com.my
2010/02/14

MELIHAT siri televisyen berbentuk penyiasatan, Crime Scene Investigation (CSI) nyata sangat mengujakan, terutama bagi yang meminati bidang sains kerana memperlihatkan keupayaan sekumpulan pakar dalam merungkai pelbagai jenis kes jenayah.

LENGKAP...set CSI Forensic Kit.
LENGKAP…set CSI Forensic Kit.

BANGGA...dua hasil produk awal keluaran ArdentEdu.
BANGGA…dua hasil produk awal keluaran ArdentEdu.

Hanya dengan sehelai rambut, setitik darah atau kesan cap jari, penjenayah boleh tertangkap hinggalah dapat dibuktikan kesalahan mereka untuk menerima hukuman setimpal.

Sejak siri itu disiarkan, bidang penyiasatan saintifik atau lebih dikenali sebagai forensik semakin dikenali dan diminati, sekali gus ramai mahukan kerjaya ahli forensik sebagai cita-cita masa depan mereka.

Malah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga menawarkan pengajian dalam bidang sains forensik itu, sekali gus membuka peluang lebih besar untuk pelajar melanjutkan pelajaran sehingga bergelar ahli forensik.

Selain boleh mendapat mendapat pendedahan itu di peringkat universiti, sebenarnya pelajar di peringkat sekolah kini boleh mendekati bidang siasatan forensik itu, terutama kepada yang bercita-cita mahu menjadi seperti pelakon dalam siri CSI.

Kini ada CSI Forensic Kit, satu set kelengkapan seperti ahli forensik yang diusahakan oleh seorang anak muda berjiwa besar dan kerana minatnya yang mendalam terhadap bidang sains.

Mohamad Fazdlee Mohamad Isa, 28, anak muda berasal dari Bentong, Pahang yakin set yang menjurus kepada permainan berinovasi kanak-kanak dan remaja itu mampu memberi pendedahan awal kepada golongan muda untuk mengenali lebih dekat dunia sains, sekali gus memberi gambaran jelas mengenai bidang forensik.

Tentu ramai tidak terfikir anak muda berjiwa besar dari Malaysia sepertinya mampu menghasilkan produk permainan berasaskan sains seperti itu, tetapi sebenarnya dia mendapat ilham mengenai hasil pengalamannya yang pernah bertugas sebagai jurutera di syarikat di luar negara serta pernah menjelajah serata dunia, termasuk Hong Kong, Indonesia, India dan Singapura.

Pada waktu itu Mohamad Fadzlee yang memiliki pengetahuan dalam bidang sains dengan kelulusan dalam Kejuruteraan Kimia di Universiti Of Minnesota, Amerika Syarikat di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) banyak mengendalikan bengkel bertemakan sains untuk pelajar di luar negara dan mendapati ramai golongan itu meminati bidang terbabit.

Atas dasar minatnya terhadap pendidikan dengan cita-cita untuk menjadi pendidik, CSI Forensic Kit dihasilkannya bukan hanya set permainan semata-mata tetapi juga mampu dijadikan alat bantuan mengajar.

“Saya banyak merantau sebelum ini, dari situlah idea untuk menghasilkan set permainan ini timbul dan juga antara langkah untuk menyahut cabaran kerajaan yang menggalakkan generasi muda terbabit dalam bidang inovasi.

“Produk CSI Forensic Kit sebenarnya lebih kepada permainan mengesan cap jari di sesuatu tempat dan membandingkannya dengan corak cap jari. Pelajar juga berpeluang mempraktikkan teknik merekod dan mendapatkan cap jari dengan betul,” katanya.

Menurutnya, setiap set produk itu mengandungi beg, gunting, serbuk arang atau karbon, bekas cap jari, sarung tangan getah, carta cap jari, kad contoh cap jari, kad plastik latihan, pelekat terang dan buku panduan aktiviti.

Katanya, sebagai contoh, kanta pembesar boleh digunakan untuk mengesan cap jari pada permukaan dan menggunakan berus yang dicelup serbuk karbon untuk disapu secara perlahan ke atas kesan cap jari.

“Kesan jari akan kelihatan dan mereka perlu membuat salinan menggunakan sekeping pelekat yang ditampal pada kesan berkenaan. Pelekat itu mesti ditampal perlahan sebelum dilekatkan semula ke atas sekeping kad yang disediakan.

“Selain itu, boleh juga dipelajari bagaimana contoh cap jari itu boleh dibandingkan dengan jenis cap jari yang ada berdasarkan carta yang disediakan untuk menentukan coraknya yang dibahagikan kepada tiga kumpulan besar iaitu Arch, Loop dan Whorl.

Selain tiga corak utama itu, jenis cap jari boleh dibahagikan lagi kepada kumpulan kecil iaitu plain arch, tent arch, radial ulnar loop, plain whorl, central pocket whorl, double loop whorl dan accidental whorl.

“Semua peralatan disediakan itu selamat dan mudah digunakan serta sesuai untuk kanak-kanak serta kompak. Manakala, ada bahan yang disediakan, umpamanya serbuk karbon, sememangnya seperti yang digunakan di luar termasuk pihak berkuasa, sekali gus memberi gambaran lebih dekat dan situasi lebih realiti,” katanya.

Menurut, aktiviti itu pasti menarik perhatian dan minat pelajar, bahkan mereka boleh berkongsi dengan rakan atau ahli keluarga kerana ia sebenarnya memudahkan pemahaman bagaimana proses mengesan cap jari dijalankan.

Menceritakan usaha awal untuk mencipta set itu, Mohamad Fazdlee berkata, dia mengambil masa kira-kira setahun untuk mendapatkan model yang lengkap spesifikasinya dan sesuai untuk dipasarkan.

Katanya, produk seumpamanya banyak di Barat tetapi yang pertama di Asia, sekali gus mampu membawa nama Malaysia yang berupaya menghasilkan set permainan berinovatif itu.

Dengan bantuan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), produk itu kini dibangunkan Mohamad Fazdlee dengan sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang bercirikan khidmat konsultan pendidikan yang memfokus kepada pendidikan sains, matematik dan teknologi maklumat, Ardent Educational Consultants Sdn Bhd (ArdentEdu).

Selain set permainan CSI Forensic Kit, melalui ArdentEdu turut ditawarkan satu lagi produk Ardent Gooey Slime Edukit iaitu polimer slime berbentuk gel untuk mendedahkan konsep pembelajaran kimia kepada remaja dan kanak-kanak.

“Ia sesuai digunakan sebagai aktiviti di dalam bilik darjah atau rumah kerana ia 100 peratus selamat dan tidak mengandungi toksik. Ia mampu memberi keseronokan kepada pelajar walaupun untuk mendalami bidang sains,” katanya.

Mohd Iznan yang juga Pengarah Ardent Educational Consultantsv Sdn Bhd berkata, dia mengusahakan syarikat itu bersama Mohd Suhaimi Ramly yang juga rakyat Malaysia pertama memenangi pingat gangsa dalam pertandingan International Mathematical Olimpiad (IMO) pada 2001, dengan memanfaatkan kepakaran individu daripada pelbagai latar belakang pendidikan.

Menurutnya, ArdentEdu adalah peneraju inovasi pendidikan melalui pembangunan modul (R&D) dan projek pendidikan di seluruh negara dengan penganjuran program latihan akademik.

“ArdentEdu juga mempunyai modul inovatif dalam bidang teknologi maklumat iaitu dalam e-Learning dengan membangunkan pelbagai laman web dan portal e-Leraning,” katanya.

Menurutnya, dengan kerjasama dan kepakaran Mohamad Fazlee banyak memberi manfaat, termasuk bakal menghasilkan beberapa produk lain selepas CSI Forensic Kit.

Perkakasan di dalam Ardent Gooey Slime Kit:

  • Cecair Polyvinyl Alcohol
  • Cecair Cross Linker
  • Cawan kecil
  • Kayu pengacau
  • Pipet
  • Beg plastik (untuk menyimpan slime)

Perkakasan dalam CSI Forensic Kit:

  • Berus penyiasatan
  • Serbuk karbon hitam
  • Kanta pembesar
  • Dakwat cap jari
  • Gunting
  • Pita pelekat
  • Alas plastik
  • Carta jenis2 cap jari
  • Kad pengesanan cap jari
  • Beg perkakasan penyiasatan
  • Sarung tangan getah
  • Lampu sinaran UV
  • Buku penerangan

Info

Profil

  • NAMA: Mohd Iznan Shamsuddin
  • UMUR: 29 tahun
  • LAHIR: 6 Januari 1981 di Kuala Lumpur
  • ADIK-BERADIK: Sulung daripada lima beradik
  • PENDIDIKAN: Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Perak dan Ijazah Kejuruteraan di Universiti Albstadt-Sigmaringen, Jerman
  • KERJAYA: Pengarah Ardent Educational Consultants Sdn Bhd


  • NAMA: Mohamad Fazdlee Mohamad Isa
  • UMUR: 28 tahun
  • LAHIR: 13 Ogos 1982 di Bentong, Pahang
  • ADIK-BERADIK: Ketiga daripada lima beradik
  • PENDIDIKAN: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jasin, Melaka dan Kejuruteraan Kimia di Universiti Of Minnesota, Amerika Syarikat
  • KERJAYA: Pengurus Jenama, Pemaju Program dan Koordinator di Ardent Educational Consultants Sdn Bhd

One Response to Ardent Edukit in the News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: