Self Learning

Orang di sekeliling saya selalu bertanya kenapa saya tak melanjutkan pelajaran ke peringkat Masters atau Ph.D.. Untuk masa ini, saya tak rasa ijazah-ijazah ini perlu untuk saya, kerana beberapa sebab:

1. Saya malas nak melalui kehidupan pelajar semula — exam, study, problem set, term paper, presentation etc.

2. Ijazah tinggi-tinggi tak perlu bagi karier saya. Ramai kawan saya yang ambil masters kerana ingin naik pangkat atau naik gaji. Saya juga tak perlu ijazah tinggi untuk mendapatkan kredibiliti, bukan macam orang-orang yang sanggup membeli title “Dr.” melalui internet semata-mata nak nampak hebat.

3. Saya nak gunakan masa muda untuk belajar di dunia sebenar semasa saya masih bertenaga, tiada komitmen dan tiada ego yang tinggi. Lagipun dunia bisnes ni banyak benda perlu dipelajari. Kalau saya habiskan masa 5 tahun buat Ph.D., nanti umur 30+ baru nak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan — masa tu saya dah tak laju dan tak banyak kebebasan untuk mengambil risiko macam sekarang.

4. Ramai kawan saya yang mengambil kursus Masters dan ada juga yang ambil Ph.D. Bila saya dengar cerita mereka, langsung saya hilang minat nak sambung belajar. Dengan kualiti kuliah yang rendah, masalah dengan biasiswa, kursus yang tak mencabar, coursemate yang pemalas, jadual yang mengganggu kehidupan dan macam-macam masalah yang lain.

5. Kalau ijazah bidang-bidang yang praktikal, macam MBA, ada banyak cara lain saya boleh belajar pasal pentadbiran perniagaan selain daripada pergi kelas MBA. Contohnya: MENJALANKAN PERNIAGAAN.

OK cukup, nak cerita sampai 15 sebab pun boleh, tapi rasanya anda dah faham yang saya tak mahu lanjutkan pelajaran di universiti pada waktu ini.

Mungkin ada yang beranggapan, kalau saya taknak lanjutkan pelajaran, saya ialah seorang yang malas belajar, hanya berpuas hati setakat yang ada dan tidak suka cabaran intelek. Ini adalah salah.

Saya ialah seorang yang tak pernah berhenti belajar sejak saya graduate dari tahun 2005. Cuma bezanya sekarang ini saya belajar sendiri, menggunakan buku teks, website, lawatan ke perpustakaan, online lecture, online courseware (contoh: MIT OpenCourseWare dan banyak lagi), dan bertanya kepada sarjana-sarjana melalui email. Bezanya dengan pelajar universiti saya tak ada pensyarah, saya boleh belajar bila-bila saya mahu, saya boleh belajar apa-apa subjek saya mahu, menggunakan buku teks apa yang saya mahu, dengan guru siapa yang saya mahu, pada kelajuan mana yang saya mahu, dan saya tak perlu sekeping kertas yang mengatakan saya seorang yang terpelajar. Ilmu ada di otak, bukan di kertas.

Saya juga bukanlah takut dengan cabaran, apatah lagi takut mengambil kursus Masters atau Ph.D.. Saya telah berjaya graduate dari universiti terkemuka dunia dengan double major dan GPA 3.60 dan senior thesis saya berjaya diterbitkan dalam jurnal. Saya cuma malas nak sambung belajar sebab saya memang pemalas. Cukuplah 4 tahun hidup dikongkong exam dan homework, sekarang ni biar saya buat benda-benda bermanfaat pada masyarakat. Saya tak perlu buktikan apa-apa lagi kepada dunia. Saya tak mahu hidup saya dinilaikan dengan markah exam dan GPA, seperti masa saya budak-budak dahulu.

Bagaimana saya belajar sendiri? Adakah dengan membaca sahaja?

Mungkin ada yang fikir, eleh, setakat baca buku, aku pun baca buku, itu bukan belajar namanya. Sebenarnya saya tidaklah membaca semata-mata. Saya juga ambil ujian, menggunakan buku teks, membuat homework, mempunyai jadual, dan sebagainya, sama seperti pelajar universiti. Bezanya cuma kursus saya sangat fleksibel dan tidak perlu kuliah.

Cara saya belajar subjek adalah serupa seperti cara formal: membeli dan menggunakan buku teks, membuat jadual pengajian (penting untuk menghabiskan bab-bab tertentu pada masa ditetapkan), membuat homework dan juga exam yang saya download daripada OCW atau laman-laman courseware yang lain.

Contoh: sekarang saya sedang mempelajari sendiri (self-study) subject Algebraic Geometry. Bahan pengajian saya semua ada di http://ocw.mit.edu/OcwWeb/Mathematics/18-726Spring-2009/LectureNotes/index.htm. Di situ ada lecture notes, course description, senarai buku teks, dan homework assignment (yang saya kena buat tanpa ada apa-apa bantuan). Kelas ini tak ada exam kerana ini graduate course. Kalau saya ada apa-apa masalah dengan homework, saya selalunya tanya di mailing list yang ada ramai pakar algebraic geometry. Ada beberapa ahli matematik yang rajin membantu saya melalui email. Kursus ini saya rasa akan ambil masa 6-8 bulan, jadi saya cuba habiskan sebelum bulan puasa. Tak ada siapa yang akan ambil rekod, tapi saya cuba disiplinkan diri untuk mengikut jadual saya.

Mungkin ada yang bertanya, apa faedah saya belajar macam ni? Bukannya dapat ijazah. Bukannya dapat aplikasi dalam dunia sebenar. Bukannya dapat jadi lecturer. Bukannya dapat gaji. Bukannya etc. etc. Apa yang dapat, habis duit beli buku teks dan habis masa belajar benda entah apa-apa sorang sorang.

Jawapannya ialah: saya suka belajar kerana saya suka subjek ini. Ilmu adalah untuk saya, bukan untuk ditunjukkan kepada dunia. Saya suka subjek-subjek yang sukar kerana ia boleh melentur otak saya, dan melatih saya untuk sentiasa berfikir. Saya tak perlu buktikan apa-apa lagi kepada dunia, saya tak perlu markah ujian atau CGPA untuk validate ilmu saya. Cukuplah perasaan gembira yang saya dapat apabila mempelajari ilmu yang susah dengan usaha sendiri.

Apa rancangan jangka panjang saya? Saya akan terus belajar sendiri sampai bila-bila. Saya ada banyak rancangan untuk subjek-subjek seterusnya. Tapi tak apa, saya ada seumur hidup untuk belajar. Subjek-subjek lain kena tunggu dulu kerana saya nak concentrate satu-satu subjek sehingga sampai tahap pakar (sebab itu saya tak suka pergi universiti kerana terpaksa belajar banyak subjek dalam satu masa, sehingga susah nak mendalami satu-satu bidang dengan detail). Selepas saya habis kursus Algebraic Geometry ini, saya nak cuba subjek lain pula yang tak berkaitan e.g. ekonomi, undang-undang, sejarah, dsb. Nanti tahun depan sambung belajar matematik dan sains.

Mari kita terus belajar sampai mati.

Bacaan berkaitan:

http://en.wikipedia.org/wiki/Autodidacticism

Become an Autodidact: 10 Ways to Become a Self Taught Master

16 Responses to Self Learning

  1. […] Self Learning February 23, 2010 fazdlee isa Leave a comment Go to comments Written by Bal. […]

  2. hafiz says:

    brader..bile nk start amik course “rumahtangga”? bukan belajar melalui buku..tp dgn mendirikan rumahtangga..hehehe

  3. pyanski says:

    bal, did you get a chance to take Gilbert Strang’s classes at MIT? How is he like in real world?

    His OCW videos on youtube are awesome.

  4. Miza says:

    No wonder you blaja Algebraic Geometry… you are mathematician… Since you can apply this knowledge kat keje.. for me ok lah..

  5. suhaimiramly says:

    Gil Strang is a great teacher and a great person. he’s very popular among MIT students.

    aku tak amik kelas dia sbb aku signed up for advanced standing for Linear Algebra. Advanced standing ni kira tak perlu datang kelas — just amik satu exam je to get the credit.

    one anecdote about gil strang:
    aku sign up for advanced standing masa freshman punya cuti winter, dan aku akan amik exam tu at the beginning of spring semester. so masa cuti winter tu aku kena belajar sendiri pasal linear algebra. masa tu aku kat London, celebrating my birthday with some friends. oleh kerana aku takde buku teks, so aku tulis email kat Gil Strang, cakap yang aku nak beli buku teks (he is the author and publisher so I have to order straight from him). dalam email tu, aku jokingly mentioned yang aku tgh sambut birthday in sunny london, away from the harsh boston winter. he asked me for my address in london to send the textbook.

    few days later, buku tu sampai kat london. and he wrote on the first page, “happy birthday suhaimi, please accept this gift. -GS”. so i dont have to pay anything. what a nice guy.

  6. suhaimiramly says:

    hi miza,

    honestly, i doubt if algebraic geometry have any application in real life except:
    1. to be lectured to a younger generation of math students
    2. to be used to study other mathematical subjects (which are equally useless)
    3. to be written about in textbooks to be sold
    4. to be written about in journals so the writer can get academic prestige and professorship

    and all the “applications” are for mathematicians. I am not a mathematician (I am an entrepreneur, my job is the same as Fazdlee’s) so I do not study this subject for any kind of application. I study the subject purely for intellectual enjoyment. So there’s no issue of having “no direction” or “ajaran sesat” — this is as harmless as any hobby, like fishing or collecting stamps

    • Miza says:

      He he.. marah ke?๐Ÿ˜‰.. i see… good for you lah. So, to what extent you want to learn Algebraic Geometry?๐Ÿ™‚

      I agree ape yg you argued. Tp, you tak rase ke you can share your knowledge and benefit other peoples with your ‘special’ hobby if you attend formal class. I rase org yg ada passion on intellectual hobby like you hv potential to become a remarkable people in history. He he.. puji you sikit lah..I bkn ckp pasal untuk dpt nama but, more on sharing knowledge. Just my personal opinion…

      My hobby komen org.. he he..

  7. yus rezal says:

    Bal,aku bangga ada kawan macam ko. Rupa rupa nya macam ni lah self learning. Sangat menarik,aku pun sambung blaja PJJ in biology sebab aku minat.tp terperangkap dalam masalah menjadi student mcm ko cakap tu la.aku kena ubah strategi la macam nih.cayalah bro, you give me an idea.

  8. suhaimiramly says:

    hi miza,

    ehe mana ada marah. thanks for the comments. actually i admit memang ramai orang pelik sikit dengan cara I. i spend a lot of time studying arcane subjects just for intellectual satisfaction.

    for me, benda2 praktikal macam commerce, accounting, finance, management ni semua better belajar in real life experience rather than in university classroom. company pun ada banyak hantar pergi training bab2 macam ni, which in my opinion is better than taking university classes. belajar dari practitioner lagi baik dari belajar dari profesor (kalau profesor tu practitioner lagi bagus).

    so i spend a lot of time pursuing my intellectual passions (including Algebraic Geometry) in my free time, rather than studying “useful” subjects. maybe ramai orang rasa pelik, but i think people who know me well would understand why I chose to be that way.

    of course, i’d love to contribute to the society. that’s why I am frequently invited to give talks and public lectures on topics such as mathematics, science, education, and tertiary education. cuma i tak mahu terikat dengan institution, because i want to be free to say whatever i want.

    bab jadi remarkable people in history tu…hi hi hi…takpe lah, i’ll pass that one. i prefer to die in obscurity๐Ÿ˜›

    • Miza says:

      Ye ke?.. i am accounting background.. i ada professional cert. i.e. ACCA & just completed my master. So, u think accounting boleh blajar from experience? Hmmm.. maybe.. kalau i challenge you to discuss on certain accounting topics, can? ๐Ÿ˜‰ not the technical one lah… more general topic.. he he.. i main-main je.

      My dictionary define hobby as an activity yg relax, to release stress, fun.. but you.. hmmm… i respek lah… you special.. he he.. i puji you lagi…

      • suhaimiramly says:

        yes, it can be learned by experience. of course, not to the level and details needed from a chartered accountant, but enough for what you need to run your business.

        i only need to know enough accountancy to run my small business, not to keep books for a billion dollar company. i have a limited amount of accounting and finance, that i receive from working in khazanah nasional dulu.

        of course, right now i already forgot most of it, so if i accept your challenge i would get trounced really bad๐Ÿ˜› i’m never really good in numbers anyway — my bosses have told me this

        well to each his/her own…i actually feels doing mathematics relaxes me. this is of course weird to many people but there are thousands of working mathematicians who might agree with me. i think it’s about habits. ive been doing math problems in my free time for more than 10 years, so it has become a habit.

  9. flizzo says:

    Bal, Miza ni cun tak? Kalo cun kasi gambar dia kat aku. yeah.

  10. suhaimiramly says:

    Aku baru kenal je Miza.

    Kalau nak, mintak kat dia straight lah heehhee…

  11. flizzo says:

    I agree with bal, I feels doing meth relaxes me too! I’ve been doing meth in my free time for years and I love it! You guys should try it too. Meth is fun & relaxing!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: