Ikan Besar, Ikan Kecik…

This is a great entry from Fazdlee’s blog, in which he explains our principle of doing business.

______________________________________________

Alhamdulillah, sejak dua menjak nih, memang terlalu ramai pihak yang call mahu berjumpa saya dan tak kurang juga yang mahukan saya tampil di event mereka….semuanyer berkat kerja keras sejak 2 tahun lepas tanpa mendapat sebarang ganjaran dari sudut duit….dan keikhlasan menjalankan kerja yang tersedia di depan mata dengan sehabis baik….

Ada beberapa pihak yang berkecil hati kerana saya terpaksa bulat2 menolak undangan mereka kerana jadual saya sudah TERLALU penuh….sedih rasa hati tetapi i had to say no…saya punya etika kerja tersendiri….first come first serve….saya akan dahulukan apa yang datang dahulu…tak kisahlah walaupun ianya event kecil ataupun event besar yang sangat menguntungkan dari segi kewangan….

Memang sangat sangat berat rasa hati apabila menerima undangan untuk event yang sangat grand tetapi terpaksa menarik diri kerana sudah mempunyai komitmen pada hari yang sama untuk event yang lebih kecil….kadang2 memang terasa ralat….terasa rugi sangat….

Namun….

Etika tetap etika…..saya dah Iznan sudah berbincang….kami tak mahu jadi tamak. Kami tak mahu last minute cancelkan event yang sudah terlebih dahulu kami agreed to participate sekadar untuk mengejar event lebih besar….

Tak apa lah….rezeki akan tetap datang….as long as saya ikhlas dan gigih berkerja….

Saya harap2 rakan2 yang lain pun mempunyai prinsip seperti ini…jangan lah kita tamak mengejar kesenangan dan kemewahan dengan cara yang tidak betul….jangan sekali2 menipu, melukakan hati orang lain dan tidak 100% jujur….hanya semata2 untuk mengaut seberapa banyak yang boleh duit yang berada di depan mata….

Jangan terlalu taksub nak umpan ikan besar….mungkin kita boleh kenyang besar , tapi untuk sekali tuh sajer….tapi kalau kita umpan ikan kecil….mana tahu, kita jumpa lubuk yang penuh dengan beribu2 ikan kecil….bukan kah itu lebih menguntungkan? :-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: