Kerja Keras

Kebelakangan ini, ada banyak kerja saya kena siapkan.

Untuk ArdentEdu, saya bersama-sama Iznan dan Fazdlee kena uruskan 5 projek yang back-to-back dalam masa 2 minggu bermula minggu depan. Ada banyak urusan logistik dan pengurusan perlu diselesaikan untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Kami juga sibuk dengan mencari peluang-peluang fundraising dan marketing untuk Ardent Edukit.

Untuk lot.my, kami sepasukan akan menjalankan promosi seluruh negara melalui seminar dan bengkel yang akan dianjurkan bersama oleh Utusan/Mega. Kami sedang mencari partner-partner (agensi kerajaan atau IPT) untuk sama-sama membantu kami menjalankan seminar dan bengkel tersebut. Semalam kami telah berjumpa dengan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan untuk membincangkan kerjasama yang bakal kami laksanakan. Beliau memberi sokongan penuh kepada program kami dan berharap lot.my akan mencapai objektif meningkatkan jumlah usahawan online yang menjalankan perniagaan yang proper (bukan berbentuk MLM atau skim piramid atau skim pemasaran referral atau e-book atau entah apa-apa lagi).

Untuk kerja-kerja IMO pula, saya perlu melatih pasukan untuk menghadapi Asia Pacific Mathematics Olympiad pada 9 Mac ini. Saya juga perlu menyediakan draf soalan-soalan Olimpiad Matematik Kebangsaan yang akan dianjurkan pada bulan Jun.

Untuk new business development, saya masih di peringkat planning dan market research. Pada masa ini saya mempunyai beberapa idea yang sedang dipantulkan kepada rakan-rakan yang rapat dan tahu mengenai bisnes untuk mendapatkan input-input mereka.

Untuk “projek besar tahun ini” (PBTI), kami sedang menyediakan proposal. Saya bercadang untuk ke Johor Baru selepas habis tempoh sibuk. Harapnya tahun ini kami akan mendapat projek besar yang boleh mengembangkan bisnes ke tahap seterusnya. Tanpa PBTI, agak susah untuk survive dalam keadaan ekonomi yang tidak kondusif untuk perniagaan kecil dan sederhana, sepertimana yang kami alami pada tahun 2009. Tahun 2008 ok sikit.

Jadi kesimpulannya, tahun ini agak busy untuk saya. Mungkin lepas bulan September (lepas Raya) nanti baru ada waktu rehat sedikit. Masa tu saya ada plan untuk travel. Dalam masa terdekat ni, jadual saya memang penuh.

Tadi ada seorang rakan kami datang melawat ofis, dan bertanya, kenapa tak frame artikel-artikel Ardent yang pernah keluar dalam suratkhabar? Sorry lah beb, nak buat benda-benda tu pun tak ada masa skarang ni hehe…

Sebusy-busy saya pun, saya rasa semua orang di dunia ni busy (atau rasa diri mereka busy). Jadi tak perlu lah cerita kepada dunia bahawa saya orang paling busy di dunia. Saya tulis entri ni bukan untuk cerita pasal busy, tapi nak menunjukkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di syarikat saya (ArdentEdu dan lot.my) pada ketika ini. Semua kawan-kawan saya e.g. Iznan, Fazdlee, Akmal, Jalil, Khairul, Alif, Luqman yang terbabit dalam projek-projek ini, sibuk-sibuk belaka. Yang penting, kita perlu prioritize dan membahagi-bahagikan kerja dengan baik, supaya semua orang mendapat bahagian kerja yang munasabah, dan tidak wujud ungkit-mengungkit siapa yang buat kerja lebih dan siapa buat kerja kurang.

KANSER

Alhamdulillah, di kalangan rakan-rakan niaga kami, kami amat mengenali diri masing-masing dan tahu apa kekuatan, kelemahan, dan kemampuan masing-masing, jadi kami tidak berbalah hal-hal yang remeh temeh. Kami mementingkan komunikasi. Kalau kurang puas hati, sila cakap, jangan sorokkan, dan semua orang kena terima dengan hati terbuka. Kami seboleh-bolehnya mengelak dari berlaku kanser. Apa itu kanser? Kanser ialah bila dalam satu kumpulan, wujud segolongan kecil yang mula merungut, mengkomplen, mendendam, mengumpat dan mula merebakkan rasa tak puas hati kepada yang lain. Kanser yang kecil ini akan menular sehingga menjadi besar dan merosakkan perhubungan sesama ahli kumpulan sehingga pada suatu masa kumpulan itu berpecah sehingga mustahil untuk membuat perniagaan bersama. Syukur setakat ini kami masih tidak mempunyai kanser. Hubungan kami sangat akrab, dan harapnya akan terus begitu sehingga syarikat dah besar dan masing2 jadi jutawan nanti.

Bagaimana mengelakkan kanser?

1. Bekerja dengan ikhlas. Siapa bekerja untuk duit semata-mata, atau untuk dipuji semata-mata, akan mudah berasa tidak puas hati, dan terdorong menghasut orang lain untuk tidak puas hati kepada ahli yang lain. Adalah mustahil untuk membahagikan kerja dengan perfect, jadi normal lah kalau ada orang yang buat kerja lebih dan ada yang kurang. Kalau nak bahagi sama rata dengan sempurna, lagi lembab jadinya (ko tulis surat separuh, separuh lagi aku tulis, ko jilat setem, aku jilat envelope).

2. Uruskan wang secara professional. Bab-bab kewangan syarikat kena bertulis dan proper. Bab-bab wang peribadi kena berlapang dada. Sekali sekala tolong bayarkan kawan kita punya makan. Tak rugi pun. Sesama member, sepatutnya bawah RM 50 kalau boleh jangan la berkira sangat.

3. Jangan pandang silap orang lain. Setiap orang ada silap. Saya sendiri banyak kurang yang kadangkala saya rasa sehingga menyusahkan orang lain. Tapi syukurlah setakat ini rakan-rakan perniagaan saya tak pernah mengkondem saya bahkan mereka menghargai sumbangan dan skil yang saya ada. Attitude ini lah yang saya bawa dalam perniagaan. Semua rakan perniagaan saya, saya respek tahap paling atas sekali. Kalau saya tak respect sampai begitu, saya takkan bisnes dengan mereka. Jadi kawan biasa sahaja cukup.

4. Belajar dari orang lain. Dalam kumpulan perniagaan kami, semua orang mempunyai skil masing-masing yang hebat dan berguna. Walaupun saya takkan jadi sebagus mereka selepas saya belajar 5 tahun sekalipun, saya tetap mahu belajar dari mereka. Ini menambahkan rasa respek saya pada mereka dan pada masa yang sama saya sedar kekurangan diri saya. Contohnya dalam bidang marketing. Saya memang tak pandai langsung bidang ini, dan mereka pun sedar. Jadi saya sentiasa cuba belajar pasal marketing walaupun nampak tak pandai-pandai. Takpe lah satu hari nanti pandai lah tu.

5. Jangan terlalu bersifat peribadi. Maksud di sini, jangan babitkan perkara peribadi apabila berurusan dalam perniagaan. Contoh, aku tak suka mamat ni, jadi aku taknak buat kerja sama dengan dia. Atau, aku ingat lagi tahun lepas mamat ni pernah cakap something yang buat aku sakit hati, jadi aku tak mau kerja dengan dia. Lupakan benda-benda kecil seperti ini. Untuk hubungan bisnes yang berjaya dan berkekalan, kita perlu menerima rakan niaga kita seadanya. Jangan banyak double-guessing, banyak spekulasi, banyak gossip, banyak umpat-umpat, banyak ambil hati dan sebagainya. Don’t take things personally.

6. COMMUNICATE! COMMUNICATE! COMMUNICATE! Ini adalah ubat kanser yang paling mujarab. Dengan komunikasi, akan termusnahlah prasangka, double guessing, salah faham dan pelbagai punca kanser yang lain. Kalau kita jarang bersemuka, eloklah selalu email atau IM atau facebook. Tapi bahaya juga, mungkin dalam email ni boleh wujud salah faham. Jadi kena banyakkan bersemuka, dan dalam meeting kena explain, kena luahkan apa yang terpendam, apa yang tak puas hati, dan apa yang diharap. Diplomasi penting walaupun sesama rakan rapat kita. Jangan pendam begitu lama sehingga tumbuh kanser.

7. Socialize. Lepak dengan rakan-rakan perniagaan anda, tanpa apa-apa urusan bisnes atau borak-borak bisnes. Just lepak, borak pasal hidup, pasal anak, pasal bini, pasal kawan2, pasal isu semasa, pasal politik, pasal agama, pasal artis, pasal apa-apa sajalah kecuali bisnes.

Alhamdulillah, setakat ini semua orang yang saya anggap sebagai rakan bisnes (Akmal, Alif, Fazdlee, Hafizbar, Iznan, Jalil, Khairul, Luqman) mempunyai hubungan baik dengan saya, dan saya berharap hubungan perniagaan kita akan berkekalan sehinggalah 30 hingga 40 tahun akan datang. Entri ini ditujukan khas kepada mereka semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: