Kami dilatih tidak panik — Harian Metro

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kamidilatihtidakpanik/Article

‘Kami dilatih tidak panik’

Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my
2010/03/11

KOTA BHARU: “Sebaik menyedari enjin bergegar dan kipas pesawat tertanggal, saya dinasihatkan supaya tidak panik, selain mencari kawasan lapang untuk melakukan pendaratan kecemasan,” kata Tuan Ahmad Humaizi Tuan Muhammad Kamal, 28.

RAMESH (kiri), Tuan Ahmad (kanan).
RAMESH (kiri), Tuan Ahmad (kanan).

Pelatih juruterbang itu bersama jurulatihnya, Kapten M Ramesh, 28, terselamat selepas pesawat ringan dinaiki mengalami masalah teknikal sebelum kipasnya tercabut dan terhempas di sebuah kawasan sawah padi di Kampung Tualang Salak, Jelawat, kelmarin.

Kejadian jam 4.30 petang itu berlaku, ketika pesawat jenis Eagle 150 B dinaiki Tuan Ahmad dan Ramesh mengalami masalah teknikal sebelum melakukan pendaratan kecemasan.

Menceritakan kejadian menimpa mereka berdua, Tuan Ahmad berkata, kejadian itu berlaku ketika siri latihan penerbangan biasa yang dilakukan pelatih sepertinya selama sejam.

“Ketika kejadian, tiba-tiba enjin pesawat bergegar dan kipas pesawat tertanggal. Kami kemudian menghubungi menara kawalan Kota Bharu, namun diminta bersiap sedia berikutan keadaan trafik sibuk,” katanya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), semalam.

Anak kedua daripada lima beradik itu berkata, ketika melakukan pendaratan kecemasan, kanopi pesawat tertanggal dan dia keluar daripada pesawat untuk meminta pertolongan, manakala jurulatih masih berada di dalamnya.

“Memang secara praktikal, jika mengalami masalah enjin pesawat, kami dikehendaki melakukan pendaratan kecemasan. Kami juga perlu bersedia berdepan apa-apa juga kejadian buruk yang akan berlaku,” katanya.

Dia yang baru sebulan melakukan latihan penerbangan berkata, kejadian itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan cita-citanya itu, meskipun kejadian itu menyebabkan kaki kirinya retak.

Ramesh yang terseliuh kakinya berkata, pengalaman ketika menjalani latihan sebelum ini serta berpengalaman hampir 10 tahun dalam bidang berkenaan menyebabkan dia tahu apa akan dilakukan ketika berdepan insiden kecemasan.

“Kami dilatih supaya tidak panik ketika berdepan kejadian seperti itu. Kami diminta untuk mencari lokasi selamat untuk mendarat,” katanya.

___________________________________

Tuan Ahmad Humaizi (Miji) ialah senior saya di MRSM Jasin tahun 1998 dahulu. Saya pernah terserempak dengan dia sekali di dalam LRT tahun 2008. Pada ketika itu kami tak sempat berbual panjang tapi sempat memberi update tentang apa masing-masing sedang buat (kedua-dua kami buat bisnes) dan sempat bertukar business card.

Beberapa hari selepas itu, saya pun follow up (ingat, orang bisnes kena SENTIASA follow up, walau kecil macam mana pun), dan Miji berminat dengan salah satu produk Aidan. Sempatlah close deal, tapi AidanTech (Alif, Akmal, Khairul) yang uruskan transaction tu jadi saya tak sempat jumpa Miji sejak hari tu. Alif, Akmal dan Khairul semuanya satu sekolah dengan saya jadi mereka pun kenal Miji. Lagipun Alif dan Miji sangat rapat kerana mereka berdua telah dilantik sebagai Exco Biro Pengangkutan dalam badan perwakilan pelajar MRSMJ pada tahun 1998 (Miji) dan 1999 (Alif).

Semoga Miji cepat sembuh dari kemalangan tersebut. Ketahuilah bahawa anda adalah seorang badass kerana berjaya survive kapalterbang terhempas. You get my respects, bro.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: