Tip-tip Bisnes Pn. Ainon Mohd

Pn. Ainon Mohd ialah seorang usahawan yang saya kagumi. Saya merupakan seorang peminat karya-karya PTS (Pn. Ainon ialah pengasas dan pengerusi PTS) dan pernah membeli pelbagai jenis karya terbitan PTS termasuk komik, buku sejarah, buku bisnes, buku agama, dsb. Bagi saya PTS telah berjaya menaikkan taraf bahan bacaan BM dari aspek kualiti bahan dan kualiti fizikal buku. Dalam banyak-banyak usahawan bumiputera di Malaysia, yang saya paling respek ialah Pn Ainon kerana kejayaan PTS disamping nilai-nilai murni yang beliau terapkan dalam aktiviti perniagaan itu sendiri.

Tip-tip Bisnes Pn. Ainon Mohd: http://puanainonmohd.blogspot.com/

Blog ini bagus dibaca oleh usahawan-usahawan, terutama yang baru berkecimpung dalam alam perniagaan.

Satu lagi blog Pn. Ainon mengenai isu-isu penerbitan dan industri buku di Malaysia: http://www.universitipts.com/

____________________________________________

Kepada kawan-kawan sebaya saya,

Kalau nak jadi pemimpin di Malaysia pada suatu hari nanti, tak kiralah pemimpin politik, kerajaan, korporat, perniagaan, sosial, akademik, dsb. jangan lupa ye baca banyak-banyak buku BM dan juga suratkhabar BM. Kita nak memimpin orang Malaysia ni kena rasa nadi (pulse) dan tahu fikiran rakyat Malaysia, terutama masyarakat majoritinya iaitu orang Melayu. Jangan terlalu syok sendiri baca The Wall Street Journal dan Washington Post dan Financial Times dan Newsweek dan buku-buku NYT Bestseller sehingga pakar bab Obama tapi tak tahu langsung apa isu-isu working class rakyat Malaysia. Eloklah tahu pasal dunia luar dan ekonomi dunia dan foreign policy, tapi jangan abaikan halaman rumah kita.

Serendah-rendah pemikiran rakyat kita, sehampeh-hampeh sistem di negara kita, selembab-lembab makcik dan pakcik kampung kita, semua itu perlu kita fahami dan selami kalau nak jadi pemimpin. Malaysia ni bukan negara maju, dan bukan negara teknokrat. Otak sahaja tak cukup, anda juga perlu memenangi hati.

Lainlah kalau nak jadi pengomel politik (pundit) sahaja. Tapi kalau nak memimpin negara, kita mesti tahu suhu politik dan sosial negara kita. Untuk nak tahu, kena baca banyak bahan bacaan BM (ye, saya faham, editorial suratkhabar Melayu tak setaraf dengan editorial di New York Times, tapi kita nak jadi pemimpin di Malaysia bukan di Manhattan), dan juga banyak baca buku-buku BM. Dan PTS adalah penerbit buku BM yang paling bagus di Malaysia. Sekian unpaid plug untuk PTS.

PTS 10 tahun. Semoga maju jaya sehingga 100 tahun

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: