Artikel Utusan Malaysia mengenai lot.my

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_05.htm

Siapa nak buka kedai online, silalah ke lot.my, Malaysia E-commerce Domain.

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai lot.my, sila daftarkan diri untuk ke Bengkel Usahawan Mega “Cara Membuka Kedai Online” yang akan diadakan di seluruh negara. sila ke http://lot.my/seminar untuk maklumat lanjut. Untuk daftar, sila hubungi Khairul 017 3322464.

Good job jenglot-jenglot (geng lot) sekalian especially head honcho Akmal, dan juga Jalil, Bird, Luqman dan Alif. Semoga lot.my terus mencapai kejayaan di masa akan datang.

_______________________________________

Ruang niaga di lot.my

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar WAHIDAH ZAINAL

Mohd. Akmal Akhpah menunjukkan paparan muka depan lot.my.


INGIN jadi peniaga tapi tiada modal untuk membuka kedai. Jangan risau dengan adanya kemudahan Internet tidak mustahil anda boleh menjadi kaya raya dengan hanya membuka kedai secara maya. Kemudahan portal seperti http://www.lot.my adalah satu penyelesaian bagi mereka yang minat berniaga.

Aplikasi web tersebut dibangunkan oleh kumpulan anak muda berjiwa besar, diketuai oleh Mohd. Akmal Akhpah, seorang jurutera perisian serta rakan-rakannya terdiri dari Shahabudeen Jalil, Mohd Suhaimi Ramly, Khairul Anwar M. Zaki, Luqman Zulhusni Ismael dan Mohd Alif Nordin.

Menurut Mohd. Akmal, lot.my ditubuhkan dengan tujuan meluaskan peluang perniagaan secara dalam talian untuk semua rakyat Malaysia.

“Berdasarkan pengalaman kami dalam perniagaan, kami telah mengenalpasti faktor-faktor yang menjadi penghalang yang membantutkan hasrat bakal usahawan untuk memulakan perniagaan.

“Antara faktor yang telah dikenalpasti ialah kos membuat laman web e-dagang yang tinggi, kurang kepakaran teknikal dalam bidang teknologi maklumat (IT) dan saluran pemasaran online yang tidak berkesan.

Lot.my dibina bertujuan untuk memberikan penyelesaian kepada ketiga-tiga masalah tersebut,” ujarnya ketika ditemubual di pejabat MEGA, Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mohd. Akmal menambah, aplikasi web tersebut membolehkan para usahawan membuka kedai online lengkap secara percuma, mudah dan berkesan.

“Lot.my ini dibangunkan supaya mudah digunakan walaupun oleh pengguna yang tiada kemahiran IT yang tinggi.

“Untuk memulakan kedai online usahawan hanya perlu daftar, pilih reka bentuk kedai dan iklankan produk,” jelasnya.

Menurut Mohd. Akmal lagi, pihaknya juga menyediakan pelbagai tema latar belakang yang membolehkan usahawan menukar paparan kedai online mereka dengan mudah.

Malah beratus-ratus pilihan latar belakang yang cantik juga disediakan di mana usahawan hanya perlu membuat pilihan dan memasukkan logo atau banner perniagaan mereka sendiri.

“Pengguna juga tidak perlu memikirkan tentang pembelian domain, konfigurasi server, muat turun perisian atau apa jua keperluan kompleks lain untuk menggunakan lot.my.

“Aplikasi ini dihoskan berasaskan web dan pendaftaran boleh dibuat dalam masa lima minit sahaja. Pengguna tidak perlu risau tentang kos kerana sangat berpatutan.

“Untuk membuka kedai online, lazimnya peniaga terpaksa membayar lebih daripada RM500 malah hingga mencecah ribuan ringgit. Tetapi dengan dengan aplikasi kami para peniaga dapat membina kedai online berfungsi penuh dengan kadar istimewa RM40 sebulan sahaja.

“Bagaimanapun, buat masa ini perkhidmatan ini diberikan secara percuma sahaja. Tanpa membayar satu sen pun, usahawan boleh membuka kedai online sendiri dan mula menjual dengan serta merta,” ujarnya.

Untuk memberi gambaran jelas kepada pengguna, Mohd Akmal berkata, pengguna yang telah berdaftar di http://www.lot.my akan mendapat alamat khas mereka sendiri, contohnya seperti bajumuslimah.lot.my, baju.lot.my dan sebagainya.

“Pengguna juga tidak perlu risau akan ciri keselamatan kerana setiap pemilik kedai akan mempunyai ruang operasi yang selamat.

“Hanya pemilik kedai yang boleh mengakses ruang operasi kedainya sendiri. Ia juga dibantu oleh sistem sekuriti yang tinggi dengan sistem pembayaran yang selamat,” jelasnya.

Mohd. Akmal berkata, penekanan utama yang diberikan dalam mendidik bakal usahawan ialah dengan menekankan prinsip ‘bermula dari kecil tanpa hutang’.

“Adalah menjadi harapan kami agar kemahiran dalam bidang perniagaan Internet ini dapat dikongsi bersama para usahawan tempatan supaya sektor perniagaan berasaskan e-dagang dapat dimajukan,” katanya.

Bagi memberikan gambaran serta penerangan yang lebih jelas kepada para pengguna, sebuah bengkel bertajuk Cara Membuka Kedai Online anjuran bersama Mega Utusan Malaysia akan diadakan bermula pada 17 April ini.

Bengkel tersebut akan diadakan di lima buah lokasi bermula di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuantan dan Alor Setar.

“Hanya 50 peserta untuk setiap lokasi, sesiapa yang bercadang untuk memulakan perniagaan online boleh datang. Suri rumah, pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin berniaga secara online dialu-alukan mendaftar,” ujarnya mengakhiri bicara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: