Makan Tengahari Bersama Ujang

Semalam saya makan tengahari bersama Ujang, seorang kartunis lagenda yang dulu famous dengan majalah Gila-Gila, Ujang, Lanun, dan watak-watak seperti Atuk, Jibam dan Usop Sontorian. Pertemuan kami telah diaturkan oleh bekas pekerja saya iaitu Hafizbar. Turut bersama kami ialah 2 orang artist (i.e. pelukis, bukan artis menyanyi atau berlakon).

Saudara Ujang adalah seperti yang saya sangkakan — agak sempoi dan selamba walaupun beliau berpengalaman luas dan suatu masa dulu merupakan seorang kartunis selebriti di Malaysia. Tujuan meeting kami ialah kerana beliau ingin bertanya pendapat saya mengenai suatu isu sensitif sebelum beliau meneruskan satu projek usahasama dengan seorang yang terkenal. Kebetulan, ketika mula projek itu dirancang, Hafizbar memberitahu Ujang bahawa saya mempunyai pengalaman dalam bidang terbabit dan faham isu-isu yang dirisaukan mereka. Apa isu tersebut? kekeke takyah tau, tak penting pun hehe…

Saya merupakan seorang penggemar majalah Gila-Gila dan Ujang ketika di sekolah rendah, dan seterusnya Lanun ketika di sekolah menengah (selepas majalah Ujang bukan lagi milik Ujang — nama je yang tinggal, orangnya dah tersingkir). Jadi ini adalah satu pengalaman yang menyeronokkan untuk menjumpai seorang yang saya minati sejak kecil. Saudara Ujang merupakan seorang yang humble, jadi saya pun rasa selesa berborak dengan beliau. Juga beliau seorang yang berpengalaman luas dalam hidup, bukan setakat dalam industri majalah, komik dan animasi bahkan dalam aspek kehidupan itu sendiri. Sepertimana yang diketahui ramai, saudara Ujang telah melalui satu zaman “kejatuhan” selepas empayar kreatifnya dirampas dan dipindah hakmiliknya kepada syarikat-syarikat besar (sehingga watak-watak yang ikonik dengan nama Ujang, telah dirampas hakmiliknya dari beliau). Dalam tempoh tersebut, beliau telah membuat pelbagai jenis pekerjaan dan melalui pelbagai pancaroba hidup. Dalam masa yang sama, beliau juga amat aktif dalam aktiviti memancing, dan ramai diehard fans Ujang yang pernah mengikuti trip memancing anjuran beliau.

Pada akhir-akhir ini, Ujang telah membuat comeback dengan pelbagai aktiviti dan projek-projek kreatif yang baru. Saya mendoakan agar beliau dapat naik semula ke persada industri kreatif negara seperti zaman kegemilangan beliau satu masa dulu.

Selepas berbincang “business”, kami pun berbincang mengenai pelbagai isu lain. Saudara Sham, seorang pelukis sepenuh masa, menceritakan kepada saya mengenai industri fine arts di negara ini. Seronok dengar cerita mereka, sebab ya lah saya ni tak banyak bergaul dengan golongan-golongan seniman ni, jadi taste saya ni taste orang kebanyakan. Mana nak faham simbolisma dan interpretasi seni. Orang seni ni lebih halus, bukan hanya dalam seni mereka, tapi dalam kehidupan seharian. Mereka ni nampak yang tersirat, lebih daripada yang nyata, sedangkan orang macam saya yang berlatarbelakangkan sains ni lebih cenderung bersikap skeptic dan sinikal terhadap dunia.

Kami juga ada berborak mengenai bagaimana media banyak membodoh2kan rakyat. Dalam isu ni, Ujang dan saya sekepala. Saudara Ujang menceritakan bahawa dulu ada seorang yang mengaku ada melihat tulisan “Allah” dan “Muhammad” di dalam longkang, kononnya perkara ajaib dan mukjizat akhir zaman lah (keh keh keh). Media pula suka menonjol2kan berita sampah seperti ini, mensensasikan isu untuk menarik pembaca. Hishamudin Rais, seorang pengkritik sosial, pernah berkata (paraphrase): kenapa nama Allah dan Muhammad yang cantik-cantik dalam Al-Quran dan kitab-kitab tu tak ada orang baca, tapi nama yang timbul kat longkang, berebut-rebut orang nak baca? Keh keh keh mungkin mereka ni otak longkang kut (yang ni bukan Isham Rais yang cakap, saya yang cakap).

Saudara Ujang juga menceritakan pasal suatu kisah baru-baru ini mengenai satu keluarga yang melaporkan kononnya ada “sejadah sembahyang” di rumah mereka (rujuk entri Sejadah Berdiri dan Melayu Tahyul di laman Dewa Kebaikan). Sebenarnya tak ada apa-apa pun, cuma ada satu sejadah yang berlipat dan rupanya seakan-akan menyerupai orang yang sedang duduk tahiyyat. Berita ini dikutip oleh akhbar-akhbar tabloid dan disensasikan sehingga membodohkan masyarakat yang percaya kononnya ini satu “alamat” atau satu keajaiban. Saudara Ujang memomok-momokkan mereka yang bodoh ini dengan mengambil gambar “sejadah sembahyang” versi Ujang dan bercakap dengan sejadah tersebut (rujuk entri Sejadah Sembahyang — dalam gambar itu adalah Ujang, tapi dia bukan webmaster. Dewa Kebaikan ialah Hafizbar). Bila gambar-gambar Ujang mempersendakan geng-geng sejadah sembahyang ni keluar facebook, macam-macam lah komen daripada geng-geng otak siput ini. Ada yang tanya “kenapa awak mempersendakan agama?”. Ujang jawab balik: “agama apa yang ajar ada sejadah sembahyang?” kekekeke…

Selepas Zuhur saya pun meminta diri untuk balik ke ofis, kerana ada temujanji dengan seorang student. Alhamdulillah seronok dapat berbual-bual dengan Ujang dan kawan-kawannya sepanjang lunch hour tersebut. A day well spent.

Kalau anda ingin membeli karya-karya klasik Ujang, orderlah dari Afdal Books.

2 Responses to Makan Tengahari Bersama Ujang

  1. badrul hisam says:

    ujang mmg seorg yg humble….. sy penah mngenali beliau sekitar thn 1985 semasa beliau masih lg d gila2 dan menetap d ss5 kelana jaya. kebetulan abang sy tinggal sama dgn group gila2 ni…. jd weekend sy selalu brtandang kesana….

  2. Azi Jay says:

    saya pun bad,,,rasa2 nyer abg ujang ni ingat ke tak azie lagi,,,dulu die penah dtg umah dkampung merbau sempak bersama dgn kartunis not,,,rasa nak jupe die lah,,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: