Numerology is Bull Crap

Numerologi bukanlah sains atau bidang ilmu yang sahih. Ia merupakan bidang ilmu rekaan yang karut setahap ilmu tilik, ilmu astrologi dan ilmu “meneka personaliti berdasarkan warna seluar dalam”. Cuma disebabkan numerologi ni ada guna nombor-nombor sedikit, maka orang-orang yang jahil matematik (95% daripada khalayak umum) pun terpegun, terpesona dan terjojol biji mata dan mempercayai numerologi sebagai satu cabang ilmu sains.

Numerologi adalah bullshit. Karut dan merapu. Siapa percaya numerologi atau belajar numerologi sama lah tahapnya dengan orang yang menggunakan gelang magnet dan ionized water dan pembedahan ajaib. Numerologi tiada asas dalam sains, tiada asas dalam matematik, tiada asas dalam agama. Yang ada cuma asas kepercayaan karut nenek moyang zaman silam yang pada ketika itu juga mempercayai bahawa bumi ini terletak di hujung tanduk seekor kerbau gergasi. Kenapa ada orang masih percaya numerologi entahlah. Mungkin penyakit bodoh agaknya. hehe…

Dr Asri, bekas mufti Perlis yang merupakan seorang yang intelek, dan juga merupakan voice of reason bagi umat Islam di Malaysia, telah menghentam numerologi karut ini di dalam entry blognya: http://drmaza.com/home/?p=1135 . Syabas diucapkan kepada Dr. Asri, Dr. memang a class above the rest, tak macam segelintir tokoh agama yang pergi menghadiri kursus numerologi dan memberi sokongan pula tu. Patut diorang ni, cabut kopiah tu, kasi ganti dengan dunce cap. Tarik balik tauliah mengajar tu, ganti dengan Ijazah Ph.D. Internet bidang “mempercayai karut-marut yang berbunyi saintifik”.

Untuk menunjukkan betapa mudahnya mencipta karut numerologi, saya telah mencipta satu TEKNIK NUMEROLOGI SUHAIMI RAMLY yang boleh digunakan oleh kesemua manusia untuk meramal personaliti dan masa depan mereka. Saya telah mengambil masa yang lama (3 minit) untuk mencipta teknik ini yang saya warisi melalui ilham yang dihantar dari alam ghaib oleh seorang pahlawan melayu abad ke-15. Ilmu ini telah dihilangkan di alam semesta ini selama 500 tahun kerana ketiadaan tokoh yang layak menerima ilmu ini sehinggalah pahlawan tersebut dari alam ghaib menyalurkan ilmu ini kepada saya melalui Telepathy (betul ni, jangan tak caya. Kalau nak tahu lagi lanjut tanya wartawan Mastika).

TEKNIK NUMEROLOGI “DOKTOR” SUHAIMI RAMLY (DOKTOR BELI DI INTERNET) UNTUK MERAMAL MASA DEPAN DAN MENGENAL PERSONALITI DIRI ANDA

1. Mula-mula, tulis nama penuh anda di atas sebuah kertas (tanpa bin atau binti).

2. Campurkan nilai kesemua huruf di dalam nama anda (A=1, B=2, C=3, dan seterusnya). Jika nama anda ada simbol pelik seperti á atau š, gunakan ASCII value bagi simbol tersebut. Kalau tak ada juga ASCII value, gantikan dengan default value iaitu 732 (732 bermaksud “orang yang bertuah” dalam sistem numerologi Srivijaya purba).

3. Setelah campurkan nombor-nombor itu, anda akan mendapat satu nombor. Nombor ini dipanggil nombor ANAK.

4. Buat proses yang sama dengan nama ibu dan bapa anda. Nombor yang diperolehi ialah nombor IBU dan nombor BAPA.

5. Contoh: katalah Ali mempunyai bapa bernama Abu, dan ibu bernama Nora. Maka

Nombor anak = A + L + I = 1 + 12 + 9 = 22.

Nombor ibu = N + O + R + A = 14 + 15 + 18 + 1 = 48.

Nombor bapa = A + B + U = 1 + 2 + 21 = 24.

6. Kemudian, darabkan nombor anak dengan 19 (19 bermaksud “anda seorang yang bijak” dalam sistem numerologi Champa).

7. Darabkan nombor ibu dengan 62 (62 bermaksud “anda seorang yang cantik” dalam sistem numerologi Siam purba).

8. Darabkan nombor bapa dengan 113 (113 bermaksud “anda seorang yang berhemah tinggi” dalam sistem numerologi Greek purba).

9. Campurkan ketiga-tiga nombor yang anda perolehi.

Contoh: bagi Ali, nombornya ialah (22 x 19) + (48 x 62) + (24 x 113) = 198 + 2976 + 2712 = 5886.

Langkah ini agak sukar, jadi jika anda tak pandai mengira, anda boleh hubungi saya untuk sesi konsultansi. Kosnya murah sahaja, RM 700 untuk 15 minit. Ini adalah pelaburan anda untuk masa depan gemilang berdasarkan numerologi.

10. Bahagikan nombor itu dengan 5, dan cari bakinya. Ada 5 baki yang mungkin iaitu 0, 1, 2, 3, 4.

Contoh: bagi Ali, bakinya ialah 5886 bahagi 5 iaitu 1.

Baki ini akan menentukan personaliti anda, dan juga masa depan anda.

Jika baki anda 0,

personaliti: anda seorang yang suka kepada perkara-perkara yang anda cintai

ramalan masa depan: anda akan menikmati kebaikan tetapi kadangkala anda mengalami kegagalan

Jika baki anda 1,

personaliti: anda ialah seorang yang tidak menyukai perkara-perkara yang anda benci

ramalan masa depan: anda akan berasa gembira tetapi kadangkala sedih

Jika baki anda 2,

personaliti: anda ialah seorang yang ceria apabila melalui detik-detik gembira

ramalan masa depan: anda akan merasa tenang tetapi kadangkala berasa gementar dalam hidup anda

Jika baki anda 3,

personaliti: anda ialah seorang yang sedih bila melalui pengalaman yang amat mendukakan

ramalan masa depan: syabas! anda ialah seorang yang berfikiran positif, tapi awas, kadangkala anda berfikiran negatif

Jika baki anda 4,

personaliti: anda seorang yang disukai oleh sebahagian orang dan tidak disukai oleh sebahagian orang

ramalan masa depan: anda ialah seorang yang hidup tapi pada satu masa kelak anda bukan lagi orang yang hidup

_______________________________

Keh keh keh…senang tak aku rekacipta bullshit numerologi? Tak payah ada math degree dari MIT pun anda boleh reka sendiri karut-marut numerologi yang akan dipercayai oleh mereka yang malas berfikir tapi hanya mempercayai apa jua tahi yang disuapkan oleh “pakar-pakar” yang kononnya mengetahui rahsia besar berkaitan nombor.

Kesimpulannya, numerologi adalah karut, dan siapa yang percaya adalah berotak rendah.

Bacaan lanjut: http://www.skepdic.com/numology.html

_______________________________

FAQ

Q: Bal, kenapa marah sangat ni?

A: Aku rasa marah disebabkan oleh satu perbualan yang berlaku beberapa hari lepas dengan seorang kawan perempuan. Dialog itu adalah seperti berikut:

Perempuan: eh, bal belajar math dulu kan?

Bal: ya.

Perempuan: eh, bal tau tak rahsia nombor 7? i baca hari tu, dia kata nombor 7 ni…bla bla bla

Bal (di dalam hati): FFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFUUUU–

https://i2.wp.com/blog.aidan.com.my/wp-content/uploads/2009/09/rageface.png

15 Responses to Numerology is Bull Crap

  1. yus rezal says:

    19 bermaksud “anda seorang yang bijak” dalam sistem numerologi Champa-yg nih mmg finding paling gempak,sapa percaya mmg hancuss.hah hah hah (19 nombor jersi ragbi aku masa sekolah,adakah ini kebetulan? Nantikan konsultasi dari Mahaguru, Dr Suhaimi Ramly)keh keh keh

  2. suhaimiramly says:

    cakap pasal 19, dulu kan ada numerologi berdasarkan al-Quran ciptaan rashad khalifa, guna nombor 19:

    http://www.rashadkhalifa.org/mathematical-miracle.html

    http://www.answering-christianity.com/code_19_deceit.htm

    kat msia pun dah ada bibit-bibit ajaran sesat numerologi kononnya berdasarkan al-quran. dulu ada email pasal 9/11, kononnya kejadian tu diramal al-Quran menggunakan kod nombor surah dan ayat. dan juga kejadian tsunami dan gempa bumi. benda2 mcm ni ramai orang percaya sampai masuk suratkhabar.

    • yus rezal says:

      Adoii! website rashad khalifa tu dah macam cerita ‘The Number 23’. Biasanya orang yang ada Delusion suka la buat memnda-menda macam nih.Surat khabar pun dia nak decipher code,pulak nnt ada konspirasi,kalo dalam dunia ni,Al-Quran pun buleh di di”un-code”kan secara matematik,senang la,hidup mati duk buat math jek kat Al-quran tuh…(aku berpendapat perbuatan ini mencemar Al-Quran dan patut dibanteras. Keep up the good job,Bal!)

  3. Faizal says:

    Salam

    Saya suka entry ini. Mohon izin untuk disebarkan!

  4. tombak says:

    pengakuan:-

    saya dah penah pegi kusus dR AO tu,
    waktu tu saya nak cuba pergi sebab tengok kusus dia masuk dalam TV, sampaikan penuh dewan wisma putra, mesti ada sesuatu yang menarik, saya pun cubalah pergi.

    Kesimpulan dari kursus itu :-

    1. Dia mengajar bagaimana hendak mengira tarikh lahir, dan hasil dari kiraan itu tidak boleh diaplikasikan ke dunia sebenar langsung.
    2. Lingkup Rm50 konon untuk pelaburan. Pelaburan jadah apa tak tau, belanja mak pak aku makan KFC lagi berkat dari bagi untuk pelaburan dia.
    3. Pemberian kata2 semangat oleh beliau seperti “its now or never”, “finish what u have started” dan dua tiga patah lagi, x sangka kursus yang saya hadiri hanya untuk mendengar beliau mengupas dengan lebih mendalam tentang kata-kata semangat yang diberi, cissss….
    4. Perkara yang paling best, belajar cara bernafas utuk dapat apa yang kita mahu, series x tipu…
    5. Kusus lanjutan ada diadakan selepas ceramah yang dianjurkan, harga kursus tersebt sebanyak RM400++, dah suku gaji aku, gila hapa punya mahal. Mujur xpergi, kalu x habis la duit pelaburan, buat pelaburan emas lagi bagus dari buat “peleburan” untuk dengar orang bercakap selama dua hari tanpa ada apa2 manafaat.
    6. Simpanan emas sebagai ibu duit, gila betul, dah bunyi syirik dah, mula dari situ, memang aku x percaya langsung.
    7. Kenyataan : Sebelum kursus dimulakan, dia sendiri akan cakap ” Jangan percaya apa yang saya cakap, tapi buat”.

  5. tombak says:

    P/S : salam bal,
    macam mana nak beli Dr kat internet?
    Kat eBay ada jual x? hehehehe…

  6. Boy says:

    He he he this time, i salute u ….

  7. resampadi says:

    Oh I like this BIG TIME!!! Keep up the good job!

  8. samah says:

    hahaha penat2 kira pastu buat mod 5. dammit best gile. patut ko kasik dia kira panjangggggggg lagi pastu buat mod 2

    0 = anda bodoh
    1 = anda bodoh jugak la bangangggg tak tau ke

  9. suhaimiramly says:

    tombak,
    terima kasih atas expose yang anda tulis. nak beli Dr. senang je, cari “diploma mill”. paling popular ialah irish international university, yang banyak dibeli oleh tokoh2 di malaysia

    boy, resampadi,
    thanks

    samah,
    kekekeke numerologi biasa main mod 10. kononnya manusia ni boleh dibahagi kepada 10 jenis personality. ada orang penah bagitau aku, aku ni jenis personality nombor 2. dia pun baca huraian orang personality nombor 2: “anda seorang yang XXX dan YYY…”. dia tanya, betul tak huraian tu? aku cakap, memang betul. aku pun mintak dia baca huraian personaliti nombor2 lain pulak.

    rupa-rupanya aku ni jenis personaliti no. 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, dan juga 10. memang cold reading kaw2 punya.

    http://en.wikipedia.org/wiki/Cold_reading

  10. Yus Rezal says:

    WOW! Ada diploma mill, menarik tu.

  11. Miza says:

    hehehe… lawak lah you..

  12. I got this web site from my friend who shared with me on the topic of this web page and now this time I am visiting this
    website and reading very informative posts here.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: