Buku dan saya

Dalam banyak-banyak harta yang saya miliki, yang paling saya sayangi ialah koleksi buku saya. Saya selalu mengemas koleksi buku saya sekurang-kurangnya sebulan sekali. Koleksi buku saya semuanya berada di rumah, dan kini sudah memenuhi ruang yang ada di dalam bilik saya, sehingga terpaksa diletakkan di ruang tamu dan di luar bilik kerana ketiadaan ruang.

Bagi saya, buku membawa nostalgia yang banyak. Saya jenis yang bookish, bawa buku ke mana-mana walaupun naik bas dan LRT sekalipun. Jadi banyak buku-buku yang saya kaitkan dengan pengalaman dan tempat tertentu. Contohnya, buku The Confederacy of Dunces mengingatkan saya waktu musim salji di Boston, kerana buku ini saya bawa ketika berjalan-jalan melintasi Harvard Bridge dari MIT ke Boston city center sambil jatuh beberapa kali tergelincir atas ais. Contoh lain, setiap kali saya baca buku What The Dog Saw karangan Malcolm Gladwell, saya akan terkenangkan Kazakhstan kerana inilah satu-satunya buku yang saya bawa ke Kazakhstan ketika perjalanan saya bulan lepas. Begitu juga dengan buku-buku lain di dalam koleksi saya, semuanya ada cerita dan memori yang tersendiri.

Saya bukanlah seorang hardcore bibliophile atau kaki buku sangat, tapi saya amat bangga dengan koleksi saya. Saya biasanya membeli sekurang-kurangnya 1 buku baru setiap minggu (sekarang lebih mudah kerana saya dah jadi member Popular Book Store di Wangsa Walk yang membolehkan saya mendapat 10% diskaun). Saya selalu lepak di Austin Chase Wangsa Walk selepas waktu pejabat untuk membaca selama 1-2 jam kerana Austin Chase mempunyai reading room yang selesa.

Saya juga banyak membeli buku online, terutama buku-buku yang tak sampai ke major bookstore di KL seperti MPH, Kinokuniya, Borders dan Popular. Saya dulu selalu membeli dari Amazon.com, tapi sekarang saya cenderung membeli buku di Book Depository kerana tiada shipping cost dikenakan (thanks Dian for the suggestion!).

TUJUAN MEMBACA

Apakah tujuan membaca? Bagi saya, membaca ada dua tujuan utama, iaitu untuk rekreasi dan untuk mendapatkan maklumat. Kedua-dua tujuan ini mungkin bertindan antara satu sama lain. Kadangkala saya membaca untuk tujuan hiburan semata-mata (e.g. fiksyen), kadangkala untuk tujuan menimba maklumat semata-mata (e.g. buku teks), dan kadangkala untuk kedua-dua tujuan sekali (e.g. buku popular science, majalah berita, buku non-fiction, dsb).

Apa jua tujuan saya membaca, saya tak pernah berniat untuk membaca kerana ingin menunjuk-nunjuk, atau berjalan ke hulu ke hilir dengan buku tebal yang tajuknya impressive untuk menayangkan kepada manusia bahawa sayalah mat buku yang hebat. Kalau saya berjalan bawa buku, itu bermakna saya memang nak baca buku tu.

Ada orang kata, membaca menambah ilmu. Ini bagi saya kurang tepat, kerana membaca sahaja biasanya tidak mencukupi untuk mendapatkan ilmu. Proses membaca cuma memberi seseorang itu maklumat (information) sahaja. Untuk menjadikan ilmu, maklumat-maklumat itu perlu diproses, diselidik, dibincang, didebat, dikuliah, diseminar, dikaji dan disemak. (Mungkin ini semua semantik sahaja, saya pun malas nak fikir definisi “maklumat” dan “ilmu”).

BUKU YANG SAYA BACA

Bahan bacaan yang saya beli terbahagi kepada beberapa jenis:

1. Buku yang “mesti dibaca” / bestseller / tajuk-tajuk popular. Contoh: buku-buku agama popular (e.g. La Tahzan), buku-buku Dan Brown, buku-buku Malcolm Gladwell, the World is Flat, Tuesdays with Morrie, Ayat-ayat Cinta (kekeke jangan gelak) dsb. Kebanyakan buku-buku ini saya beli bukan kerana nak baca tapi kerana curious kenapa ramai orang yang beli. Dan selalunya saya berasa menyesal selepas membeli buku tersebut, “ish ish ish…ini buku yang jadi bestseller sampai semua orang sibuk suruh aku baca?” *sambil menggeleng-geleng kepala*.

2. Buku-buku kewangan dan perniagaan. Di dalam kategori ini, favorite saya ialah Fooled by Randomness dan The Black Swan, kedua-duanya karya Nassem Nicholas Taleb.

3. Buku-buku sejarah. Saya seorang peminat sejarah, terutama sejarah peperangan dan juga kenaikan dan kejatuhan empayar dunia. Kebanyakan buku sejarah klasik seperti karya-karya sejarah Greek dan Roman, tidak dilindungi copyright lagi, jadi karya tersebut boleh didapati di Internet sahaja (tak perlu beli, tapi kena baca di skrin komputer). Saya juga minat membaca biografi tokoh-tokoh hebat. Tapi tokoh yang betul-betul hebat lah seperti Napoleon atau Ulysses Grant atau Einstein. Kalau setakat memoir ketua hakim Malaysia, buang masa je.

4. Buku popular science dan popular mathematics. Sebagai peminat sains yang tidak berkecimpung secara langsung dalam bidang sains, saya mengikuti perkembangan sains melalui buku-buku yang ditulis oleh para saintis atau science journalist kepada orang awam (laymen) yang lebih mudah difahami. Tapi kadangkala susah ingin menghabiskan buku popular science kerana kadangkala isinya agak serabut dan penulisnya gagal untuk berkomunikasi dengan jelas dengan pembaca yang bukan saintis. Di Kinoukuniya ada satu shelf yang khusus untuk buku-buku popular science.

5. Fiksyen. Yang ini saya jarang baca melainkan koleksi cerpen (buku paling baru saya beli semalam ialah Tales of the Unexpected, koleksi cerpen-cerpen daripada Roahl Dahl). Ini disebabkan saya susah untuk fokus kepada jalan cerita yang panjang-panjang di dalam novel dan kadangkala kalau berhenti di tengah-tengah dan tidak baca selama 3 hari, terus saya terlupa jalan cerita novel itu. Namun jika novel itu sangat sedap, saya sanggup baca sampai habis walau mengambil masa yang sangat lama. Saya pernah membaca novel Les Miserables sehingga habis, dan pernah menghabiskan Volume 1 novel War and Peace (untuk satu volume ini saya ambil masa lebih kurang 4 bulan untuk tamatkan). Nantilah kalau ada masa saya habiskan Volume 2,3,4.

6. Photography collection. Saya ada beberapa buku koleksi fotografi yang saya kumpul, biasanya gambar-gambar bersejarah (minat) dan gambar-gambar haiwan (kurang minat). Ada juga buku fotografi tempat-tempat menarik dan gambar manusia dari seluruh dunia. Photography collection yang paling saya hargai ialah suatu hadiah yang saya dapat daripada Casa Arabe di Madrid iaitu koleksi gambar-gambar bersejarah mengenai hubungan diplomatik Sepanyol dengan negara-negara Arab. Tetapi saya jarang beli buku koleksi fotografi kerana harganya mahal.

7. Graphic novels. Saya mempunyai beberapa graphic novel (nama yang agak bombastik bagi komik) yang saya beli ketika undergraduate dulu, tapi sekarang saya dah tak beli lagi karya dari genre ini. Graphic novel yang paling saya minat ialah Maus (Art Spiegelman) dan Persepolis (Marjane Satrapi). Kedua-dua karya ini menonjolkan potensi medium graphic novel untuk menonjolkan isu-isu kemanusiaan yang serius.

8. Buku teks. Saya membaca buku teks untuk mempelajari subjek-subjek baru.

9. Majalah berita. Saya baca majalah berita untuk mendapatkan analisa dan perspektif yang pelbagai terhadap perkembangan isu-isu semasa. Walau bagaimanapun, semakin banyak saya membaca majalah-majalah berita, semakin yakin saya bahawa para penganalisa berita dan pundits ini kebanyakkannya adalah full of shit.

Buku-buku yang saya tak baca: buku politik, buku bodek (dulu masa Pak Lah naik, belambak2 buku gambar Pak Lah, sekarang ni bersusun2 buku gambar Najib kat kedai buku. Ada orang baca ke buku-buku ni?), buku bagaimana menjadi jutawan hartanah / jutawan muda / jutawan internet / jutawan ikan keli, buku biografi atau autobiografi tokoh-tokoh yang sangat sangat minor dan tak signifikan, buku resepi, buku cintan-cintun, buku Twilight, buku yang ditulis oleh orang di bawah 30 tahun (apa yang mereka tahu?), dan juga pelbagai lagi buku sampah yang lain.

ADAKAH MEMBACA ITU BAGUS?

Kadangkala ya, kadangkala tidak. Tak semestinya baca buku jadi orang berilmu. Ramai orang yang banyak membaca tapi berfikiran bercelaru dan serabut. Ramai orang yang tak banyak membaca tapi menjalani hidup yang produktif dan menjadi insan berguna.

Tak dinafikan membaca boleh membuka minda, tetapi mestilah membaca bahan bacaan yang betul. Kalau kita masuk kedai buku, ingatlah hampir 90% buku yang ada adalah sampah / “noise”, jadi tak semestinya kalau baca buku sudah tentu baik. Ada juga orang yang obses dengan buku (hardcore bibliophile) sehingga ke peringkat kronik. Ada yang banyak membaca tapi bahan bacaannya merosak dan meracun akal.

Jadi, membaca ini serupa juga seperti surfing internet, boleh jadi baik dan boleh jadi buruk. Walaupun saya suka membaca, tapi saya anggap membaca ini sebagai hobi sahaja, dan saya tak kisah langsung kalau orang lain tak suka membaca. Ingat tak beberapa tahun lepas, ada satu kajian yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia membaca 2 mukasurat sahaja setahun? Bila saya dengar statistik tu, reaksi saya ialah “so what?”. Baca 2 mukasurat pun, lebih baik daripada baca 200 mukasurat buku sampah.

8 Responses to Buku dan saya

  1. marjan says:

    Mr. Bal,

    Do you prefer to read e-books or the real physical books? Some people like Gill Grissome prefers to read the real deal because according to him, reading books we lean back while reading text from computer we lean in.

    • suhaimiramly says:

      Hello Marjan, welcome to my site!

      I read both and honestly I dont have strong opinion either way. ebooks need a little bit of getting used to, but it isn’t a problem for me since I have used computers regularly since childhood. Most people who are snobbish about reading the “real thing” are usually older people who started to use computers later in life, so reading on a screen feels foreign and unnatural.

      Now with electronic readers like kindle or ipad, we can also lean back while reading. for someone poor like me who can’t afford kindle or ipad, even reading a book on the screen of a lightweight netbook feels like the real thing.

  2. Yus Rezal says:

    Apa kriteria ko beli buku Bal? Penulis atau tajuk?

    • suhaimiramly says:

      kekeke honestly kriteria paling penting ialah review. aku selalu baca Amazon review before aku beli buku. most of the books yg aku beli adalah daripada recommendation orang atau pun daripada book review in Newsweek or New Yorker.

      Although sometimes you know that some authors can do no wrong that even their so-so works are worth buying, e.g. Twain, Dostoevsky, Asimov

  3. Alif says:

    “buku bagaimana menjadi jutawan hartanah / jutawan muda / jutawan internet / jutawan ikan keli, ”

    haha…buku2 ni skarang cukup banyak aku jumpa kat MPH. Semua from a single publisher…aku tak ingat la pulak sapa publisher tu.

    Kalau buku “Dr Mahathir’s Selected Letters to World Leaders” tu di kira kategori apa pulak Bal? Aku beli buku tu last month.

    • suhaimiramly says:

      hahahah buku tu aku ada, beli dari MPH Mid Valley last year. tu satu lagi genre buku yang aku suka baca: selected works, in this case correspondence of a statesman.

      aku rasa ni boleh juga dikategorikan sebagai satu cabang genre biografi, dimana bahan2 yang digunakan ialah primary sources (surat2 rasmi) dan skop masa yang ditonjolkan adalah terhad (kepada tempoh TDM berkhidmat sebagai PM, bukan sepanjang hidup beliau).

  4. Miza says:

    Membaca… you need your own imagination.. kalau tgk astro channel like national geograpic, discovery, history, rase nye penyampaian informasi lebih jelas. Ape pendapat you?

    • suhaimiramly says:

      That’s the whole point of reading — you need to imagine the story / the historical event.

      I also love video documentary but it’s not comparable to reading.

      It’s the same like reading Les Miz novel vs watching the Les Miz musical. I enjoy watching the musical because of the song and dance numbers, but the musical discards some of the most important scenes from the novel. They are both good, but ultimately they are different art form and thus are not comparable.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: