Al-Muqaddimah Ibnu Khaldun

Kitab Al-Muqaddimah nukilan Ibnu Khaldun adalah suatu kitab yang sangat menakjubkan, kerana isinya merangkumi pelbagai aspek sains dan kehidupan manusia pada ketika itu. Ibnu Khaldun merupakan seorang genius polymath (pelbagai bakat) dan seorang renaissance man yang menguasai pelbagai bidang ilmu. Di dalam kitab ini, Ibnu Khaldun membincangkan pelbagai topik seperti sejarah, geografi, matematik, agama, sistem kerajaan, sistem ekonomi, sistem pendidikan dan lain-lain.

Jika orang biasa cuba untuk menulis mengenai semua bidang ini, sudah tentu penulisan itu akan berbentuk asas (basic) sahaja, kerana tidak mungkin ada orang yang dapat memahami kesemua bidang tersebut dengan mendalam. Tapi Ibnu Khaldun merupakan seorang “master of all trades” yang jarang-jarang dijumpai dalam sejarah manusia; beliau dapat mengupas setiap topik tersebut dengan mendalam, dan memahami dan menghujahkan isu-isu yang kritikal dalam setiap disiplin ilmu tersebut. Amat mengkagumkan apabila kita membaca Al-Muqaddimah dan mendapati bahawa isinya amat moden, dan hujah-hujah yang digunapakai amat sofistikated, dan sesetengah kandungannya masih relevan dengan dunia masa kini walaupun kitab tersebut dikarang pada abad ke 14.

Menurut Wikipedia:

British historian Arnold J. Toynbee called the Muqaddimah “a philosophy of history which is undoubtedly the greatest work of its kind that has ever yet been created by any mind in any time or place.” Much of his own work on world history was inspired by Ibn Khaldun.

The British philosopher Robert Flint wrote the following on Ibn Khaldun: “As a theorist on history he had no equal in any age… Plato, Aristotle and Augustine were not his peers.”

Saya menggalakkan para pembaca yang suka membaca dan mengkaji ilmu pengetahuan agar membaca kitab ini. Agak mengejutkan bagi saya kerana kitab yang hebat ini masih belum diterjemahkan ke dalam BM. Walau bagaimanapun, versi lengkap Bahasa Inggeris (terjemahan oleh Franz Rosenthal) boleh dibaca di laman web berikut:

http://www.muslimphilosophy.com/ik/Muqaddimah/

One Response to Al-Muqaddimah Ibnu Khaldun

  1. rahmin husain says:

    download

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: