Malaysia pusat kecemerlangan perubatan sedunia

Malaysia ialah pusat kecemerlangan perubatan sedunia. Siapa tak setuju dengan kenyataan ini adalah “Melayu liberal berkiblat Barat”.

Perubatan Malaysia lebih hebat dari Amerika, Eropah, Jepun dan Israel. Cuma tiada Nobel prize diberikan kepada orang Malaysia kerana komiti Nobel prize adalah racist kepada orang Melayu. Mereka cuma mahu beri kepada orang puteh sahaja.

Bagaimana saya tahu Malaysia adalah negara perubatan terhebat di dunia? Ini kerana orang Malaysia telah MENEMUI berpuluh-puluh kaedah perubatan yang boleh menyembuhkan penyakit yang mana orang Barat masih terkapai-kapai untuk mengubatinya. Bukan satu, malah berbelas-belas jenis ubat. Bahkan, ubat-ubat itu boleh mengubati KESEMUA penyakit, bukan macam perubatan mat saleh/omputih, satu ubat untuk satu penyakit sahaja.

Kalau anda tak percaya pada saya, cuba anda jalan-jalan di pasar malam, di pasar Chowkit, di ceramah2 pas, di pasar tani, dan sebagainya. Tuan-tuan dan puan-puan akan jumpa pelbagai ubat yang boleh menyembuhkan semua penyakit.

“Ubat Gamat resepi istimewa dari kampung, boleh guna untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Mari tuan-tuan dan puan-puan.”

“Ramuan istimewa Ostat Mat Awang, menggunakan adunan madu asli dan herba, boleh digunakan untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Insya Allah mujarab…”

“Ya tuan-tuan, gunalah lampu garam bukit dirumah anda, ianya berkesan untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Mari tuan-tuan dan puan-puan beli lampu saya.”

“Ini mesin istimewa yang diiktiraf secara saintifik oleh pakar perubatan holistik dari Nigeria Institute of Homeopathy. Kalau anda sambung badan anda dengan mesin ini, dan biarkan selama 30 minit, nescaya ianya akan merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Yaaa…mari gunakan mesin saya sambung kat badan.” (kekeke…ini pun ada orang kena tipu jugak. Adehh bangsaku)

“Mari beli mesin penapis ionized water berharga RM 2000. Tuan-tuan juga boleh jual mesin ini pada orang lain cara MLM dan mendapat pendapatan berganda-ganda sehingga boleh hantar ibu bapa pegi umrah. Ionized water ini boleh digunakan untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Mari beli.”

“Ini ubat istimewa dari tanah arab, dibuat daripada pati minyak dhob. Ingat tuan-tuan, kalau dari tanah arab kita kena percaya kerana nabi kita orang arab. Jadi jangan banyak tanya, sapa banyak tanya iman kurang (terutama untuk benda2 yang ada kaitan dengan arab). Ubat minyak dhob ini boleh digunakan untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Mari tuan-tuan beli, takkan tak pecaya saya ni kan pakai kopiah.”

“Tuan-tuan puan-puan, ini ubat istimewa yang dibuat oleh akar kayu ramuan nenek moyang. Bukankah nenek moyang kita dulu hebat, tak guna ubat barat pun boleh hidup sampai 100 tahun dan ada 15 anak. Ubat nenek moyang ni mujarab untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Jangan percaya ubat hospital, itu semua agenda yahudi. Gunakan ubat nenek moyang.”

“Mari mari ini ubat istimewa dibuat dari kayu koka. Kayu koka kayu yang ajaib. Sapa tak percaya sudah termakan dakyah Barat. Ubat kayu koka ini boleh digunakan untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Percayalah cakap saya.”

“Pakcik makcik adik abang sekalian, mari makan kismis istimewa yang sudah dibaca dan ditiup oleh Ostat Seman Alias. Ia boleh merubat semua penyakit seperti merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Kalau tak percaya tanya Ostat Seman Alias.”

“Ini dia, ramuan istimewa air daun jemuju asli untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Ini petua orang-orang tua kita.”

“Mari semua kita beli sabun susu kambing dan syampoo susu kambing dan pil susu kambing yang dibuat khas menggunakan teknologi kambing terkini. Ianya boleh dipakai untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Belum cuba belum tahu.”

“Cepat-cepat…ramuan istimewa kurma campur madu lebah campur habbatus sauda campur kurma campur daging unta campur kurma campur air zam zam…fuhhhh ni dah habis islamic ni tuan-tuan…tak payah buat penyelidikan sains, kita just campur aduk je semua benda yang islamic…nescaya ubat ini boleh digunakan untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Mari beli, cepat sebelum kehabisan.”

Dengan begitu hebatnya industri perubatan Malaysia, saya menyarankan kepada kerajaan supaya menghentikan penghantaran pelajar ke UK, Ireland, Russia dan negara-negara Barat lain untuk mempelajari bidang medical. SEPATUTNYA mereka lah yang patut datang ke negara kita belajar bagaimana membuat adunan ubat yang boleh mengubati semua penyakit.

Ini tidak, sibuk dengan medical research lah, lab test lah, double blind experiment lah, statistical significance lah, clinical trial lah, MBBS lah, lecture lah, housemanship lah, specialist lah, entah apa-apa. Buat kajian berpuluh-puluh tahun, tapi dapat sebijik pil je, itu pun cuma boleh ubat satu penyakit je. Tengok macam kami, buka kitab je, boleh belajar buat ubat yang boleh ubati SEMUA penyakit.

Apa lah susah sangat perubatan moden ni.

9 Responses to Malaysia pusat kecemerlangan perubatan sedunia

  1. Alif says:

    kahkahkah…sarcastic giler…πŸ˜›

  2. Yus Rezal says:

    Pergh! Terkejut aku dengan tajuk entry,nasib baik sarcastic.keh keh keh. rasanya orang malaysia nih suka benda-benda multi use kot… (multipurpose vehicle,multiherb bukan multivitamin,multi level marketing..dll).

  3. Johan Tan says:

    Hehe Pandai orang jual obat buat promotion..

  4. eezone says:

    aduh makan dalam hahaha…nice post btw…hopefully ramai orang2 kita akan mula guna akal untuk berfikir dan bukan hanya mengangguk secara membuta tuli sahaja…

  5. Resampadi says:

    LOVE YOUR ENTRY!!!!

    I couldn’t say in better words myself!

    Kalau org tak faham jugak, tak tahulah…

  6. ngehngehngeh!
    i like itπŸ™‚

  7. Faizal Ahmad says:

    Same article here…
    zamfenbren.blogspot.com/2010/12/malaysia-pusat-kecemerlangan-perubatan.html

  8. SESTER says:

    aduhyaiiiiiiiiii hahahahahaha pecah perot

  9. Pendekar Sufi says:

    Bangsat punya manusia, ilmu yahudi kau sanjung , ilmu tok nenek warisan para waliy kau keji. Kufur laknatullah, tunggu lah masa kemunculan Imam mahdi, pertama semua ulamak suk prroduk Yahudi akan di mansuhkan dan kedua kesemua sistem kafir laknatullah akan di hapuskan.,

    Apsal kecik2 mak bapak kauorang tak campak je dalam longkang, buat macam nabi Khidir bunuh budak kecik sebab masa dewasa baakal meneyesatkan orang. Bnagsaaaaaaaaattttttt.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: