Alien diplomacy

30 September 2010

The Economist Online

Science and Technology / Babbage

_________________________________

The UN’s secretive alien ambassador

Sep 28th 2010, 16:03 by N.L.

LAST Sunday, it emerged that the UN was set to appoint a Malaysian astrophysicist called Mazlan Othman to lead international efforts to respond to visitors from outer space. As the article in the Sunday Times explained, Dr Othman is the head of the UN’s Office for Outer Space Affairs (Unoosa). But then an article on the Guardian’s News Blog seemed to pour cold green slime over the whole story. The Guardian reports that Dr Othman said, “it sounds really cool but I have to deny it”. Dr Othman is quoted as saying she is attending a conference next week on how the world deals with “near-Earth objects”.

This cannot be correct unless Unoosa considers aliens to be near-earth objects (like comets and asteroids). The Guardian did not contact the author of the original piece. Yet it is a matter of record that Dr Othman is due to attend a meeting at the Royal Society next Monday about how science and society should respond to aliens. If she turns up to talk about near-Earth objects, she’ll be politely shown to the transporter chamber.

Dr Othman is attending a debate about political issues for the UN that arise from alien life. One of her co-panellists, Frans Von der Dunk, will discuss the role of the UN in representing humanity in “any inter-cosmic ‘discourse’”. The current version of the programme does not say exactly what Dr Othman is there to discuss, but it isn’t a bold voyage into the unknown to wonder whether she will be reprising her words to a similar meeting in January on the consequences of detecting aliens.

In a March version of that talk she wrote, when aliens arrive “we should have in place a coordinated response that takes into account all the sensitivities related to the subject. The United Nations are a ready-made mechanism for such coordination.” It is clear that she is proposing her agency, so why deny it?

So is there going to be an alien ambassador? Well for one thing, distances in space are so vast the chances of anything more than a signal arriving from aliens is fantastically remote. For another, it is more likely that if we discover alien life it will be some form of microbe found under a damp rock on Mars or some pattern in the chemistry of a planet several hundred million years away.

Yet another problem is that there is already another international group competing to manage the issue of alien contact. Run by Paul Davies, an astrobiologist at Arizona State University, the SETI Post-Detection Taskgroup operates under the aegis of the International Academy of Astronautics, according to MSNBC.

While the boffins get their tentacles in a twist over who is in charge of alien contact on Earth, the truth of the matter is that it is leaders of big countries like America and China, not the international agencies, who are going to have the final say on what gets said by whom. What is more, if ever there was a story that demonstrated how awful the UN can be at being in charge, it is this. Attempts to reach Dr Othman have failed. Your correspondent will approach Unoosa again tomorrow, this time covered in green face paint and sporting three eyes in the hope of attracting attention.


cuba teka sekarang pukul berapa?

28 September 2010

Answer here. Try to find the answer first before you click. This is not a trick question.

(Hat tip: Gizmodo / Credit: Tokyo Flash.)


Akaun bisnes kecil cara mudah

27 September 2010

Ramai usahawan baru atau pekerja makan gaji yang baru berjinak-jinak dengan bisnes part-time, menghubungi saya untuk bertanya mengenai bagaimana menyimpan akaun perniagaan. Mereka ini terdiri daripada peniaga kecil yang berniaga produk-produk seperti cupcake, pakaian bayi, tudung, aksesori wanita, secara kecil-kecilan sama ada online atau offline.

Pertama sekali, tahniah diucapkan kerana anda semua berani menceburkan diri ke alam perniagaan. Bukan senang nak buat perniagaan walaupun kecil. Saya menyokong niat suci anda dan mendoakan perniagaan anda berjaya.

Saya ingin menceritakan di sini bahawa penyimpanan rekod dan akaun perniagaan adalah suatu yang mudah. Tak perlu lah anda risau melampau takut diaudit oleh LHDN atau pening kepala kerana tak pandai buat akaun. Menyimpan akaun ini boleh dilakukan walaupun perniagaan anda masih kecil, hatta jika anda menjual barang di eBay sekalipun.

Mereka (peniaga kecil) merungut kepada saya bahawa mereka pernah bertanya soalan ini kepada kawan-kawan mereka yang belajar jurusan accountancy. Para akauntan ini memberikan jawapan yang rumit mengenai sistem akaun seakan-akan peniaga ingin membuka perniagaan jutaan ringgit. Perlu ada general ledger, double entry bookkeeping system, this and that statement, etc. sehinggakan kakak yang ingin menjual tudung di ofis pun jadi takut mengenai akaun.

Saya ingin menghuraikan cara mudah menyimpan akaun dan rekod perniagaan anda. Dengan menyimpan rekod yang lengkap, anda dapat melihat perkembangan perniagaan anda dan membuat rancangan untuk mengembangkan perniagaan ke tahap seterusnya.

(DISCLAIMER: segala yang ditulis dalam entri ini adalah cadangan peribadi penulis semata-mata. Penulis tidak bertanggungjawab atas segala yang berlaku natijah daripada anda mengikuti cadangan penulis).

Berikut adalah langkah-langkah menyimpan rekod perniagaan dengan mudah, tanpa memeningkan kepala mempelajari sistem perakaunan yang susah-susah:

1. Akaun bank berasingan

Walaupun anda berniaga kecil-kecilan tanpa mendaftarkan syarikat, anda sepatutnya mengasingkan duit peribadi anda daripada duit perniagaan. Jika anda sudah mendaftarkan perniagaan (samada bentuk pemilik tunggal, perkongsian atau Sdn Bhd), maka lebih wajiblah anda membuka akaun bank untuk perniagaan dan mengasingkan wang peribadi anda daripadanya.

Jika anda tidak mendaftarkan perniagaan, buka akaun bank kedua atas nama anda untuk menyimpan tunai yang terhasil dari perniagaan anda.

Simpan semua rekod transaksi bank tersebut. Penyata bulanan bank anda adalah dokumen terpenting dalam perniagaan anda. Dengan penyata inilah anda dapat melihat tahap “kesihatan” perniagaan anda. Untuk yang nak memohon kemudahan kewangan daripada bank atau agensi kerajaan, penyata bank adalah dokumen utama yang disemak oleh pegawai pinjaman.

Adalah sangat penting anda mengasingkan duit perniagaan dengan duit peribadi. Setiap transaksi antara kedua-dua akaun tersebut mestilah dicatat. Jangan campur aduk wang peribadi dengan perniagaan. Ini adalah langkah pertama yang anda perlu ambil untuk menyimpan rekod perniagaan yang bersih.

2.  Kos inventori (Belian)

Perkara kedua yang perlu anda buat setelah membuka akaun bank ialah membeli barangan yang akan dijual atau inventori. Barangan ini boleh jadi dalam bentuk bahan mentah (tepung, gula, icing, etc jika anda membuat cupcake) atau bahan siap (contoh: beg tangan, kasut).

Rekod kesemua kos tersebut dengan lengkap: tarikh, item, kuantiti, harga, nama penjual. Itu sahaja. Pastikan anda menyimpan resit bagi semua transaksi yang anda buat.

Catat semua belian anda di dalam satu jadual (hardcopy atau Excel). Column yang perlu ada ialah tarikh, item, kuantiti, harga, dan penjual.

Saya membuat andaian kesemua jualan anda adalah dalam bentuk tunai, bukannya kredit. Perniagaan kecil biasanya menggunakan tunai sahaja.

3. Jualan

Sekali lagi, saya membuat andaian kesemua jualan anda adalah dalam bentuk tunai (jika tidak, mungkin entri ini tak sesuai untuk anda). Tunai adalah “lifeblood” bagi perniagaan kecil, jadi pastikan setiap jualan anda dilangsaikan dengan tunai tanpa ada tempoh hutang.

Untuk setiap jualan, anda perlu mencatit maklumat berikut: tarikh, item, kuantiti, harga, diskaun (jika ada), nama pembeli. Pastikan setiap transaksi direkod dengan menyimpan resit atau slip pembayaran.

Catat semua jualan anda di dalam satu jadual (hardcopy atau worksheet Excel). Sekarang kita sudah ada dua jadual, Belian dan Jualan.

4. Kos-kos lain (Expenses)

Expenses ialah segala kos yang ditanggung dalam perniagaan selain daripada kos membeli bahan mentah dan menghasilkan produk siap untuk dijual. Ini termasuklah pengangkutan, postage, printing, bil elektrik/air/telefon, sewa pejabat, gaji pekerja, marketing, packaging, dan sebagainya.

Sekali lagi, saya menganggap setiap kos-kos tersebut dilangsaikan dalam bentuk tunai (sesuai untuk perniagaan kecil). Catat setiap expenses tersebut dan rekod dalam satu jadual hardcopy atau Excel worksheet. Ini adalah jadual ketiga anda, selepas Belian dan Jualan.

5. Ambilan dan Modal

Ambilan dan Modal adalah pertukaran wang/produk antara akaun peribadi dan akaun perniagaan. Contohnya, jika anda ingin mengambil satu pasang pakaian bayi dalam inventori anda untuk digunakan oleh anak anda sendiri, ini dikira sebagai ambilan. Begitu juga jika anda ingin mengambil wang daripada akaun perniagaan untuk digunakan secara peribadi. Ini juga wajib direkod.

Modal adalah sebaliknya: menggunakan wang peribadi untuk kegunaan perniagaan, atau menggunakan perkakas peribadi untuk kegunaan perniagaan. Ini juga perlu dicatat.

Setiap duit yang bertukar tangan antara akaun peribadi dengan akaun perniagaan anda mesti dicatat, sama ada sebagai ambilan (perniagaan –> peribadi) atau sebagai modal (peribadi –> perniagaan).

_______________________________________

Sekarang kita sudah ada 5 Jadual: Belian, Jualan, Expenses, Ambilan dan Modal. Ini sudah cukup untuk kegunaan peniaga-peniaga kecil yang membuat all-cash transaction, iaitu tiada belian atau jualan kredit, atau pinjaman.

Pastikan duit yang diterima daripada jualan dimasukkan ke dalam bank dengan kerap supaya baki bank anda melambangkan wang yang dimiliki oleh perniagaan anda dengan tepat. Sebaik-baiknya minta pembeli bank-in terus bayaran ke dalam akaun anda.

Saya pernah berborak dengan seorang taukeh kedai Mamak di KL yang memberitahu saya bahawa beliau mempunyai seorang staff yang kerjanya pergi ke bank setiap 30 minit untuk deposit semua wang tunai yang diterima di cash register machine.

Kurangkan simpan duit dalam bentuk petty cash (di luar bank) melainkan untuk beberapa expenses yang tertentu sahaja. Menyimpan petty cash yang banyak boleh meningkatkan nafsu anda untuk mengambil duit itu untuk berbelanja untuk kegunaan peribadi. Dengan ini, tunai bisnes anda akan berkurang.

Guna cek untuk membayar bil, gaji pekerja dan supplier untuk meningkatkan aktiviti akaun bank anda. Kos sekeping cek ialah lebih kurang RM0.50.

Kadangkala anda diminta untuk memberi akaun kewangan yang lengkap untuk disemak. Akaun kewangan lengkap terdiri daripada tiga dokumen: income statement, cashflow statement, dan balance sheet. Anda akan diminta menyiapkan ketiga-tiga dokumen ini kalau anda ingin membuat pinjaman, atau ingin memohon geran.

Anda boleh membina ketiga-tiga dokumen tersebut dengan 5 Jadual yang saya huraikan tadi — Belian, Jualan, Expenses, Ambilan dan Modal. Tak perlu pening-pening kepala, cuma tunjukkan 5 jadual tersebut kepada rakan anda yang pernah belajar accountancy, nescaya rakan anda itu boleh menghasilkan IS/CF/BS untuk perniagaan anda.

Anda seharusnya membiasakan diri anda menyimpan rekod perniagaan yang lengkap walaupun perniagaan anda masih kecil (e.g. menjadi pengedar produk atau menjual barangan di pejabat secara part-time). Dengan menyimpan rekod perniagaan, anda dapat mengkaji untung rugi perniagaan anda, disamping membolehkan anda mengembangkan perniagaan anda di masa hadapan.

Menyimpan rekod bagi perniagaan kecil adalah mudah, tak perlu degree accountancy atau pergi kursus-kursus yang mahal. Anda cuma perlu simpan 5 Jadual sahaja — Belian, Jualan, Expenses, Ambilan dan Modal. Semua transaksi yang penting dalam perniagaan kecil terkandung dalam kelima-lima jadual tersebut.

Jika perniagaan anda dah besar nanti, baru anda perlu fikir mengenai sistem perakaunan yang canggih-canggih. Untuk peniaga kecil, fokus untuk kembangkan perniagaan dan banyakkan cash sales anda. Gunakan sistem menyimpan rekod yang mudah dahulu.

Semoga berjaya!


Anybody can confirm that this works?

26 September 2010


Szomorú Vasárnap

25 September 2010

Szomorú Vasárnap, or Gloomy Sunday in English, is a hit song written in 1933 by Hungarian composer Rezső Seress. It’s more commonly known as the Hungarian Suicide song because of hundreds (if not thousands) of suicides that had been inspired by listening to it. The song itself has been has been covered several times, most famously by Billie Holiday, and for the most part is considered an urban legend and a brilliant marketing campaign.

this is seress business

The version that reached radio waves, however, is not the version that was originally written. Rezső Seress originally wrote the song in order to woo his girlfriend, who had recently left him. The song succeeded in bringing them back together for a short time, before she jumped from his apartment window. Rezső had been out at the time. His girlfriend left a note for him—”Szomorú Vasárnap.” The song was changed before release. Rezső Seress himself committed suicide in 1969, jumping out of his window in very much the same manner his girlfriend did.

— from creepypasta.com

(before you guys go all Snopes.com on me, yes, i know the story was made up, or at best exaggerated.)

Original Hungarian version:

Cover version, in anglais:


Bagaimana menulis dengan baik

24 September 2010

Banyak tips2 menulis yang telah diberikan oleh para penulis. Tetapi saya cuba-cuba cari di Google, kebanyakan tips2 tersebut adalah dalam bahasa england. Dalam bahasa melayu, tak banyak tips2 penulisan boleh didapati. Namun ini adalah tidak pelik, kerana kebanyakan penduduk dunia tahu berbahasa england, dan tak ramai orang tahu berbahasa melayu. Yang melayu pun sibuk2 duk menulis dalam bahasa england, walaupun penguasaan bahasa england mereka agak kureng sedikit. Takpelah, i’m not here to judge anyone.

Saya menulis ini untuk sama-sama berkongsi tips menulis dalam bahasa melayu. Bahasa melayu bahasa yang mudah. Kalau bahasa-bahasa dunia diberi ranking menurut tahap kerumitan mempelajari bahasa tersebut, maka bahasa melayu akan terletak dalam 10 bahasa terbawah, kerana mempelajari BM adalah sangat mudah. BM ini mudah dari segi alphabet, sebutan, ejaan, syntax, tenses, tatabahasa, gender, dan segala aspek linguistik. Syukur Alhamdulillah saya dibesarkan dengan BM sebagai bahasa ibunda saya. Walaupun saya banyak cakap england dalam kehidupan seharian tapi BM tetap di hati dan lidah saya sebagai bahasa no.1 saya. Walaupun saya agak fasih berbahasa england dan menulis bahasa england, bahasa england itu tetap foreign language bagi saya.

Untuk menulis BM juga mudah. Tak perlu stylistik dan bombastik. BM ialah bahasa yang fleksible dan straightforward. Anda boleh menulis artikel yang tajam-tajam dan pedas-pedas dengan cuma menggunakan ayat pendek dan point form, sepertimana entri-entri Tun Dr M di blog Che Det nya. Anda boleh membuat fiksyen-fiksyen dan satira-satira yang sedap dibaca dengan bahasa mudah dan cantik tanpa perlu berbunga-bunga. Literature melayu penuh dengan karya-karya yang straightforward dan mudah dibaca (yang berbunga-bunga pun ada banyak juga).

OK mari kita keluar dari kelompok sastera. Katakan anda ingin menulis untuk umum — e.g. menulis blog, menulis artikel, menulis buku, membuat review, kertas kerja dan lain-lain. Saya ingin memberikan beberapa tips yang boleh anda gunakan.

1. Tujuan anda menulis ialah untuk orang lain faham.

Sila ulang ayat ini 10x sebelum anda menulis: “Saya tulis supaya orang lain faham”. Kalau orang lain tak faham, baik campak dalam tong sampah. Tak guna menulis kalau yang faham cuma si penulis dan 2 orang pembaca sahaja.

Jangan guna alasan, saya menulis ni untuk diri saya, tak apalah kalau orang lain tak faham. Ini alasan yang salah. Kalau anda menulis untuk diri anda dan bukan untuk dibaca dan difahami oleh orang lain, cukup dengan tulis diari sahaja. Tak perlu tulis blog atau artikel suratkhabar. Dan, kalau anda menulis tapi susah orang nak faham, anda telah membuang masa dan tenaga pembaca-pembaca anda.

Ramai orang yang menulis dengan niat nak menunjuk pandai, menunjukkan fikiran yang sofistikated (kononnya) dan menunjukkan kebolehan menempek-nempek perkataan yang bombastik dan stylistik supaya kononnya pembaca menjadi kagum. Bila saya baca perkataan bombastik seperti “artikulasi”, “luwes”, “mapan” dsb. saya rasa nak termuntah. Apa lah salah guna perkataan biasa. Tahu lah ada degree sastera.

2. Gunakan BM pasar

Bahasa baku tidak sesuai digunakan untuk wacana awam. Lainlah kalau anda nak membentangkan kertas kerja di DBP. Untuk kegunaan awam, guna bahasa yang biasa dan conversational. Anggap kita sedang berbual dengan pembaca kita. Jangan anggap kita professor sastera dan pembaca kita pelajar tahun pertama dan kita mahu mengelirukan pembaca supaya kononnya kita akan nampak “hebat”.

Dalam penulisan BM, anda juga boleh menyelitkan perkataan-perkataan bahasa lain, contohnya bahasa england atau bahasa arab. Tak salah pun. Cuma jangan melebih-lebih nanti meluat orang nak baca, al-maklumlah ente si penulis ni kan sofistikated (guna bahasa england) dan juga alim (guna bahasa arab). Nak guna perkataan2 pinjaman tak salah tapi kena berpada2. Jangan terlalu pretentious (hoorey saya pandai bahasa england!) sehingga dalam artikel BM anda ingin menyelitkan istilah2 French, German dan Latin. Yang ni mmg saja nak kasi aku termuntah.

3. Tak perlu lah tatabahasa / grammar yang sempurna

Ada orang bagitau saya, sekarang DBP ada keluarkan rules yang baru: mana-mana perkataan yang ingin dipluralkan, perlu diulang tapi tak perlu letakkan hyphen di antara perkataan itu. Contoh, jika ada tiga ekor lembu (plural) maka cara yang betul menurut sistem DBP terkini ialah “lembu lembu”, bukan “lembu-lembu”. Sama ada betul atau tidak, entahlah kena tanya orang yang bagitau kat saya.

My point is (cakap england lagi, hebatkan saya), kalau anda menulis, tak perlu lah sampai grammar anda sempurna tapi dengar nya kekok. Ini kerana hukum grammar baku itu adalah buatan manusia, sedangkan “bahasa pasar” adalah sesuatu yang berkembang dalam masyarakat secara spontan. Sebab itu tak ada orang yang bercakap dalam bahasa baku.

Kalau bukan tulis dalam suratkhabar, tak ada siapa kisah pasal grammar atau typo. Relax.

4. Tolong jangan gunakan perkataan bombastik dan terlalu tinggi sampai orang tak faham.

Ini lah cara paling mudah menjadikan orang meluat dengan penulisan anda.

5. Tak perlu cari “quote” daripada orang-orang terkenal dan konsep-konsep yang sofistikated dan tak relevan semata-mata untuk mengabui mata pembaca.

Ini juga menjadikan orang meluat. Contoh paling simple ialah Anwar Ibrahim. Kalau dia ni tulis, sikit2 nak quote Gandhi, lepas tu quote Shakespeare, lepas tu 2-3 ayat quote Sun tzu, lepas tu next paragraph quote Jamaludin Al-afghani pulak, lepas tu next page quote pulak Adam Smith, lepas tu quote Jose Rizal, bila habis tu quote Jefferson pulak. Kekeke dah la quote2 tu semua general dan tak relevan sangat pun dengan topik (bukan quote sebagai academic reference), saje je nak pandering to the crowds. Siapa fanatik DSAI jangan marah saya okey, cuba baca buku2 brader Anwar, contohnya “Asian Renaissance”. Buku tu penuh dengan quote yang bertempek2, low in actual substance.

6. Gunakan perkataan yang mudah, ayat yang pendek, dan perenggan yang banyak

Jangan jadikan penulisan anda sarat dengan run-on sentences, perkataan-perkataan yang bombastik, dan perenggan-perenggan yang panjang (wall of text). Ini adalah musuh pembaca. Jadikan penulisan anda sedap dibaca dan mudah dihadam dengan menggunakan ayat pendek, perkataan mudah, dan banyakkan perenggan.

Kadangkala untuk menyenangkan pembaca anda, anda boleh drop imbuhan daripada perkataan-perkataan anda. Sesetangah perkataan menjadi lebih tajam/candid apabila imbuhan (me-, pe-, ber-, etc. ) dibuang.

7. Gunakan peribahasa dan simpulan bahasa, tapi berpada-pada

Seperti saya katakan awal tadi, BM adalah bahasa yang mudah, sedap didengar dan ditutur dan dibaca, dan cantik. Kemuncak keindahan bahasa Melayu ialah peribahasa dan simpulan bahasa (idioms) yang diwarisi dari nenek moyang.

Perkataan di dalam BM mempunyai strong quality dan dapat menimbulkan mental image yang jelas. Sebagai contoh (ini contoh tak elok), cuba lihat perkataan-perkataan lucah dalam BM — pantat, puki, kote, pundek — kesemua perkataan ini mempunyai bunyi yang “kotor” dan mental image yang jelas. BM ini mempunyai kualiti expessive yang jarang didapati dalam bahasa lain. Dalam bahasa lain, swear word mereka pun, macam perkataan biasa sahaja. Tak ada bunyi macam swear word. Tak ada expressiveness. Kekekeeke

8. Tulis dalam nada suara anda (your own voice)

Anda tidak akan berjaya menjadi penulis yang baik jika anda berpura-pura. Setiap orang mempunyai voice sendiri sebagai penulis, dan orang yang banyak membaca penulisan anda dapat mengesan voice anda dalam sesuatu penulisan itu. Sebab itu lah kita boleh kenal sama ada yang tulis suatu artikel itu siapa gerangannya, kalau kita dah banyak baca penulisan orang tersebut.

Jangan cuba menghalang voice anda atau menulis dengan voice orang lain. Ini menjadikan penulisan anda kaku. Penulisan yang baik mesti datang daripada hati dan pemikiran yang jujur. Orang yang tidak jujur terhadap pemikiran dan perasaannya, tidak boleh menulis dengan baik. Orang itu akan jadi penulis yang pretentious.

9. Tulis dengan straightforward / terus terang

Ini adalah ulangan daripada tips2 yang sebelum ini, tapi takpe, saya nak ulang lagi supaya anda faham. Penulisan yang baik mestilah straight forward, tidak banyak berselindung, bermadah, bercengkerama, berpantun dan bersilat. Dont beat around the bushes. Terus kepada point anda dan ulang point anda berkali kali sehingga point tersebut berjaya digerudi ke dalam otak pembaca anda.

Pastikan penulisan anda fokus — cuma ada 1-2 main point sahaja. Jangan menulis berterabur sehingga tidak jelas apa point yang nak disampaikan. Kadang-kadang kita syok cerita berjela-jela tapi pembaca kita sesat dan gagal menggapai apa point yang kita mahu sampaikan. Oleh itu, stick to 1-2 main points, and repeat, repeat, repeat. Repetition is the key to good writing. I repeat, repetition is the key to good writing. I repeat, don’t talk shit (cuba teka siapa cakap ni?)

________________________

Akhir kata, BM adalah bahasa yang baik dan indah dan anda semua yang boleh berbahasa BM seharusnya banyakkan menulis dalam BM. Walaupun bahasa england ialah bahasa dunia, tapi di malaysia ini semua orang faham BM, jadi apa salahnya menulis dalam BM. Jangan ingat anda ni cikai kalau menulis dalam BM. Jangan perasan.

Harapnya anda dapat menulis dalam BM dengan baik selepas menbaca tips2 ini.


WWF

22 September 2010


%d bloggers like this: