Azam tahun baru

Saya membuat azam tahun baru pada Hari Raya Aidilfitri. Ini kerana hari raya adalah hari yang paling senang untuk diingati dalam suatu tahun, berbanding 1 Januari atau 1 Muharram. Jadi lebih mudah meletakkan azam tahun baru pada 1 Syawal, dan semak kejayaan tersebut pada 1 Syawal berikutnya. “Tahun baru” saya bermula pada 1 Syawal.

Apa bentuk azam yang baik? Azam yang baik mestilah jelas, tidak terlalu kabur seperti “saya ingin menjadi orang yang lebih baik”. Azam yang baik boleh diukur secara kuantitatif. Azam juga mestilah logik dan boleh dicapai. Azam bukan mimpi atau angan-angan. Ia adalah satu bentuk pelan tindakan yang boleh dibuat dan dimulakan dari sekarang. Sebaiknya, azam itu dibuat berdasarkan perkara yang kita sudah mulakan, kerana lebih mudah menyambung benda yang sudah menjadi rutin, berbanding benda yang memerlukan kita membuat sesuatu yang baru. Ini untuk mengelakkan azam kita menjadi hangat-hangat tahi ayam.

Kesimpulannya, ini kriteria-kriteria azam tahun baru saya: 1) jelas, 2) boleh diukur, 3) logik, 4) boleh dicapai, 5) sudah dimulakan.

Saya mempunyai 12 azam tahun baru, iaitu perkara-perkara yang ingin saya buat pada tahun ini sebelum pada 1 Syawal berikutnya. Raya depan saya akan check semula dan akan memberi markah KPI kepada azam-azam saya tahun ini.

12 azam ini dibahagikan kepada 4 kategori — agama, akademik, business dan lifestyle. Setiap satu kategori mempunyai 3 azam. Berikut adalah azam-azam tahun baru saya:

____________________________

Agama

1. Menunaikan solat fardhu pada awal waktu

2. Membaca Al-Quran & terjemahan Al-Quran setiap hari

3. Berpuasa sehari (Isnin atau Khamis) setiap minggu

(PERHATIAN: Jika anda ingin membuat azam-azam yang berkaitan dengan agama, jangan terlalu ambitious sangat. Buat yang mana larat dahulu dengan gaya hidup anda sekarang, untuk mengelakkan dari burning out. Lebih baik buat amalan sedikit dan konsisten, daripada buat banyak-banyak tapi terus berhenti selepas itu).

Akademik

1. Menyambung pengajian tahap sarjana atau profesional secara part-time (saya sedang memohon untuk menyambung pengajian in INCEIF, harap diterima)

2. Membaca sekurang-kurangnya satu buku atau satu artikel jurnal dalam bidang Islamic Economy / Islamic Finance pada setiap minggu. Saya bercadang untuk menjadi expert dalam bidang ini pada suatu masa nanti.

3. Merekacipta problem-problem matematik bermutu tinggi untuk dicalonkan untuk pertandingan IMO dan APMO.

Business

1. Mendapatkan revenue sebanyak RM XX,XXX purata setiap hari untuk Aidan Group.

2. Menghidupkan semula marketing arm untuk Aidan Group.

3. Execute pelan-pelan perniagaan yang telah dirancang bersama-sama “the usual suspects” (kumpulan perniagaan kedua saya selepas Aidan Group).

Lifestyle

1. Belajar naik kuda

2. Travel ke XXXX (destinasi rahsia…hehe…)

3. Menjumpai seorang kenalan baru atau seorang kawan lama setiap hari. Siapa-siapa kawan lama yang dah lama tak jumpa saya, jangan terkejut kalau saya tiba-tiba telefon ajak pergi lunch atau minum kopi. Sebagai seorang businessperson, saya percaya berjumpa manusia ini dapat membuka pelbagai pintu peluang.

____________________________

Saya akan berusaha untuk mencapai kesemua azam-azam tersebut.

Apa azam tahun baru anda?

7 Responses to Azam tahun baru

  1. Alif says:

    something is missing…apa ek??

    HAH! ingat dah!…

    mana azam ko nak KAWEN???!!!

    HAHAHAHAHHAHAHAHAHA….

  2. dian says:

    wow anak dara! ahahahahahaa

  3. Johan Tan says:

    “1. Mendapatkan revenue sebanyak RM XX,XXX purata setiap hari untuk Aidan Group.”

    Can be done tomorrow – if transaction done in Rupiah. =p Hehehe.

    Anyway, moga apa yang diminta itu diperkenankan,Insya-Allah. Like they said, Istiqamah menuju ke arah kecemerlangan.. =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: