Ingkredible India

Sempena Commonwealth Games yang sedang berlangsung di Delhi dan juga entry Iznan terbaru di Aidan Blog, ingin saya mengimbau kembali memori lama sewaktu zaman remaja pergi melancong ke India. Saya pernah pergi 2 kali ke India, pada 2002 dan 2005. Pada 2002 saya pergi sorang sahaja, dari LaGuardia Airport, NY. Pada 2005 saya pergi dengan geng2 iaitu Aje, Jabir, Aqla dan Ikhwan dari Boston Logan Airport.

Pada 2002, saya ke Delhi dan merantau ke Bombay dan Pune, lebih kurang 18 jam 30 jam train-ride (one way) dari Delhi. Masa tu saya travel dengan sekumpulan American dan South African (white guys) jadi saya dilayan dengan mulia oleh penduduk setempat.

Pada 2005, saya sekali lagi ke Delhi dan merantau ke Hyberabad, high-tech city India dan bekas pusat pentadbiran kerajaan Islam di India. Hyderabad ni korok sikit je dari Bangalore, tapi dari segi teknologi, menang lagi kut kalau compare dengan Cyberjaya. Hyderabad adalah salah satu hub industri Shared Services and Outsourcing (SSO). Senang cerita, diorang ni lah yang angkat telefon kalau kita call Customer Service dari US dan Eropah. Hello, my name is Bryan. Padahal nama sebenar Palaniappan.

Hyderabad juga lebih kurang 18 jam 30 jam naik keretapi dari Delhi (betul ke ni? aku pun dah lupa, yang aku ingat tidur 1 malam atas train ‘Sleeper Class’).

Yang tak boleh dilupakan di India ialah 1) slumdog dan 2) train mereka.

Slum

Slum mereka adalah seperti yang dilihat dalam filem Slumdog Millionaire, cuma mungkin orang yang nampak dalam filem tak boleh imagine betapa besarnya slum yang sebenar. Slum ini terletak di bandar-bandar besar, bukan di pekan kecil atau kampung. Penduduk slum bukanlah petani atau pekerja kampung. Slum ini adalah tempat tinggal cheap labor yang membangunkan ekonomi bandar2 metropolis seperti Delhi, Bombay dan Bangalore. Mereka ni hidup papa kedana, tapi bekerja di syarikat2 multinasional atau di kilang2, kebanyakkannya boleh berbahasa Inggeris dan mempunyai technical skill (komputer atau machinery). Untuk yang tak ada skill, mereka kerja mengemis, mengutip sampah sarap, dan menjual barang2an kecil di keretapi, stesen bas, atau di tepi-tepi jalan.

Setiap rumah di slum area ni ada TV. Tapi mereka makan, mandi, tidur di dalam bilik yang sama. Basically rumah di slum ini satu bilik sahaja, yang dikongsi oleh suami isteri, dan anak-anak. Cuma tandas sahaja di luar rumah atau kalau malas nak beratur, bisnes di tengah jalan sahaja.

Saya bukanlah stereotype mereka jika saya katakan mereka membuang air di tengah jalan, ini saya nampak dengan mata kepala saya sendiri sebanyak 5 kali dalam masa satu hari. Ini berlaku di sebuah slum di Delhi. Tempat ini umpama tempat buangan sampah, sehinggakan longgokan sampah dan buangan industri lebih tinggi dari rumah. Rumah mereka dibuat daripada bahan-bahan buangan dari construction site atau kilang seperti papan asbestos, kayu, dan sedikit batu-bata. Ada juga yang menggunakan taik lembu untuk membuat batu bata.

Taik lembu yang mulia digunakan juga untuk memasak, sebagai bahan bakar. Hilang selera saya nak makan kerana terpaksa bau taik lembu yang diletakkan berhampiran makanan (walaupun taik lembu sudah kering). Jika taik lembu pun digunakan dalam kehidupan seharian, maka setakat taik manusia mereka tak geli pun. Kanak-kanak memang disuruh membuang air di jalan (di tengah jalan ye, bukan di longkang atau di tepi jalan). Ini kerana mereka tidak dibenarkan mengganggu line tandas untuk orang dewasa yang ingin bersiap2 untuk pergi kerja di Infosys atau Ranbaxy atau Tata.

Yang kelakarnya, bila pagi, penuh slum ni dengan orang yang berpakaian smart, semua lelaki telah tukar singlet dan kain pelikat tidur malam tadi dengan baju kemeja dan seluar slack yang kemas yang malam tadi mereka telah seterika dengan seterika arang batu. Jarang ada perempuan bekerja, jika ada pun mungkin kerja operator kilang sahaja. Para ibu di slum area ini kebanyakkan nya stay at home mother, kerana anak-anak mereka tidak bersekolah.

Kanak-kanak slum ini adalah umpama kanak-kanak kampung, lasak dan independent. Mereka pandai mencari duit dengan menjaja chai (teh susu) dan menawarkan untuk mengilat kasut orang2 yang mahu pergi kerja. Umur 2 tahun sahaja mereka dah dibiarkan keluar rumah bermain-main entah ke mana. Kadang-kadang 5 orang adik-beradik, yang tua sekali umur 7 tahun keluar rumah bermain sehari suntuk, termasuk adik baby mereka.

Di tepi slum area ini ada padang yang digunakan untuk main kriket dan bola sepak. Di sebelah padang ini ada longgokan sampah setinggi bangunan 2 tingkat. Dari longgokan sampah ini lah mereka mencari bahan untuk dijadikan tiang gol, kayu kriket, bola sepak, dan sebagainya. Kanak-kanak memang nature mereka riang gembira, walaupun hidup daif.

Orang di slum area ini mempunyai anak yang ramai. Mungkin kerana mereka tak ada aktiviti lain untuk dibuat suami isteri seperti bersiar-siar di taman atau melepak di cafe. Jadi kadangkala rumah mereka mungkin sebesar tandas OKU, tapi anak ada 10 orang. Ada keluarga yang terpaksa menyuruh anak sulung (perempuan) tidur di luar. Ini menyayat hati saya.

Saya berkesempatan berkenalan dengan beberapa orang penduduk. Ada satu keluarga ni dua orang adik-beradik bekerja sebagai tukang jahit. Mereka mempunyai satu mesin jahit di rumah mereka (mesin jahit itu mereka beli menggunakan gaji yang dikumpul selama 10 tahun). Kalau abang guna mesin tersebut, adik akan ambil kain dan jual. Kemudian gilir-gilir. Mereka juga bekerja kontrak menjahit di satu kilang di Delhi selama 3 hari seminggu. Satu hari mereka membawa saya ke kilang itu. Kilang itu macam sweatshop di China, penuh dengan manusia dalam bilik kecil, semua menghadap mesin jahit 12 jam sehari tanpa minuman, pengaliran udara, dan air-cond. Yang ada cuma rehat 15 minit pada waktu tengahari. Memang daif kedai mereka, rupanya macam dilapidated building. Tapi mereka menjahit untuk brand2 terkemuka di Itali dan Perancis (fashion house). Antara pakaian-pakaian yang dijahit termasuklah lingerie, skirt, blouse, etc. Sejak hari itu, saya tersenyum je apabila tengok iklan fashion house yang gah2 di Shopping complex atau magazine wanita.

Kembali ke slum: slum ini berbau busuk seperti bekerja di kilang recycle taik. Tapi selepas 5-10 minit, hidung anda sudah jadi biasa. Saya pernah stay 3 hari straight di slum ini. Dalam 3 hari tu, saya pun tak berpeluang mandi, jadi saya pun sama bau dengan slum dweller yang lain. Cuma saya beratur untuk buang air di tandas korek. Tak mainlah buang atas jalan yer.

Di slum area ini, safety dan health agak teruk. Ramai bayi yang mati kerana kurang khasiat. Ramai anak kecil yang kurus keding kerana kurang makan dan minum. Umur 40 tahun mereka dah rupa 70 tahun. Kalau satu rumah terbakar (kerana api dapur marak) maka berpuluh2 orang boleh mati. Banyak asap asbestos terbang merata-rata. Makanan disitu juga saya tak berani sentuh kerana hygiene level yang primitif (lepas 2 hari sebat jugak pasal lapar…kekeke). Saya minum chai pun kena diarrhea sampai berminggu-minggu. Kemudian baru saya terfikir mengenai “pencemaran” sumber air mereka dengan bahan kumuh manusia. Ye lah, takkan ada guna water filter kut.

OK setakat ni semua yang negatif semata-mata. Saya tidak berniat untuk menjadi judgmental dan condescending kepada mereka sebab saya hidup senang di Malaysia, tapi itulah hakikatnya. Mari cerita yang positif pula.

Mereka ini (penduduk slum) akan melayan saya seperti king, atau pun seperti ADUN yang melawat kawasan. Kalau saya ke kedai chai, berebut mereka mengoffer saya minum chai dan makan samusa. Mereka juga menjemput saya masuk ke rumah, sehinggakan dalam satu hari saya pergi 15 rumah. Saya kekok nak masuk ke rumah mereka sebab kalau saya datang, orang2 perempuan kena keluar (duduk rumah lain, atau duduk di luar). Also, mereka akan jemput saya makan, menggunakan makanan yang patutnya dijamu kepada keluarga mereka. Mereka tak mahu ambil wang daripada saya, jadi saya rasa bersalah makan makanan mereka. Jadi saya pun buat trick — saya buat2 berkenan dengan satu objek dalam rumah tu, e.g. selipar atau table cloth, kemudian saya offer untuk beli dengan harga yang mahal.

Mereka layan saya umpama saya ni tetamu yang dihantar oleh Tuhan. Ini both Muslims and hindu ye. Kalau Muslim macam2 lah suruh saya buat, baca doa selamat lah, bomohkan anak dia sakit la, suruh tiup dalam air kasi isteri nak bersalin lah, dan macam-macam lagi. Kalau Hindu, mereka bersungguh2 cuba menyorokkan atau membalut patung dan gambar berhala apabila mereka tau saya Islam. I told them: don’t bother sir, I won’t be offended. Macam tu sekali mereka menjaga sensitiviti tetamu.

Suatu hari ketika saya duduk dalam rumah slum ini (dijamu chai dan samusa, seperti biasa) seorang polis telah menyerbu masuk ke rumah itu. Mereka (polis) ini amat ditakuti oleh penduduk slum kerana mereka berkuasa merobohkan rumah dan juga mengambil cukai-cukai haram (protection money lah, senang cerita). Saya agak cuak kerana polis itu bengis, dan bercakap dengan tuan rumah dengan nada kasar. Tuan rumah itu dengan berani telah memarahi tuan polis tu, kerana kurang ajar di depan tetamu (iaitu saya). Polis tu pun terkebil2 melihat saya, kemudian menghulur tangan kepada saya untuk meminta maaf…”bhai, bohot maaf karo”…hai pelik

Ini semua cerita 5 tahun lepas…saya dengar kerajaan India dah semakin peka dengan keadaan slum di bandar-bandar besar, mungkin kerana media exposure seperti di CWG dan juga filem Slumdog millionaire. Tetapi dengan ramai nya orang yang duduk di slum itu, mungkin masalah ini mengambil masa 15-20 tahun untuk diselesaikan sepenuhnya.

Kalau korang takleh imagine aku cerita ni, gambar ni lebih kurang rupa tempat aku pegi dulu:

OK cukup di sini dulu, nanti saya cerita pasal keretapi pulak, dan juga kawasan pedalaman di India. To be continued.

7 Responses to Ingkredible India

  1. Paan says:

    Yeah, sekurang2nya Slumdog Millionaire ada jugak sumbangan bagi membela nasib diorang. Abang ke sana atas urusan apa selain melancong? It’s rare since most of us Malaysians jarang pilih India sebagai holiday venue. I don’t know for people like abang Suhaimi. One more thing, was it true yang there’s a big gap between Hindu Indians and Muslim Indians over there? Because I didn’t smell any from your writing here. Just wanna know.

    • suhaimiramly says:

      Bergantung pada bandar — kalau di Hyderabad, mmg orang islam majoriti dan mereka yang pegang ekonomi. Kalau di kawasan lain, Hindu yang berkuasa. Ada persepsi di kalangan orang India bahawa orang Islam ni kaya, kerana ramai daripada clan2 yang pekerjaan tradisi nya pedagang/peniaga. Majoriti yang hidup daif ini beragama Hindu.

  2. elmaaniq says:

    Sabar menunggu sambungan..

  3. djambu says:

    kira kawasan setinggan la kan?

    orang setinggan pun faham sensitiviti agama. orang kelas menengah di Malaysia ni, macam2 hal…

  4. aje says:

    bal, yg train gi hyderabad tu 26 jam kalau x silap…lebih sehari hehe…

    lebih teruk dari setinggan sebenarnya…mcm literally living in junkyard…memang hidup dalam kawasan pembuangan sampah…

    naik train tu pagi2 bole nampak derang berkerumun kat paip, berus gigi, mandi nak gi kerja…

    • suhaimiramly says:

      Yes yes, silap. Pune pun 30 jam rupanya.

      Masa 2002 tu aku mmg di’hantar’ ke kawasan slum Delhi, selama 7 hari. Nasib baik ada kawan baik aku Imran Hussin temankan, dia datang dari UK.

      Kalau berus gigi, mandi je takpe…ini melabur pun atas landasan keretapi apa hal…incredible india sungguh

  5. che'burn says:

    perghh..terbaik bro!! musti gempak giler mase ko gi sane..ade gak angan2 nk gi sane..nengok genghis river..huhu

    cepatan continue ini celita..best..best! (excited bace nih..hoho)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: