CARA MEMBUAT DUIT! 100% DIJAMIN!!

Mula-mula sekali, anda memerlukan bahan kertas untuk membuat duit. Bahan ini digelar sebagai “substrate” iaitu campuran 75% kapas dan 25% linen. Beberapa utas benang ditenunkan pada kertas tersebut untuk keselamatan (mengelakkan forgery).

Kemudian kita perlukan dakwat khas yang dibuat daripada campuran minyak dan dakwat supaya cetakan itu tebal dan tahan lama.

Selepas itu, kita perlu membuat design di muka depan dan belakang. Orang yang menghias duit ini dipanggil “engraver”. Beberapa engraver akan membuat kerja berasingan — seorang lukis gambar Agung, sorang lukis enjin Proton, sorang lukis kerawang kerawang, etc.

Kemudian engraver ini akan mengukir design mereka ke atas “master die” iaitu acuan yang diperbuat daripada besi keluli. Proses ini dibuat dengan menggunakan tangan dan juga dengan bantuan komputer untuk memastikan lekuk-lekuk yang kecil dibentuk dengan sempurna.

Selepas master die ini siap, proses seterusnya ialah memanaskan master die ini dan menggunakan helaian plastik untuk melekapkan acuan yang dibuat, sebagai klon master die itu. Kemudian master die itu disimpan untuk kegunaan pada lain kali.

Seterusnya, proses mencetak dijalankan menggunakan klon master die tadi. Proses ini dijalankan dengan teliti supaya tiada cetakan yang silap. Kepingan kertas dimasukkan ke dalam plet berbentuk silinder (seperti yang terdapat di printer inkjet, tapi lebih besar). Lebih kurang 10,000 keping wang dicetak dalam masa sejam oleh satu mesin. Ini adalah cetakan pertama untuk bahagian yang serupa pada semua matawang (semua sekali kecuali nombor siri). Proses cetakan adalah berasingan untuk muka hadapan dan belakang. Kemudian nombor siri pula dicetak. Akhir sekali duit itu dipotong.

Selepas siap maka duit ini dibungkus dan diikat dengan paper tape. Duit ini kemudiannya dihantar ke bank negara menggunakan kenderaan berperisai.

Bank negara meminjamkan wang kepada bank-bank komersil dan institusi kewangan lain. Bank ini kemudian mengagihkan wang kepada pengguna dan peniaga melalui pelbagai bentuk transaksi, yang akhirnya sampai ke tangan anda.

Begitulah cara membuat duit…semoga mendapat ilmu…hehehe…

2 Responses to CARA MEMBUAT DUIT! 100% DIJAMIN!!

  1. elmaaniq says:

    Mamat & Minah MLM mesti suka artikel ni.

  2. amirilham says:

    aku mana ada mesin dan kilang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: