Haji

Sekarang ini musim pergi haji. Ramai saudara mara dan jiran tetangga yang menghantar jemputan untuk menghadiri kenduri doa selamat pergi haji. Tak kurang juga para bakal haji membeli barang2 persediaan haji di Mydin seperti kain ihram, talipinggang yang ada dompet (lelaki), stokin tawaf (wanita), dan lain-lain.

Berikut diberikan tips-tips untuk bakal haji:

1. Jangan bawa kain ihram dari Malaysia. Ini perkara paling banyak orang buat silap. Anda cuma perlu bawa ihram untuk dipakai dalam kapalterbang jika anda akan berniat ihram dalam kapalterbang (penerbangan ke Jeddah dan terus ke Makkah). Ihram spare boleh beli di kedai di sana dengan harga tak sampai RM 20. Ada melambak-lambak kedai jual ihram di bawah hotel anda.

Kenapa jangan bawa dari Malaysia? Sebab pertama, kerana dua set ihram sahaja (4 helai) sudah cukup memenuhi beg anda. Kain ihram tebal dan mengambil ruang banyak yang boleh diisi dengan barangan lain. Patutlah jemaah Malaysia beg gadang-gadang, rupa-rupanya penuh dengan kain ihram. Sebab kedua ialah ihram yang dijual di Malaysia mahal jadi lebih jimat dibeli di sana.

Lagi satu tips: kalau anda pakai ihram sebelum naik kapal terbang, anda cuma perlu pakai ihram bawah (kain pelikat) sahaja. Pakai baju biasa dahulu kerana lebih selesa. Nanti pilot MAS akan umumkan lebih kurang 15 minit sebelum merentasi kawasan miqat, masa tu anda baru tukar baju dengan ihram atas.

Orang Tabung Haji di Kelana Jaya akan tersenyum je tengok bakal haji, dah boleh tau siapa yang dah pernah pegi Haji sebelum ni — mereka ni masa di Kelana Jaya pakai baju biasa dan kain ihram bawah. Para haji newbie ni yang pakai complete ihram dari rumah.

2. Jaga kesihatan. Pastikan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari terutama di Makkah. Minum segelas air bercampur satu paket garam OR (oral rehydration) dua kali sehari.

Elakkan minum minuman berais kerana ini akan menyebabkan batuk dan kekeringan tekak. Jika anda suka minum minuman berais, ada satu petua orang Arab untuk mengelakkan kering tekak: minum air 100 Plus bercampur yogurt. Ini petugas TH yang bagitau, saya tak bertanggungjawab ya kalau ada yang cuba.

Simpan tenaga anda sebelum aktiviti haji yang sebenar di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Elakkan berlebih-lebihan membuat ibadat sunat sehingga anda jatuh sakit atau terlalu kepenatan setibanya Hari Arafah dan Hari Raya (hari-hari yang ibadatnya memerlukan stamina yang tinggi).

3. Tak perlu bawa peralatan-peralatan ibadah yang berlebih-lebih dari Malaysia. Cuma bawa pakaian, toiletries dan ubat-ubatan yang penting sahaja. Benda-benda macam sejadah, tasbih, kopiah, serban, celak, minyak atar, etc semuanya lebih murah dibeli di sana (semuanya Made in China). Jangan sumbatkan beg anda dengan benda remeh-temeh dengan alasan “nak buat persiapan selengkap-lengkapnya”. Ini akan memberatkan beg anda. Travel light.

4. Bawa cash yang cukup, tapi tak terlalu banyak. Untuk yang mempunyai akaun TH, anda boleh withdraw duit anda dalam bentuk Riyal di kaunter-kaunter TH di Makkah dan Madinah dengan kadar tukaran matawang MYR-SAR yang baik, tanpa perlu bayar commission. Ini lebih murah daripada tukar di money changer di Malaysia.

OK itu sahaja. Bab-bab ibadah kena tanya para ustaz. Ini cuma beberapa practical tips sahaja yang saya ingin kongsi. Yang penting ialah anda menggunakan common sense anda sepanjang tempoh menunaikan haji. Semoga mendapat haji mabrur, bukan haji marlboro (lawak tipikal ustat2).

 

Lagu “Panggilan Kaabah” dinyanyikan oleh artis-artis populer yang kontrol ayu, kui kui kui:

One Response to Haji

  1. Alif says:

    Untungnya ko Allah dah pilih ko buat haji di usia muda…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: