Bisnesman2 yang pernah kujumpai

Disclaimer: Nama bisnesman2 dirahsiakan untuk melindungi identiti sebenar mereka. Mana-mana persamaan dengan yang hidup atau yang sudah mati adalah DISENGAJAKAN.

Bisnesman A

Bila cakap pasal bisnes:

“Kompeni aku dengan partner aku, kitorang ingat nak beli kapal. Kapal ni harga juta-juta. Tu sebab kitorang tengah nak buat loan juta-juta, nak beli kapal. Kapal ni bisnes juta-juta beb, sekali angkut barang dapat untung RM 100 ribu. Kitorang nak bisnes juta-juta, jadi ni tengah buat proposal juta-juta untuk nak buat loan juta-juta dari bank untuk beli kapal yang harganya juta-juta”

Hakikatnya:

“Apa aku buat sekarang? Hehehe…sekarang ni aku jual kad prepaid je…”

Bisnesman B

Bila cakap pasal bisnes:

“Aku plan nak bisnes besar-besar ni bal, nak eksport bahan mentah ke seluruh dunia, ke Russia, US, Eropah, Middle East. Ada pakcik aku punya kawan ni, dia ada kontek supplier kat satu negara ni, dia ajak aku jadi partner. Ni bisnes juta-juta ni bal, seminggu boleh buat sales 10 juta no hal punyer. Kitorang ni memang plan nak pegi global, nak buat JV dengan partner local guna kawan2 pakcik aku ni.”

Hakikatnya:

“Eh bal, mintak pinjam RM500 boleh tak, aku perlu cash sikit la buat belanja. Nanti next month aku bayar, promise.”

Bisnesman C

Bila cakap pasal bisnes:

“Kitorang plan nak buat satu group usahawan yang besar, sampai kitorang plan nak ada koperasi sendiri dengan ahli yang ramai. Kitorang memang nak bergerak dalam kumpulan, lepas ni group kitorang plan nak bukak cawangan kat setiap daerah kat Malaysia, pastu setiap daerah tu ada ketua, lepas tu cawangan daerah ni akan ditadbir oleh ketua setiap negeri, lepas tu ketua setiap negeri ni akan jadi lembaga pengarah peringkat Malaysia pulak. Kitorang nak jadi kumpulan network terunggul untuk businessman melayu kat malaysia ni, so bisnes2 yang under kitorang boleh buat JV ke, ape ke. Sebab tu kitorang buat group ni, kitorang nak buat macam2 aktiviti untuk network bisnesman2 under kitorang.”

Hakikatnya:

Bal: “Setakat ni berapa orang dah ada dalam group korang?”.

Bisnesman C: “So far ada la 4 orang, campur adik ipar aku kat Segamat tu 5 orang. Tapi kitorang nak go national”.

Bisnesman D

Bila cakap pasal bisnes:

“Kitorang ni memang berpengalaman buat training. Macam-macam jenis training ada. Satu malaysia kitorang dah pernah buat training, cakap je negeri mana, kitorang dah penah masuk. Network kitorang ni satu malaysia.”

Hakikatnya:

Bal: “Satu Malaysia dah pegi eh? Melaka dah penah pegi?”

Bisnesman D: “Pernah, dulu kami bagi training IT dekat Pejabat Perikanan Daerah Ulu Bertam.”

Bal: “Berapa orang datang training tu.”

Bisnesman D: “Ade la dalam 7 orang”.

Bal (di dalam hati): “Hebat network satu malaysia korang”.

Bisnesman E

Bila cakap pasal bisnes:

“Aku tengah tunggu proposal ni, untuk supply barang dekat kerajaan. Projek besar ni bro, maybe 150 juta. Minggu lepas pun aku hantar proposal jugak, projek besar, cover satu malaysia. Nanti aku tengah prepare proposal projek lagi satu ni, lebih kurang berapa puluh juta gak la nilai dia.”

Hakikatnya:

(3 tahun selepas itu) “proposal itu…proposal ini…proposal juta-juta…proposal kementerian itu….proposal kementerian ini…proposal proposal…akulah mat proposal…bal pinjam seribu boleh tak? bulan depan aku bayar balik…”

______________________________

Kesimpulannya:

1. Jangan jadi mat proposal

2. Bisnes = buat kerja

3. Man man lah kalau nak cerita bisnes dengan aku…ingat aku bodoh ke cannot see through the bullshit

4. Kalau bisnes kecik buat cara bisnes kecik

5. Elakkan menjadi:

Ktung ktang saja lebih

7 Responses to Bisnesman2 yang pernah kujumpai

  1. akuzle ayu says:

    hahahah… salam komen… sy ske n3 saudara ini… mmg org2 kita neh bersikap sedemikian… supaya dipandang tinggi… ‘maka berselerakanlah tin2 kosong itu’…..miahahahah

  2. yus rezal says:

    perggh! nasib baik dari Bisnesman A sampai E aku takde.Fuhhh!

  3. eezone says:

    Bisnesman F tade ke? yang jenis cakap :

    ” Bal, aku ni bisnes tade la besar. Biasa2 je. Supply frozen food skit2. Ada la peti sejuk skit kat tempat aku…cukup la income untuk cover perbelanjaan keluarga”

    Realiti : Turnover sebulan rm200k…Client terdiri daripada caterer2 besar seperti Felda catering (yang buat event kawin besar2an tu)…Tiap2 minggu dapat order…

    Aku ada sorang kawan macam ni…sempoi2…

  4. Johan Tan says:

    Breed terbaru superhero? Batman, Superman, Spiderman… Bisnesman.. =p

    Anyways, really enjoyed reading this piece and a few others. Makes good reading + practical advice. Tq

  5. SunGeY says:

    hahaha bal … memang best entry nih ….

  6. Affuan says:

    Bal, gambar tu kalo hover tajuk dia tongkosong.

    Realiti: Tin kosong.

    Hehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: