Gomo kelate gomo

Keluarga saya asal dari Kelantan walaupun saya lahir di KL dan tak pernah tinggal di Kelantan. Kali terakhir saya balik Kelantan untuk melawat keluarga ialah pada tahun 1991. Majoriti keluarga saya di belah Kelantan sudah berhijrah ke KL.

Saya adalah salah seorang ahli MASWAPEM, iaitu persatuan berdaftar untuk ahli keluarga keturunan Tuan Haji Awang Kemachi (1864-1924) dan Wan Puteh Mentuan yang berasal dari Kelantan. Saya merupakan salah seorang keturunan Awang Kemachi yang menghadiri perjumpaan pertama untuk membincangkan penubuhan persatuan tersebut pada tahun 2006. Ketika MASWAPEM belum ditubuhkan secara rasmi, saya memegang jawatan sebagai setiausaha sementara, yang bertanggungjawab menguruskan database keluarga Awang Kemachi dan Wan Puteh yang sekarang sudah menjangkau 8 keturunan. Saya juga bertanggungjawab menghebahkan mesyuarat dan aktiviti keluarga kepada ahli persatuan.

Pada tahun 2007, oleh kerana kesibukan kerja maka saya pun menarik diri daripada jawatankuasa MASWAPEM itu. MASWAPEM sekarang mempunyai ahli yang ramai. Tahniah kepada ahli keluarga yang rajin menjejak para waris yang masih hidup di seluruh negara. Siap ada blog sekali…kekeke…

Ada beberapa pengalaman menarik apabila saya menguruskan database MASWAPEM dulu. Antaranya ialah apabila melihat nama orang-orang terkenal yang rupa-rupanya ada hubungan keluarga dengan saya. Yang paling saya tak boleh lupa ialah melihat nama seorang ex-girlfriend saya dalam list itu, cehhh rupa-rupanya second cousin aku…kekekeke…

Tahniah diucapkan kepada MASWAPEM kerana telah berjaya menubuhkan KAKPEM Bhd (Koperasi Keluarga Awang Puteh Malaysia Berhad). Kalau ada masa nanti saya akan cuba bergiat aktif dalam koperasi keluarga ini. Untuk masa ini, saya rasa elok lah pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang lebih senior mentadbir koperasi tersebut. Semoga duit koperasi dan keuntungan perniagaan milik koperasi dapat dimanfaatkan dengan baik, dan digunakan untuk membantu saudara-saudara kita yang lebih memerlukan (terutama di Kelantan).

Anyway, oleh kerana saya ada bau bau bacang dengan Kelantan, jadi bola malam tadi sudah tentu saya sokong Kelantan. Lepas first half NS mendahului 1-0, saya pun dah malas nak tengok sampai habis, terus pergi ke bilik dengan anggapan NS akan menang. Terkejut beruk saya bila tengok berita tengah malam beritahu Kelantan menang 2-1. What a pleasant surprise. Penyokong Kelantan boleh lah pergi celebrate, tapi please behave yer…jangan jadi huru hara macam selalu…kekeke…

Saya sebenarnya tak adalah mempunyai hubungan rapat dengan Kelantan sehingga boleh mengaku anak Kelantan. Semua saudara yang saya kenal di Kelantan pun kini dah bermastautin di KL, jadi kalau saya balik kampung pun, tak kenal siapa2 dah. Saya juga tak bercakap dengan accent Kelantan dalam kehidupan seharian. Saya punya hometown ialah KL, saya adalah KL boy walaupun Kelantan tetap di hati saya.

6 Responses to Gomo kelate gomo

  1. taufiq says:

    haha selamber Bal penuh dengan fakta
    fakta paling penting ialah ‘Kelantan tetap di hati saya’

    by the way, lama tak dengar cite!

  2. suhaimiramly says:

    Weh taufiq, lama gila tak dengar cerita. how’s DC?

    bila nak balik msia pulak? update bro…thru email kekeke

  3. Affuan says:

    Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Jangan lupa asal usul sudah. Ko guano boh?

    *ko paham ke x ni? :p

  4. taufiq says:

    haha tu la bro!
    aku dah byk kali balik msia nak contact tp asyik tak sempat aje
    nanti thru email la kot

  5. Saudara kita says:

    Salam untuk saudara suhaimiramly… saya masih ingat saudara…semuga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Allah S.W.T… Untuk makluman saudara, tadi 12 Mei 2012 dari jam 9 pagi hingga 3 petang, MASWAPEM Cawangan Lembah Klang telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga di Tasik Datuk Keramat, Kuala Lumpur… Pelbagai acara telah diadakan… antaranya tiup belon kanak2 6 tahun ke bawah, 7 – 12 tahun, lambung belon berpasangan, kail botol, berebut gula-gula, ikat tali leher pasangan, tarik tali, kuiz MASWAPEM, cabutan bertuah, tazkirah, dan macam-macam ada… sungguh meriah acara yang kita adakan tadi… semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. anak beranak yang hadir sungguh-sungguh menggalakkan. ada yang jauh dan ada juga yang paling dekat… saya berharap, saudara masih lagi sudi melibatkan diri dalam program kekeluargaan keluarga kita… sebab khidmat saudara terlalu ditagih… sekian, terima kasih.. Salam untuk keluarga… (tinggal dekat Kota Warisan, Sepang ke)….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: