Usahawan Islam Guangzhou

Pada bulan lepas, saya bawa Harian Metro ke pejabat. Selalunya saya tak beli pun HM, tapi pada hari itu saya breakfast di kedai mamak sebelum ke pejabat, oleh kerana kebosanan saya pun capai HM di kaunter untuk dibaca sambil bersarapan. Belek belek metro terjumpa cerita mengenai usahawan Islam di Guangzhou yang bernama Issa Ma (Ma Shengxing) dan isterinya Salima.

Dalam artikel itu, diceritakan bahawa saudara Issa, selain menjalankan perniagaan, juga aktif dalam usaha dakwah dan pernah ke Masjid Seri Petaling iaitu markas jemaah tabligh di KL. Saya pun tunjuk artikel itu kepada Iznan, dan tanya dia sama ada dia pernah jumpa Issa Ma sama ada di Masjid Seri Petaling, atau di Guangzhou semasa Iznan pergi ke sana beberapa kali sebelum ini (quite unlikely, sebab Guangzhou ni ada berpuluh ribu kedai, tapi mana lah tahu). Iznan kata tak pernah, dan dia pun menyimpan artikel tersebut.

Kemudian 2 minggu lalu Iznan pergi ke Guangzhou untuk memborong produk-produk untuk kedai BeZahra Boutique. Selepas sembahyang Asar di Masjid Saad, Iznan berjaya menjejak saudara Issa Ma di kedainya dan menunjukkan artikel itu kepadanya. Di link berikut ada cerita Iznan beserta dengan artikel HM tersebut:

http://borongchina.blogspot.com/2010/10/usahawan-islam-guangzhou.html

Saudara Issa dan isterinya gembira melihat artikel tersebut. Sekarang artikel tersebut ada digantungkan di hadapan kedainya di Guangzhou. Keh keh keh…ini lah paper yang aku beli masa makan roti canai dekat restoran thaqwa taman melewar.

2 Responses to Usahawan Islam Guangzhou

  1. bezahra says:

    terima kasih di atas pautan. byk kunjungan bezahra drpd suhaimiramly.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: