Treat youngsters well

Di dalam kehidupan seharian saya, saya banyak bergaul dan berurusan dengan orang-orang muda iaitu peringkat sekolah menengah, kolej dan universiti. Rata-rata mereka ini digolongkan orang2 yang baik dan mempunyai masa hadapan yang cerah. Saya cenderung melayan mereka dengan mesra, dan menggalakkan mereka memanggil saya Suhaimi atau Bal sahaja. Saya tak pernah exert my authority menyuruh mereka panggil saya Abang, Encik, Pakcik dan sebagainya.

Kenapa sedemikian? Kerana saya juga dulu pernah melalui zaman remaja seperti mereka. Lupakah anda zaman remaja dahulu? Zaman ketika anda membenci orang2 dewasa yang poyo dan belagak bagus.

Dengan mereka ini (orang2 muda) mestilah dijaga hubungan baik. Jangan kisah sangat pasal perbezaan umur. Remaja sekarang pandai-pandai, bukan macam remaja dulu2. Seperti mana kita rasa kita pandai sangat semasa remaja dulu berbanding generasi mak bapak kita, remaja hari ini lebih pandai lagi dari itu. Mereka mempunyai perasaan peka dan sense of worldliness dan open-mindedness yang lebih dari daripada generasi sebelumnya.

Bila kita buat baik dengan mereka, mereka akan datang kembali kepada kita pada masa hadapan. Pada masa itu mereka lah yang bakal mengambilalih peranan “young hotshot” yang generasi saya sedang pegang sekarang. Bukankah baik kalau 10-20 tahun lagi kita mempunyai hubungan rapat dengan “young hotshot” pada masa itu? “Aku ingat lagi abang ni, dulu dia selalu tolong aku, kamcing ngan aku plak, memang sempoi punye”.

Pernah orang tegur saya kenapa suka bagi muka sangat dengan budak2 muda, kenapa tak tegas sikit, marah2 sket ke…diorang ni kan budak2 yang perlukan didikan dan bimbingan. total nonsense. Saya punya jawapan senang je, tunggu lagi 15 tahun, bila budak ni dah dewasa nanti, dia akan datang jumpa engkau ke aku? Budak2 muda ni jangan ingat mereka akan lupa pasal orang dewasa yang poyo2. Mereka ni akan ingat sampai bila2. Bila kita tak layan mereka dengan respect dan courtesy sekarang, nanti bila kita tua, budak2 ni takkan layan kita pula. Remember, they will rule the world one day. What goes around comes around.

Cuba kita tengok di sekolah2…cikgu yang mana lebih ramai dilawati oleh ex-students? Cikgu yang baik, sempoi, mesra dan bersifat keibuan/ kebapaan/ keabangan / keGTOan, atau pun cikgu-cikgu yang tegas dan skema. Orang dewasa yang bersifat merciful kepada orang muda (dan tidak menekankan sangat authority mereka kepada orang muda walaupun mereka lebih berhak mendapat respect), akan diingati sepanjang hidup.

Cuba kita ingat semula cikgu-cikgu favorite kita. Semuanya yang baik dan mesra dan melayan kita seperti remaja yang matang dan mempunyai masa depan, bukan macam kanak-kanak. (lain lah cikgu sekolah rendah, itu memang lah kena layan macam budak2 hehe…)

Remaja tidak suka dilayan seperti kanak-kanak. Jangan kan orang lain, ibu bapak mereka sendiri akan dibenci bila melayan mereka macam kanak-kanak. Mereka mahu didengari dan difahami seperti orang dewasa. Jangan ingat orang muda / remaja ni bodoh dan naive semata2.

Dulu masa saya remaja, ada ramai orang dewasa saya jumpa. Ada yang poyo, salah sikit nak marah. Sikit-sikit suruh respek. Buat bising sikit suruh diam. Buat kecoh sikit pun nak pandang dengan ekor mata. Orang macam ni, mampos sampai bila2 pun aku taknak jumpa, tak kira lah berjasa ke tak berjasa. Pegi lah jadi tua sorang2, macam mamat cerita Up tu.

Sebaliknya saya masih ingat lagi cikgu2 yang lembut, yang tak marah saya bila buat perangai gila2 remaja, yang dahulunya ketika saya masih remaja dan naive, sudi berborak dengan saya mengenai masa depan, mengenai cinta, mengenai kehidupan…orang macam ini saya ingat sampai bila2. Sampai ke hari ini, saya sanggup travel berjam2 semata-mata untuk melawat mereka. Mereka ini, ketika saya masih remaja, mereka layan saya seperti orang dewasa, bukan macam budak2 yang kena tengking dan jegil setiap masa. Kalau saya dah dewasa dan berjaya nanti, dan mereka ini semua dah retire dan menjadi tua bangka, saya akan bantu anak-anak mereka pula, sebagai membalas jasa ibu bapa mereka. Saya amat terhutang budi terhadap orang2 dewasa yang melayan saya dengan baik ketika saya remaja dahulu (terutama guru-guru dan sahabat2 ibu bapa saya).

Jadi kesimpulannya: treat youngsters well. Diorang ni tak lama lagi akan pegang dunia pulak. Masa tu kita dah tua, jadi nak mintak tolong dengan depa ni pulak. And masa kita mintak tolong tu, diorang akan recall balik apa kita pernah buat kat diorang. Kalau kita buat baik sekarang, senang hidup nanti.

Kalau baru umur 30 pun dah nak poyo dengan budak2 remaja…boleh gi mampos…kekekeke…

peringatan kepada orang-orang tua yang berlagak bagus. remember your time is limited. After some time everyone your age will have arthritis. Masa tu budak2 hingusan yang kita duk buli sekarang ni lah yang kuasai dunia. Bila kita di atas, be merciful kepada yang di bawah (orang muda). Nanti bila kita di bawah (masa dah tua) ada orang yang akan tolong kita pula.

3 Responses to Treat youngsters well

  1. elmaaniq says:

    Saya pun berfikiran yang sama. Cuma kadang-kadang terbabas jadi ‘garang’ (baca : poyo) juga.
    🙂

  2. kuku says:

    Saya hanya marah kepada remaja Mat Rempit. Golongan ini pastinya tidak akan “rule the world”. Sebilangan mereka mungkin tidak akan hidup sehingga umur mencapai 25 tahun pun.

  3. zam says:

    bro,
    gua nak mintak izin rembat ayat lu yg last tu ye…

    tq..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: